Ancient Love Poetry | EP01 | Strim Percuma di WeTV | Zhou Dongyu,Xu Kai | ENG SUB

=Ancient Love Poetry= =Episod 1= Tengok. Yue Mi. Jamuan Qiong Hua diadakan setiap tahun, apa yang menarik hati pula? Tengok, Tokong Jodoh Takdir kepunyaan Pu Hua yang tua itu mengadakan acara temu jodoh sekali setiap seribu tahun. Semua orang dari tiga alam ingin dapatkan teman yang ditakdirkan untuk diri melalui peluang ini. Inilah keseronokannya. Nah. Apa? Tengok mereka.

Suasana pada hari ini amat meriah. Saya rasa tak sabar-sabar. (Shang Gu) Tak perlu bersembunyi. Saya datang menghayati keindahan Alam Bawah secara terang-terangan. Tadi, awak merayu supaya (Yue Mi) saya melindungi Alam Bawah dan berjanji akan patuh pada kata saya. Sekarang, awak lupakannya pula. Saya akan tutup muka saya, boleh? Gambar awak

Digantung di tengah-tengah Tokong Tian Di. Jika mana-mana betara kecil mengecam awak dan mengadu kepada Zhi Yang, habislah kita nanti. Yue Mi, jangan awak bimbang. Apa-apa yang berlaku, saya akan bertanggungjawab. Pu Hua hanya tahu minum arak di Alam Dewa, ramai lelaki dan perempuan di Alam Syurga tak jadi kahwin kerana dia.

Semua alam aman dan damai sekarang. Syaitan-syaitan kecil dari Alam Bawah tak mahu lagi berlatih, hanya mahu cari cinta sejati. Dungu dan berfikiran dangkal. Dewi Xing Yue. Kalau awak rasa bosan, kita boleh berjalan-jalan di alam lain. – Jom. – Tidak! Kita dah datang pun. Adakah awak rahsiakan sesuatu? Jangan teka sembarangan.

Dalam perjalanan ke sini, saya rasa ingin tahu sebab apa awak mahu pilih Tokong Jodoh Takdir. Rupa-rupanya, awak ada buah hati. Pulangkan kepada saya. Cakap! Siapa lelaki itu? Saya takkan beritahu awak. Kalau awak sudah ada orang yang awak sukai, tanyalah terus kepada Pu Hua. Kalau awak rasa malu, saya boleh tanya bagi pihak awak.

Awak tak fahamlah. Hidup ini panjang, saya juga nak cari teman untuk isikan masa lapang saya, tapi, sepuluh ribu tahun ini, tiada seorang dewa yang memikat saya. Menurut cerpen, pasangan yang ditakdirkan akan bersama selama sepuluh ribu tahun. Bagi kita, sepuluh ribu tahun hanya dalam sekelip mata, tak lama sangat. Apabila lelaki untuk awak muncul,

Awak takkan cakap begini. Rasa tertarik? Kebetulannya saya baru belajar satu ungkapan kuasa dan boleh tolong semua. Saya yang melihat dia datang dulu. Awak… Ini… Lepaskan tangan! Biadab! Mengapa sentuh saya? Tak malu! Ini… Pu Hua sendiri yang ajar saya ungkapan kuasa ini, mengapa boleh jadi macam ini? Kuasa rohani awak lemah,

Tentu awak buat silap. Lepaskan saya! Apa awak buat? Apa awak buat? Cepat cari jalan penyelesaian. Zhi Yang akan tahu nanti. – Kakak! – Kakak! – Kakak! – Cantiknya awak! Apa pandangan awak terhadap saya? Tunggu sekejap. Kakak. Kakak, saya dah datang. Shang Gu! Kakak! Di mana mereka? Ke mana telah mereka pergi? Kakak!

Pada waktu alam semesta wujud. Pada waktu alam semesta wujud. Dewa Moyang mencipta Alam Dewa. Dewa Moyang mencipta Alam Dewa. Menghasilkan makhluk hidup dengan Kuasa Camuk. Menghasilkan makhluk hidup dengan Kuasa Camuk. Makhluk hidup diletakkan di Alam Bawah. Makhluk hidup diletakkan di Alam Bawah. Selepas 100 ribu tahun, Alam Syurga terlahir.

Selepas 100 ribu tahun, Alam Syurga terlahir. Dewa Agung. Pada hari pertama bersekolah, apa yang telah saya berpesan? Belajar bersungguh-sungguh, tak boleh lewat. Sebagai dewa, boleh berbuat sesuka hati, tapi, tak boleh melanggar peraturan. Dewa Agung, kami bukan sengaja. Hari ini, seorang perempuan lari secara melulu dari Sungai Syurga. Kalau tak tahu insafkan diri, menyalahkan orang lain sebaliknya, adakah kamu layak untuk jadi betara?

Kamu datang lewat. Pada tiga bulan yang lalu, saya telah ajar kamu terbang memijak di atas pedang. Mengapa tak gunakannya? Kami dungu, kuasa kami sudah merosot. Memandangkan begitu, mengapa tak berlatih? Ikut saya. Rasa takut? Takut. Kelak, banyakkan latihan untuk harungi ketakutan kamu. Ya. Pergi insafkan diri. Memandangkan awak dah datang,

Tak perlulah nak menakutkan orang. Saya sangka awak akan jadi lebih lembut dengan mengajar budak-budak. Tak sangka awak masih tak berubah walau sudah sepuluh ribu tahun berlalu. Cepat. Dia ibarat labu yang dipotong mulutnya, apa yang dia boleh ajar kamu? Untuk jadi dewa, patutlah sentiasa bergembira dan bergerak secara bebas seperti saya. Hari ini,

Saya akan tunjukkan kehebatan saya di hadapan kamu. Tengok baik-baik. Apa yang kamu ketawa? Saya cuma rasa dahaga. Bai Jue. Selepas saya rasa puas minum, kita berlawan lagi. Dewa Agung Tian Qi, tangan digunakan ketika berlawan, mulut digunakan ketika bercakap besar. Betul. Betul. Awak ini banyak mulut, raksasa api. Saya Qilin, bukan raksasa api.

Tolong panaskan arak. Dewa Agung, tengok. Dewa Agung Tian Qi… Itu saja untuk kelas hari ini. Hong Ri, bawa mereka pergi berehat. Ya. Ketulan Ais. Ini bulu rubah sembilan ekor. Ia binatang buas yang wujud semasa Dewa Moyang mencipta Alam Syurga. Awak yang memburunya? Cuma nak bersenam pada waktu lapang.

Mengapa awak hanya fikir tentang Zhi Yang? Itu arak. Sila layan diri. Saya tahu awak pasti rindukan kami selama sepuluh ribu tahun ini. Kalau awak datang untuk tengok keadaan saya, awak boleh pergi sekarang. Tak boleh. Saya datang untuk bawa awak balik. Bertahun-tahun ini, saya kirim banyak utusan bulu kepada awak. Awak tak balas pun.

Pada bulan depan, Shang Gu akan sambut hari lahirnya yang kesepuluh ribu. Sejak dia lahir di Altar Qian Kun, awak tak pernah jumpa dia. Di dunia ini, hanya kita berempat ialah Dewa Sejati yang menyanjung langit dan bumi. Kali ini, awak mesti balik. Dia masih remaja pada usia ini. Kami akan berjumpa lambat laun,

Sepuluh atau dua puluh ribu tahun bukannya lama sangat. Kali ini, awak tak boleh buat keputusan. Ini arahan yang disampaikan Zhi Yang. Dia mahu awak balik untuk menghadiri jamuan hari jadi kesepuluh ribu Dewa Utama Camuk. Bagaimanapun, Shang Gu akan jadi Dewa Utama Camuk pada masa depan. Jika awak tak balik, orang-orang tua di Alam Dewa akan fikir awak tak hormati dewa utama. Lagipun, Shang Gu ialah… Saya belum habis cakap!

Dengar sini. Kelak, jika kamu tolong dia berahsia dengan saya lagi, kamu tinggalkanlah Alam Dewa dan bertapa semula! Ya, Dewa Agung. Zhi Yang betul-betul marah. Adakah awak ingat? Awak disambar petir tiga kali kerana tandatangani warkah secara sembarangan. Tentulah ingat, selama sebulan saya berbaring. Agaknya, kali ini, awak perlu berbaring selama dua bulan. Tak apa.

Awak ada ikhtiar bagus? Tak ada, tapi, esok, saya boleh ke Alam Bawah dan carikan awak cerpen untuk awak isi masa lapang ketika awak merawat luka. Awak ejek saya lagi. Awak ingat saya takut pada Zhi Yang? Saya tak takut dihukum, saya cuma takut rasa malu. Awak telah menemani saya ke Tokong Jodoh Takdir,

Saya juga harus tolong awak. Kali ini, saya akan tolong awak tanggung hukuman ini. Tak perlu. Saya akan bertanggungjawab. Saya mahu keluar dan bersembunyi. Apabila kemarahan Zhi Yang mereda, sekurang-kurangnya hukuman ini akan dikurangkan separuh. Saya rasa, seluruh Alam Dewa sedang cari awak. Di mana awak boleh sembunyi? Ada istana kosong di sana.

Istana Chang Yuan? Itu istana kepunyaan Bai Jue. Tak boleh! Dia bukan orang sembarangan. Tak apa. Dia mengembara di Alam Bawah selama sepuluh ribu tahun, tak boleh balik ke sini dalam masa singkat. Istana itu sudah pun terbiar. Minta berkat Dewa Moyang, jangan biar Bai Jue balik. Zhi Yang. Dapat cari Shang Gu? Bai Jue?

(Zhi Yang) Lama tak jumpa. Apa khabar? Jangan bazirkan keghairahan awak pada dia. Kuasa dia banyak meningkat dalam sepuluh ribu tahun ini. Baru berjumpa, dia mahu beradu tenaga dengan saya. Masih suka menang seperti dulu. Ini hadiah hari jadi untuk Dewa Utama Camuk. Saya nak tengok. Buah pic? Awak yang tanam?

Ada hutan pic di Bukit Liao Wang. Awak petik sembarangan? Apa bezanya? Ada hal di Alam Syurga, saya minta diri. Bai Jue. Saya tahu awak tak suka suasana yang meriah. Kali ini, saya suruh awak balik bukan hanya untuk meraikan jamuan hari jadi Shang Gu yang kesepuluh ribu. Bukan untuk jaga air muka Shang Gu?

Jika begitu, mengapa panggil dia balik? Sejak Shang Gu dilahirkan, nadinya tak lancar, kuasa rohani dia lemah, tak boleh berlatih Kuasa Camuk yang hanya boleh dimiliki Dewa Moyang. Saya harap awak tinggal di Alam Dewa dan mengajar Shang Gu. Tak boleh! Bai Jue sangat degil, Shang Gu tak boleh tahan. Lagipun,

Saya melihat Shang Gu membesar, saya yang patut ajar dia. Tian Qi nakal, tapi dia ada kebolehan untuk ajar budak berumur sepuluh ribu tahun. Saya rasa betul cakap Bai Jue. Bai Jue. Shang Gu telah ikut sifat Tian Qi yang sukar dikawal. Walau Puak Iblis tak menyerang, Alam Dewa juga hadapi bahaya. Bahaya? Mengapa bahaya?

Sekadar mengajar, saya boleh musnahkan Alam Dewa? Diamlah! Bai Jue. Antara kita bertiga, hanya awak boleh melancarkan nadi Shang Gu. Saya tak berminat. Saya berminat. Diamlah! Bai Jue. Biarkan. Kamu perlu tahu tentang satu perkara lambat-laun. Mari ikut saya. Sejak bila sekatan Alam Termulia mula retak? Sejak bulan lepas, Kuasa Camuk mula pudar.

Adakah kamu tahu? Sekatan Alam Termulia mengandungi Kuasa Camuk Dewa Moyang. Kuasa Camuk mula pudar. Sekatan Alam Termulia akan retak sepenuhnya lambat-laun. Sekiranya Alam Termulia terbuka, pasti menimbulkan kekecohan besar. Nadi kedewaan Shang Gu belum matang, mungkin ini takdir. Awak tak nak campur tangan dalam hal Puak Iblis. Adakah awak dah lupakan Ujian Camuk?

Ujian Camuk akan menjelang selepas seribu tahun. Hanya Dewa Utama Camuk dapat menandinginya. Namun, kita tak tahu pun apa itu Ujian Camuk. Dia hanya seorang remaja, bagaimana dia nak melawan? Itulah sebabnya saya suruh awak balik dan ajar dia. Ia berkaitan dengan keamanan Alam Dewa. Ini juga hajat Dewa Moyang. Jika hari begini menjelang,

Saya pasti buat yang terbaik walaupun perlu mati. Ujian besar Alam Dewa akan datang! Saya teringat akan masa muda dulu! Tian Qi! Awak masih ingat tak, kali pertama Dewa Moyang bawa kita ke medan perang? Rasanya macam baru berlaku semalam. Bai Jue masih… Zhi Yang. Kita bukan anak muda pada masa dulu lagi.

Jangan lagi sebut tentang ini. Jika pegawai berpangkat rendah terdengar, kita akan diketawakan oleh tiga alam. Dia akan rasa malu. Kamu telah bersumpah pada masa itu. Kami salah. Ini salah saya. Kami bukan sengaja, jangan ambil kisah. Bagaimana dengan sifat dan keperibadian Shang Gu? Shang Gu? Shang Gu patuh, rajin, suka belajar, bijak

Dan tak pernah timbulkan masalah. Kalau bukan kerana nadinya belum dibuka, kini, dia sudah memegang kedudukan dewa utama. Benarkah? Benar! Saya dah biasa hidup senyap selama sepuluh ribu tahun ini. Baiklah. Saya menjamin, Istana Chang Yuan takkan diganggu sesiapa, terutamanya perempuan. Saya tak dapat banyak menolong, dia patut kerap bergantung pada diri sendiri.

Kita dah berjanji! Jangan mungkir janji! Mengapa awak tak beritahu dia sifat budak itu? Mengapa awak ketawa tadi? Suka sangat susahkan saya! Shang Gu jadi begini kerana awak! Saya ketawakah? Mekarlah dengan cantik. (Xue Ying) Apabila Dewa Agung pulang ke sini, pasti dia rasa gembira. Siapa di sini? Dewa Sejati Bai Jue. Saya Xue Ying, salam, Dewa Agung. Sudah sepuluh ribu tahun tak jumpa, awak masih seperti dulu. Mengapa awak ada di sini? Dewa Agung, saya tahu awak suka Bunga Zang Hai. Bertahun-tahun ini, saya menjaganya untuk awak kerana saya berharap, apabila awak balik, tempat ini masih seperti dulu. Dewa Agung. Saya pernah kata, tanpa arahan,

Tiada sesiapa boleh masuk ke Istana Chang Yuan. Dewi Salji melanggar peraturan, pergi terima tiga sambaran petir. Sakit? Tak sakit! Nampaknya, saya perlu menanam pokok ini dengan lebih tinggi supaya awak tahu insafkan diri selepas mengintai orang. Saya mengintai awak? Saya tak nak tahu siapa awak. Sila balik. Awak juga. Nanti dulu. Dewi Salji curahkan banyak usaha pada bunga-bunga ini. Awak musnahkannya begitu saja. Awak tak berperikemanusiaan.

Saya ialah dewa, untuk apa saya mahu perikemanusiaan? Awak… Ini ialah istana saya, saya berhak buat apa-apa sahaja. Apa kena-mengena dengan awak? Di Alam Dewa, tiada perkara yang saya tak boleh campur tangan. Shang Gu? Salam, Yang Amat Mulia. Jangan risau. Saya akan menegakkan keadilan untuk awak.

Esok, saya akan hukum budak yang kejam ini ke Alam Bawah. Awak mampukah? Dewa utama tiga alam? Betul. Lepaskan tangan! Apa awak buat? Lepaskan! Biadab! Mengapa awak begitu garang? Apa yang terjadi? Awak yang patut dihantar ke Alam Bawah. Saya cuba menjodohkan dewa di Alam Syurga dengan niat baik,

Cuma sesuatu di luar jangkaan telah berlaku. Salah gunakan kuasa rohani, jejaskan keteraturan Alam Syurga. Selain tak berkebolehan, awak juga tak tahu bertanggungjawab. Awak rasa awak amat bagus? Walau ada penampilan yang kacak, awak tak berhati perut sebenarnya. Entah sebab apa Dewi Salji suka pada awak. Saya rasa,

Awak tahu batas diri kerana pilih untuk tak balik ke Alam Dewa. Jika dewa seperti awak bernafas di depan saya, saya takut ia akan mencemarkan aura rohani Alam Dewa. Apa awak buat? Saya akan jadi Dewa Utama Camuk pada masa depan. Tian Qi yang membesarkan awak? Ya, habis?

Semua perangai buruk dia telah awak belajar sepenuhnya. Biar saya turun! Apa awak nak buat? Biar saya turun! Hari ini, awak tak hadiri jamuan, menimbulkan masalah di Tokong Jodoh Takdir. Ikut peraturan, awak patut disambar petir sepuluh kali. Biadab! Biar saya turun! Zhi Yang memujuk saya untuk ambil awak sebagai anak murid.

Dia kata awak patuh, rajin dan suka belajar. Moga-moga awak takkan mengecewakan niat baik dia. Pergi beritahu Zhi Yang, saya dah hukum awak bagi pihak dia, tak perlu ucapkan terima kasih. Bai Jue, awak tengoklah nanti! Awak akan tahu siapa yang berkuasa di Alam Dewa! Entahlah sebab apa semua perempuan suka Bai Jue.

Adakah suka dia bermuka masam, suka dengar dia menegur dan suka dia kerana asyik menghukum orang secara sembarangan? Dewi Salji ialah jelitawan yang baik, dia tak pedulikannya pula. Menurut cerpen, cinta bermula tanpa asalnya, tapi selalu berkekalan lama. Kalau saya jatuh hati pada orang jahat seperti dia, habislah saya. Betul, Bai Jue ibarat ketulan ais.

Tian Qi lebih menawan hati. Jangan sebut tentang Tian Qi dan Zhi Yang. Kami sama-sama dicipta Dewa Moyang dan dibesarkan di alam yang sama, tapi, saya saja yang tak berguna, mereka pula sangat handal. Adakah saya bukan anak kandung Dewa Moyang? Kasihannya awak. Dilahirkan sebagai dewa utama, tapi tidak mempunyai kebolehan yang kuat.

Oleh itu, awak dipandang rendah. Yue Mi, awak paling baik. Awak rasa sedih melihat saya ditindas, bukan? Dah selesai berlakon? Cakaplah. Awak mahu saya buat apa untuk awak? Tolong robohkan Istana Chang Yuan. – Saya ada urusan. – Yue Mi. Wahai Shang Gu. Itu ialah Bai Jue, Dewa Sejati yang paling tinggi kuasanya.

Saya bukan lawan dia langsung. Awak mahu saya mati kerana rasa marah? Awak boleh minta Zhi Yang fikirkan ikhtiar untuk awak. Apa yang terjadi? Saya sedang baca warkah, tapi, kamu tiba-tiba panggil saya datang ke sini. Shang Gu rasa marah dan sudah sepanjang hari dia tak makan. Tadi, dia ingin bunuh diri.

Siapa yang mampu sakiti hatinya? Siapa pula? Bai Jue yang awak panggil balik itulah. Sayang. Mengapa mogok makan? Yue Mi, cepat bawakan Shang Gu arak embun. Baiklah. Tak payah, saya tak mahu. Saya tak apa-apa. Saya tak apa-apa. Siapa menindas awak? Cakaplah, saya menegakkan keadilan untuk awak. Ini salah Bai Jue. Dia yang bersalah dahulu,

Jadi, saya menegur dia. Awak tahu apa yang dia buat? Di hadapan Xue Ying, dia buang saya dari Istana Chang Yuan. Cepat halau dia dari Alam Dewa. Kalau tak, biarlah saya mati kelaparan. Bai Jue? Awak tak sudi? Bukan, tapi, hal ini sukar juga. Sukar? Apa yang sukar?

Semua dewa di Alam Dewa tak berani ingkari arahan awak. Awak menyebelahi dia dan tak menyebelahi saya? Sayang. Tentulah saya menyebelahi awak, betul? Shang Gu, saya bukan tak nak tolong awak. Ketulan Ais itu juga ialah Dewa Sejati, dia setaraf dengan saya di Alam Dewa. Kalau kami berlawan, saya bukan lawan dia juga.

Melainkan Alam Dewa runtuh, kalau tak, saya tak dapat halau dia. Kalau begitu, tak ada cara yang lain? Bukannya tak ada cara. Apa caranya? Shang Gu, awak perlu naik pangkat sebagai dewa atasan, memahiri Kuasa Camuk dan mendapatkan kedudukan dewa utama untuk mewarisi kedudukan Camuk. Selepas awak jadi Dewa Utama Camuk, awak boleh suruh dia

Buat apa-apa saja, juga boleh menghalau dia. Cara ini bagus. Zhi Yang, cara ini bagus, tapi, adakah saya tak dapat lakukannya dalam masa singkat? Taklah. Awak boleh belajar semua kemahiran Ketulan Ais. Selepas awak memahirinya, kita bertiga berlawan dengan dia dan halau dia dari Alam Dewa. Betul. Selepas awak berjaya memahirinya,

Tiada orang berani menindas awak lagi. Itu tak mungkin. Saya siapa? Saya Dewa Utama Camuk. Jika saya panggil dia mahaguru, saya rasa malu. Shang Gu. Biarkan. Kali ini, Bai Jue sangat melampau. Saya menemani awak berlawan dengan dia di Istana Chang Yuan. Biarpun kita bukan lawan dia, saya boleh bawa awak lari dari sana.

Walaupun dihukum jadi betara biasa di Alam Bawah, saya juga takkan biar awak ditindas di Istana Chang Yuan. Jadi betara biasa? Tak boleh! Kalau ikut sifat Shang Gu, jika dia jadi betara biasa di Alam Bawah, dia akan ditindas. Cepat berkemas dan bawa dia ke Gua Pu Hua untuk bantu Pu Hua menjodohkan dewa.

Dengan itu, selepas awak ke Alam Bawah, tak lama kemudian, awak akan jadi betari yang dihormati. Saya… Namun… Apa? Hubungan kamu amat tegang sekarang, saya tak boleh biar awak ditindas. Saya… Apa? Untuk membolehkan awak hidup senang, awak ikutlah Pu Hua sebagai betari jodoh. Saya… Yue Mi, Istana Chao Sheng ialah rumah saya,

Saya takkan ke mana-mana. Inilah keputusan kita. Kamu berdua tak boleh bertemu lagi, saya tak mahu awak ditindas. Yue Mi, kemaskan barang dia dan hantar dia ke Gua Pu Hua. Tunggu! Saya sudi. Sudi apa? Saya sudi berlatih di Istana Chang Yuan. Sepanjang hidup ini panjang, saya pasti dapat belajar semua kemahiran itu

Dan halau dia dari Alam Dewa. Baiklah, pakai kasut. Shang Gu, duduk dulu. Awak akan kesejukan nanti. Gaya awak ini teruk. Awak datang untuk minta tunjuk ajar. Sebagai Dewa Utama Camuk, hari ini hari pertama saya datang ke kelas. Gaya saya patut ditunjukkan. Sebelum ini, dia buang saya dari Istana Chang Yuan.

Kali ini, saya mahu dia menyambut saya dengan hormat. Salam, Dewa Agung Bai Jue. Tak perlu sembah sujud. Bangun. Tak perlu sembah sujud. Bangun. Awak datang untuk minta dia ajar awak atau nak mencabar dia? Cepat pergi. Shang Gu dari Istana Chao Sheng, datang belajar daripada Dewa Sejati Bai Jue. Harap beri tunjuk ajar.

Zhi Yang kata, awak berjanji akan ajar saya kemahiran. Awak ialah Dewa Sejati Bai Jue, tak akan mungkir janji, kan? Saya boleh ajar awak, tapi awak perlu menjanjikan tiga hal. Apa itu? Tiga puluh hal pun tak ada masalah. Tanggalkan baju luaran awak itu. Yue Mi, adakah awak dengar?

Dia mahu saya tanggalkan baju. Memang biadab! Cubalah bertahan. Kalau nak berlatih di Istana Chang Yuan, tiada perbezaan dalam martabat. Tanggalkan baju luaran dewa utama dan belajar dengan baju biasa. Sehingga awak berjaya dan keluar dari sini, awak hanya pelayan kecil di Istana Chang Yuan. Awak boleh lakukan? Bai Jue.

– Shang Gu ialah… – Tanggalkan. Saya akan tanggalkannya. Saya belum dapat memahiri Kuasa Camuk, tak boleh dikatakan ialah dewa utama. Memandangkan tak pernah ada kedudukan begini, apa masalahnya nak lepaskannya? Apa awak buat? Ketika berlatih di sini, mesti tumpukan perhatian. Musnahkan semua ini, tak boleh sentuh lagi. Boleh?

Semua ini barang kesayangan saya yang saya ada sejak kecil. Saya takkan bawanya bersama, tapi, mengapa nak musnahkannya? Untuk peroleh sesuatu, mesti lepaskan sesuatu dulu. Kalau awak rasa keberatan terhadap barang duniawi seperti ini, bagaimana awak jadi dewa utama tiga alam? Lebih baik jadi bahan lawak. Kalau awak tak sudi, pergilah saja.

Saya takkan terima orang yang tiada hati yang berazam. Baiklah, saya akan musnahkannya. Memandangkan awak sanggup lepaskannya, masuklah. Awak betul-betul sanggup? Betul cakap Bai Jue. Adanya pengorbanan, adanya keuntungan. Selepas saya pelajari semua kebolehan dia, saya akan robohkan Istana Chang Yuan dulu dan balas dendam untuk semua barang kesayangan saya. Ada lagi syarat ketiga.

Awak betul-betul berani. Agaknya, kehidupan awak pada masa depan mula jadi susah. Adakah awak ikhlas nak belajar daripada saya? Tentulah, saya sangat ikhlas. Dewa Agung, sila terima sembah sujud saya. Bangga? Awak curi dengar suara hati saya? Tak malu! Pada zahir, awak rasa hormat. Dalam hati, awak memaki saya. Awak tak rasa malu? Saya memaki awak dalam hati, adakah awak akan mati? Jika awak dapat lakukan perkara yang awak fikir itu, bermaksud awak amat berkebolehan. Saya tunggu awak mewarisi kedudukan dewa utama

Dan buat saya patuh pada awak. Awak mengebaskan kuasa rohani saya? Inilah perkara ketiga. Kuasa awak itu tak seberapa, biarkan dibuang saja. Memandangkan awak nak belajar daripada saya, awak kena patuhi peraturan saya. Datang ke sini pada pukul tujuh pagi esok, jangan datang lewat. Apa awak buat?

Dewa Agung kata, memandangkan awak nak belajar di Istana Chang Yuan, maka, awak ialah pelayan yang kedudukannya paling rendah. Setiap hari, awak hanya perlu belajar cara untuk melayan dia daripada saya. Awak hanya haiwan rohani dia, awak tak boleh beri saya arahan. Dewa Agung kata, di sini, awak bukan dewa utama.

Selama ini, saya yang membersihkan Istana Chang Yuan. Jadi, saya yang akan ajar awak dulu dan awak patut belajar daripada saya dulu. Awak sedang mengenakan saya. Di mana Bai Jue? Saya nak jumpa dia. Dewa Agung kata, jika awak tak berpuas hati, boleh pergi dari sini. Jangan lagi minta mahu belajar di Istana Chang Yuan.

Saya paling suka menyapu lantai. Saya tak suka orang lain dekati saya. Tian Qi, sila jaga kelakuan diri. Bagaimana awak lakukannya? Apa? Shang Gu sedang sapu lantai untuk awak! Serius sikit. Patuh, rajin, suka belajar, bijak dan tak pernah timbulkan masalah. Bukan saya yang cakap begitu. Zhi Yang yang cakap demikian.

Kalau bukan kerana dia berkaitan dengan masa depan Alam Dewa, sifat dia ini tak layak untuk masuk ke Istana Chang Yuan. Bai Jue, Shang Gu bukan seorang yang begitu teruk. Baru sekali dua kamu berjumpa. Kalau kamu sudah kenal satu sama lain, awak akan tahu dia naif, periang dan comel. Naif, periang dan comel? Betul.

Itu boleh meningkatkan kuasa rohani? Boleh bertanggungjawab terhadap semua makhluk hidup? Awak… Maafkan saya! Minum air. Saya bukan sengaja. Saya betul-betul bukan sengaja. Bai Jue. Sekarang, awak suka kenakan saya. Selepas saya kuasai semua kebolehan awak, saya mahu halau awak dari Alam Dewa! Ini satu-satunya salinan di tiga alam, Dewa Agung sangat sayangkannya. Awak…

Macam mana ini? Yue Mi yang sediakan. Makanlah. Hodohnya tulisan yang awak ukir ini. Awak baca, saya ukir. Bangunlah. Kenapa? Zhi Yang yang ajar saya menulis, awak pandang rendah? Awak nak curi tulang berseorangan di sini dan biar saya buat semua kerja di halaman? Saya tak fikir begitu! Kalau begitu, bangunlah dan baca untuk saya.

Orang atasan kamu yang beruntung. Belajarlah daripada saya. Dewa Agung. Shang Gu, mari ikut saya. Apa yang awak tahu tentang tiga alam? Ini tak susah. Saya tak suka berlatih sejak kecil, tapi, suka tonton persembahan dan dengar cerita. Mengenai tiga alam, sejak dunia wujud pada tujuh puluh ribu tahun lalu, Dewa Moyang bahagikannya kepada tiga.

Alam Termulia di utara, Raja Iblis dan Puak Iblis terkurung di sana. Alam Termulia bersambung dengan tempat kediaman Puak Betara dan Puak Syaitan, dimanterai Sekatan Camuk dan terasing dari dunia lain. Puak Betara terletak di barat daya. Ada banyak gua dan tanah yang subur, ramai betara dan aliran-aliran Puak Betara terlahir dari sana.

Puak Syaitan terletak di tenggara, mereka ialah jelmaan makhluk rohani, suka hidup dalam kumpulan. Sudah seketika awak datang ke istana ini. Jika awak lulus ujian hari ini, saya akan ajar awak ilmu sihir serta hukum syurga dan bumi. Benarkah? Ini Hutan Darah Merah. Puak Harimau dari Alam Syaitan berkumpul di sini.

Aura rohani di sini amat nipis dan sukar untuk mereka berlatih. Puak Harimau rasa sangat sengsara. Jika awak dapat buat mereka senyum, bermaksud awak lulus. Ini sangat susah. Ada ramai lelaki gagah yang kasar dan bermuka serius di Puak Harimau. Saya bukan ahli akrobatik. Walaupun saya dewa, saya tak dapat mengawal emosi orang lain.

Sebagai dewa utama, awak patut buat semua orang rasa gembira dan sihat. Jika awak tak dapat lakukannya, bagaimana awak nak pikul tanggungjawab yang berat? Awak seorang cikgu, patut mengajar pelajar awak dan jawab soalan pelajar awak, tapi, awak tanya soalan begini untuk menghina pelajar awak. Kalau awak rasa saya takkan berjaya,

Awak boleh letakkan jawatan kepada Zhi Yang, tak perlu berpura-pura di sini. Saya bukan nak mengenakan awak, cuma saya pandang tinggi pada awak. Biarlah. Saya akan beri soalan yang lebih ringkas. Awak pergi ambil sesuatu di Hutan Darah Merah. Tunggu. Pujuk Syaitan Harimau hanya hal remeh, tak susah pun. Jangan mudah mengalah di hadapan kesukaran.

Malas saya nak dengar awak meleter. Tengoklah nanti. Shang Gu, kenapa dengan awak? Cakaplah. Bai Jue mengenakan awak lagi? Dia jenis yang tak mudah terima orang lain. Bertahun-tahun ini, selain Hong Ri, tiada orang boleh mendampinginya. Awak perlu bersabar ketika berlatih di sisinya. Jangan ambil serius. Esok hari jadi awak. Awak suka suasana yang meriah.

Apa kata saya adakan jamuan untuk awak secara besar-besaran? Jika awak rasa tak gembira dan tak mahu ke kelas, kebetulan hari ini adalah musim bunga Puak Syaitan, banyak bunga syaitan berkembangan. Saya bawa awak pergi berjalan-jalan untuk lapangkan hati. Puak Syaitan? Betul, awak Dewa Syaitan, saya patut tanya awak. Tian Qi.

Awak tahu apa caranya untuk hiburkan syaitan? Menghiburkan syaitan? Puak Syaitan bersikap terang-terangan, utamakan persahabatan dan keadilan. Awak boleh tunjukkan persahabatan yang paling ikhlas. Persahabatan yang paling ikhlas? Contohnya, peluk. Persahabatan yang paling ikhlas? Yang Amat Mulia. Salam, Yang Amat Mulia. Usah beradat, bangunlah. Yang Amat Mulia, esok hari jadi awak.

Kami tahu awak tak suka berlatih, jadi, kami sediakan mainan yang baharu. Adakah awak suka? Suka. Saya suka semua mainan yang kamu hantar kepada saya. Awak tengoklah dulu. Sudah lama kami sediakan semua mainan ini. Sudah lama kamu sediakan? Ini hanya jamuan hari jadi saya yang kesepuluh ribu. Banyak barang yang kamu sediakan. Jangan-jangan

Ada ramai penganut sembahyang di tokong kamu lagi? Jangan mengetawakan kami. Kami bukan Dewa Jodoh atau Dewa Kekayaan, kami tiada penganut. Hari jadi awak amat penting di Alam Dewa, patut disediakan dengan terancang. Betul! Baiklah, terima kasih. Namun, saya tak boleh ambil tanpa membalas. Apa yang kamu mahu daripada saya? Cakap. Ini…

Kalau tak ada, saya pergi dulu. Yang Amat Mulia! Saya minta awak tunaikan satu hajat saya. Cakap. Kami amat menyanjung Dewa Sejati Bai Jue, tapi, orang luar tak boleh masuk ke Istana Chang Yuan. Sekarang, awak sedang berlatih di depan Dewa Agung. Kami ingin minta awak mewakili pihak kami yang

– amat menyanjung Dewa Agung… – Menjadi telangkai? Tak sangka saya masih perlu buat kerja Pu Hua biarpun dah masuk ke Istana Chang Yuan. Ini di luar jangkaan saya. Beritahu saya, mengapa kamu suka Ketulan Ais? Apa kelebihan dia? Saya tak faham. ♪Mentari dan bulan, reriang dan salji, semuanya datang bersilih ganti♪

♪Usah takut takdir yang bolak-balik, ia tetap akan berulang akhirnya♪ ♪Hujan membanjir jadi lautan, lumut tumbuh dalam kenangan♪ ♪Tiada debu dalam kerinduan, tak ubah dalam ribuan siang dan malam♪ ♪Tengok betapa banyak musim pergi dan balik sambil saksikan peredaran tahun♪ ♪Saya terus menjelma semula dalam kedukaan tanpa pernah meninggalkan sini♪

♪Wujud di tempat jauh, cinta saya bagai purnama menerangi gunung dan lautan♪ ♪Menunggu awak seumur hidup saya♪ ♪Lihat betapa banyak kali penghijrahan burung sambil saksikan peredaran tahun♪ ♪Nantikan awak tanpa rasa kesal, tiada orang yang pernah mengganti awak♪ ♪Semoga peristiwa masa lampau diatasi suatu hari selepas saya bangun♪ ♪Hati terdedah demi awak pada akhirnya♪

♪Betapa banyak bunga yang dijumpai sepanjang jalan layu lalu mekar semula♪ ♪Barangkali perpisahan yang ditakdirkan masa kelak tetap akan berulang♪ ♪Air mata bertukar jadi awan-gemawan, hujan menitis ke dalam lautan hati♪ ♪Sampailah awan menghilang, langit yang cerah mencorakkan masa depan♪ ♪Hidup santai di luar kehuru-haraan dunia, cinta dah melampaui satu alaf♪