Yan Chi burned in her dreams… a warning, or just fear? 🔥😨 | Coroner’s Diary 朝雪录 | iQIYI Malaysia

Wan. Hamba berikan salam
kepada Tuan Puteri Kasih Sejati. Apa yang berlaku ini? Tak sia-sia saya sebagai putera yang
bergaya menyamar sebagai pemandu pedati, memang berbaloi. Sejak abang tam tahu saya hadiahkan kuda kepada Ning, dia pun merancang untuk menghadiahkan kuda
yang lebih baik untuk awak, jadi saya… Dah lama saya merancang untuk
menghadiahkan pedati kepada awak, cuma baru dapat hari ini. Biasanya tengok awak keluar masuk
dari kediaman ningrat, tak senang untuk pinjam pedati orang lain. Jika keluar dengan
menunggang kuda sendiri, awak pun akan dijemur matahari
dan ditiup angin, jadi… Biarpun pedati ini nampak kecil, ia tetap diperbuat daripada kayu besi, ia tak takut terbakar, pedang biasa pun tak dapat menembusinya. Pedati ini bukan saja
ada fungsi-fungsi begini. Wan, biar saya perkenalkan kepada awak. Tengoklah, semua laci ini ialah
kotak ubat yang berasingan. Kotak koroner kesayangan awak juga boleh disimpan dalam
ruang tersembunyi ini. Meja kecil yang boleh dilipat ini, di dalamnya ada peralatan teh,
makanan ringan dan peralatan hujan, semuanya lengkap. Di bawah ini masih ada
satu set kelengkapan tidur, khasnya untuk awak berehat
semasa dalam perjalanan. Tak perlu mengucapkan terima kasih. Jika awak benar-benar rasa tak selesa, awak boleh menjahitkan saya dompet kecil. Namun, saya tak tahu menjahitlah. Tak tahu menjahit dompet pun? Apa salahnya? Saya pun tak tahu. Bagus kalau tak tahu. Hanya wanita yang tinggal di kediaman
yang tak berpengalaman akan buat perkara seperti ini. Mana mungkin wanita perkasa yang sebenar akan fikirkan hal-hal remeh seperti ini? Ya, saya pun berfikir begitu. Apa pun, saya akan hadiahi awak
sesuatu yang saya buat sendiri. Ya, saya pun berfikir begitu
pada asalnya. Mereka berdua memang pasangan
bagai cincin dengan permata. Abang atam saya akhirnya sedar juga. Awak teruskan urusan awak, saya nak pergi ke Mahkamah Agung untuk
memeriksa catatan kes pekan Bodhisatva sambil memeriksa catatan Tuan Shen sebelum ini. Li Muyun bukanlah orang
yang mudah ditangani, apa kata awak tunggu saya
beberapa hari lagi? Gabenor Zheng akan pergi bersama saya. Jangan risau, saya akan lebih berhati-hati dan bertindak mengikut keadaan. Baiklah kalau awak tahu apa yang nak buat. Saya dah kemaskan kediaman di sana, saya akan pergi menjenguk awak
selepas saya siap urusan saya. Ning, tengok abang tam dan pasangannya
yang begitu mesra, nampaknya membina keluarga
pun bagus juga. Kalau awak nak berkeluarga,
pergilah berkeluarga, kenapa nak beritahu saya? Saya tak kata nak berkeluarga dengan awak, kenapa awak terburu-buru? [Mahkamah Agung]
Tuan puteri,
semua catatan kes yang
belum selesai siasatan berada dalam gudang ini. Entah bilakah surat kelulusan
Pengarah Li akan tiba, patik pun boleh berikan penjelasan selepas
semak surat kelulusan itu. Gabenor Zheng akan hantarkan ia sendiri. Kedua-dua tuan puteri… Tuan puteri, silakan. Tuan Puteri Kasih Sejati diperintahkan
untuk menyiasat kes, kenapa awak sengaja melengahkan? Awak sengaja melambatkan siasatan? Tak, patik tak berani. Patik buka pintu
untuk tuan puteri sekarang. Tuan puteri… Adakah ini semua? Ya. Tuan puteri boleh mencari almari mengikut nombor yang berkenaan. Ayah. Terima kasih kepada Saudara Li kerana buat
pengecualian untuk tuan puteri. Saudara Zheng terlalu beradab. Kes ini juga tanggungjawab saya. Kes Pengulitan masih belum disiasat jelas, kini Kes Cabut Lidah pula muncul. Saya benar-benar takut
tak dapat elakkan diri daripada hukuman rotan ini. Li Muyun dah sampai. Awak pergi tanya Wan
berapa lama lagi yang diperlukan. Biarpun hanya menemui beberapa suspek, kita berdua pun takkan dihukum teruk. Wan, nak minum teh? Setengah teko teh dah cukup. Bertahan setengah teko teh saja. Ke manakah tuan-tuan nak pergi? Patik tak tahu tuan putera berada di sini, harap tuan putera maafkan patik jika berkelakuan buruk. Tak apa. Maaf kerana biar tuan putera tunggu lama. Tunggu bukanlah masalah, cuma tempat ini terlalu membosankan, tiada tempat untuk minum teh dan berehat. Buat saya terpaksa duduk di sini
tanpa buat apa-apa. Mahkamah Agung ialah
tempat penguatkuasaan undang-undang, asalnya pun tak benarkan orang luar
yang merayau-rayau di sini. Jika tuan putera tak berpuas hati, boleh melaporkan kepada baginda. Awak… Teruklah, saya terlupa kira sampai mana. Dah sampai masa setengah teko teh? Wan, cepatlah. Saya hampir tak tahan lagi. Patik masih ada urusan, jika tuan putera tiada arahan, maafkan patik berundur diri dulu. Saya belum selesai bercakap lagi. Awak… Pengarah Li, apa yang berlaku? Saya pun tak tahu apa sebab, dia sengaja menolak saya. Pengarah Li, kenapa buat Tuan Puteri Aman Abadi
marah begini? Patik khuatir tuan puteri menceroboh masuk
ke kawasan gudang yang penting ini akan dikritik orang, jadi khasnya datang bersama Gabenor Zheng
untuk menghantar surat kelulusan. Namun, entah apa sebabnya Tuan Puteri Aman Abadi menghalang patik? Sebab saya takut diganggu orang, jadi saya minta Tuan Puteri Aman Abadi
menjaga di luar untuk saya. Begitu rupanya. Patik yang biadab begitu. Patik pergi hantar surat kelulusan
kepada pihak gudang sekarang. Pengarah Li tunggu sebentar, Qin Wan masih nak tanya sesuatu. Tuan puteri sila cakap. Dalam kes pembunuhan di pekan Bodhisatva, keterangan saksi yang
menuduh Zhang Dongxuan hanya boleh membuktikan bahawa
dia pernah berhubung dengan mangsa, tiada yang menyaksikan dia yang membunuh atau bukti nyata
dia berada di tempat kejadian. Semalam, saya telah mengesahkan bahawa Zhang Dongxuan memang menghidapi
penyakit fobia darah. Mustahil dia ialah
pembunuh di pekan Bodhisatva. Pengarah Li, Gabenor Zheng, adakah kamu bersetuju
untuk membebaskannya? Kemahiran perubatan
Tuan Puteri Kasih Sejati tiada tandingan, adanya jaminan daripada tuan puteri, patik akan segera membebaskannya. Selain itu, memandangkan kes ini telah disenaraikan
sebagai kes mencurigakan oleh Shen Yi, kenapa tiada petunjuk mencurigakan yang dicatatkan oleh Shen Yi
dalam catatan kes itu? Ini kecuaian patik. Patik akan segera suruh orang untuk menyiasat perkara ini. Perlu menyusahkan
Pengarah Li dalam hal ini. Jika dapat bantuan daripada petunjuk
yang ditemui oleh Shen Yi, mungkin kita dapat mengelakkan tragedi yang berlaku
di pekan Bodhisatva berlaku di ibu kota. Kata-kata tuan puteri sangat benar. Patik pasti akan berusaha sedaya upaya. Tuan puteri, Gabenor Zheng, kes pembunuhan berlaku di bilik ais
Restoran Zuixian di kawasan barat kota. Ya tuhan, kenapa tak habis-habis ini? Tuan puteri… Kami akan segera pergi ke tempat kejadian. Saya nak pergi juga. Dia tak datang kerana Shen Yi. Jangan-jangan dia bukan Shen Wan? [Langit] [Catatan istana] Rupanya dia datang kerana Raja Maju. Hu Dequan bertanggungjawab
untuk mengambil dan membuat ais. Pada hari biasa, dia tinggal di halaman belakang
untuk menjaga bilik ais restoran. Tak sangka dia mati kesejukan di dalam bilik ais. Adakah tempat kejadian telah diganggu? Tak. Selepas tauke Restoran Zuixian
menemui si mati, dia segera melaporkan kejadian itu dan tiada sesiapa yang masuk ke dalam
sepanjang tempoh itu. Semasa kamu tiba, adakah pintu utama bilik ais ini terbuka? Ya. Cepat salin kesan tapak kaki ini. Adakah ini kesan tapak kaki si mati? Bukan. Berdasarkan pakaian dan kesan tanah pada tumit kasut si mati, pembunuh sepatutnya bunuh si mati di luar, kemudian menyeretnya masuk. Pintu utama dah dibuka
untuk masa yang lama, ais di pintu masuk dah cair
menjadi kesan air, jadi tanah pada tapak kasut pembunuh
menjadi lumpur dan meninggalkan kesan tapak kaki
sepanjang jalan, tapi kerana dia menyeret si mati
masuk secara mundur, kesan tapak kakinya dipadamkan
oleh badan si mati. Apabila tiba di sini, lumpur pada tapak kaki pembunuh
dah hampir tiada. Selepas dia letakkan si mati, atas sebab tertentu, badan si mati kebetulan
menutup kesan tapak kaki, barulah pembunuh tak perasan. Selepas itu,
pembunuh menanggalkan kasutnya dan meninggalkan bilik ais
dengan berkaki ayam. Saya takkan beritahu awak. Wan memang berpengetahuan luas. Hukuman kesejukan. Ia memang disusun mengikut tujuh lapisan neraka. Tuan puteri, tapi tak nampak ada corak
bunga Higanbana hitam. Tutup pintu bilik ais. Tutup pintu. Hukuman kesejukan ialah hukuman terhadap orang
yang tak mengakui keluarga sendiri. Kami dapat tahu bahawa tempat Hu menjual anak kandungnya ialah Restoran Persinggahan Phoenix. Tempat mangsa pertama minum arak adalah di Restoran Persinggahan Phoenix. Mangsa kedua, Zhao Jiaxu, wanita simpanannya juga
di Restoran Persinggahan Phoenix. Yang ini juga
di Restoran Persinggahan Phoenix. Kami dah menyiasat semuanya. Kita akhirnya menemukan kaitan antara mangsa-mangsa ini. Kenapa, Wan? Adakah awak kesejukan di dalam bilik ais? Sepatutnya takkan begitu. Mungkin sebab saya agak tergesa-gesa
dalam siasatan berterusan beberapa hari ini. Ampun, tuan putera. Abang. Abang tam. Apa yang awak buat? Saya cuma batuk beberapa kali. Turunkan saya. Degil. Semua orang dengar arahan. Pejam mata. Pusing badan. Apa yang patut dan tak patut tengok, adakah semua faham? Faham. Apa yang patut dan tak patut cakap, adakah semua faham? Faham. Anak muda. Bagus, masa depan cerah. Junjung kasih, tuan puteri. Ini tugas patik. Bagus. Tengok apa? Kenapa? Mata awak menatap tajam seperti serigala lapar
nampak kambing gemuk. Mana ada? Pejam mata. Pusing badan. Apa yang patut dan tak patut tengok, adakah awak faham? Mari. Ini masih ubat yang saya sediakan untuk awak semasa di Taman Ratusan Herba. Saya pernah cuba, kesan ubat menghalau kesejukan
sangat baik. Nah. Bagaimana dengan siasatan
kes bekalan tentera? Saya dah dapat tahu semuanya
yang mahu saya siasat. Perkara yang tak mahu saya siasat, saya juga akan
mendedahkan kebenaran lambat-laun, awak tak perlu risau lagi. Saya dah beritahu Ning
tentang pengenalan sebenar saya. Baiklah. Cepat pejam mata dan tidur sekejap, awak akan sembuh selepas berpeluh. Mari. Bagaimana ini boleh terjadi? Tak mungkin. Tak mungkin. Wan. Yan Chi. Wan. Awak bermimpi ngeri? Saya bermimpi awak terperangkap
dalam kebakaran, terkejut saya. Kita memang sehati sejiwa. Apa yang dah berlaku? Hukuman pembakaran dah berlaku.