A long-awaited hug, a kiss sweeter than ever. 💞😙| Coroner’s Diary 朝雪录 | iQIYI Malaysia
Alamak. Berhenti! Bunuh saja jika awak mahu, tapi jangan menginginkan saya
yang tampan ini. Cepatnya awak bangun. Awak tak tegap pun, seberapa kuatnya awak? Saya hanya berpura-pura pengsan
untuk bermain dengan awak, awak betul-betul ingat awak berjaya pula, bodoh. Awak ingat, dengan membuat saya marah, awak boleh mati dengan lebih cepat? Jangan tergesa-gesa, saya akan mengelakkan bahagian penting dan menggunakan pisau belati ini untuk membelah badan awak sedikit demi sedikit menjadi dua bahagian supaya awak boleh melihat organ dalaman sendiri. Tak sangka saya boleh mati dengan cara yang begitu gagah
pada hayat ini, memuaskan betul. Rupa-rupanya awak suka lelaki yang gagah, mana boleh saya memenuhi keinginan awak? Apa kata… Ning Buyi, bunuh saya sekarang jika awak berani! Abang tam, ke mana Yan Li pergi? Kita dah terpedaya, Ning Buyi sengaja meninggalkan
laluan rahsia palsu, tapi rasanya dia tak dapat keluar
dari halaman ini. Bai Feng, terus menggeledah! Baik! Zhan Yang, geledah! Baik. Yan Chi, cepat lihat. Ada lorong rahsia. Ning Buyi, saya tak pernah berbuat jahat
seumur hidup ini. Berdasarkan peraturan
Persatuan Penegakan Keadilan, awak masih tak boleh membunuh saya. Persatuan Penegakan Keadilan? Persatuan Penegakan Keadilan? Tak sangka awak tahu
Persatuan Penegakan Keadilan! Bagus sekali! Bagus sekali. Kalau begitu, awak juga patut tahu, awak berseronok dengan pelacur setiap hari dan menipu perasaan Tuan Puteri Aman Abadi
yang ikhlas! Awak memang patut terima hukuman dipotong pisau! Saya difitnah. Saya masih… Saya masih lelaki suci yang tulen, saya pergi ke rumah pelacuran hanya kerana saya
takut tidur seorang diri. Cinta saya terhadap Ning sangat mendalam, kami dah berjanji
untuk bersama selama-lamanya dan menghabiskan malam bersama
di Restoran Persinggahan Phoenix. Kalau awak berani merepek lagi, saya akan koyakkan mulut awak,
percaya tak? Mari, tuan putera. Tuan putera tak apa-apa? Yan Li! Di mana Yan Li? Sini. Beliau di sini. Tengoklah, saya akan mencincang awak! Berhenti! Tengoklah, saya akan mencincang awak! Mari sini! Janji Putera Li masih hidup. Cara hidup beliau memang susah. Tuan puteri mula mengesyaki saya sejak bila? Bila saya mula mengesyaki awak
tak penting. Jika bukan kerana awak dianiayai
oleh kebijaksanaan sendiri dengan membunuh Wang Xin
untuk menutup mulut, syak wasangka saya hanya akan kekal
sebagai syak wasangka. Dia menerima balasan
akibat perbuatannya sendiri, saya mesti membunuh dia. Mereka semua patut dihukum, orang yang tamak memang patut terima hukuman dihempap batu. Kes di pekan Bodhisatva juga angkara awak? Pada masa itu, saya masih tak buat dengan baik, banyak perkara yang patut diselesaikan. Awak yang menubuhkan
Persatuan Penegakan Keadilan? Persatuan Penegakan Keadilan. Jika kamu mahu bunuh saya, maka bunuhlah. Tapi jika saya boleh hidup
selama sepuluh hari lagi, saya pasti akan membunuh awak untuk mencapai matlamat besar saya! Kalau begitu, beritahulah saya, apa kesalahan saya? Jumlah orang yang saya bunuh jauh berbeza jika dibandingkan dengan jiwa-jiwa tak berdosa yang mati dalam pertempuran bersama tuan putera! Awak tak layak dibandingkan dengan
askar-askar yang mempertahankan negara! Pemenang yang membuat keputusan,
pihak yang kalah menjadi penjahat, terpulang kepada kamu
untuk menilai selepas ini. Namun sayangnya… Matlamat besar saya belum dicapai. Dia dah bertekad untuk mati, biarlah kes ini berakhir di sini sahaja. Tutup pintu! Semua orang dilarang keluar atau masuk! – Baik.
– Baik. – Jangan tutup pintu!
– Siapa awak? Buka mata awak yang tak guna itu
dan lihat dengan jelas, saya Putera Yan Li, cepat buka pintu! Maafkan saya, tuan putera! Buka pintu, cepat buka pintu! Yan Li, berhenti! Orang itu menyamar
sebagai Tuan Puteri Aman Abadi, cepat menghalang dia. Baik. Jangan cederakan dia. Berani awak gelar saya sebagai penyamar! – Tolong!
– Saya akan bunuh awak! Dialah orangnya. Kulitnya dah menunjukkan
tanda-tanda kekurangan darah dan tenaga, biarpun dia tak bunuh diri, dia tak dapat hidup lama lagi. Nampaknya bunga Higanbana ini ialah lambang
Persatuan Penegakan Keadilan. Tak hairanlah ketika Zhang Dongxuan
tarik diri daripada persatuan, dia perlu memotong daging di dadanya, ini untuk menyembunyikan
kewujudan Persatuan Penegakan Keadilan. Jelasnya dia tahu
jangka hayatnya tak panjang lagi, dia masih cuba sedaya upaya untuk membunuh banyak orang
yang tak berdosa, inilah yang dikatakan
sebagai menegakkan keadilan? Wan! ♪ Cerita belum berakhir
air mata bukan satu-satunya ♪
Dah lama awak pergi,
adakah semuanya berjalan lancar?
Saya ada satu perkara yang perlu beritahu awak. Apa itu? Maharaja berharap ayahanda serahkan
kuasa ketenteraan Shuoxi secara sukarela, tapi ayahanda… tuan raja tak mahu dengar kata-kata awak? Betul. Ayahanda bimbang musuh akan menyerang kita
selepas menyerahkan kuasa ketenteraan, beliau berkeras nak mengalahkan musuh dulu
baru bincangkan hal ini, tapi baginda mungkin
tak dapat menunggu begitu lama. Jika baginda berkeras
mengambil balik kuasa ketenteraan, adakah tuan raja ingin memberontak? Kenapa awak berfikiran derhaka sebegini? Saya serius. Jika baginda nak
mengambil balik kuasa ketenteraan, hasilnya, sama ada awak dan tuan raja
dilucutkan gelaran dan jawatan, saya menjadi tabib untuk menyara keluarga atau tuan raja memimpin Tentera Shuoxi
untuk memberontak, baginda membunuh kita berdua
untuk menakutkan pemberontak, kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Awak sebut kita? Walaupun saya tiada jawatan atau gelaran, malah kehilangan nyawa disebabkan ini, awak tetap mahu berkahwin dengan saya? Sehidup semati, takkan berpisah. Tuan, hamba ada perkara penting
yang perlu dilaporkan. Cakap. Dalam senarai calon perkahwinan
yang diserahkan oleh Gundik Mulia Su
kepada Jabatan Falak Diraja, Raja Permaisuri Mulia
mencalonkan nama Cik Wan, patik takut perkara ini dibesarkan, jadi tak berani mencuri senarai itu, mohon tuan membuat keputusan. Raja Mulia pastinya tak nak mengahwini
saya dengan ikhlas, jangan bertindak terburu-buru. Jangan risau. Tak kira apa rancangannya, saya takkan membiarkannya berjaya. Kalau begitu, saya akan menunggu
khabar baik daripada awak. Mungkinkah orang Raja Mulia? Tuan. Pergilah. – Ya.
– Ya. Ubat pelali daripada Pasukan Dubhe. Cepat! Bau serbuk ubat. Wan! Macam mana? Adakah persekitaran ini memuaskan? Beta jarang sekali gunakan usaha sebegini kepada wanita. Awak memang agak berbeza. Tak menjerit dan tak bising, begitu tenang. Sebaliknya jadikan beta mula menyukai awak. Apa kata awak menjadi permaisuri utama beta? Awak mahu saya jadi permaisuri utama awak, hanya disebabkan awak memerlukan
kemahiran saya. Dengan ini, bukan saja awak
boleh meraih pencapaian politik, malah disebabkan saya anak saudara
kepada Tuan Ningrat Setia Berani, awak juga boleh mempergunakan saya
untuk merenggangkan hubungan antara Ningrat Setia Berani
dengan Putera Mahkota. Awak ingat saya lelaki tak guna yang mempergunakan wanita
untuk naik pangkat? Bukankah? Awak memperlakukan saya sebegini hanya disebabkan Yan Chi memalukan awak di depan khalayak ramai, awak tak mampu mengalahkannya
secara terus terang, jadi awak hanya boleh menghina saya untuk melepaskan kemarahan awak. Ini amaran, awak diam! Nampaknya awak bukan saja si tak guna yang
mempergunakan wanita untuk naik pangkat, malah juga pengecut yang
membuli orang lemah untuk menunjukkan diri awak wira. Sekarang awak tahu saya bukan seorang
yang menyayangi wanita, kan? Menangislah kalau sakit, merayulah kepada saya kalau takut. Saya masih agak bersabar terhadap wanita yang
boleh buat saya gembira. Saya takutkan ular, adakah saya perlu merayu ular
supaya tak patuk saya? Prinsip semudah ini pun awak tak tahu. Nampaknya awak bukan saja pengecut, malah juga seorang yang bodoh. Bagus. Tajam lidah. Tapi simpanlah tajam lidah ini untuk Yan Chi. Saya ingin melihat bagaimana reaksinya apabila dia tahu awak telah saya telanjangi
dan nikmati sepenuhnya. Pastinya menarik. Ketika itu, awak yang sebagai Tuan Puteri Kasih Sejati akan menjadi perempuan murah yang disebut oleh rakyat biasa. Hidup akan menjadi kesengsaraan terbesar awak. Selepas seseorang mati, daging dan organ dalaman akan berubah jadi nanah dalam masa
kurang daripada sepuluh hari. Gigi yang awak anggap paling keras juga akan tanggal dalam masa belasan hari, sama seperti kuasa dan kemasyhuran awak yang meninggalkan awak paling awal. Rambut yang kelihatan lembut takkan reput selama beratus-ratus tahun, sama seperti akhlak dan bakat yang tak dapat dirampas oleh sesiapa pun. Saya ingin lihat, saya yang akan hidup sengsara
kerana hal remeh ini atau awak yang jatuh hina dan nama awak tercemar selama-lamanya. Saya nak bunuh awak! Awak tiada apa-apa? Saya tiada apa-apa. Yan Chi, berani awak menderhaka! Awak nak buat apa? Berani awak nak bunuh saya? Yan Chi. Yan Chi!