Yan Chi’s father is gone, grief hits without warning.💔| Coroner’s Diary 朝雪录 | iQIYI Malaysia
jalan di depan berbahaya, sudikah awak pergi bersama saya? Saya sudi. Awak buat apa? Takkanlah awak berani bunuh saya? Yan Chi. Yan Chi. Awak nak buat apa? Awak tak berani. Awak tak berani. Bagaimana awak berani? Yan Chi, awak tak berani! Jangan! Jangan! Mari kita pergi. Yan Chi, saya takkan berdamai dengan awak! Kenapa awak ambil risiko sendirian? Ada senarai penentuan perkahwinan, saya mengesyaki ia tindakan Yan Qi, jadi saya mahu tahu apa niatnya. Tak sangka dia lebih berani dan tak tahu malu daripada yang saya fikirkan. Mana yang mereka cederakan awak lagi? Awak kisah kerana saya hilang kesucian? Tentulah bukan. Saya rasa saya tak melindungi awak
dengan baik, baru menyebabkan awak tercedera. Wan, awak tak perlu fikirkan apa-apa sekarang, hanya perlu tunggu
untuk menjadi pengantin saya. Awak datang awal pagi hanya untuk biarkan nenda cuba ikan goreng kecil awak? Nenda tak tahu. Ikan ini dipanggil ikan bunga pic. Ikan ini hanya ada semasa bunga pic mekar setiap tahun, rasanya paling segar dan enak. Pemburuan diadakan setiap tahun, nenda tak pernah dengar
tentang ikan bunga pic pun. Ikan ini berenang ke sini dengan sendirinya? Jika nenda suka, saya akan bawa kepada nenda
untuk tunjukkan kebaktian setiap tahun. Tunjukkan kebaktian? Bukan kerana pergaduhan dengan Qi semalam? Perkara kecil ini
tak perlu menyusahkan nenda. Lagipun, saya tak cederakannya pun. Jadi, awak begitu mesra dan prihatin untuk apa? Cakap dengan jujur. Jika awak tak cakap dengan jujur, nenda takkan santap ikan kebaktian awak ini. Baiklah, saya akan cakap dengan jujur. Cunda dengan ikhlas
mahu melamar Tuan Puteri Kasih Sejati sebagai permaisuri cunda. Harap nenda mengeluarkan titah
untuk mengurniakan perkahwinan. Dulu apabila nenda sebut
tentang perkahwinan, awak selalu mengelak, kenapa hari ini
awak melamar Tuan Puteri Kasih Sejati? Tak berani sembunyikan daripada nenda, Tuan Puteri Kasih Sejati
ada ramai peminat, cunda juga telah lama menyukainya, memang tak sabar lagi. Ini memang benar. Tetapi, saya biarkan Tuan Puteri Kasih Sejati
menentukan perkahwinannya sendiri. Awak minta nenda kurniakan perkahwinan
kepada awak, awak perlu dapatkan persetujuannya. Jika tak, nanti dia kata nenda membuli orang dengan kuasa. Nenda, jangan bergurau dengan cunda lagi. Dengan mata tajam nenda, takkanlah nenda tak dapat melihat bahawa cunda dan dia saling mencintai? Kalau begitu, nenda tanya awak. Qin Wan bukanlah gadis biasa, bolehkah awak jamin awak takkan
mengkhianatinya seumur hidup? Saya, Yan Chi bersumpah di sini, jika saya mengkhianatinya,
tuhan akan membunuh saya, saya tidak lagi layak
menjadi ahli keluarga Yan. Junjung kasih, nenda. Tak sangka maharaja akan melepaskan perkara semalam
dengan begitu mudah. Kalau tak dilepaskan, apa boleh buat? Yan Qi ialah dalang utama, sudah tentu dia takkan mengaku. Feng Chenbi juga tak berani cakap apa-apa. Mana mungkin maharaja menyusahkan diri sendiri? Dengan perangai Raja Mulia
yang suka membalas dendam, saya rasa dia takkan biarkan begitu saja. Saya selalu rasa dia seolah-olah ada niat yang lebih besar. Saya juga ada kerisauan yang sama. Tahukah awak kenapa Yan Qi masih belum pergi
ke wilayah pegangannya? Demi kedudukan pewaris takhta? Tak. Apa yang dia mahukan ialah tempat penting bekalan makanan
dan kuda perang, iaitu Liangzhou. Pekan penting di Shuoxi. Jadi, dalang di sebalik kes rasuah
bekalan makanan tentera… Kemungkinan besar dialah dalang itu. Mungkin juga putera mahkota. Lagi, mungkin juga maharaja ialah dalang itu. Maharaja mahukan Tentera Shuoxi, kedegilan ayahanda telah menyebabkan kemurkaan maharaja. Walaupun kali ini balik ke ibu kota, saya telah menggunakan kes rasuah
bekalan makanan tentera untuk membela ayahanda di depan baginda, ini bukanlah penyelesaian jangka panjang. Kenapa Raja Arif tak tahu bahawa awak masuk ke ibu kota
sebagai sandera untuk melindungi keselamatan beliau
dan Tentera Shuoxi? Dia bukannya tak faham. Cuma dalam hatinya, pegawai tentera seharusnya
membina jasa perang yang banyak, manakala rancangan saya hanyalah bermain tipu helah saja. Sekarang dalam mata maharaja, saya ialah pengintip ayahanda di ibu kota, manakala dalam mata ayahanda, saya ialah anak derhaka yang takut mati. Awak jangan campur tangan
dalam kes Raja Maju lagi. Kenapa? Li Muyun dah mula berasa curiga
terhadap mayat tak dikenali di Kediaman Raja Maju itu, tetapi dia tak menghalang saya
daripada terus menyiasat. Saya mengesyaki dia sedang tunggu peluang
untuk mencari kesalahan saya. Sekiranya maharaja tahu awak mahu membersihkan nama Raja Maju, keadaan awak mungkin akan menjadi
lebih berbahaya. Kalau begitu, saya lagi tak boleh biarkan
awak menghadapi bahaya sendirian. Lagipun, maharani balu dah kurniakan perkahwinan
kepada kita. Selepas ini, kita sebagai suami isteri
bersatu hati, kita memang saling bergantungan. Wan, jalan di depan berbahaya, sudikah awak pergi bersama saya? Saya sudi. Ini… Ini… Adinda Raja Arif… telah mangkat! Ayahanda. Tak kira ayahanda sudi atau tak kali ini, ayahanda mesti balik
ke ibu kota bersama anakanda. [Papan Roh Mendiang Raja Arif] Marsyal! Marsyal! Marsyal! Menantu, Shen Wan
bersalam kepada ayahanda. Ketua marsyal, Bai Feng bersujud kepada tuan. Maharaja dah mengeluarkan titah, pukul 6 pagi esok, keranda diangkat keluar dari kota
untuk dikebumikan. Tanpa persemayaman atau upacara berkabung? Baginda titah, ayahanda mangkat dibunuh musuh, adakan persemayaman dan
upacara berkabung akan menjejaskan wibawa. Bagaimana baginda boleh bertitah
dengan begitu tak masuk akal? Wan. Tolong saya. Ayahanda, dia ialah Shen Wan, permaisuri yang anak pilih. Jika ayahanda ada sebarang
kesusahan atau ketidakadilan, kami suami isteri pasti akan membela
dan merayu untuk ayahanda. Ayahanda mangkat kerana
ditimpa kemalangan, menantu, Shen Wan terpaksa melakukan bedah siasat. Harap ayahanda ampunkan menantu jika ada yang menyinggung. Wan, kita hanya ada tiga jam. Masa sangat terhad, awak hanya perlu beritahu saya tentang apa yang perlu diperiksa. Saya ingin tahu, kalau-kalau ayahanda
benar-benar dibunuh oleh musuh. Baik, saya akan fokus untuk memeriksa senjata dan cara pembunuhan. Pada tubuh ayahanda jumlah terdapat 17 luka. Pada bahu kiri, belakang, pergelangan tangan kanan dan betis kanan ada tujuh kesan luka calar. Bahagian dada dan perut ada empat luka akibat pukulan
atau hentaman. Luka yang membawa maut ada pada dada, jantungnya ditembusi anak panah tajam. Di mana ayahanda diserang? Ayahanda diserang ketika berehat
di rumah persinggahan sewaktu meronda kawasan sempadan. Saya jumpa sekam makanan kuda ini dalam rambut ayahanda. Terdapat kesan lebam beralur pada kaki tangan ayahanda. Ia kelihatan muka ayahanda disimbah sekam semasa bertempur untuk mengaburkan pandangan beliau, kemudian anggota badan beliau diikat. Cara ikatan seperti ini dapat mengawal seekor lembu pun. Ketika itu ayahanda bersiap
untuk bertolak, beliau suruh pengawal peribadi, Fan Xin pergi ke
halaman belakang untuk membawa kuda. Ayahanda berlatih
seni mempertahankan diri sepanjang tahun, kalau tak menggunakan cara kejam ini, mereka tak mungkin dapat mengawal beliau. Memandangkan pembunuh
ingin bunuh ayahanda, boleh gunakan tali
dan jerut terus lehernya. Kenapa perlu bersusah payah mengikat tangan dan kakinya? Melainkan… Kenapa luka anak panah ini berbeza dengan luka anak panah biasa? Ini anak panah bermata empat. Ini senjata khas daripada musuh. Disebabkan mata anak panah ini berat dan ada duri, ia tak boleh dipanah dengan busur biasa hanya sesuai guna busur tangan. Memandangkan mereka dah gunakan tali untuk mengikat kaki tangan ayahanda, kemudian gunakan busur tangan, bukankah ia terlalu disengajakan? Mungkinkah mereka ingin… Mahu mengikat ayahanda, kemudian mencipta ilusi yang
jantung beliau ditembusi. Mereka bertindak begitu terang-terangan, kenapa tiada seorang pun yang mendapati? Ketika Fan Xin tiba, ayahanda dah mangkat ditembak anak panah. Pang… panglima! Panglima! Ketika pembunuh beredar, mereka sengaja ambil tali yang mengikat kaki tangan ayahanda, tapi meninggalkan anak panah
bermata empat, seperti sengaja beritahu orang bahawa ini perbuatan musuh. Adakah mereka sedang mencabar
Tentera Shuoxi? Musuh dah lama membenci ayahanda, prestasi mereka dinilai
berdasarkan kepala yang dipenggal. Jika ini cabaran musuh, jasad ayahanda pasti sukar
dikekalkan sempurna. Jika bukan musuh, maka ini fitnah. Pembunuh pasti mengenali
senjata musuh. Malah mengetahui laluan sempadan
yang biasa dilalui ayahanda. Jika memang begitu, orang dalam Tentera Shuoxi
paling mencurigakan. Dah tiba masanya untuk berjumpa
dengan Fan Xin. Kenapa awak balik begitu cepat? Semua urusan dah diselesaikan? Ayahanda dah dikebumikan dengan baik. Dengan keadaan sekarang, semakin cepat saya pulang, semakin tenang hati baginda. Tahukah awak, baginda menyerahkan kes Song Xiwen kepada Raja Mulia untuk dikendalikan? Saya tahu. Wan. Jika saya kehilangan jawatan
dalam Jabatan Kehakiman dan tak dapat mewarisi takhta, adakah awak masih sudi
berkahwin dengan saya? Saya buka pusat perubatan, lebih daripada cukup untuk menyara awak. Yan Chi, saya tak mahu menunggu hari baik lagi. Saya pergi minta kurniaan
daripada maharani balu. Cuma entah awak sudi atau tidak. Wan. Tuan putera, Tuan Puteri Kasih Sejati, maharani balu sudah bangun. Terima kasih, inang.