Playing drunk, acting cute. Dr. He really nailed it! 🎭💯| The Best Thing 爱你 | iQIYI Malaysia
Ini untuk awak. Oh ya. Ini juga. Xiangya dah beritahu saya semuanya. Saya rasa awak sangat memerlukan ini sekarang. Sebenarnya, pengalaman cinta Xifan sangat kurang. Dia hanya berpengalaman dalam cinta pertama yang selama tujuh tahun, mereka baru berpisah tahun lepas. Mereka bercinta jarak jauh buat masa panjang. Pada waktu terakhir itu, keadaannya sangat teruk. Dia sangat takut tersakiti lagi. Semua masalah tersumbat dibentuk daripada pengumpulan jangka panjang. Jika ia tersumbat, awak akan rasa sakit. Kacang merah ini boleh menghilangkan stasis darah, membuang bisul dan juga boleh membantu awak untuk melegakan emosi. Kenapa? Saya sedang berfikir… Kenapa awak tak marah? Mungkin juga disebabkan saya pernah mengalami perkara yang serupa. Saya dapat rasa benda yang sama. Sebelum ini, bekas teman wanita berpisah dengan saya, saya pernah berputus asa terhadap diri sendiri buat seketika. Sepanjang masa itu, saya makan masakan herba setiap hari selama setahun lebih, saya rasa ia agak berkesan. Tapi kemudian saya menyedari bahawa masakan herba memang berkesan, tapi yang pentingnya perlu makan tiga kali sehari agar diri saya kembali kepada keadaan normal. Jadi, sama juga untuk awak. Jangan rasa diri awak tidak baik, jangan rasa diri awak tidak bernilai juga. Cuma hati dan jiwa awak tersakiti kerana hubungan cinta yang kurang baik. Cintai diri sendiri dengan baik dan menjalani kehidupan dengan baik barulah yang paling penting. Bagi perkara lain boleh dilakukan perlahan-lahan. Namun, jika boleh, saya juga berharap awak boleh sembuh dengan cepat. Apabila awak makan kacang merah lain kali,
ingat tangkap gambar untuk saya. Rekod perubatan? ♫Entah apa yang perlu dikatakan♫ ♫Semasa kita bersama♫
Sila tunggu sebentar di luar.
Baik. Dah beberapa minggu awak tak datang untuk rawatan susulan. Bagaimana keadaan kesihatan awak baru-baru ini? Agak baik. Apa kata saya periksa denyutan nadi awak? Bagaimana dengan rancangan awak untuk pergi ke luar negara? Tahun Baharu Cina dah berlalu, awak dah dapat tawaran belum? Saya dah dapat tawaran. Ini berita baik. Mengapa awak tak beritahu saya tentang berita baik ini? Bagaimana dengan visa? Dah dapat visa? Sebenarnya… Saya akan pergi pada bulan Oktober. Sebelum ini, awak kata bulan Februari. Kenapa tiba-tiba tukar kepada bulan Oktober? Sebelum ini, saya tak tahu boleh memilih sidang, jadi saya… Dr. He. Badan saya ada masalah lain? Tiada masalah besar. Cuma… Cuma… Cuma awak tak berhati perut. Jangan risau, awak hanya perlu minum lebih banyak air kulit limau kering. Amboi! He Suye. Kenapa awak baru sampai? Duduklah. Saya baru saja nampak mesej WeChat awak. Pembohong. Saya beli begitu banyak arak untuk awak. Asalnya saya nak minum bersama awak, tapi awak baru sampai sekarang. Awak dah mabuk? Perempuan jahat. Saya? Kenapa? Awak memang perempuan jahat. Baiklah. Cuba awak cakap sebab saya jahat. Jelasnya awak yang “memancing” saya terlebih dahulu. Namun, awak lepaskan saya selepas berjaya “memancing” saya. Saya… Jelasnya saya dah hantar kacang merah kepada awak. Awak dah makan? Awak ada datang untuk rawatan susulan? Mana ada orang seperti ini? Mana ada “ikan” yang “dipancing” masih memuntahkan kacang merah kepada orang yang “memancing” ia? Awak tengok saya, macam inilah. Hari ini, saya pergi makan bersama Senior Lin dan yang lain. Jadi, saya belum sempat untuk makan kacang merah dan belum sempat pergi untuk rawatan susulan. Tambahan pula, macam mana saya “memancing” awak? Ada. Mana ada? Awak “memancing” saya di sana. He Suye, terima kasih kerana menyukai saya. Awak dah mabuk, saya bawa awak balik. Saya tak nak pergi. – Jom.
– Tak nak. He Suye, saya ingat seseorang pernah beritahu saya bahawa selepas minum arak dan terkena angin dalam cuaca sebegini akan menyebabkan selsema. Kenapa? Awak hanya menipu saya sebelum ini? Tolong hantar saya pulang. Memandangkan awak yang “memancing” saya terlebih dahulu, awak perlu bertanggungjawab terhadap saya. Tak boleh mengabaikan saya. Baiklah. Saya takkan mengabaikan awak. Jadi saya bawa awak balik rumah. Mari, angkat lengan awak. Beratnya awak. Kenapa awak tak pandai minum tapi suka minum? Terbalik. Ini rumah saya. Sampah bersepah di merata tempat saja. Saya akan kemaskan nanti. He Suye. Turunkan. Kata laluan. Tekan kata laluan. Jangan awak tengok. Bolehkah awak membersihkan diri sendiri? Kalau begitu, saya… Tiada masalah. Saya balik dulu ya. – Jumpa lagi.
– Jumpa lagi. Xifan. Selamat malam. Selamat malam. Perempuan jahat. Jelasnya awak yang “memancing” saya terlebih dahulu. Kenapa awak lepaskan saya selepas berjaya “memancing” saya? Saya ini tak dikira “memancing” dia, kan? Fan. Pengerusi Yan. Ini untuk awak. Pukul berapa awak habis kerja? Pukul lima. Biar saya hantar awak. Tak perlu. Saya boleh naik bas syarikat. Tak apa, saya… Pengerusi Yan. Awak ada hal lain lagi? Mari kita bercakap di tempat lain. Baiklah. Silakan. Saya dah ingat. Pengerusi Yan itu ialah teman lelaki Pengurus Shen, kan? Mereka dah lama berpisah. Jika orang lain menyebarkan khabar angin ini, tolong jelaskan perkara ini. Apa kata pergi ke bilik saya? Kita boleh duduk dan berbual. Shen Xifan, penat betul jadi teman lelaki awak. Awak langsung tak mengambil berat tentang saya, awak hanya mementingkan diri sendiri. Awak terlalu mementingkan diri sendiri. Saya terlalu mencintai awak, barulah saya tak sedar bahawa awak selalunya mementingkan diri. Fan. Saya dah lama berfikir, lebih baik kita berpisah. Fan. Mari kita berbaik semula. Berbaik semula? Saya benar-benar terlalu sibuk tahun lepas. Robot yang dibangunkan sendiri perlu memohon paten, penyenaraian awam dan penilaian anugerah. Saya masih perlu menangani pengambilalihan Kumpulan Syarikat Teknologi Zhongyu dan ayah saya. Saya memang sibuk sangat ketika itu. Selepas saya selesai dengan kesibukan dan fikir balik, saya sangat menyesal. Saya tak patut lepaskan geram kepada awak. Saya tak patut bergaduh dengan awak. Kita berdua bukan bergaduh, tapi berpisah, faham? Hubungan kita selama tujuh tahun, mana boleh berpisah begitu saja? Fan, dengar cakap saya. Jangan sentuh saya! Ke tepi!