Xiao Beiming Falls Off a Cliff—Fate Unknown. 😱| The Wanted Detective 定风波 | iQIYI Malaysia

Jangan! Abang seguru! Adik. Lama tak jumpa. Xiao Beiming, akhirnya awak muncul. Bukan saya yang bunuh tok guru. Petunjuk yang awak terima itu, saya yang berikan. Saya tahu awak pasti akan siasat sampai ke sini. Selama tiga tahun ini, saya asyik mencari petunjuk Pengganas Malam. Adik, jika awak sudi mempercayai saya, saya akan membuktikan kepada awak bahawa kejadian di atas kapal yang berlaku di Tasik Huru-hara
pada tiga tahun yang lalu bukan saya yang lakukan sama sekali. Kenapa saya harus mempercayai awak? Jangan bergerak! Jika awak bergerak lagi, saya akan bunuh awak serta-merta. Lubang bawah tanah tok guru memang satu tempat tersembunyi yang bagus. Jika awak tak menjelaskan semuanya hari ini, awak akan dikebumikan di sini. Tak kira awak percaya saya atau tidak, saya tetap nak cakap macam ini… Saya bukan Pengganas Malam. Awak masih tak nak cakap? Adik. Diam! Jangan sebut panggilan ini lagi. Biarpun semua rakyat negara Qi percaya saya ialah Pengganas Malam, tapi ada seorang pasti akan menyimpan sedikit keraguan
yang terakhir terhadap saya. Sebab tiada sesiapa yang lebih memahami saya daripada dia. Hari ini, saya berani bertemu dengannya kerana saya mempertaruhkan
sedikit keraguan ini. Jika dia benar-benar rasa saya yang bunuh ayahnya, jadi ketika kami berjumpa hari ini, Pembaris Bi’annya sepatutnya ditikam ke jantung saya… Bukannya menikam bahu saya. Saya tak berharap awak dapat memaafkan saya sepenuhnya, tapi saya harap awak boleh terus mengekalkan sedikit keraguan ini, biarkan saya berada di sisi awak untuk menyiasat kes bersama awak. Saya berjanji kepada awak, saya takkan biarkan dia
bebas tanpa dihukum lagi. Saya akan keluarkan kebenaran yang tenggelam
di dalam Tasik Huru-hara kepada awak. Saya boleh simpan rahsia bahawa awak Si Naga Putih
dari Lembah Maut Beracun. Namun, saya harap awak juga boleh simpan rahsia bahawa saya di sisi Mata-mata Zhong. Boleh. Selain itu, saya harap awak boleh tinggal untuk bantu saya dan Mata-mata Zhong. Awak juga nampak tadi, Mata-mata Zhong tak percayai saya. Identiti saya pula luar biasa. Awak mahir dalam ilmu farmakologi, racun dan bedah siasat. Dengan adanya awak di sisi kami, kerja kita boleh diselesaikan
dengan lebih lancar. Saya tak faham. Bukankah awak yang bunuh ayah Mata-mata Zhong? Awak Pengganas Malam, kenapa awak begitu ambil berat
terhadap dia? Semua orang anggap awak sebagai Si Naga Putih
dari Lembah Maut Beracun yang membunuh orang dengan racun. Namun, hanya awak sendiri yang tahu, awak cuma seorang tabib
yang tak sampai hati berpeluk tubuh
ketika seseorang hampir mati. Semua orang anggap saya
[Waran tangkap]
sebagai Pengganas Malam,
tapi hanya saya sendiri yang tahu, saya seorang mata-mata yang ingin mengetahui kebenaran. Tak perlu awak beritahu saya, saya pun akan bantu Mata-mata Zhong. Kenapa? Kerana dia pernah selamatkan nyawa saya. Berhenti! Mata-mata Zhong pernah
selamatkan nyawa saya. Jadi, biarpun awak tak cakap, saya tetap akan bantu dia. Jadi, awak tak nak beritahu dia bahawa awak Si Naga Putih dari Lembah Maut Beracun? Tak boleh, anggap saja Si Naga Putih sudah mati. Saya koroner Unit Mata-mata Elit, Feng Qingzhuo. Kalau begitu, kita dah capai persetujuan. Ya, setuju. Mata-mata Zhong, akhirnya awak balik. Jangan risau, saya awasi dia dengan ketat. Si Tukang Jahit lakukan jenayah lagi, awak tak cedera? Awak juga nampak saya dikurung di sini. Koroner Feng sentiasa mengawasi saya. Sekarang, awak sepatutnya percaya bahawa saya bukan pembunuh bagi kes mayat dijahit ini, bukan? Awak sendiri yang kata, Pengganas Malam mungkin
bukan seorang saja, mungkin awak ada pembantu. Sebelum kes ini disiasat sepenuhnya, awak masih disyaki. Asalkan kita terus menyiasat, kita pasti dapat siasat kebenaran. Sudah tentu saya akan terus menyiasat. Mata-mata Zhong, perlukah saya terus berada di sini? Kenapa awak dekat sini? Saya datang untuk membawa seseorang. Bawa siapa? Awak masih nak rahsiakan hingga sekarang? Sini bukan Unit Pengintip, bukan tempat yang awak boleh bersikap biadab. Tahukah awak kesalahan menyembunyikan penjenayah berat? Saya betul-betul tak sangka awak akan menyembunyikannya di sisi awak. Apa yang awak merepek? Tak nak keluar lagi? Nak tengok saya mati di sini? Lama tak jumpa. Dah tiga tahun… Akhirnya saya yang menang. Awak… Siapa awak? Saya ingin tanya siapa awak pula. Merampas topi saya. Awak tiada topikah? Awak… Dia ialah mata-mata baharu
di Unit Mata-mata Elit, Tong Shuang. Dia ialah anak kepada
Ketua Unit Pengintip, penangkap pertama di negara Qi. Cuma saya tak sangka awak begitu berminat dengan topinya. Main helah dengan saya, kan? Jadi, bagaimana awak menjelaskan kesan darah di atas lantai? Jangan-jangan berlakunya
kes pembunuhan di sini? Lebih baik awak jelaskan betul-betul
kepada saya. Mata Tuan Muda Zhuge memang tajam, ini darah haiwan. Baru-baru ini, saya membangunkan sejenis ubat baharu yang boleh menyuburkan buah pinggang. Cuma memerlukan banyak darah haiwan untuk menghasilkannya, baunya sangat busuk. Hanya tempat Mata-mata Zhong – benarkan saya menghasilkan, jadi…
– Awak ingat saya akan percaya kata-kata awak? Jelasnya ini darah manusia. Awak nak buat apa? Tuan muda! Tuan muda tiada apa-apa? Mata Tuan Muda Zhuge memang tajam, ini memang darah manusia. Cuma ini darah Mata-mata Tong. Beberapa hari yang lalu,
Mata-mata Tong kurang sihat, jadi saya berinya makan ubat ini dan mengeluarkan sedikit darah kotor. Nampaknya tuan muda kurang sihat juga. Koroner Feng, awak perlu bagi dia makan
beberapa biji lagi. Kali ini, hanya beri awak pengajaran, jika awak mencerobohi rumah saya lagi, awak bukan sekadar muntah darah saja. Perlahan-lahan. Hati-hati. Orang ini macam perempuan, pakai pakaian merah pada waktu malam pula, macam hantu. Berpura-pura berakhlak
padahal busuk di dalam, berlagak sombong. Di mana Xiao Beiming? Macam mana? Awak masih boleh bertahan? Tak apa. Ayuh. Awak tak dapat larikan diri. Menyerah diri saja. Teruklah. Si Tukang Jahit dah terjun ke bawah. Sekarang, lebih sukar
untuk bersihkan nama awak. Mana dia? Siapa? Xiao Beiming. Dia dah terjun ke bawah. Tuan muda! Tuan muda, berhati-hati. Abang seguru. Pegang palu berantai saya! Abang Xiao, pegang. Mata-mata Zhong, berhati-hati. Mata-mata Zhong. Jangan! Jangan! Abang seguru!