Jealous? One hug, and all is forgiven. 🤗💕 | Better Halves 明媒善娶 | iQIYI Malaysia
[Kediaman Shi] [Kediaman Shi] [Kediaman Shi]
Abang Lu.
Ke, tengok apa yang saya bawa untuk awak. Wanginya. Hari ini saya bawa awak
bersiar-siar di pinggir kota. Tak boleh, hari ini saya perlu jumpa
Tuan Muda Qiujiang. Ketua Telangkai Fang masih belum
putus asa menjodohkan Ningrat Pengaman. Dia yakin bahawa Cheng Ruoning dan Tuan Muda Qiujiang
takkan dapat berkahwin, jadi saya perlu segera bertindak. Kalau begitu,
saya akan pergi bersama awak. Baiklah. [Kediaman Shi] Ke, jangan risau. Tuan Muda Qiujiang sudah saya
aturkan tempat tinggalnya, takkan ada sesiapa yang dapat mencarinya. Kalau begitu, saya perlu fikir masak-masak langkah seterusnya. Abang Lu, hari dah lewat. Cepat balik dan berehat. Bersama dengan awak, saya tak pernah rasa penat. Saya juga tak rasa penat kerana ada awak di sisi. Ayat ini macam hanya pernah
muncul dalam mimpi saya. Sakit tak? Adakah masih rasa dalam mimpi? Benar-benar sakit digigit? Peluk sikit, nanti tak sakit lagi. Abang Lu, saya berharap semua pasangan
yang saling mencintai di dunia ini dapat berpelukan dengan
begitu mudah dan bahagia. Saya akan membantu Ke. Abang Lu, jangan lupa esok saya akan pergi cari Cik Cheng dulu, baru pergi ke Rumah Kemewahan Harta
untuk cari awak. Kita boleh berbincang
tentang langkah seterusnya. Baik. Kalau begitu, saya pergi dulu. Pertandingan hari ini lancar
sampai luar biasa. Abang Lu, kalau bukan kerana ada Tuan Muda Qiujiang yang benar-benar serasi dengan Cik Cheng, saya rasa awak akan menang dengan markah terkumpul awak itu. Itu takkan berlaku. Saya hanya mahu berkahwin
dengan awak dalam hidup ini. Kalau begitu,
Abang Lu perlu berusaha lagi. Saya pasti takkan biarkan Ke
menunggu sampai gelisah. Siapa yang menunggu sampai gelisah? Ke tak gelisah, saya yang gelisah. Saya tergesa-gesa untuk melaksanakan semua yang awak katakan di atas pentas. Abang Lu. ♪ Siapa yang menyingkap rahsia hati ini? ♪
Abang Lu, adakah awak sudah
selesai menyelaraskannya?
♪ Diam-diam aku rasa bahagia sendiri ♪ Ke, kenapa awak mengelak?
♪ Asalkan kau jadi milikku ♪ Saya baru saja nak beritahu awak ♪ Tidak berebut siapa harapan dunia ♪
cara untuk memastikan
keluarga Cheng selamat. Apa caranya?
♪ Tenggelam dalam lautan manusia ♪ Cara itu ialah…
♪ Bersembunyi di dunia kecil sendiri ♪ Adakah cara ini berkesan? Cuma tidak tahu sama ada Cik Cheng
akan bersetuju atau tidak. Kalau begitu, cubalah sebutkan cara ini
kepada Cik Cheng. Angah, adakah awak rasa
Ke ada kekasih baharu? Lelaki yang nampak lemah itu? Ya. Tengok mereka berdua, berpandangan mesra,
berbual dan ketawa. Budak itu berani menyentuh Ke! Biar saya pergi potong tangannya! Jangan bertindak melulu! Lu Chi itu kali ini bertemu
lawan yang setara. Bukan, awak rasa, kenapa cita rasa Ke semakin pelik? Lelaki ini nampak lemah, kaki tangannya halus, tak segagah Lu Chi. Langsung tidak sepadan dengan Ke. Abang Long, mahu ikut lagi? Tidak ikut lagi, ayuh. Perlukah beritahu ayah? Kita memerhatikan keadaan dulu. Saya mesti segera laporkan kepada ketua. Jika tidak, masalah besar akan berlaku. Ketua! Ketua. Hari ini Telangkai Shi keluar berjalan-jalan dengan
Tuan Muda Yan lagi. Ke suka berseronok, tidak perlu terkejut jika dia ada kawan yang sehaluan. Namun, mereka nampaknya bukan sekadar kawan biasa saja. Telangkai Shi telah pergi ke rumah penginapan seawal pagi
untuk mencari Tuan Muda Yan itu. Mereka berdua kemudian pergi ke
Kedai Lukisan Yunlou bersama-sama. Selepas mereka berjumpa, bukan saja berbual mesra, Tuan Muda Yan itu juga cuba menyentuh Telangkai Shi. Pemandangan itu benar-benar… Apa yang awak cakap? Saya katakan, mereka berdua bermesraan
di kedai lukisan itu dan sentiasa berbisik-bisik. Di mana mereka sekarang? Sekarang sepatutnya berada
di lorong makanan ringan. Ketua, tunggu sekejap. Semasa saya mengikut
Telangkai Shi hari ini, kedua-dua abangnya juga mengikutinya. Namun, mereka tidak suka Tuan Muda Yan dan berkata dia tak setanding dengan ketua pun. Apa lagi yang mereka katakan? Mereka juga berkata
Tuan Muda Yan nampak lemah, langsung tidak sepadan dengan
Telangkai Shi. Mereka juga berkata pesaing hebat ketua akhirnya muncul. Pesaing saya? Layakkah dia? Biar saya bayar. Tauke. Baiklah. Ke, nah. Awak selalu begitu baik hati,
berebut-rebut mahu bayar. Mana mungkin saya tidak segan? Persahabatan lebih berharga daripada wang.
[Kuih Senyuman]
Ke, jangan ambil hati. Tuan Muda Yan memang sejiwa dengan saya. Apakah ini sebenarnya? Baunya sungguh wangi. Ini dipanggil Kuih Senyuman. Kuih Senyuman? Cubalah rasa.
[Kuih Senyuman] Sedapnya. Sedap. Di sana ada lagi makanan sedap, mari kita pergi lihat. Ayuh. Tidak boleh. Jika saya ikut, bagaimana saya nak jelaskan
sebab saya ada di sini? Adakah Ke akan fikir saya seorang
yang kedekut dan cemburu? [Kediaman Shi] Abang Lu. [Kediaman Shi] Kenapa awak datang? Ke, ke mana awak pergi? Kenapa awak balik begitu lewat? Saya… Adakah awak keluar dengan
Tuan Muda Yan lagi? Adakah Abang Lu cemburu? Namun, Tuan Muda Yan itu seorang gadis. Memandangkan saya sudah berjanji
dengan Tuan Muda Yan untuk merahsiakannya, saya tidak boleh beritahu Abang Lu. Apa yang patut saya buat? Tuan Muda Yan itu baru sampai,
[Kediaman Shi]
tidak begitu mengenali ibu kota, jadi saya hanya menunaikan tanggungjawab
sebagai tuan rumah, membawanya makan dan bersiar-siar. Saya juga belum lama di sini, tidak begitu mengenali ibu kota. Apa kata awak juga bawa saya… Abang Lu, sudah lewat. Saya berehat dulu. Awak pun pergilah berehat. Awak… [Kediaman Shi] [Kediaman Shi] [Kediaman Shi]
Lu Yi!
Ya! Pergi siasat latar belakang Yan Qiyue ini. Ketua, awak jangan risau, saya pasti akan bantu awak
siasat pesaing cinta awak ini sehingga jelas. Awak! Ketua, tunggu berita daripada saya. Abang Lu. Ke sudah datang. Abang Lu. Adakah awak akan bantu saya
dalam apa jua perkara? Jika Ke memerlukan bantuan, saya sudah tentu tidak akan menolak. Kalau begitu, bolehkah awak bantu saya
mencari Encik Lin Yuan? Awak… awak mahu mencari Encik Lin Yuan? Kenapa? Awak tidak mahu bantu saya lagi? Kenapa awak mencari Encik Lin Yuan? Rahsia tidak boleh didedahkan. Baiklah, saya berjanji kepada awak. Namun, awak perlu… Abang Lu memang yang terbaik.