Got caught living with a celebrity?! And that body… 😳🔥| A Beautiful Lie 你的谎言也动听 | iQIYI Malaysia
Mari, perlahan-lahan. Tukar kasut di sini. Awak hantar satu salinan lagi kepada saya nanti. Ikut saya. Ada apa lagi, cik? Xing Zhizhi, apa maksud awak? Apa maksud awak? Jelasnya awak dah merancang untuk saya, tapi kata tiada masa lapang untuk lakukan akupunktur untuk saya. Jelasnya awak pergi beratur untuk membeli tiket konsert kegemaran saya, tapi enggan menonton bersama saya. Apa maksud awak? Saya dah kata saya tak semestinya ada masa lapang. Awak berpura-pura, kan? Beranikah awak kata awak langsung tak menyukai saya? Saya menyukai awak atau tak, apa kena-mengena dengan awak? Lagipun, awak sendiri pun dah kata kita hanya boleh jadi kawan, malah suruh saya jangan ganggu awak dan jangan buang masa kepada awak lagi. Awak dah lupa? Ataupun awak enggan saya putus asa? Tiada apa-apa yang ingin dikatakan lagi, kan? Begini sajalah. Xing Zhizhi, awak sengaja lawan saya, kan? Saya beritahu awak. Saya, Qin Fei tak pernah kalah kepada sesiapa pun dalam hal lawan! Okey. Saya tengok berapa lama awak boleh bertahan! Awak dah bangun? Tengok apa yang saya sediakan untuk awak. Awak yang masak? Susah betul untuk menyediakan semua hidangan ini. Kulit tangan saya pun dah kasar. Marilah cuba. Cepat mari. Sila duduk. Ini daging goreng masam manis, menurut bekas teman lelaki saya… Kawan dari timur laut, dia kata batang pinang daging khinzir ini digoreng setelah dibalut dengan tepung, kemudian disiram dengan sos masam manis, barulah sedap. Sekejap. Teman lelaki dari timur laut? Kawan dari timur laut, orang tempatan dari Tieling. Jadi, daging goreng masam manis ini sangat asli. Cubalah ini pula. Ini ikan rebus. Ikan rebus Sichuan. Jangan beritahu saya awak juga ada bekas teman lelaki dari Sichuan? Bagaimana awak tahu? Cepatlah cuba, semuanya sedap. Panas. Sedap tak? Sedap tak? Rasa daging goreng masam manis ini sangat mirip dengan hidangan dari Restoran Keluarga Yang di seberang hospital kami. Ikan rebus Sichuan ini ialah hidangan istimewa Restoran Longrenju, kan? Mengenai nasi ini pula, nasi ini memang awak yang masak, air terlalu banyak. Seronokkah tipu saya? Awak dah dapat rasa semuanya. Qin Xiaofei, saya tanya awak. Awak juga begini semasa memikat hati orang lain sebelum ini? Taktik murahan awak ini mungkin berguna kepada bekas teman lelaki awak dari seluruh dunia, tapi maaf, ia tak berguna kepada saya. Xing Zhizhi, kata-kata awak ini agak melampau. Apa maksud taktik murahan? Saya yang beli semua hidangan ini dan letakkan di sini untuk awak. Bukankah ini keikhlasan? Yang pentingnya bukan awak yang beli atau masak, tapi awak tipu saya. Awak membesar-besarkan perasaan yang jelasnya remeh menjadi kasih yang mendalam. Awak mahu saya bercinta dengan awak. Bukankah awak hanya mahu buktikan awak tak kalah? Adakah bercinta mengenai menang atau kalah? Awak boleh anggap percintaan sebagai permainan, tapi saya pun boleh memilih untuk tak bermain dengan awak. Saya akan menukar kata laluan pintu segera. Jangan datang lagi kelak. Kenapa tercegat? Bagaimana keadaan awak dengan Si Kopi baru-baru ini? Baik-baik saja. Kenapa? Tiada apa-apa, saya tanya saja. Saya takut awak ditinggalkan oleh Si Kopi suatu hari nanti dan tak pergi berdating lagi. Jadi, awak hanya boleh berada di bilik bedah dan menjadi semakin gila. Saya mungkin akan mengecewakan awak. Saya bersedia untuk pergi berdating sekarang. Si Kopi tiada kerja hari ini? Tiada. Khabarnya, Qin Fei menyendiri untuk buat persediaan bagi uji bakat baru-baru ini. Jadi, Si Kopi bercuti beberapa hari ini. Tapi saya dengar Si Kopi kata hari ini, dia tak jumpa Qin Fei sepanjang hari. Qin Fei sedang berdiet untuk menurunkan berat badan baru-baru ini dan tak makan tepat pada masanya. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku kepada dia? Qin Fei! Qin Fei! Qin Fei! Nombor yang anda dail tak dijawab buat masa ini. Qin Fei. Sila cuba lagi kemudian. Qin Fei! Buka pintu! Xing Zhizhi, maaf. Saya sepatutnya pergi sambut awak, tapi saya terlebih tidur. Awak dah makan belum? Dah berapa hari awak tak makan? Tiga atau empat hari. Ini dipanggil kaedah diet berpuasa dan tidur, iaitu apa-apa pun tak boleh makan. Awak dah makan belum? Awak betul-betul anggap diri sendiri diperbuat daripada besi? Awak buat apa? Apa yang awak makan tadi? Wanginya. Kenapa mulut awak berbau begitu wangi? Awak bercakap lagi, biar saya hidu. Saya… Dahlah, mari kita masuk. Wanginya. Ayam kampung yang dibawa balik dari Shunde, ada juga goji dan telur di dalam mi ini. Mari, cepat cuba. Cepat cuba. Mari. Tunggu sekejap. Kalau awak mengaku awak menyukai saya, saya akan makan mi ini. Suka hatilah awak nak makan atau tak. Wanginya. Masih ada lagi di dalam periuk, saya makan semangkuk lagi. Xing Zhizhi, awak memang melampau. Saya dah menjadi begini, awak pun enggan berpura-pura. Ambilkan mi ini pergi. Ambil pergi. Okeylah, mari. Awak beritahu saya. Kenapa awak nak menyeksa badan diri sendiri sampai begini? Saya pun tiada pilihan lain. Sebab watak baharu yang saya terima ialah seorang doktor pelatih yang berasal daripada keluarga miskin dan bekerja sambil belajar. Xiaoxiao kata badan saya kena lebih kurus lagi. Kalau tak, saya tak sesuai dengan watak ini. Inilah skrip, kan?
[Watak: Wang Hui, Liu Ran] Doktor pelatih. Watak ini begitu penting bagi awak? Okeylah. Kalau begitu, awak kena berjanji kepada saya. Awak pergi makan semangkuk mi sup ayam sekarang, kemudian meluangkan masa awak esok, saya akan mengajar awak. Awak berjanji? Jom makan mi. Jom. Saya akan pergi beli gula tanpa kalori untuk awak nanti. Dengan ini, awak tak perlu takut berat badan bertambah lagi. Tapi saya tak larat berjalan lagi, awak mendukung saya. Pergi makan mi. Xing Zhizhi. Kenapa awak begitu kejam? Jangan habiskan semua mi itu. Bukan begitu. Begini caranya. Semasa menjahit luka, awak perlu cucuk jarum secara menegak. Gunakan kekuatan pergelangan tangan, dan keluarkan dalam bentuk lengkung. Betul. Kenapa awak begitu baik terhadap saya? Awak… Jangan fikir yang bukan-bukan. Ada orang ajar awak, jadi belajarlah dengan baik. Dengan ini, barulah awak dapat lakukannya sambil mengucapkan dialog. Doktor Xing, saya sedang mengucapkan dialog. Awaklah yang berfikir bukan-bukan. Jangan bergerak. Awak berjanji untuk tolong saya berlatih, bukan? Saya sedang menghayati watak ini. Adakah begini caranya? Ya. Pada dasarnya, begitulah caranya. Awak dah ingat kata-kata saya tadi, ya? Ya, saya ingat. Namun, saya ada satu lagi soalan. Tanyalah. Dalam skrip, Abang Seguru Xu memeluk Wang Hui dengan begini semasa di universiti dan mengajar dia secara peribadi. Doktor Xing, saya rasa awak sangat berpengalaman. Semasa belajar, awak pasti sering membimbing adik-adik perempuan seguru. Awak berlatih dulu, saya perlu bergegas ke tempat kerja. Xing Zhizhi, biar saya lihat awak dapat bertahan sampai bila. [Tolak] [Jawab]
[Qin Fei] Helo? Xing Zhizhi. Pemanis tiruan yang awak suruh saya minum itu sudah tamat tempoh atau belum? Perut saya sangat sakit sekarang. Saya juga rasa agak mual. Saya akan panggil ambulans untuk awak. Jangan. Kalau awak panggil ambulans, saya akan menjadi tajuk utama berita. Bolehkah awak datang dengan lebih cepat? Adakah saya mengalami keracunan makanan? Baik, saya akan pergi sekarang. Saya akan pergi sekarang. Tunggu saya. Qin Fei! Qin… Awak tipu saya. Awak juga tipu saya, bukan? Awak kata, awak tak suka saya. Namun, jika awak tidak menyukai saya, mengapa awak begitu risau akan saya? Xing Zhizhi. Walaupun awak yang mulakan permainan, hanya saya yang boleh hentikannya. Akuilah. Tubuh awak sudah mengkhianati awak. Cukup. Beginilah cinta di mata awak? Awak menjadikan keikhlasan sebagai taruhan. Awak ambil sesuka hati dan ketepikan setelah rasa bosan. Keghairahan awak tak dapat kekal melebihi tiga bulan. Jika awak takut, saya perlu menjaga jarak dengan awak. Jika awak tak berpuas hati, saya perlu mengaku kalah. Jika awak tiada perasaan lagi, permainan ini pun tamat, betul? Pada asalnya, saya sangka setelah awak buat begitu banyak perkara, setidak-tidaknya, awak akan jadi lebih serius. Namun, nampaknya saya terlalu banyak berfikir. Awak buat semua ini hanya demi kemenangan. Demi menang, awak sanggup memperguraukan keprihatinan orang lain. Qin Fei, awak sangat gembira melihat saya begitu risau akan awak? Awak suka perasaan dipikat dan disayangi orang? Ya, saya memang sukai awak, tapi saya takkan bersama awak. Bukan semua perkara yang boleh awak tentukan. Sekurang-kurangnya bukan saya. Doktor Xing, mengapa awak datang? Awak tersilap tempat? Saya tak tersilap. Saya datang untuk jumpa awak. Daging Guobao (daging goreng masam manis) dari Restoran Keluarga Yang. Awak pasti dah lapar. Cuba makan sementara masih panas. Bukankah awak kata, awak takkan datang jumpa saya lagi? Awak sengaja datang untuk mentertawakan saya? Maaf, rancangan itu disiarkan dengan baik. Dedahan media saya meningkat dengan mendadak. Saya sangat gembira. Cik Qin, hanya kita berdua di sini, mengapa awak menggagahkan diri? Awak buat untuk siapa? Untuk saya? Di depan saya, awak tak perlu menggagahkan diri selama-lamanya. ♫Hatiku♫ ♫Hanya ingin kekal di sisimu♫ ♫Cintaku♫ ♫Hanya sudi buat apa-apa saja demimu♫
Qin Xiaofei,
saya di sini. Saya sentiasa di sini.
♫Sekali lagi, beberapa kali lagi♫ ♫Sehingga selama-lamanya♫ ♫Kau dan aku ialah jodoh yang ditakdirkan, bukan saling berlalu tanpa ada hubungan♫ Jika awak terus berpura-pura tidur, saya akan cium awak. ♫Angin kerinduan meniupku♫
Esok hari yang penting untuk awak.
Jangan berdegil lagi, cepat tidur.
♫Tiba-tiba melayang, tiba-tiba mendarat♫
Dengar cakap saya. Si Kopi, tolong ambil barang mereka. Mari, perlahan-lahan. Tukar kasut di sini. Itu… Saya tiba-tiba teringat. Saya perlu bincangkan urusan kerja dengan Qin Fei. Kami perlu berbincang secara peribadi. Si Kopi, tolong bawa mereka minum sesuatu di tingkat bawah. Baiklah. Letakkan barang-barang di sini saja. Mari. Mari, letakkan barang-barang di sini. Letakkan di sini. Mari kita pergi. Ya, kita pergi makan dan balik ke sini kemudian.