A Kiss That Swapped Their Souls?! 😳💋 | Love Between Fairy and Devil 苍兰诀 | iQIYI Malaysia
Saya, Si Orkid berbuat baik. Saya tak pernah buat perkara jahat. Saya juga tak minta untuk menjadi kaya dan bernasib baik. Hanya berharap untuk memperbaiki asas dewa secepat mungkin dan hidup dengan tenang. Takkan saya akan mati hari ini? Tak apa. Apa-apa pun, ada begitu banyak dewa di sini. Dewa Changheng pasti akan selamat. Garis takdir utama Dewa Changheng masih terputus. Sama seperti gambaran dalam Buku Nasib. Apa patut saya buat? Sudah hampir tengah malam. Anak murid yang baik, awak mesti ingat. Orang yang mengawal Buku Nasib tidak boleh membocorkan rahsia kepada pemiliknya dan tidak boleh mengganggu nasib sesiapa. Jika tidak, awak akan dihukum oleh Tuhan dan mati. Changheng. Kakanda. Tadi ada seorang dewi jatuh ke Menara Haotian. Meterai Menara Haotian telah siap, tidak boleh dibuka lagi. Tolong! Siapa itu? Kenapa dia pakai baju saya? Hantu! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong saya! Lepaskan saya! Tolong … Diam. Kenapa awak kelihatan seperti saya? Beta tidak tahu mengapa menukar badan dengan awak. Maksudnya … awak berada dalam badan saya sekarang. Saya dalam badan awak. Apa yang perlu kita lakukan sekarang? Adakah awak nampak Formasi Haotian itu? Itulah jalan keluar di sini. Sekarang awak berada dalam badan beta, mempunyai kuasa sakti yang tidak terhingga. Selagi awak menggunakan sihir untuk membuka Formasi Haotian ini, kita boleh memecahkan meterai dan melarikan diri. Selepas keluar tentulah boleh tukar balik. Formasi Haotian. Tunggu. Awak ialah dewa berdosa yang dikurung di dalam. Awak mahu menipu saya untuk melepaskan awak. Saya nasihatkan awak jangan membandingkan beta dengan orang yang tak berguna ini. Kesabaran beta terhad. Cepat menghancurkan Formasi Haotian ini. Jika tidak, beta akan membunuh awak sekarang. Saya akan membuatkan awak jadi botak hari ini! Berhenti. Berani awak bertindak begitu biadab. Adakah awak percaya bahawa beta akan mengerat lengan awak sekarang? Jika begitu, saya akan mengerat leher awak. Berani awak mengarut lagi. Rasanya awak juga tak mahu lidah ini lagi. Jika awak berani lakukan apa-apa pada lidah saya, saya akan … saya akan gunakan kuasa ajaib untuk hapuskan asas dewa awak! Awak berani? Kenapa saya tak berani? Sebab asas dewa saya dah rosak. Paling teruknya biarkan keadaan ini jadi lebih teruk. Siapa takut siapa? Rambut saya. Rambut saya dah disimpan selama seribu tahun, semuanya dah tiada. Jangan menangis. Semua rambut saya dah tiada. Pada masa depan, tocang saya dah tiada dan saya juga tak boleh pakai cucuk sanggul rambut lagi. Saya juga terpaksa tinggal di dalam badan dewa berdosa yang tak guna ini pada masa depan. Saya larang awak menangis. Saya dah tiada harapan untuk menyertai peperiksaan dewa lagi. Saya tak dapat balik ke Dewan Siming lagi pada masa depan. Saya baru berumur 1,500 tahun sekarang. Saya masih begitu muda. Kenapa kehidupan saya begitu bernasib malang? Bangun. Pulangkan rambut kepada saya! Saya suruh awak bangun. Pulangkan rambut kepada saya! Sudahlah. Bangun. Bersihkan muka awak. Awaklah orang pertama pada zaman dahulu dan sekarang yang mengugut beta. Awak juga orang pertama pada zaman dahulu dan sekarang yang membuatkan saya menangis dalam suara lelaki. Saya tak mahu tinggal di dalam badan awak untuk satu saat lagi sekarang. Bukankah ia hanya Formasi Haotian? Hari ini, saya akan gegarkan ia sehingga hancur dan tunjukkan awak. Setelah keluar dari sini, cepatlah kita mencari jalan. Semakin cepat semakin bagus. Dewa di Alam Kayangan selalu memuji sendiri sangat berakhlak mulia. Ketika apa-apa perkara dah berlaku, mereka hanya akan pentingkan keselamatan sendiri. Awak masih perlu bantu beta untuk musnahkan meterai ini sekarang. Saya hanya sebatang rumput orkid. Jika awak mahu sebatang rumput untuk mempertimbangkan kesemua perkara ini, apakah kegunaan tentera dan jeneral syurga serta Maharaja Syurga dan dewa-dewi? Lagipun, tuan guru saya dah cakap bahawa merampas kerja orang lain seperti membunuh mak orang lain. Saya tak boleh lakukan perkara ini. Syaitan Bunga. Awak memang ada sesetengah ciri khas Suku Bulan. Sudahlah. Jangan awak ganggu saya lagi. Saya tak tahu gunakan badan awak. Kenapa dunia ini ada orang yang begitu bodoh? Awak ada apa-apa cara? Awak hanya tahu memesan orang untuk lakukan perkara demi awak. Sudahlah. Saya memang tak boleh mengharapkan awak yang tak guna. Segala-galanya ada sebab dan akibatnya. Semestinya awak dan beta dah lakukan apa-apa, barulah ia mengakibatkan badan kita saling ditukar. Sekarang, asalkan kita ulang sekali lagi tingkah laku sebelum badan ditukar, mungkin badan kita boleh ditukar kembali. Alamak! Badan saya! Akhirnya, badan saya ditukar kembali. [Raja Bulan, Dongfang Qingcang] Ada perubahan pada Menara Haotian. Awak … Awak … Awak … Awak … Bukankah awak berlagak hebat tadi? Biasa saja, biasa saja. Beta dapat lihat Bintang Jiuxiao ini semula atas bantuan awak. Beta pasti akan membalas budi awak dengan baik-baik. Tak … Tak perlu membalas budi saya. Tuan guru mengajar saya bahawa bantu orang lain tanpa harapkan pembalasan budi. [Apakah yang dah berlaku?] [Kenapa saya akan rasa menderita seperti dia?]