Xiao Beiming Poisoned—A Brush with Death! 😱| The Wanted Detective 定风波 | iQIYI Malaysia

Abang! Abang! Adik. Terima kasih. Abang. Huo Zongyao dan ayah saya bekerja bersama pada masa yang sama. Adakah ayah saya
ialah ahli Tentera Tembus Angin? Pada tiga tahun yang lalu
di Tasik Huru-hara, perkara yang ingin dikatakan oleh Miao Jie sepatutnya tentang pembunuhan beramai-ramai
oleh Tentera Tembus Angin. Kalau memang begitu, ayah saya ialah ahli Tentera Tembus Angin, maka dia juga sasaran dendam Pengganas Malam, dia tak mungkin menjadi Pengganas Malam. Saya tak pernah percaya tok guru ialah Pengganas Malam, apatah lagi tak percaya tok guru akan menghunus pedang kepada penduduk Haiya yang tak bersenjata. Kejadian Tentera Tembus Angin di Haiya masih ada banyak keraguan. Zhu Yitie kata dia tak pernah nampak wajah sebenar Pengganas Malam, tapi dia telah dengar suara yang sangat serupa dengan Pengganas Malam di atas kapal. Sekarang, Qing Ying pula kata Pengganas Malam tak mati. Keterangan kedua-dua orang ini mempunyai banyak percanggahan. Awak meragui kesimpulan saya bahawa
ada Pengganas Malam di atas kapal di Tasik Huru-hara
pada tahun itu adalah salah? Saya juga harap ia salah. Dengan itu, tok guru takkan ada sebarang syak wasangka lagi. Semakin kes ini disiasat, semakin seperti masuk ke dalam sebuah gua yang gelap. Ada jalan di depan, tapi semakin berjalan semakin bahaya dan semakin kurang yakin. Tak kira betapa lamanya malam itu, matahari juga pasti akan terbit. Menurut pengakuan Qing Ying, Pengganas Malam yang mengarahkannya untuk bunuh Huo Zongyao
dengan racun melalui Gundik Feng dulu, kemudian menukar eliksir Chu Guangsha dan bunuh Chu Guangsha dengan racun. [Jujur dan terus terang]
Kenapa Pengganas Malam
menyasarkan dua orang ini?
Qing Ying juga hanya
bertindak mengikut arahan, dia tak tahu tujuan Pengganas Malam. Ini saja? Ini saja. Kami belum sempat tanya apa-apa lagi, Qing Ying pun dah bunuh diri. Kalau begitu, bagaimana awak mendapat tahu tentang Chu Guangsha? Kenapa awak berada di tempat kematian mengejut Chu Guangsha? Sebab lejar keluarga Huo. Huo Dairong mendapati lejar keluarga Huo ada masalah yang melibatkan Vila Guangsha, jadi saya membawa orang ke sana. Tak sangka kebetulannya kami menyaksikan kematian mengejut Chu Guangsha. Saya tak terfikir pada masa itu bahawa kematian Chu Guangsha ada kaitan dengan Pengganas Malam, jadi saya tak segera melaporkan kepada Unit Pengintip. Apa sebenarnya masalah lejar itu? Chu Guangsha pernah mendapat bantuan
daripada Huo Zongyao. Selama bertahun-tahun ini, dia menghantar wang
kepada keluarga Huo secara rahsia, semua ini ada bukti kukuh. Kalau Ketua Zhuge perlukannya, saya boleh mengemukakan bukti ini. Saya paling ambil berat
tentang Pengganas Malam Xiao Beiming. Selain itu, adakah awak mendapat apa-apa petunjuk tentang Pengganas Malam? Apabila pergi ke Unit Pengintip nanti, apa yang awak bercadang untuk beritahu? Saya ingin beritahu Unit Pengintip
tentang perkara ini supaya mereka boleh membantu juga. Tak boleh. Perkara yang mereka patut tahu boleh diberitahu, perkara yang tak patut diberitahu, jangan sesekali beritahu mereka. Kenapa? Kejadian Tentera Tembus Angin di Haiya telah dihapuskan daripada semua catatan. Di dunia ini, hanya seorang yang dapat buat begini. Maksud awak… Pembunuhan seluruh penduduk kota ialah perkara yang sangat kejam. Kalau ia tak disembunyikan, asas negara Qi pasti akan tergoyah. Kita tak dapat teka fikirannya, tapi kalau Zhuge Kongyun
dan ayahnya tahu perkara ini, mereka mungkin akan kehilangan nyawa. Ini saja. Saya dah beritahu kamu semuanya yang saya tahu. Abang, mari makan. Abang? Abang, mari makan. Abang! Abang! Abang! Abang! Teknik akupunktur saya
langsung tak berkesan terhadap dia sekarang, kita mesti menemukan Cengkerik Api. Kalau tak,
Abang Xiao takkan dapat bertahan. Berapa lama lagi dia boleh bertahan? Mungkin tiga hari, mungkin lima hari, mungkin esok. Ke mana awak pergi? Cari orang. Si Gila. Ada apa-apa lagi yang kita boleh buat untuk abang sekarang? Berikan itu kepada saya. Bodoh. Betul. Sepatutnya tiada masalah. Walaupun Si Pepijat Tua itu
banyak berbuat jahat, dia memang mahir dalam pembuatan ubat, saya memantau dia sepanjang masa, dia tak buat apa-apa helah. Selain penawar ini, kamu pun tiada pilihan lain, biarlah dia cuba saja. Tok guru. Adakah tok guru ahli Tentera Tembus Angin? Adakah saya anak yatim dari Haiya? Apa sebenarnya yang dah berlaku di Haiya pada tahun itu? Siapakah Pengganas Malam? Tok guru! Masa saya tak banyak lagi. Cakaplah, tok guru. Tok guru! – Tok guru!
– Sebenarnya, setiap orang yang terselamat dari Haiya
ialah Pengganas Malam. Asalkan masih ada seorang yang terselamat masih bernafas, Pengganas Malam akan terus muncul tanpa henti, – termasuklah awak, Xiao Beiming.
– Tuan ialah dewa. Dialah kepercayaan dan harapan bagi semua orang Haiya yang masih hidup. Dia takkan mati selama-lamanya. Dia akan sentiasa membimbing kami untuk teruskan hidup sehingga negara Qi membayar pengorbanan yang setimpal dan sehingga dendam semua penduduk Haiya dapat dibalas! Abang Xiao! Abang! Abang! Abang! Abang Xiao! Perlahan-lahan. Bagaimana, Abang Xiao? Saya rasa tak begitu sejuk lagi. Si Gila, awak terlalu pandai! Bagus sekali! Awak berjaya cipta penawar? Bukan saya, tapi dia. Kita berdua memang ada takdir. Adik seguru. Awak duduk. Apa ini? Saya lihat selepas racun awak ditawarkan, awak masih lemah dan batuk. Saya pun bertanya kepada Koroner Feng. Dia kata awak baru sembuh
daripada penyakit serius perlu menguatkan asas tubuh. Saya pun masak sedikit sup herba, awak makan selagi panas. Terima kasih, adik. Hari ini, Fang Tianzheng sangat rugi. Dia mungkin tak dapat tidur pada waktu malam. Walaupun tertidur, mimpinya penuh dengan kewujudan awak yang
tak tahu bersyukur ini. Tiada cara pun. Terpaksa biarkannya tak senang hati dulu. Selepas ini, saya akan minta maaf kepadanya. Begitu gembira? Racun awak sudah ditawarkan, selesaikan beban besar dalam hati saya. Tak kira perjalanan ke Weizhou kali ini berjaya atau tidak, asalkan kita ada masa yang mencukupi, pasti dapat membersihkan nama awak. Sudah tentu saya gembira. Abang seguru. Awak ada masalah
yang merunsingkan fikiran? Tiada. Saya cuma bimbang tentang perjalanan
ke Weizhou kali ini. Apa yang perlu dibimbangkan? Mungkin kali ini kita boleh menangkap Pengganas Malam. Cuma semakin menyiasat, semakin sedar betapa
menakutkan Pengganas Malam. Entah berapa ramai orang yang dibunuh olehnya secara terang-terangan atau tersembunyi. Entahlah pada masa depan, berapa ramai orang yang akan mati kerananya. Jadi, kita mesti menangkapnya secepat mungkin. Haraplah. Bukan harap, tapi mesti. [Unit Mata-mata Elit] Saya ialah anak ketiga oleh tauke daripada
Agensi Pengiring Stabil di Weizhou. Saya tahu agensi pengiring itu. Bukankah mereka… Betul, seluruh keluarga dibunuh. Sepuluh tahun lalu,
semasa jamuan keluarga Pesta Kuih Bulan, mereka diracuni oleh musuh. Dalam satu malam,
satu kebakaran besar berlaku, 74 orang
di seluruh agensi pengiring mati dengan tragis. Pada masa itu, saya tak pulang ke rumah kerana leka bermain, jadi terselamat daripada kemalangan. Jadi selama ini, awak dah jumpa musuh? Awak pangillah “Tanglung” mulai sekarang. Mari kita makan sedikit
makanan kering dulu. Cik Huo. Biar saya ambil. Mari, abang. Di tempat terpencil seperti ini, kalau tak makan makanan kering,
awak mahu makan apa? Ikut abang saya keluar, perlu makan makanan kering? Kamu tunggu sebentar. Keadaan di sini terhad, biar saya tunjukkan sikit kemahiran saya. Saya ingat awak dulu kerja
di Unit Mata-mata Elit awak tak mahu masuk ke dapur, sekarang awak… Selama tiga tahun saya dalam pelarian, jika saya masih tak nak buat kerja, saya pasti dah mati kelaparan. Abang, tengok! Hari ini dapat hasil yang lumayan. Kamu tengok. Abang saya gunakan lap punggung dengan kain kasa, tunjukkan kemahirannya kepada kamu. Tong Shuang, cepat pergi uruskan ia. Biar saya uruskan. Saya ada pisau, sangat mudah. Jangan gunakan pisau awak itu. Saya janji, saya pasti takkan guna pisau
yang membedah mayat untuk sentuh benda ini. Percayailah saya, abang. Kalau begitu, saya pergi cari sayur liar. Saya pergi bersama awak. Baik. Awak ada apa-apa dengan Cik Huo? Jangan cakap sembarangan. Jangan berpura-pura lagi,
saya dah perasan. Apa yang awak perasan? Cara awak pandangnya sama dengan cara awak pandang mayat semasa di rumah mayat. Mata awak bersinar! Kalau begitu, awak mahu saya lihat awak dengan mata bersinar? Mana boleh menunjuk ke arah orang? Kenapa macam ini? Awak ke tepi. Marah pula. Terima kasih. Untuk apa? Terima kasih kerana benarkan saya ikut kamu pergi ke Weizhou dan juga buat saya tahu bahawa saya tak keseorangan, saya masih ada kawan. Mari. Hari ini kita gembira, mari kita minum sikit. Esok kita masih perlu
meneruskan perjalanan. Awak tak berhati dan tak berperasaan, setiap hari pun gembira. Tak sama. Racun abang saya dah ditawarkan, tentulah kita perlu meraikannya. Betul tak, abang? Marilah. Mari. – Mari.
– Mari. Saya habiskan, kamu ikut suka. Habiskan! – Habiskan!
– Habiskan! Pernah kamu berfikir, selepas menangkap Pengganas Malam, apa rancangan kamu? Terutamanya Abang Xiao, ketika itu awak dah bersihkan diri
daripada tuduhan, jawatan rasmi dipulihkan, awak masih mahu kerja
di Unit Mata-mata Elit? Saya… Saya belum fikir lagi, mungkinlah. Adik Xueman pula? Saya juga belum fikir lagi. Fikir apa itu? Upacara kahwin kamu berdua
belum dijalankan, belum bercium pun. Selesaikan upacara kahwin dulu.
♪ Jika sukar difahami ♪
Bagaimana dengan kamu? ♪ Tak perlu berbicara lagi ♪
Koroner Feng, apa yang awak mahu buat?
Saya masih mahu menangkap Si Pepijat Tua.
♪ Bangkitkan semangat separuh hayat
tanpa memikirkan esok ♪
Kalau benar-benar dapat membalas dendam
untuk tok guru saya,
saya ingin membuka sebuah pusat perubatan, menjalani kehidupan yang mudah.
♪ Perjalanan yang menyakitkan
perjalanan yang jauh ♪
Cik Huo,
bagaimana dengan awak? Apa yang awak ingin lakukan?
♪ Jangan menoleh, jangan berhutang rasa ♪
Saya ingin melancong ke merata tempat, melihat pemandangan indah di negara Qi.
♪ Menerobos cahaya syurga
tak perlu takut menghadapi malapetaka ♪
Seorang diri?
Awak menemani dia pergi.
Saya? ♪ Tanpa sesal atau dendam ♪ ♪ Cinta dan benci hanyalah obsesi ♪
Tong Shuang.
Tong Shuang. ♪ Jika berdiri di tepi jurang ♪ ♪ Mengintai dengan tubuh ini ♪ ♪ Demi darah yang tulus ♪ ♪ Demi ketekadan yang berani ♪ ♪ Demi hasrat yang didambakan ♪ ♪ Meski tubuh binasa
tenaga pun habis ♪ ♪ Demi jodoh yang ditakdirkan ♪
[Wilayah Hezhong,
Tasik Gunung Jed, Xiangzhou] ♪ Demi kerinduan yang
tercurah sepenuhnya ♪ ♪ Meneguk pahitnya perpisahan ini ♪ ♪ Cahaya yang kekal ♪ ♪ Matahari dan bulan dalam hati ♪