He Suye And Shen Xifan’s Kiss Scene Sparks Pure Magic! 💋❤️🔥 | The Best Thing 爱你 | iQIYI Malaysia
♫Bilakah cinta akan mekar menjadi bunga yang dinantikan?♫ ♫Kau mengembara dunia tanpa ingat untuk menjawab♫ ♫Aku akan berada di sana sebaik saja berpusing♫ Kenapa awak datang? Saya datang untuk lihat keadaan tempat kerja teman wanita saya. Nampaknya agak bagus. ♫Apabila aku jumpamu♫ ♫Semua bunga mekar♫ ♫Apabila aku jumpamu♫
Benarkah awak perlu bekerja lebih masa? ♫Hatiku berdebar-debar♫
Sudah tentu. Baiklah. Pada asalnya, saya sangka boleh jemput teman wanita saya selepas habis kerja. Kalau begitu, berehat baik-baik malam ini. Jumpa esok. Saya tak nak tunggu sampai esok. Saya pergi jumpa awak malam ini, baik?
♫Tiada apa-apa yang boleh memisahkanku daripadamu♫
Baik. ♫Tiada apa-apa yang boleh alihkan pandangku daripadamu♫
He Suye.
Jarak keselamatan 10 meter. ♫Hatiku penuh denganmu♫
Jarak keselamatan apa? ♫Hatiku penuh denganmu♫ [Kajian Peningkatan Kualiti Hidup Pesakit Kanser Payudara Tahap Akhir Berasaskan Rawatan TCM]
Para pemimpin dan pakar yang dihormati,
selamat datang ke segmen TCM sidang kemuncak ini. Topik pertama segmen ini yang diketuai oleh Dr. He Suye adalah tentang penyelidikan rawatan TCM untuk pesakit kanser payudara. Seterusnya, mari kita berikan tepukan yang gemuruh kepada Dr. He Suye. Para pakar yang hadir, selamat pagi. Saya He Suye daripada Jabatan Onkologi, Hospital Perubatan Cina Gabungan Universiti Perubatan Cina Jiangzhou. Saya gembira kerana berpeluang untuk berkongsi pandangan saya hari ini. Saya berharap para pakar dapat beri saya kritikan dan pembetulan bagi kesilapan saya. Topik penyelidikan kami kali ini bertajuk “Kajian Peningkatan Kualiti Hidup Pesakit Kanser Payudara Tahap Akhir Berasaskan Rawatan TCM”. Pada masa kini, bagi kebanyakan pesakit kanser payudara, pelbagai gejala klinikal akan mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup mereka. Namun, buat masa ini, tumpuan lebih diberikan kepada pelanjutan jangka hayat pesakit dan pengawalan tumor. Peningkatan kualiti hidup pesakit… Kecut hati saya. Awak datang tepat pada masanya. Berdasarkan graf, kita dapat lihat bahawa TCM mempunyai kelebihan dan ciri-ciri yang jelas dalam pengawalan gejala. Jadi kali ini, saya dan rakan-rakan sepasukan saya memutuskan untuk menjalankan penyelidikan tentang penggunaan rawatan khas TCM untuk merawat pesakit kanser payudara tahap akhir dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Berdasarkan jadual ini, kita juga dapat lihat dengan jelas peningkatan skor gejala TCM dan peningkatan keadaan keletihan kanser pesakit. Kedua-dua data ini sangat ketara. Oleh itu, melalui kajian ini, kami mendapat kesimpulan bahawa penggabungan perubatan moden dengan terapi khas TCM untuk merawat pesakit kanser payudara tahap akhir bukan sahaja dapat melanjutkan jangka hayat pesakit dan mengawal tumor, – malah dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit
– Saya pergi dulu. dengan mengurangkan gejala klinikal serta mencegah dan merawat kesan negatif dalam rawatan kanser payudara. Akhir sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan sekerja dan pesakit yang terlibat dalam kajian ini. Sekian saja pembentangan saya hari ini. Saya berharap para pakar dapat beri saya kritikan dan pembetulan bagi kesilapan saya. Terima kasih. Terima kasih kepada Dr. He Suye atas pembentangannya yang menarik. Saya yakin, semua orang juga sedar bahawa Dr. He Suye sangat cemerlang. Dia merupakan teladan bagi doktor-doktor muda yang patut kita contohi. Ini hadiah daripada peminat awak. Baiklah, seterusnya, saya ingin perkenalkan doktor kedua yang akan naik ke pentas untuk membentangkan kajiannya dalam segmen TCM hari ini. Bercakap tentang dia, semua orang pasti mengenali dia. Dia bukan sahaja mempunyai pengalaman klinikal yang kukuh… Datuk, saya ada urusan. Saya keluar sebentar. Selain itu, dia juga penyelia PhD termuda dalam bidang kardiologi di negara kita. Mari kita beri tepukan untuk mengalu-alukannya. Persidangan hampir tamat. Minta Unit Katering datang untuk bersihkan makanan di dalam yang tidak dihabiskan. Selepas tamat pada malam nanti, kemaskan tempat ini juga. Jangan tinggalkan apa-apa barang. Saya pergi buat kerja dulu. Selamat tinggal. Xifan. Awak dah datang, kenapa keluar dengan diam-diam? He Suye. He Suye. Terlalu ramai orang. Saya cuma nak lihat awak berucap. Jika tidak, kehadiran saya di sana hanya akan mengganggu kerja awak selepas itu. Jadi, apa pendapat awak tentang pembentangan saya? Saya rasa tak sia-sia saya memadankan pakaian untuk awak. Saya rasa teman lelaki saya sangat kacak hari ini. Lihatlah siapa yang memadankan pakaian ini. Gelang ini ditinggalkan oleh ibu saya. Saya pakaikannya untuk awak. Kenapa awak nak beri saya gelang ini secara tiba-tiba? Saya tiba-tiba rasa… Saya sangat cintai awak. ♫Lihat salji turun satu demi satu♫ ♫Mencairkan kerusuhan hati dengan perlahan-lahan♫
Saya juga cintai awak.
♫Melambai tangan sambil hantar awak balik dengan senyuman♫ ♫Tapi kata-kata itu tak diluahkan♫ ♫Lihat salji turun satu demi satu♫ ♫Bilakah cinta akan mekar menjadi bunga yang dinantikan?♫ ♫Bilakah cinta akan mekar menjadi bunga yang dinantikan?♫ ♫Kau mengembara dunia tanpa ingat untuk menjawab♫ ♫Aku akan berada di sana sebaik saja berpusing♫ Terima kasih. Saya di rumah He Suye. Habis itu, awak terus tinggal di rumahnya saja. Saya nak tidur dah, selamat malam. Xiangya cakap apa? Xiangya kata dia tiada di rumah. Jadi, dia tak dapat menghantar kunci kepada saya. Jadi awak… Tak dapat balik ke rumah hari ini? Ya. Jadi, mungkin saya perlu bermalam di rumah awak. Satu saja bilik tidur di rumah saya. Apa kata saya tidur di atas sofa? Tak eloklah biarkan awak tidur di atas sofa kerana saya. Lagipun, tak selesa kalau tidur di atas sofa. Memang tak selesa. Nanti, awak boleh pinjam saya baju tidur dan tuala mandi? Saya nak mandi dulu. Mandi dulu? Boleh. Kalau begitu, saya pergi ambil tuala mandi. Tak betul. Saya tiada baju tidur yang sesuai dengan saiz awak. Apa kata awak pakai baju saya? Kalau begitu, minta awak ambil untuk saya. Baiklah, saya pergi ambil. He Suye. Di mana pengering rambut? Di dalam laci di bawah singki itu. Kenapa? Saya tengok saja. Kalau awak macam ini, saya tak dapat mengeringkan rambut saya. Saya tolong awak mengeringkan rambut. ♫Entah apa yang perlu dilakukan♫ ♫Semasa kita bersama♫ ♫Entah apa yang perlu dikatakan♫ ♫Semasa kita bersama♫ ♫Aku tahu semua ini benar♫ ♫Kita benar-benar bersama♫ ♫Aku temui diri sendiri♫ ♫Tertarik denganmu♫ ♫Dalam bayangan di tepi tingkap♫ ♫Tengok warna yang kita hasilkan♫ ♫Aku tak takut♫ ♫Kita akan cari satu cara♫ ♫Aku tahu semua ini benar♫ ♫Akhirnya jadi benar♫ ♫Aku temui diri sendiri♫ ♫Tertarik denganmu♫ ♫Dalam bayangan di tepi tingkap♫ ♫Tengok warna yang kita hasilkan♫ ♫Aku tak takut♫ ♫Kita akan cari satu cara♫ Tidur sebentar lagi. Baik. Kenapa? Awak begitu suka bau syampu rambut awak? Adakah ini bau syampu rambut saya? Bukankah saya mandi di rumah awak semalam? Kenapa saya rasa bukan bau ini? Sudahlah, cepat bangun dan bersihkan diri. Tak nak, saya belum cukup tidur lagi. Semalam awak… Belum cukup tidur lagi? He Suye! Cepat awak pergi bersihkan diri. Keluar! Kalau begitu, saya pergi bersihkan diri dulu.