Xing Zhizhi swarmed by nurses — Qin Fei jealous! 💢 | A Beautiful Lie 你的谎言也动听 | iQIYI Malaysia
Awak sangat kacak. Doktor Xing, apa telah berlaku? Memberikan gula-gula kepada semua orang, begitu manis. Apalah. Bukankah hari ini Hari Jururawat? Saya nak memberikan coklat kepada semua orang. Minuman akan tiba sekejap lagi. Semua orang ada. Terima kasih, Doktor Xing. Sama-sama. Awak nampak sangat gembira. Ada apa-apa berita baik? Teman wanita awak dah pulang? Apalah. Saya nampak semua orang bekerja keras, jadi memberikan coklat sebagai ganjaran kepada semua orang. Maksud saya, orang itu? Bukan. Sudahlah. Ambil coklat. Bagusnya, Xing Zhizhi. Awak dah ada kekasih, masih menggoda orang lain. Ya, setiap rasa berbeza, kemudian… Patutlah tidak membalas mesej WeChat saya. Awak sedang menggoda gadis di sini, kan? Awak masih cakap merindui saya siang dan malam. – Tipu punya.
– Minuman akan sampai sekejap lagi. Baiklah, saya pergi kerja dulu. Selamat tinggal. Terima kasih, Doktor Xing. – Sama-sama.
– Terima kasih, Doktor Xing. Saya berdiri di hadapan awak begitu lama. Mata awak hanya tertumpu pada kumpulan jururawat muda itu, langsung tak pandang saya. Hebatnya awak. Di mana awak? Bila awak sampai? Bukankah awak kata akan pulang esok? Si Kopi membeli tiket penerbangan yang lebih awal. Baiklah, saya bawa awak makan sesuatu yang sedap. Saya tak nak pergi. Semua coklat sudah habis dimakan. Saya makan apa lagi? Cakap dengan jujur. Kenapa membeli coklat kepada mereka? Biar saya menjelaskan kepada awak. Bukankah hari ini Hari Jururawat? Jadi, saya memberi mereka coklat. Inilah kebajikan pekerja. Takkan tidak memberi apa-apa pada Hari Jururawat, kan? Betul tak? Jangan cemburu lagi, boleh tak? Janganlah cemburu lagi. Saya memang cemburu. Kenapa saya… Cemburu lagi? Cemburu lagi, kan? Sudahlah. Awak nak buat apa? Begitu ramai orang di sini. Baiklah, jangan cemburu lagi, baik tak? Baik tak? Awak dah penat sepanjang hari ini. Pulang dan berehat. Pukul 10 pagi esok, kita jumpa di tingkat bawah pusat beli-belah di bawah rumah awak. Kenapa kita pergi ke pusat beli-belah? Berdating. Kenapa dia masih belum sampai? Saya berpakaian tertutup begini. Jangan-jangan Xing Zhizhi tak dapat mengenali saya? Maafkan saya. Maafkan saya, Qin Xiaofei. Saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mujurlah awak dapat mengenali saya. Saya bimbang awak tak dapat melihat saya di khalayak ramai. Mustahil saya tak dapat mengenali awak? Awaklah yang berpakaian pelik di tingkat ini. Mana saya pelik? Awaklah yang mahu berdating di tempat awam seperti ini. Bagaimanapun, saya orang ternama. Saya berpakaian seperti ini sebab bimbang menjejaskan awak. Baiklah, takkan saya takut akan hal begini? Saya hanya bimbang awak tidak mahu menjejaskan kehidupan saya, pergi begitu sahaja dan tidak bertanggungjawab terhadap saya. Xing Xiaozhi. Adakah awak rasa berdating dengan saya sangat menyusahkan? Kita berdua keluar berdating berkelakuan seperti pencuri. Tak boleh mengambil satu gambar kekasih yang cantik. Mana mungkin? Memandangkan kita berdating, mari kita melakukan sesuatu yang menarik. Berani tak? Apa yang menarik? Sini kawasan awam. Awak nak buat apa? Tak berani? Xing Zhizhi. Baiklah, saya bergurau saja. Mari ikut saya. Awak… Nombor 108. – Nombor 108.
– Sini.
[Restoran Hi, Barbeku, Stimbot, Bufet]
Mari.
Duduk, berhati-hati. – Nombor 109.
– Mari. Saya nak ambil gambar ini. Jom! Perlahan-lahan. Tiada orang di sini, saya nak ambil gambar ini. Bukan, kita dah mengambil berpuluh-puluh gambar. Tolonglah, biar saya ambil satu gambar lagi. Hanya satu gambar. Baiklah, gambar yang terakhir. – Kenapa?
– Kenapa orang ini berpakaian pelik? Sekejap. Macam kenal dia, kan? Adakah dia kelihatan seperti Qin Fei? Qin Fei? Bukankah dia bersama Hao Jun? Bukan. Hao Jun takkan suka padanya. Tunjukkan bentuk cinta. Lihatlah. – Qin Fei!
– Qin Fei! – Dia memang Qin Fei!
– Qin Fei! Dia memang Qin Fei! Qin Fei! Bukan, awak nak buat apa? Janganlah main, mereka semua nampak. Saya dah lapar. Baiklah. Kalau begitu, awak pasangkan bateri lampu suluh ini. Saya masak mi kepada awak. Apa yang awak takut? Takut orang lain nampak? Tidak, saya tak takut pun. Kenapa saya takut? Saya… Saya tak takut. Kalau awak tak takut, mari sini. Cium saya. Cium saja, saya tak takut pun. Saya dah tahu awak takut, awak masih tidak mengakui. – Tidak.
– Kenapa awak mengelak? – Dia batuk, saya…
– Mari sini. Lihatlah awak sangat takut. Semua orang tengok. Siapa tengok awak? Jika awak begini, saya beritahu awak… Jika awak tak peduli, saya juga takkan peduli. Saya benar-benar akan cium awak. [Jam penggera, ingatkan selepas 10 minit] [Jam penggera, ingatkan selepas 10 minit] Bangunlah. Mari kita melihat gerhana bulan. Cepatlah bangun. Beri saya tidur 10 minit lagi. Cepat, kalau tak bangun sekarang, kita akan terlepas. Awak pergilah, saya tak nak pergi. Kalau awak tak bangun, saya akan menggeletek awak. Bangunlah. – Awak jangan menggeletek.
– Bangunlah. Bangunlah. Awak anjing? Kenapa gigit saya? Awak benar-benar marah? Kalau begitu, gigit sekali lagi. Baiklah, jangan marah lagi. Cepatlah, kita akan terlambat. Kita akan terlepas. – Saya belum memakai rambut palsu.
– Tak apa. Tak nampak nanti. Saya nak tanya awak satu soalan. Selepas bertemu saya di Paris, adakah awak mencari saya? Tidak. Kenapa awak tanya ini? Saya cuma nak tahu. Sekarang, saya menyesal bertanya kepada awak. Soalan seterusnya. Pernahkah awak melihat gerhana bulan dengan orang lain? Fikir baik-baik sebelum menjawab saya. Kalau awak silap jawab, habislah awak. Saya tak pernah. Awaklah orang pertama dan satu-satunya. Bolehlah anggap jawapan awak betul. Cepat lihat, gerhana bulan dah bermula. Lihatlah. Nah, minum sedikit. Apa ini? Ia bantu menenangkan fikiran dan memudahkan tidur. Saya mencari preskripsi ini dalam Internet untuk awak. Di dalam ini ada bunga dafodil, kurma merah, biji jujube masam dan poria. Tengok apa? Bagaimana dengan persiapan pelan pembedahan? Saya dan Yu Zhecheng masih berbincang tentang pelan pembedahan. Seterusnya, saya akan bawa dia untuk mensimulasikan masalah yang mungkin dihadapi semasa pembedahan. Kata-kata yang saya beritahu awak hari itu sia-sia saja, kan? Saya ingat. Seseorang kena ada keinginan, terus maju dengan berani. Kalau ingat, awak masih… Xiaofei. Orang kena menerima kegagalan, kebiasaan, dan realiti, bahkan menerima untuk menjadi jenis orang yang paling kita tak suka. Saya betul-betul tak faham. Kenapa sebenarnya? Perkara yang awak tak faham masih ada banyak lagi. Beginilah. Saya tanya awak begini. Kalau diberikan satu peluang, awak boleh menari semula. Bolehkah awak lepaskan lakonan dan kontrak selama 10 tahun itu yang diberikan oleh Ren Siqi tanpa ragu-ragu? Ada banyak kehormatan, kegemilangan, barang kemas, beg tangan, permata dan pakaian yang berjenama dalam itu. Berapa banyak syarikat hiburan yang awak boleh tanggung dan membolehkan semua pekerja ada pekerjaan? Bolehkah awak lepaskan semuanya begitu saja? Okey. Biarpun awak berani lepaskan segala-galanya, awak betul-betul rela menjadi seorang yang biasa dan sederhana? Bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari, berhimpit-himpit di dalam kereta api bawah tanah pada waktu puncak pagi dan petang. Bolehkah awak lakukan semua ini? Dah lama tinggalkan, masih boleh balik? Impian mungkin paling indah semasa ia tak direalisasikan. Xiaofei benar-benar tak mahu memperbaharui kontrak? Lagipun, dia kata dah lama dia berfikir.
[Kecemasan] [ Pesakit Luar] [Masuk Wad]
Tak berguna tak kira apa yang saya cakap dengan Si Kopi pun. Hubungan kami ini. Sejak dia tak terkenal, saya dah membimbingnya. Bertahun-tahun berlalu, kenapa pula? Adakah dia mahu menaikkan harga? Boleh saja. Tiada masalah. Dia mahu saham? Boleh. Jika dia mahu menjadi bos, selagi dia minta, saya akan setuju. Chen Shen, betul? Dia mahu merekrut Qin Fei. Apa lagi? Huayu? Shixing? Siapa sebenarnya? [Tolak] [Jawab]
[Qin Xiaofei] Xiaofei. Di mana awak? [Kumpulan Tarian Moden Zhongkun] [Kemajuan kami] [Mengenai kami] Doktor Xing. Cepatnya awak habis kerja hari ini. Saya memang dah habis kerja. Apabila awak menelefon saya, Ren Siqi berada di sebelah saya. Jadi, dia baik-baik saja? Nampak tak baik sangat. Saya dengar daripada dia bahawa awak telah menolak untuk memperbaharui kontrak. Bukankah awak pernah beritahu saya bahawa menandatangani kontrak 10 tahun ini bagai kontrak jual diri? Jadi, saya menolaknya. Maksud saya, asalnya saya hanya rasa tempoh 10 tahun terlalu lama. Tak sangka awak terus tak memperbaharui kontrak. Cuba tengok ini. Ini brosur promosi Kumpulan Tarian Zhongkun.
[Kumpulan Tarian Moden Zhongkun]
Sini pentas.
[Persembahan klasik] [Pencapaian kami]
Semua ini persembahan klasik. Awak tahu tak? Bersaing untuk menjadi watak wanita utama dalam sebuah persembahan memang sangat sengit dan sukar. Zhongkun ini ialah kumpulan tarian yang pernah awak sertai, betul? Ia kumpulan tarian yang pernah saya sertai. Sekarang, ia dah jadi kumpulan tarian pada masa lalu. Zhongkun dah tiada. Ia telah dibubarkan. Pada masa itu, saya dan mak saya bergaduh dengan teruk. Saya menaiki kereta api seorang diri. Ketua Wang yang jemput saya di stesen kereta api. Dia kata, “Selamat datang, Xiaofei.” “Mulai sekarang, Zhongkun akan menjadi rumah awak.” “Awak boleh merealisasikan impian awak dan menjadi seorang penari yang cemerlang di sini.” Secara jujurnya, apabila saya meninggalkan kumpulan tarian pada masa itu, saya tak sedih seperti melihat mereka bubar pada hari ini. Saya tak boleh menari lagi. Namun, saya selalu rasa saya telah tinggalkan impian saya yang paling selamat dan berharga di Zhongkun. Saya harap ia menjadi semakin baik. Saya juga harap penari-penari yang muda itu boleh merealisasikan impian saya yang belum tercapai untuk saya. Namun sekarang, tempat yang saya simpan impian dah hilang. Si gemuk, awak pernah tanya saya sama ada saya boleh terima untuk kembali kepada kehidupan yang paling biasa. Saya tak tahu. Namun awak kata impian paling indah apabila ia belum tercapai. Saya tak fikir begitu. Awak benar-benar dah fikir masak-masak? Awak dah fikir apa yang awak nak lakukan kelak? Tak. Saya tak fikir masak-masak. Namun saya tahu apa yang saya paling tak mahu lakukan. Saya mahu ambil risiko untuk impian saya. Tak mengapa biarpun saya tak mencapai apa-apa dan tak mempunyai apa-apa pada akhirnya. Apa pun, saya memang bukan milik tempat ini, bukan? Xing Zhizhi. Awak akan menyokong saya. Betul? Tak kira apa yang awak lakukan, saya akan menyokong awak.