What secret pills is Xing Zhizhi hiding? 😏😏 | A Beautiful Lie 你的谎言也动听 | iQIYI Malaysia
Ia tak sesuai untuk wanita. Hanya lelaki yang boleh makan. Saya tak sangka awak sebegini, Xing Zhizhi. Awak benar-benar mengecewakan. Bukan… Saya tak bermaksud begitu. Awak… Awak sedang berkemas lagi? Kecederaan tangan awak tak serius. Mari kita bertolak dalam dua hari ini. Xiaofei, saya mungkin tak dapat temani awak ke Sanya untuk melihat laut. Pihak hospital minta saya pergi ke Australia untuk menghadiri aktiviti pertukaran pada hari lusa. Begitu tiba-tiba. Berapa lama awak akan pergi? Dua bulan. Dua bulan? Tiada orang lain di jabatan kamu? Saya tak mahu berpisah dengan awak selama itu. Ya. Song Ningyu dari Jabatan Pembedahan Toraks yang sepatutnya menghadiri pertukaran ini, tapi isterinya bersalin awal, jadi dia tak dapat pergi. Jadi, pihak hospital mengatur saya untuk pergi. Mereka kata saya baru saja kembali ke Jabatan Pembedahan Toraks dan harap saya boleh menunjukkan prestasi yang baik. Saya tiada pilihan. Baiklah. Nampaknya tuhan mahu saya belajar bersungguh-sungguh untuk ujian kemasukan universiti. Namun, Australia memang terlalu jauh. Ia terletak di hemisfera selatan? Berapa latitudnya? Bagaimanakah cuaca di sana? Rasanya iklim kebenuaan. Biar saya semak. Cuaca di sana terlalu sejuk, saya risau awak tak dapat menyesuaikan diri. Apa awak makan? Vitamin. Mari, beri saya satu juga. Awak tak boleh makan. Kenapa awak begitu kedekut hari ini? Berilah saya satu, boleh? Awak benar-benar tak boleh makan, ia akan naikkan berat badan awak. Xing Zhizhi, ambil kesempatan kerana saya kurang berpendidikan? Siapa kata vitamin akan naikkan berat badan orang? Apa-apa pun, awak tak boleh makan. Vitamin ini… Ia tak sesuai untuk wanita. Hanya lelaki yang boleh makan. Saya tak sangka awak sebegini, Xing Zhizhi. Awak benar-benar mengecewakan. Bukan… Saya tak bermaksud begitu. Awak… Kenapa awak balik dari kerja begitu awal hari ini? Ya. Tunggu sebentar. Bunga melati, kayu cedar, limau jari dan sedikit kayu cendana. Bagusnya cita rasa Doktor Xing. Awak tak ada minyak wangi dengan bau ini pun. Hari ini… Awak tak perlu jelaskan. Saya tahu. Dahlah. Kenapa? Angin awak tak baik? Tidak. Sebenarnya, saya ingin tanya awak sesuatu selama ini. Sejak pembedahan Li Changjiang, awak asyik bermurung. Adakah disebabkan saya? Jangan fikir banyak-banyak. Pembedahan itu bukan apa-apa. Mungkin saya agak letih. Adakah awak perlu rehat sebentar? Adakah ia akan jadi baik? Ya. Apa kata begini? Mari kita pergi bercuti bersama-sama. Sejak kita bercinta, kita belum pernah pergi bercuti. Berikan diri kita cuti, boleh? Awak hanya tahu berseronok. Awak dah tak nak belajar? Masih banyak buku yang belum awak baca. Sudah tentu saya perlu belajar, tapi awak tak pernah dengar pepatah ini? “Belajar saja tanpa bermain akan menjadikan kanak-kanak dungu.” Ke mana awak nak pergi? Saya nak pergi tengok laut di Sanya. Baik. Ketua Ge. Bagaimana keadaannya? Cikgu. Setengah jam yang lalu, batang besi menusuk rongga dada pesakit, menembusi pleura dan menyebabkan hemopneumotoraks. Tanda-tanda vital pesakit stabil, pembedahan boleh dijalankan pada bila-bila masa. Maklumkan pihak bilik bedah. Saya akan jalankan pembedahan ini. Selamat sejahtera. Di manakah anggota Pasukan Penyelamat Xiaoyun yang cedera? Siapa nama dia? Liu Yanze. Tunggu sebentar, biar saya semak. [Lif pelawat] Doktor.
[Bilik Bedah]
Bagaimana keadaannya?
Maaf, kami telah berusaha sedaya upaya. Walaupun rawatan kecemasan diberikan dengan segera, rakan pasukan awak terlalu dekat dengan titik letupan. Semasa dibawa ke sini, dia sudah… Maaf, salam takziah. Doktor. Doktor, awak masih ada cara lain? Tolong fikirkan cara lain. Keluarga Liu Yanze. [Bilik Bedah] [Bilik Bedah]
Bagaimana keadaannya?
Pembedahan berjalan lancar. Ketua jabatan sendiri yang menjalankan pembedahan. Namun, dia mengalami pendarahan yang teruk dan mengalami kejutan hipovolemik. Jadi, dia masih belum sedarkan diri dan masih belum terlepas daripada bahaya sepenuhnya. Dia masih perlukan pemerhatian lanjut. Mari kita pergi. [Bilik Bedah]
Xing Zhizhi.
Mari sini. [Hospital Hexi, Huhai] Mengapa awak memohon cuti panjang? Sejak awak pulang dari Suman, awak beritahu saya bahawa awak mengalami reaksi kejang semasa di meja pembedahan. Disebabkan sikap bertanggungjawab terhadap pesakit, saya meluluskan pemindahan awak dari Jabatan Pembedahan Toraks. Namun, selepas sekian lama, bukankah keadaan awak sudah stabil? Cikgu, keadaan saya sudah bertambah baik. Mimpi buruk, kekakuan, dan palpitasi semakin berkurangan, malah sudah lama tidak berlaku lagi. Namun, hanya Jia… Jia? Budak dari Suman itu? Ya. Setiap kali emosi saya tidak stabil, dia akan muncul. Saya sangka saya dapat mengawalnya dengan baik, tapi nampaknya keadaan ini tidak terkawal. Adakah keadaan penyakit awak semakin teruk? Sebenarnya, ia tak pernah pulih. Saya hanya menipu diri sendiri. Jadi, awak ingin tinggalkan hospital dan menukar persekitaran? Cikgu, maafkan saya. Saya mungkin tak dapat menjadi seorang doktor yang baik. Sejak hari pertama awak memasuki universiti perubatan, saya telah mengingati awak. Awak lebih muda daripada pelajar lain, tapi lebih pintar daripada mereka. Selama ini, awak sentiasa pelajar kebanggaan saya. Maafkan saya. Saya telah mengecewakan cikgu. Ya, awak sepatutnya beritahu saya semua ini dengan lebih awal. Saya pun takkan biar awak melengahkannya begitu lama. Tabahkan diri. Sekarang belum masanya untuk mengaku kalah. Saya beri awak masa, bawa balik pelajar terbaik saya. [Tolak] [Jawab]
[Qin Xiaofei] [Tolak] [Jawab]
[Qin Xiaofei] [Mikrofon dah dibuka] [Pembesar suara dah dibuka] [Kamera dah dibuka]
Helo. Kenapa awak ambil masa yang lama untuk menjawab? Awak sangat sibuk? Ya. Tadi, saya tidur sekejap. Penerbangan ini terlalu lama, saya agak penat. Macam mana cuaca di sana? Awak membawa pakaian yang mencukupi? Agak baik. Tengok, semua pakaian dah dipakai. Kenapa saya rasa awak kelihatan terpinga-pinga? Awak tak selesa? Taklah, bukankah saya baik-baik saja? Usah risau. Kalau begitu, maksudnya awak merindui saya. Ya. Sebaik saja saya terfikir bahawa kita akan berpisah selama dua bulan, tentulah saya akan merinduimu. Apa kata saya pergi jenguk awak?
[Qin Fei] [Xing Zhizhi]
Tak perlu.
Awak ulang kaji dengan baik.
Macam mana dengan pembelajaran?
Awak dapat ikut perkembangan? Jangan sebut tentang pembelajaran. Saya pening sebaik saja fikir tentang ia. Pastikan awak berehat dengan baik di sana. Minum lebih banyak air, makan dengan baik dan pastikan awak kekalkan suhu badan. Selain itu, jangan sentuh haiwan liar yang awak jumpa di jalan, faham? Yu Zhecheng cakap, awak akan jadi sangat sibuk selepas pergi ke sana. Dia tak dapat menjelaskannya dengan baik, jadi dia suruh saya tanya awak. Ya, memang sibuk. Xiaofei, saya perlu menghadiri mesyuarat sebentar lagi. Saya berbual dengan awak nanti, okey? Baiklah. Pergilah cepat. Jumpa lagi. Zhecheng, Xiaofei baru saja menghubungi saya tadi. Jika dia tanya tentang saya lagi lain kali, awak rekalah cerita. Jangan awak macam tak tahu apa-apa pun. Doktor Xing, mari keluar makan anggur! Baik. Saya dah datang. Manis tak? Abang, cepat mari sini! Anggur ini sangat manis! Sekarang. saya sangat pasti bahawa di mesti tidak berada di Australia. Sekarang, saya beritahu awak dengan sangat pasti bahawa awak akan tinggalkan rumah saya sekarang. Awak buat apa? Qin Fei. Saya… saya tak cakap mahu pergi. Sekarang tengah malam, tak… takkan awak sampai hati tengok seorang budak di bawah umur hidup di jalanan? Saya dilindungi oleh undang-undang perlindungan kanak-kanak di bawah umur. Qin Fei, awak pengecut. Awak takut mendapati bahawa dia lelaki jahat dan awak… awak salah pilih orang, jadi awak… awak rasa malu? Saya… saya tak mengejek awak. Saya… saya tengah membantu awak. Saya boleh buktikan ia. [Anggur Shine Muscat]
Anggur yang Xixi hantar kepada awak
dipanggil Shine Muscat. Syarat persekitaran pertumbuhan ia sangat tinggi. Anggur yang Xing Zhizhi tunjukkan dalam panggilan video sebelum ini ialah Shine Muscat. Ia sama dengan anggur yang Xixi hantar kepada awak. Tapi musim di Australia tak sesuai untuk menanam Shine Muscat. Jadi Xing Zhizhi tak berada di Australia. Dia bersama dengan Xixi. Inilah bukti yang encik ada? Kenapa? Tak boleh beli anggur di Australia? Mesti tanam sendiri untuk dimakan, betul? Apa kata buat eksperimen lagi? [Tolak] [Jawab]
[Qin Xiaofei] Aduhai. [Xing Zhizhi] [Qin Fei]
Cheng ya?
Helo.
Kakak saya cakap awak berada di Australia. Anggur yang awak hantar dah diterima. Rasanya agak sedap. Bukan saya yang menghantarnya. Seorang adik bernama Xixi yang hantar kepada kamu. Dia cakap hasil anggur tahun ini sangat lumayan. Mesti biar Kak Qin Fei mencubanya. Anggur ini nampak sama dengan anggur di rumah jiran awak. Saya ingat awak yang hantar ia. Macam mana saya nak hantar anggur kepada awak di Australia? Awak berada di luar negara selama beberapa hari, awak tak keluar untuk berseronok?
[Xing Zhizhi] [Qin Fei]
Pernahkah awak pergi ke Panggung Opera Sydney?
Hantarlah beberapa gambar untuk saya lihat. Jadual harian saya di hospital sangat sibuk. Langsung tiada masa untuk keluar. Sayang sekali. Kalau begitu, awak buat apa di Australia setiap hari… [Xing Zhizhi] [Qin Fei]
Jangan dengar kata-kata karutnya.
Dia mengalami tempoh memberontak.
Saya perasan,
sama macam awak. Xiaofei, dah siapkan kerja rumah? Tentulah. Saya mengulang kaji mengikut rancangan awak. Saya sudah mengulang kaji Matematik sehingga geometri pepejal.
[Mikrofon dah dibuka] [Pembesar suara dah dibuka] [Kamera dah dibuka]
Saya hanya salah menjawab dua soalan hari ini. Saya rasa geometri pepejal lebih mudah daripada fungsi dan sebagainya. Hanya perlu membuktikan ia serenjang atau selari. Tak perlu menghafal formula atau apa-apa. Cepatlah. Xiaofei, kenapa skrin jadi gelap? Apa yang berlaku? Tiada apa-apa, ia tersekat sekejap saja. Sini hujan, bagaimana cuaca di sana? Cuaca di Sydney cerah. Bintang di sini sangat cantik. Ia cantik macam bintang yang kita tengok semasa berkhemah. Saya… Saya nak tengok. Saya tak pernah tengok
[Xing Zhizhi] [Qin Fei]
langit… langit berbintang di Sydney.
Baik.
Sekejap, saya tunjukkan kepada awak. Tengoklah. Cantik tak? Cantik. Xiaofei. Bulan terang muncul di atas laut yang luas dan tidak terbatas, ingatkan orang ramai tentang saudara dan rakan yang jauh dari satu sama lain, apa ayat seterusnya? Doktor Xing, jika awak melakukan pemeriksaan mengejut, saya akan tamatkan panggilan ini. Ayat seterusnya ialah… Xiaofei, saya rindui awak. Apa puisi pelik ini? Ia tiada konsep kata yang sama atau bertentangan dan tak berima juga. Cuma idea utama dan maksudnya masih boleh tahan. Baiklah. Panggilan video hari ini sampai sini saja. Awak kena berehat awal. Saya juga perlu pergi mengulang kaji. Saya hubungi awak esok. Baiklah. Cepat tidur, selamat malam. Kenapa awak senyum macam orang gila lagi? Cuaca di Sydney cerah, cuaca di tempat Xing Zhizhi juga cerah. Ada apa-apa kesalahan? Kakak, saya tak tahu nak cakap Xing Zhizhi terlalu bijak atau kakak terlalu bodoh? Ataupun dia menipu awak macam orang bodoh? Ia begitu jelas, awak pun tak perasan. Mari, ikut saya. Awak nak buat apa lagi? Tengok. Tengok bulan ini. Bulan separa. Ia muncul pada separuh malam pertama pada separuh bulan pertama. Permukaan bulan menghadap barat dan terletak di barat langit. Bulan separa tua muncul pada separuh malam kedua dalam separuh bulan kedua. Permukaan bulan menghadap timur dan ia terletak di timur langit. Ungkapan ini sesuai untuk menjelaskan fasa bulan di hemisfera utara. Tapi bulan yang dinampak di hemisfera selatan sepatutnya bertentangan dengan bulan yang kita nampak. Ini fasa bulan Australia hari ini.
[Fasa Bulan Australia] [Bulan Separa Tua] Tapi bulan yang Xing Zhizhi tunjukkan kepada awak tadi… [Fasa Bulan Australia] [Bulan Separa Tua] Awak dah faham sekarang? Xing Zhizhi bukannya berada di Australia. Dia berada di hemisfera utara seperti awak. Selain itu, bulan di tempat Xing Zhizhi berada di sebelah baratnya manakala bulan di tempat kita di berada di sebelah timur. Ini menunjukkan bahawa waktu tempatannya lebih lewat daripada tempat awak. Longitud juga lebih kecil daripada tempat awak. Lokasinya sepatutnya berada di barat. Contohnya, tempat penanaman asal anggur, daerah Linkang.