The Road to Truth Is Full of Danger ⚠️⚠️ | The Wanted Detective 定风波 | iQIYI Malaysia

Bahaya, mari pergi! Feng Qingzhuo, taburkan sedikit
serbuk penghalau serangga! – Serbuk penghalau serangga tak berguna!
– Cepat pergi! Cepat pergi! Cepat! Cepat, nyalakan api dan tutup lubang gua! Serangga bakal keluar! – Pergi!
– Cepat pergi! Lari! Cepat lari! Rong! Tangkap dia! Hati-hati! Mereka takut garam! Cepat keluarkan semua garam yang kita ada! Ambil ini! Aduhai, akhirnya kita selamat. Terkejut saya, tadi awak nak matikah? Jambatan ini selamat buat masa ini, semua berhati-hati semasa menyeberanginya! Tempat ini terlalu gelap, tak dapat melihat apa-apa pun. Kamu tunggu saya di sini sebentar, saya pergi ke depan untuk melihat keadaan. Jaga keselamatan, Abang Xiao. Baik. Tong Shuang, jangan! Ini teknik mekanisme! Lari! – Lari!
– Cepat pergi! Berundur! Cepat, berundur! Kita hanya boleh terjun ke bawah. Air ini terlalu deras, jika kita terjun,
entah kita akan dihanyutkan ke mana. Macam mana ini? Terjun ke sana! Adik, awak bawa Huo Dairong! – Ayuh!
– Ayuh! Semua pegang dengan kuat! Tong Shuang! Tong Shuang! Awak tak apa-apa? Saya tak apa-apa. Abang tak apa-apa? Bertahanlah! [Bawah] Pintu dengan perkataan “bawah”? Abang, pintu dengan perkataan “bawah”! [Bawah] Mari kita pergi. Mari. Kenapa tempat ini begitu sejuk? Semua ini Jed Dingin. Ada lombong Jed Dingin sebesar ini? Tak boleh, jika kita terus berada di sini, kita akan membeku dan mati. Pintu… pintu dah tertutup! tak mahu biar kita keluar. Tetapi kita tiada pakaian
untuk menahan kesejukan, paling lama,
kita hanya boleh bertahan selama sejam, kita akan membeku dan mati. Jangan cemas, saya asyik rasa ada sesuatu
yang ingin disampaikan melalui gua Bei Hai ini. Apa maksud awak? Sekiranya Bei Hai tak mahu orang lain menjumpai apa yang disembunyikannya, dia tak perlu membina pintu dengan
perkataan “atas”, “tengah” dan “bawah” sebagai panduan. Tak kira serangga pelik di tingkat pertama atau patung pedang di tingkat kedua, ia kelihatan seperti
keadaan yang mesti membawa maut. Tapi kalau berfikir dengan teliti, kita dapat melarikan diri, seolah-olah Bei Hai yang sengaja meninggalkan jalan hidup untuk kita. Abang, betul cakap awak. Di tingkat ini, pasti ada petunjuk yang ditinggalkan juga. Asalkan kita temui jalan hidup itu, kita boleh keluar dari sini. Sementara semua masih bertenaga, mari berpecah dan mencari. Baik, semua berhati-hati. Berhati-hatilah. Awak tak apa-apa? Saya pernah terkena racun dingin, kesejukan ini remeh saja. Saya tak jumpa apa-apa pun. Tiada. Mari kita berkumpul buat sementara waktu, kita boleh rasa lebih hangat. Macam mana ini? Takkan kita mati di sini? Tahun Ke-36 Ningtai, maharaja gering tenat, di dalam dan di luar istana
dalam keadaan tak stabil. Lima negara perbatasan berniat jahat dan bersatu membentuk tentera gabungan
untuk menyerang tanpa pengisytiharan. Tentera di sempadan kalah dan mundur,
rakyat terpaksa mengungsi. Penjahat memegang kuasa, tanah air hancur. Kerajaan hampir runtuh, tapi dapat sebiji pil
secara tak disangka. [Pil Angin Kencang] [Pil Angin Kencang] Jika mendapat pil ini, boleh menterbalikkan keadaan. Namun tak disangka, inilah permulaan mimpi ngeri. Awak kata pil ini boleh membantu negara Qi
mengubah kekalahan menjadi kemenangan. Tahukah awak, menipu maharaja ialah kesalahan yang boleh dihukum mati? Patik tak berani menipu tuanku sama sekali. Cuba awak ceritakan, apa kegunaan ajaib pil ini? Patik berani mencuba, memilih pahlawan negara Qi untuk makan pil ini, maka tuanku akan tahu kesannya. Mulalah. Bagus. Sangat bagus. Beta tak mengapa. Tak sangka pil ini boleh menjadikan seorang
melawan sepuluh orang. Tak perlu risau tak dapat
merebut semula tanah yang hilang. Nampaknya tuhan memberkati
negara Qi kita. Pegawai yang dihormati, nama pil ini apa? Pil Angin Kencang. Tentera yang menjaga di Haiya dipanggil Tentera Tembus Angin dan dipimpin oleh Raja Wu Lie. Beribu-ribu Tentera Tembus Angin makan pil sebelum berperang, bersumpah untuk mengalahkan
musuh yang kuat demi mempertahankan negara. Kemudian, mereka diam-diam menyusup
melintasi sempadan, bergerak pantas siang malam.
[Tentera Tembus Angin]
Debu dan pasir berterbangan tanpa henti. Semasa tentera gabungan
bertugas lalai, mereka menyerang kem musuh
secara mengejut. Walaupun lapan ratus orang terkorban, mereka berjaya membunuh ketua musuh, kesemua ketua lima negara terbunuh
di istana diraja. Tentera diraja ambil kesempatan
kemenangan untuk menyerang balas, rakyat menyambut mereka
dengan hidangan makanan dan minuman. [Tentera Tembus Angin] [Tentera Tembus Angin] Mereka baru saja ingin
menamatkan peperangan, tak sangka berlaku kehuru-haraan lagi. Tentera Tembus Angin berundur ke Haiya, tinggal 200 orang yang hidup. Kemudian, ada orang tiba-tiba mengamuk hingga mencederakan orang
di sekelilingnya. Inilah sejarah yang disembunyikan. Tiga pintu di hadapan itu sepatutnya untuk melindungi sejarah ini. Kadang-kadang sedar, kadang-kadang gila. Apa sebenarnya yang berlaku? Saya juga tak pernah
melihat gejala seperti ini. Mungkinkah disebabkan… Orang yang sakit semakin banyak. Saya pun sedar ini pastinya malapetaka akibat daripada Pil Angin Kencang. Saya mengembara dalam
dunia pendekar selama beberapa dekad, saya bangga dengan kemahiran menghasilkan
racun yang tiada tandingan di dunia. Namun ketika tiba masanya, saya menyedari bahawa ilmu perubatan sedalam lautan, saya pun mencurahkan segala
ilmu yang saya belajar untuk mencari cara menawarkan racun. Tak sangka malapetaka sudah tiba. Panglima! – Panglima!
– Panglima! Perintah Wu Lie menjadikan penduduk di Haiya menunggu ketibaan kematian, manakala orang yang mengamuk telah membantai hampir habis,
tiada musuh boleh diserang lagi, jadi mereka saling membunuh
sesama sendiri. Haiya menjadi neraka di dunia. Menjadi neraka… Sekarang sepatutnya masih ada penduduk yang terselamat
daripada bencana ini. Panglima, masih sempat untuk
menyelamatkan mereka sekarang. Pergi cari semua penduduk itu. Ya. Bunuh semua. Panglima! Laksanakan perintah tentera! Panglima. Kehuru-haraan di Haiya telah berakhir. Kenapa perlu membunuh
orang yang tak bersalah lagi? Sebab mereka mesti mati. Baginda telah gering tenat,
tak dapat bertahan lama. Putera mahkota masih muda,
tiada asas yang kukuh. Di dalam negara,
para pembesar ingin bertindak, di luar negara, musuh sedang mengintai
kita dengan nafsu jahat. Sekiranya kejadian di Haiya tersebar, ia pasti akan dipergunakan
oleh orang yang berniat jahat. Ketika itu, seluruh dunia akan bergolak, negara jadi huru-hara. Siapa yang patut dihukum mati
atas kesalahan ini? Namun, penduduk Haiya ini juga rakyat negara Qi. Saya tahu. Sudah tentu saya tahu. Mereka ialah rakyat negara Qi dan juga rakyat yang tak bersalah. Saya tahu setelah
perintah ini dikeluarkan, ia akan membawa padah
yang tak dapat dipulihkan. Tapi demi seluruh negara Qi, demi lebih ramai rakyat yang tak bersalah, saya… Saya terpaksa buat begitu. Letakkan bayi ini. – Panglima kata bunuh semua!
– Dia hanya bayi! Saya kata letakkannya! Yunchi! Letakkan bayi ini!