The Yesha’s True Identity—It’s Him! 😱😱 | The Wanted Detective 定风波 | iQIYI Malaysia

Saya dah tahu siapa Pengganas Malam yang baharu. Siapakah dia sebenarnya? Semua ini perlu dijelaskan dari tempoh
selepas Kes Haiya berlaku. Kita pernah membuat kesimpulan bahawa Tentera Tembus Angin
telah melakukan jenayah berat di Haiya. Miao Jie kembali bertugas
di Pusat Arkib Istana bersama dendam yang mendalam, dia merancang untuk membalas dendam
bagi pihak Haiya. Tapi dia tahu, jika bergantung
kepada diri sendiri saja, mustahil dia dapat menyelesaikan
rancangan pembalasan dendam. Oleh itu, dia mula memupuk penggantinya. Tapi pengganti yang dipilih olehnya menyamar sebagai seorang yang bodoh. Betul. Saya rasa dia juga pernah terfikir
[Miao Yun]
untuk membunuh Miao Yun, tapi kerana mereka sama-sama orang Haiya, dia tak sanggup berbuat demikian, jadi dia mengambil risiko untuk menghantar Miao Yun pergi dan biar dia hidup atau mati sendiri. [Miao Yun] Kemudian? Kemudian, dia mula memupuk pengganti baharu. Sejak masa itu juga, anggota Tentera Tembus Angin yang
ada dalam senarai anak yatim dari Haiya dibunuh satu demi satu, anak-anak yatim dari Haiya pula dibawa pergi satu demi satu. Dia ingin mencari calon Pengganas Malam yang baharu
dalam kalangan anak-anak yatim itu? Saya teka, dia juga pernah
mempertimbangkan saya, tapi disebabkan perlindungan tok guru, dia tiada peluang untuk bertindak. Tapi akhirnya, dia tetap menemui calon yang sesuai. Kanak-kanak itu juga menanggung dendam, sama seperti dia. Dia bukan saja kejam, malahan sangat bijak. Oleh itu, mereka berdua bersedia untuk memulakan kes pertama, iaitu kes itu, permulaan semua masalah ini. Kes yang mana? Agensi Pengiring Stabil? Saya selalu tertanya-tanya
tentang satu perkara. Demi membalas dendam, Miao Jie telah membunuh
ramai anggota Tentera Tembus Angin dan pegawai yang berikan nasihat
pada masa itu, tapi dia hanya membunuh satu orang, tak pernah membunuh seluruh keluarganya. Hanya ada satu sebab
untuk dia berbuat demikian, iaitu untuk menyembunyikan pengenalan kanak-kanak yang dipilihnya. Hanya orang mati yang takkan menimbulkan kecurigaan. [Tong Xin]
[Bayi lelaki, Tong Peng]
Orang yang dipilihnya itu ialah Tong Shuang. Mana mungkin? Maksud awak, Tong Shuang ialah… Saya asyik fikirkan sesuatu. Kenapa Pengganas Malam baharu tahu setiap rancangan kita, malah tahu bila kita akan bertolak ke Haiya. Laporan rahsia yang
mendakwa Ketua Fang itu dihantar kepada pihak Unit Pengintip pada masa yang begitu tepat sebelum kita kembali ke ibu kota. Kerana orang itu sentiasa berada di sisi kita. Dia dah mendapat barang yang dimahukannya, berpura-pura mati di bawah runtuhan batu itu ialah rancangan terakhirnya
untuk melarikan diri. Lagipun, tiada seorang pun daripada kita yang benar-benar melihat mayatnya. Benda yang dimahukannya… Pil Angin Kencang. Dia membuat kita pergi ke Haiya kerana dia rasa Pil Angin Kencang masih ada di dalam bilik rahsia itu. Alamak, dia dah memperoleh preskripsi Pil Angin Kencang sekarang, maka perkara yang paling ingin dilakukan olehnya ialah… Pembalasan dendam terakhir. [Zhu Yitie] [Huang Wuchang]
[Pil Angin Kencang]
Saya tak setuju,
ini pertaruhan saja. Tuanku, kini Pengganas Malam baharu dah memperoleh
preskripsi Pil Angin Kencang, ini bermakna pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada 20 tahun lalu akibat racun pil akan berulang lagi. Namun, kali ini, malapetaka tersebut akan berlaku di negara Qi. awak sangat memahami Pengganas Malam. Sekarang, beta akan mengampunkan segala dosa awak dan orang-orang di sekeliling awak. Awak boleh mengemukakan
apa-apa saja permintaan, asalkan awak dapat
menangkap Pengganas Malam dalam masa tersingkat, beta akan memenuhi semua permintaan awak. Tuanku, dalam keadaan sekarang ini, hidup mati dan maruah peribadi dah tak penting lagi. Hari ini, patik datang bukan demi perkara ini. Kalau begitu, kenapa awak datang? Pernahkah tuanku fikir begini? Biarpun kita berjaya menangkap
Pengganas Malam baharu, mungkinkah Pengganas Malam ketiga atau keempat akan muncul? Pengganas Malam hanyalah satu nama. Di sebalik mereka ialah dendam yang mendalam, kemarahan yang membara, kebencian yang terukir di tulang. Jika dendam ini tak dibalas, kebencian ini tak diselesaikan dan permusuhan ini tak dihapuskan, Malapetaka Pengganas Malam hanya akan berterusan tanpa henti, bilakah negara Qi akan benar-benar menjadi aman? Haiya. Haiya. Malapetaka di Haiya ialah perkara yang sangat serius. Jika betul dan salah
terus kekal tak jelas, baik dan jahat tak dibezakan serta mengelak
daripada berbincang tentangnya, maka malapetaka
akan berterusan tanpa henti. Jangan cakap lagi! Awak dah tahu apa
yang berlaku pada masa itu. Pada masa itu, Tentera Tembus Angin membunuh rakyat Haiya kerana terpaksa, mereka tiada pilihan lain! Awak bercakap tentang betul
dan salah dengan beta, siapa yang boleh melihat dengan jelas dan menjelaskan dengan baik? Ia tak dapat dijelaskan dengan baik kerana semua orang rasa takut. Siapa yang rasa takut? Para anggota Tentera Tembus Angin
rasa takut, para pembesar daripada
Dewan Mesyuarat rasa takut, mendiang maharaja dan tuanku juga rasa takut. Biadab! Para anggota Tentera Tembus Angin takut mendepani perbuatan mereka
pada masa lalu, para pembesar daripada Dewan Mesyuarat takut dikecam oleh orang ramai, mendiang maharaja dan tuanku takut kehilangan keagungan
serta kewibawaan sendiri. Kerana semua orang rasa takut, barulah tiada yang orang berani
lihat dengan jelas dan menjelaskan dengan baik! Awak… Xiao Beiming. Awak tak takut beta
bunuh awak? Pernahkah encik jumpa orang ini? Tak. Pernahkah cik jumpa dia? Tak. Pernahkah puan jumpanya? Pernahkah encik jumpa orang ini? Tak pernah. Adik seguru. Abang, kenapa awak datang ke sini? Mari kita pergi. Maksud awak, baginda telah mengampunkan dosa Xiao Beiming dan Fang Tianzheng, bukan saja mengembalikan
jawatan asal mereka, malahan memperkenankan Xiao Beiming mengendalikan Kes Pengganas Malam? Ya, tuan. Tak sangka dia benar-benar berjaya melakukannya. Pengenalan Pengganas Malam
telah dikenal pasti, waran tangkap ada
di seluruh jalan sekarang. Tuan Wu. Masuklah. Mirip tak potret ini? Tuan Wu, jangan takut. Saya jumpa tuan kerana ingin minta bantuan tuan. Empat binatang sakti jadi iblis, negara Qi bakal musnah! Pengganas Malam datang dan menguasai dunia! Empat binatang sakti jadi iblis, negara Qi bakal musnah! Pengganas Malam datang dan menguasai dunia! Kenapa ada harimau? Ada harimau! Harimau! Apa yang berlaku? Harimau Putih membunuh orang! Ada pembunuhan! Kepung tempat kejadian! Tuan Wu! Tuan Wu! – Pada pakaian seragam kerajaan ini…
– Tuan Wu. Empat binatang sakti jadi iblis. Harimau Putih… Harimau Putih membunuh orang! Harimau Putih membunuh orang! Harimau Putih membunuh orang! Ada pembunuhan! Kepung tempat kejadian! Akhirnya awak datang. Dia ialah Beikun, anak Bei Hai. Dia juga abang seguru punya… Sekarang gelaran “abang” ini, patut saya yang panggil awak atau awak yang panggil saya? Kenapa awak berbuat demikian? Kenapa? Bukankah waran tangkap itu dah ditulis dengan jelas? Awak tinggal di sisi saya, hanya untuk kunci itu? Betul, Apa sebenarnya yang awak alami hingga awak menjadi seperti ini? Sebab awak selalu rasa awak barulah orang yang paling sengsara
dan teraniaya dalam dunia ini, jadi awak selalu tanya apa yang dialami oleh orang lain, kemudian menunjukkan sikap yang sombong dan beritahu dia, lihat, saya, Xiao Beiming hidup
dengan begitu menderita, tapi saya tak pernah
mengambil jalan sesat. Awak sampai ke tahap ini hari ini, semuanya salah awak sendiri, betul? Baik. Saya beritahu awak, bagi saya, penderitaan awak itu langsung tak bererti apa-apa. Dalam hati awak, sesiapa yang pernah buat awak menderita, awak mahu musnahkan mereka semua? Betul. Haiya ialah punca segala kesakitan saya. Saya hanya perlu memusnahkan orang-orang yang
menyebabkan kesakitan ini, barulah kesakitan saya akan hilang. Semua orang yang saya bunuh
memang patut mati. Semua yang saya lakukan
adalah untuk keadilan. Beikun. Selama bertahun-tahun ini,
untuk Pil Angin Kencang, untuk membalas dendam… Berapa ramai orang yang telah awak bunuh? Berapa banyak kes jenayah
yang telah awak lakukan? Berapa ramai orang awam yang
tak bersalah yang telah awak bunuh? Adakah setiap daripada mereka ada kaitan dengan Haiya? Qing Ying yang menyukai awak seumur hidup. Huang Wuchang yang bersyukur kepada awak seumur hidup… Serta Zhu Yitie yang hanya ingin
menjadi orang biasa. Adakah setiap daripada mereka patut mati? Xiao Beiming! Jangan cakap benda ini dengan saya! Awak tanya diri awak baik-baik. Kalau pada masa itu, awak yang pergi ke
Agensi Pengiring Stabil, saya pula yang datang
ke Unit Mata-mata Elit, apa yang akan awak lakukan? Adakah awak masih akan berdiri
di depan saya dengan penuh kepura-puraan mulia
seperti sekarang dan cakap ayat pura-pura baik ini? Awak orang yang disayangi nasib, manakala saya orang yang
dibuang oleh takdir. Apa layak awak untuk menghakimi saya di sini? Baginda mengeluarkan titah, kes sudah jelas,
tak perlu dibicarakan lagi. Segera bawa Tong Shuang ke penjara diraja untuk ditahan, dia akan dihukum pancung esok. Oh ya. Ada seperkara lagi. Sebenarnya saya datang menyerah diri, hanya untuk memberitahu kamu, tak kira di mana saya berada, perkara yang harus berlaku
tetap akan berlaku. Bau apa? Macam ada sesuatu terbakar. Dari bawah. Dari tingkat ke-18. Periksa tahanan dulu. Ada sesuatu berlakukah? Kenapa tempat saya ini panas sangat? Ini… Bunyi burung? Mana mungkin ada burung
di dalam penjara diraja? Awak jaga tahanan dulu, saya turun untuk tengok. Ini… Tahanan di bawah sangat penting, saya akan laporkan
kepada baginda kemudian. Jika ada masalah, saya bertanggungjawab. Adik! Adik! Adik! Adik! Dia cuma pengsan. Tengok. Bangun! Wu Lie dah mati! Adik seguru… Xueman! Apa yang berlaku? Burung Vermilion. Saya nampak Burung Vermilion. Angkara awak? Betul. Saya yang memanggil Burung Vermilion. Saya pernah beritahu awak, tak kira di mana saya berada, yang harus berlaku tetap akan berlaku. Empat binatang sakti jadi iblis,
negara Qi akan dimusnahkan. Biarpun kepala saya dipancung esok, kamu pun tak dapat menghentikan semua ini. Masanya tiba! [Pancung]
Pancung! Lihat baik-baik. Dia dah hilang. – Di mana dia?
– Di mana dia? Dia pergi ke mana?