Zhong Xueman Try to Kill Xiao Beiming? 😱| The Wanted Detective 定风波 | iQIYI Malaysia
Xueman… Patuh kepada pemerintah baharu, sesuai dengan kehendak ilahi! Maharaja Qi zalim, hukum syurga telah lepaskannya, patuh kepada pemerintah baharu. Di mana Xiao Beiming? Kenapa tiada bunyi lagi? Inilah bendanya? Barangan pelik dari negara asing memang banyak. Hanya dengan benda ini, titah daripada binatang mitos kononnya dapat disebarkan ke langit. Apa yang berlaku? Apa yang berlaku? Saya pun tak tahu. Saya keluar pergi tengok. Baik. Jangan bergerak kalau tak mahu mati. Undur. Abang, tekaan awak memang tepat. Tuan-tuan, saya bukan sekutu dengan dia. Saya ditangkap olehnya dan dipaksa. Awaklah pengamal Tao Yunji? Betul, sayalah orangnya. Pengamal Tao Yunji, kami tahu awak dipaksa, tapi keadaan sangat mendesak sekarang, ada sesuatu yang kami perlukan
bantuan awak. Iblis telah dihapuskan, Pengganas Malam telah dibunuh, kehendak ilahi berpihak kepada negara Qi, berkat melimpah ruah. Iblis telah dihapuskan, Pengganas Malam telah dibunuh, kehendak ilahi berpihak kepada negara Qi, berkat melimpah ruah. Tuhan memberkati negara Qi! Gunakan tipu muslihat mereka. Dia memang hebat. Dah berjaya. Kehendak ilahi berpihak
kepada negara Qi, berkat melimpah ruah. Tak sangka agak berani juga. Ini cara pembentukan imej
dengan cahaya api yang dicatatkan dalam buku Mozi. Khayalan bayangan boleh dihasilkan dengan menggunakan bilik gelap dan cahaya. Inilah salah satu cara yang digunakan dan kaedah jenayah yang paling penting
dalam Kes Empat Binatang Sakti. Maksud awak, binatang sakti yang muncul di langit itu sama seperti bayangan lilin ini, semuanya hanya tipu helah? Tapi binatang sakti ini dan bayangan di langit jauh berbeza.
[Bijaksana dan Berilmu Luas]
Jangan-jangan
Pengganas Malam telah membentangkan
sehelai kain di langit? Betul, kain itu ialah awan berwarna-warni di langit. Maksud awak, binatang-binatang sakti itu sebenarnya dipancarkan pada awan-awan berwarna-warni itu? Kalau begitu, dari mana datang pula
awan berwarna-warni itu? Pengamal Tao Yunji menggunakan bahan dalam botol-botol itu untuk menghasilkan ia. Serbuk Batu Langit Tinggi dan gula? Betul, Serbuk Batu Langit Tinggi dan gula
digunakan sebagai bahan utama, kemudian ia dicampur
dengan pelbagai pewarna, maka asap berwarna dapat dihasilkan. Kemudian Serbuk Kristal Cermin
ditambahkan, awan-awan berwarna-warni itu boleh memantulkan cahaya dan bayangan. Yang paling pentingnya, banyak debunga bunga Posuo ditambahkan di dalamnya, Apabila awan berwarna-warni
naik ke langit, debunga bunga Posuo turun dari langit, daya pancaindera para pemerhati juga akan lumpuh tanpa sedar, jadi mereka lebih percaya khayalan yang mereka nampak di depan mata. Biarpun awan-awan berwarna-warni itu
dapat dihasilkan, awan-awan itu bukan benda nyata. Macam mana dapat membawa awan
dan menggunakan ia sesuka hati? Tentulah boleh. Kita telah menemukan banyak kain sutera dan minyak tung di Istana Yunji. Selepas kain sutera direndam
dengan minyak tung, ia menjadi kalis hujan dan air, kemudian menjahit semua kain bersama, maka kantung sutera berminyak kononnya
dapat dihasilkan. Selepas itu, serbuk ubat dimasukkan ke dalam
kantung sutera berminyak, buka apabila ia diperlukan, asap berwarna-warni itu pun akan muncul. Buku ini mencatatkan ilmu hebat pengamal Tao Yunji
sepanjang hidupnya. Lukisan Pemandangan Seribu Batu Jauhnya ialah hasil daripada cara yang saya sebutkan tadi, tapi pengamal Tao Yunji juga mempunyai satu lagi ilmu hebat yang bernama Sihir Pengawal Minda. Sihir Pengawal Minda?
[Bijaksana dan Berilmu Luas]
Ia sejenis ilmu hipnosis
yang dibawa dari wilayah barat, hanya perlu menggunakan teknik tertentu untuk mengawal kesedaran seseorang
[Koleksi Ilmu Ghaib Keamanan]
dalam masa yang singkat Orang yang dikenakan hipnosis
[Sihir Pengawal Minda]
bukan saja akan menurut perintah, dia juga hanya akan ingat perkara yang diperintahkan selepas terjaga. Kegunaan terbesar bunga Posuo adalah untuk tujuan ini. Maksud awak, saya terkena Sihir Pengawal Minda? Penjara diraja dibina di bawah tanah, setiap tingkat
mempunyai lubang pengudaraan yang menghubung terus
ke permukaan tanah. Lubang pengudaraan sangat sempit, hanya serangga dan semut boleh melaluinya, jadi tiada siapa yang akan perasan. Tapi debunga bunga Posuo boleh masuk melalui lubang ini terus ke tingkat bawah penjara diraja. Penjara diraja tertutup. Kalau menghirup banyak banyak debunga bunga Posuo
dalam masa yang singkat, mungkin bukan sekadar melumpuhkan pancaindera saja, tapi menyebabkan kesedaran menjadi kabur. Saya rasa bukan saja awak, malah dua handalan, Tian Gang dan Di Sha, bahkan Wu Lie juga telah terkena pada masa itu. Tapi bagaimana sebenarnya kami terkena? Sihir Pengawal Minda selalunya hanya memerlukan beberapa pergerakan
atau bunyi yang berulang dah boleh menyebabkan
seseorang terperangkap secara tak sedar. Contohnya… Apabila awak pengsan nanti, akan ada orang datang selamatkan awak. Jadi, semua ingatan mengenai Burung Vermilion pada hari itu direka olehnya, kesedaran saya telah dikawal olehnya. Selepas awak pengsan, saya dan Zhuge Kongyun juga dah sampai. Walaupun dah lewat, kami masih menemukan sesuatu yang mencurigakan pada awak. Awak kata awak masuk ke tempat kebakaran dan diketuk pengsan oleh Burung Vermilion. Saya dan Zhuge Kongyun juga masuk, tapi tak nampak apa-apa. Seluruh dewan Buddha itu
diperbuat daripada kayu. Selepas kebakaran besar, tapak kasut kami sedikit sebanyak terkena abu kayu, tapi kasut awak bersih dan badan awak tiada berbau asap sama sekali. Awak kata awak pengsan kerana api yang dikeluarkan
oleh Burung Vermilion, tapi tiada satu helai rambut awak pun yang kerinting akibat terbakar. Semua ini cukup untuk membuktikan bahawa awak tak pernah masuk
ke tempat kebakaran, apatah lagi nampak Burung Vermilion
yang dikatakan itu. Ini bermakna pembunuhan oleh Burung Vermilion ialah ingatan palsu selepas dikawal olehnya. Demi menjadikan awak satu-satunya saksi, itulah tujuannya. Empat Binatang Sakti Jadi Iblis
yang dikatakan itu hanya mempergunakan kaedah tak ortodoks untuk mencipta khayalan. Memandangkan kita dah tahu semua ilmu sihirnya, maka Kes Kura-kura Hitam yang terakhir… Kita pasti akan menghalang dia. Awak juga anak yatim dari Haiya? Betul. Saya dijual oleh ibu bapa angkat ke dalam istana pada masa itu dan hampir menjadi sida-sida, kemudian saya masuk ke
Kementerian Kerja Raya secara kebetulan. Tak sangka dunia ini begitu tak adil, hanya kerana kesalahan
sekumpulan manusia hina menyebabkan tangan kiri saya cacat. Nasib baik saya bertemu dengan tuan pada masa itu. Di mana dia? Kalau awak beritahu saya, saya jamin awak boleh teruskan hidup. Teruskan hidup? Awak sangka saya akan mengkhianati tuan saya demi nyawa sendiri? Kamu dah tiada harapan lagi, kami pasti akan tangkap dia lambat-laun. Tiada harapan? Awak sangka penyelesaian
Kes Empat Binatang Sakti dapat menghalang kemusnahan negara Qi? Adik! Tak dapat kejar lagi. Ini Pil Angin Kencang. Semua ini pasti disediakan untuk baginda dan para pegawai
semasa upacara pemujaan. Kita berjaya menghalang dia kali ini, tapi sebaik saja
Kes Empat Binatang Sakti diselesaikan, kalau mereka bertindak nekad dan menyebarkan racun di seluruh ibu kota, kita langsung tak dapat mencegah. Saya mungkin tahu keberadaan mereka sekarang. Mereka berada di tempat di mana saya dikurung dahulu. Dah sampai. Hati-hati. Awak kata kita akan jumpa lagi, saya tak berani memungkiri janji. Nampaknya saya memandang rendah
terhadap kamu. Awak dah tak dapat larikan diri. Serahkan Pil Angin Kencang, kemudian ikut kami pulang. Pulang? Ke mana? Unit Mata-mata Elit atau penjara diraja? Sayang sekali saya pernah
pergi ke kedua-duanya. Apa yang boleh kamu lakukan terhadap saya? Kamu hanya boleh melihat saya pergi saja. Tipu helah awak sudah diketahui. Awak ingat kami akan tertipu lagi? Jadi cuba kamu semua teka, mengapa saya biarkan pengamal Tao Yunji melihat tempat ini? Kenapa pula saya menunggu kamu semua di sini? Betul. Saya memang pernah kata
saya memandang rendah terhadap kamu, tapi saya tak pernah kata kamu akan menang. Bertindak! Kamu beberapa ini benar-benar mengacau. Selepas saya berjaya, saya pasti akan lepaskan kamu. Pada masa itu, saya nak kamu melihat semua yang kamu lindungi takkan wujud lagi. Seluruh negara Qi akan berubah sepenuhnya. Tak guna! Saya ingat ketika masuk tadi, saya dapat rasa ada banyak aliran udara yang bertiup dari pelbagai arah. Laluan rahsia bawah tanah ini seharusnya disambungkan
dengan banyak arah, bukan hanya satu pintu keluar. Maknanya, saudara-saudara kita yang di atas langsung tak dapat menangkapnya. Semua orang daripada Unit Mata-mata Elit dan Unit Pengintip hanya mengawasi tempat ini. Sebaliknya beri mereka peluang untuk melakukan jenayah. Kita semua telah terperangkap! Lihat batu-bata ini. Kamu semua ke tepi. Ada harapan. Awak makan Pil Angin Kencang? Zhong Xueman, awak gilakah? Tiada ubat penawar untuk
Pil Angin Kencang. Xueman. Saya tahu Pil Angin Kencang
ialah racun yang kuat, tapi sebelum diserang racun, ia akan membuat orang biasa memperoleh tenaga berkali ganda. Saya dah makan tiga biji. Dengan kuasa dalaman saya, pasti dapat membuka tempat ini! Zhong Xueman, awak… Abang, awak pernah kata sebagai mata-mata, perlu bersedia untuk berkorban pada bila-bila masa, sebab kita ada orang yang mesti kita lindungi. Inilah prinsip yang awak ajar saya
sejak kecil, bukan? Mata-mata Zhong. – Adik!
– Mata-mata Zhong! – Adik!
– Zhong Xueman. Adik. Awak tiada apa-apa? Kamu pergi cari orang dulu, saya tinggal di sini untuk menemani dia. Ta… Tapi… Jangan biarkan
pengorbanannya jadi sia-sia. Kamu pergi selamatkan orang. Betul cakapnya. Mari kita pergi. Tong Shuang! Xueman… Adik… Saya ialah Xiao…