【MS SUB】 Road Home EP1 | Full | iQIYI Malaysia

[Rancangan ini disediakan dengan sari kata BM] [2018, Beijing] [Luar Jalan Lingkaran Kelima] Maaf. Itu air bersih. [Kedai Yuefu] Saya baru ambil. Minta maaf. Tak apa. Bukankah ini kedai Abang Chen? Lu Yanchen? Ya. Kamu rapat? Tak rapat sangat. Dengar kata dia di sempadan. Dia bekerja di sini sekarang? Bukan. Xiao Chao.

Anak bos awak dah balik? Sudah. Dia di stesen minyak sebelah. Okey. Nak pergi? Awak masih ingat saya? Ingat. Tak mungkin saya lupa. [Road Home] [Episod 1] Abang Chen datang ke stesen minyak untuk bertugas? Siapa pula bertugas di stesen minyak? Saya menunggu orang. Suruh abang awak datang ke rumah saya malam ini.

Dia berada di Laogou. Mungkin dua hari lagi. Tak apa. Saya akan pulang ke Qining dalam dua hari. Kapten Lu. Jumpa lagi. Bekas kekasih awak, Kapten Lu? Bukan. Helo. Huang Ting, saya Gui Xiao. Gui Xiao. Saya jumpa abang awak hari ini. Awak jumpa abang sepupu saya? Mak saya pun tak tahu dia dah balik.

Macam mana awak jumpa dia? Kami terserempak di stesen minyak. Dia dan rakan sekerja dia rasanya. Kami tak sempat berbual. Awak ada nombor telefon dia? [11 tahun yang lalu] Awak rasa tak? Kita memang berjodoh. Macam mana? Tengoklah. Nama awak berakhir dengan Chen. Saya pula, Xiao. “Chen” dan “Xiao”, maksudnya cahaya matahari pada waktu pagi.

Sangat padan, bukan? Kenapa tak memandu? Kereta menarik perhatian. Sudah pergi? Sudah. Abang Chen. Nasib baik mereka tak nampak. Awak risau? Tak. Risau apa? Kenapa termenung? Sampai tak endahkan saya. Saya rasa hairan kenapa baju awak basah. Mak cik saya basuh baju ini walaupun saya minta dia jangan basuh. Awak pakai baju basah?

Tak takut sejuk? Ini baju baharu. Saya nak tunjuk kepada awak. Kenapa? Tak cantik? Boleh tahan. [Boleh tahan?] [Saya dah kesejukan, dia kata boleh tahan saja?] Awak tak pernah memuji saya. Cakap saya cantik. Cepat, cakap saya cantik. Cepatlah. Cakap saya cantik. [2018] [Gui Xiao,] [kenapa awak nak hubungi dia?] [Awak dah lupa]

[berapa kali dia minta untuk berbaik semula?] [Awak tahu betapa kejamnya awak pada masa itu?] [Semasa dia balik melawat,] [awak enggan jumpa dia.] [Saya akan hantar nombor dia.] [Terpulang kepada awak untuk hubungi dia atau tidak.] [Lapan tahun dah berlalu.] [Saya rasa awak tak perlu cari dia lagi.] Helo. Abang. Ini saya, Huang Ting.

Abang dah balik? Saya bercuti. Ada hal yang perlu diuruskan. Mahu makan di rumah saya? Mak saya suruh abang datang. Tak. Saya akan bertolak esok. Abang. Apa dia? Adakah abang terserempak dengan Gui Xiao di stesen minyak? Dia minta nombor telefon abang tadi. Namun, saya tak pasti dia akan hubungi abang atau tidak. Baiklah.

♫ Harap bertemu dengan seseorang ♫ ♫ Yang pandai menikmati ♫ ♫ Pada malam angin bertiup dan wain dihidangkan ♫ Awak buat apa di sini malam-malam buta? Nak tengok buah anggur dah masak belum. Buah anggur itu tak sedap. Masam sangat. ♫ Bulan separa ♫ Kalau awak suka, saya pergi beli esok.

Saya suka buah anggur masam. ♫ Oh, bulan ♫ Budak ini… ♫ Awak pasti dah senyap-senyap mengesat ♫ ♫ Untuk masa yang amat panjang ♫ ♫ Awak faham bahawa nyawa bersinar ♫ ♫ Ketika ia senyap dan misteri ♫ ♫ Pada malam yang tidak diketahui sesiapa ♫ ♫ Kesejukan menutupi bumi merata ♫

♫ Oh, kesejukan ♫ ♫ Awak pasti dah diam-diam ♫ ♫ Pergi ke tempat yang paling jauh ♫ ♫ Membawa balik udara segar pertengahan musim panas ♫ ♫ Dan daun gugur musim luruh ♫ [Dua tahun kemudian] ♫ Pada malam mimpi kesepian dan romantik ♫ [Bandar Qining] ♫ Sebuah lagu hiba belia dinyanyikan ♫

Guna telefon saya. Ini nombor telefon dua tahun yang lalu. Entah masih lagi digunakan. Cuba dulu. Helo. Siapa ini? Saya Gui Xiao. Awak sibuk? Tidak. Apa hal? Saya berada di Qining. Untuk bekerja. Ada sedikit masalah. Kereta saya hilang. Alamat. Hantar alamat kepada saya. Baik. Saya hantar sekarang juga. Kenapa tak masuk? Naik kereta.

Saya hantar awak dulu. Saya pergi jumpa seseorang. Okey. Adakah kawan awak akan datang? Mungkin. Apa kata kita hubungi dia sekali lagi? Jangan. Dia mungkin sedang bertugas. Tak baik begitu. Biarpun dia tak datang, tak apa. Kita lapor polis. Jom tunggu di dalam. Awak masuk dulu. Saya dah duduk sampai sakit belakang.

Nak hirup udara segar. Baik, saya masuk dulu. ♫ Adakah awak dengar? ♫ ♫ Sudah bertahun-tahun ♫ ♫ Harapan yang jauh dalam jiwa saya ♫ Naik kereta. ♫ Hati yang halus ♫ Pemilik stesen minyak kata boleh cari di kawasan padang rumput. ♫ Luka yang sembuh ♫ Mungkin boleh jumpa kereta kami.

♫ Hati yang menanti-nantikan awak mengatasi kegelisahan ♫ Naik kereta. Saya ada tiga orang kawan lagi. Biar saya panggil mereka. Tunggu sekejap. Mari. Dia dah sampai. Akhirnya. Bantuan dah tiba. Apa khabar, Kapten Lu? Kita duduk di belakang. Baik. [Dia masih seperti dulu.] [Tingkap kereta mesti dibuka] [tanpa mengira musim.] Boleh tutup tingkap?

Kawan Gui Xiao ini betul-betul dingin. Dia kapten Unit Tindakan Khas. Bagaimana dia menakutkan penjenayah dan melindungi kita jika tak bersikap dingin? Kereta kami hilang dua jam yang lalu. Asalnya, kami mahu melapor polis. Saya teringat pada awak lalu menelefon. Menurut pemilik stesen minyak, barangkali kereta itu ada di hutan yang berdekatan. Pencuri-pencuri itu

Tiada tempat untuk letak kereta yang dilarikan lalu tinggalkannya di sana. Pintar juga mereka. Tanpa kamera litar tertutup, biarpun kereta dijumpai, kita tak tahu siapa pencurinya. Kapten Lu, awak tahu jalannya? Ya. Okey. Kami ikut sajalah. Salji lebat hari ini. Pandu perlahan-lahan. Saya dah melapor polis. Polis bertugas akan sampai sebentar lagi.

Kawan awak dingin betul. Sampai saya takut untuk mengucapkan terima kasih. Dia memang begini. Saya pergi bercakap dengan dia. Berhati-hati. Tak sejukkah? Adakah ini kereta awak? Terima kasih kerana menolong saya. Sama-sama. Sudah berapa tahun awak di sini? Sembilan tahun. Belum naik pangkat? Sudah. Nak balik ke kampung? Bukankah awak boleh

Memohon untuk tukar balik ke kampung selepas naik pangkat? Tak. Saya nak tinggal di sini. Kenapa awak datang ke sini? Gadis itu membuat perniagaan antarabangsa. Dia ada bisnes di sini. Saya ikut untuk makan angin. Makan angin semasa salji lebat? Salji keistimewaan tempat ini. Kapten Lu. Kapten Lu. Dia yang melapor polis. Awak uruskan.

Ini kereta dia. Kereta-kereta yang lain juga kereta curian. Kehilangan kereta-kereta ini dah dilaporkan. Pencurinya dah diberkas. Namun, mereka enggan mendedahkan tempat menyorok kereta. Semua di sini rupanya. Saya menemuinya secara tak sengaja. Awak uruskan. – Saya pergi dulu. – Baik. Hai, saya pemilik kereta. Okey. Jika boleh, bawa kereta dan ikut saya

Untuk membuat keterangan. Boleh. Baik. Terima kasih. Sama-sama. Kamu mahu pergi ke mana selepas ini? Kami akan tinggal di pekan ini untuk beberapa hari sebelum melawat Bandar Qining. Bekerja dulu, baru makan angin. Adakah awak rapat dengan Kapten Lu? Kami dah lama berkenalan. Namun, kami jarang berjumpa. Dia bekerja di Bandar Qining,

Tak sering ke sini. Dia baik orangnya dan bertugas di barisan hadapan Unit Tindakan Khas. Tentu susah kerjanya. Tentulah. Malah bahaya. Kini, dia dah jadi jurulatih, mengajar pelupusan ordnans letupan. Jika ada tugasan, dia di barisan hadapan melawan keganasan. Biasanya, dia bawa wira-wira keluar untuk melindungi rakyat. Memang lelaki sejati. Pelupusan ordnans letupan?

Itu bidang dia? Ya. Pasukan dia adalah pasukan anti keganasan. Unit Pelupusan Ordnans Letupan berjaya memupuk berpuluh-puluh orang pakar. Semua menjadi rebutan orang dalaman. Kapten Lu boleh melupuskan bahan letupan dalam masa 30 saat. Tanpa berpeluh walau setitik pun. Ini bukan filem, tahu? Ia benar-benar berlaku. Awak datang untuk membaiki atap? Berhati-hati. Lu.

Ayah bekas kapten sedang menunggu awak. Kenapa ini? Lari diri sampai ke sini? Asalnya, saya nak jumpa pak cik dulu. Namun, sudahlah. Awak tahu tak? Tangisan mereka buat hati saya pilu. Cukuplah menangis di depan saya. Jangan menangis di rumah mereka. Saya tahu. Papan-papan ini dah rosak. Tolong ambilkan kotak alat dan papan

Yang kita bawa. Tampal semua lubang dulu. Jika tidak, barang-barang di bawah akan basah disimbah salji yang cair nanti. Kena buat kerja pula. Berhati-hati. Terima kasih. Ini daripada saya. Tak boleh. Pak cik. Selama saya berada di Qining, kamulah yang menjaga saya. Tahun baharu dah dekat. Ini tanda kehormatan dari saya. Dia seorang yang berjimat-cermat.

Banyak juga simpanannya. Sekarang dia dah meninggal. Tak payah, Xiao Chen. Usah risau. Awak masih tinggal di Qining. Tolong jaga mereka. Tentulah. Tak perlu awak ingatkan. Saya mahu kembali ke balai. Awak pula? Oh, ya. Tolong saya jemput Xiaonan. Sudah ajak Kapten Lu? Tidak. Saya yang belanja. Saya suruh awak ajak dia.

Bukannya suruh awak bayar. Berapa banyak duit pun, saya tak nak ajak dia. Kerasnya hati awak. Dia datang menolong walaupun salji turun dengan lebat kelmarin. Selain saya, Xiao Zhou dan Lin Yao mahu belanja dia makan juga. Dia tak suka bersosial sejak dulu lagi. Bukan bersosial. Ini tanda terima kasih. Tak bolehkah kami memuja-muja dia?

Saya ada nombor telefonnya. Jangan. Saya tak rapat dengan dia. Gui Xiao. Kekok apa pula? Pandai-pandailah. Dia banyak membantu, bukan? Dia dah angkat. Helo. Kapten Lu. Saya Cai Yaya. Kawan Gui Xiao. Kita berjumpa kelmarin. Helo. Ya. Telefon Gui Xiao tiada isyarat kelmarin. Dia guna telefon saya. Maaf sebab saya simpan nombor awak. Tak apa.

Ada masalahkah? Tidak. Saya ingin belanja awak makan sebagai tanda terima kasih. Kereta ini amat penting bagi saya. Ia hadiah baharu dari suami saya. Keluarga saya akan kecoh kalau kehilangannya. Terima kasih banyak-banyak. Apa kata kita keluar malam ini? Baik. Saya hantar alamat restoran kepada awak sekejap lagi. Baik. Tukar baju. Jom pergi makan.

Tutup pintu. Kuatnya daya anti-peninjau pak cik. Awak panggil ini anti-peninjau? Macam pandang rendah pada pak cik saja. Kita balik rumahkah? Pergi makan. Dengan siapa? Kawan lama. Selain rakan sekerja, pak cik ada kawan juga? Awak dah semakin tinggi. Lebih tinggi berbanding rakan-rakan awak. Memanglah. Pakai tali pinggang keledar. Ini biliknya. Anak siapa ini?

Maklumkan ibu bapa dia. Dia mungkin tersalah tempat. Nanti mereka risau. Mak cik, saya anak Lu Yanchen. Ayah saya sedang membuat panggilan dan suruh saya tunggu kamu di sini. Saya pergi ke tandas. Mak cik, selepas keluar, pusing kanan dan jalan sampai ke hujung. Silakan duduk, semua. Pandainya dia. Ayah saya pandai mengajar.

[Kami berpisah sepuluh tahun yang lalu.] [Memang patut anak dia] [dah besar.] [Dia kata ingin menetap di sini.] [Jadi, dia dah berkeluarga.] [Patutlah.] [Gui Xiao,] [buat apa awak nak jumpa dia?] Awak tengok apa? Tandas wanita di bawah. Balik sini. Biar saya tunjuk jalan. Tak apa. Saya kata balik sini. Dengar tak?

[Memanglah saya yang tinggalkan awak.] [Awak dah ada anak.] [Kenapa masih berlagak macam saya] [berhutang kepada awak?] Tak dengar. Tak dengar? Kenapa menoleh pula? Mungkin dia tak mahu menghiraukan awak. Maaf, cik. Kapten Lu… Bukan. Bekas kapten saya ini baru saja meletak jawatan. Dia terlalu bosan. Jadi agak pelik. Bukankah awak… Saya penganggur sekarang. Kenapa?

Rasa tak berbaloi belanja saya makan? Cik, jangan berkira dengan dia. Mulut dia memang jahat. Saya tahu. Sebenarnya, Kapten Lu masih belum pasti sama ada dia akan pulang ke Beijing. Dia tengah berfikir. Dia bukan penganggur. Cuma menganggur buat sementara. Tak semestinya pulang. Pulang ke Beijing bersama anak isteri memang agak menyusahkan.

Pendaftaran isi rumah pun susah. Jika awak perlukan pertolongan, saya boleh membantu. Rasa-rasanya ini kerja anak awak. Tak mungkin. Dia takut awak. Mustahil dia kenakan awak. Jangan-jangan dia dah berani sekarang kerana sudah bertambah dewasa. Cik. Maaf, cik. Itu anak saya. Sebab unit kami ramai orang bujang. Anak saya suka bergurau semasa mereka

Bertemu dengan wanita. Semua pun dia panggil ayah. Ramai yang ditakutkan. Maaf. Itu bukan anak awak? Sayangnya. Dia comel. Comel? Budak itu sangat nakal. Oh. Biar saya memperkenalkan diri. Saya Qin Mingyu, ahli pasukan Lu Yanchen. Budak itu anak saya. Namanya Qin Xiaonan. Saya Gui Xiao. Bukankah awak mahu ke tandas? Tiba-tiba tak nak pergi.

Ayah. Salam sejahtera. Awak nakal lagi, ya? Kami tersilap rupanya. Mari. Minta maaf dengan Mak Cik Gui Xiao. Maaf, mak cik. Tak apa. Jangan berdiri di situ. Mari duduk. Mari. Silakan duduk, Kapten Lu. Saya tak tahu ada restoran apa di sini. Jadi saya pilih ikut penilaian. Kita pesan sajian ciri khas. Boleh?

Kapten Lu ada pantang apa-apa? Tiada. Tiada. Okey. Sila menjamu selera. Kapten Lu. Awak dan Gui Xiao adalah jiran, rakan sekolah atau… Rakan sekolah. Tak rapat. Lebat betul salji di Qining. Kapten Lu tak pandai bercakap. Lihatlah. Dia diam saja sepanjang masa duduk di sini. Namun, biarpun nampak dingin, dia mesra orangnya. Dia datang

Sebab anggap kamu kawannya. Betul, Kapten Lu? Cuba berbual dengan rakan sekolah awak. Minum dengan mereka. – Awak minum saja. – Dia perlu memandu. Betul itu, ayah. Makan sajalah. Kapten Lu bakal pergi ke Beijing. Saya ingin menyambut kawannya dengan baik. Jika awak rasa malu, biar saya minum. Mari. Memandangkan semua perlu memandu,

Kita minum teh saja. Jom minum. Selepas ini, jika kamu menghadapi masalah di Qining, cari saya bila-bila masa. Minta tolong membantu Kapten Lu di Beijing juga. Tak ada masalah. Hutang budi mesti dibalas. Apatah lagi Kapten Lu banyak membantu. Kami pasti bantu seboleh mungkin. Sudah pasti. Bila-bila masa, asalkan Kapten Lu perlukan kami.

Terima kasih semua. Kamu berempat datang bersama? Betul. Kapten Lu, tolong hantar mereka. Bahaya empat orang berhimpit dalam kereta. Tak perlu susahkan dia. Tak susah, mak cik. Kami tinggal di kawasan barat. Kamu tinggal di kawasan timur. Arah yang bertentangan baru dapat menunjukkan keikhlasan kami menghantar tetamu. Jadi, biar saya dan Kapten Lu mengambil kereta.

Kamu tunggu di sini. Okey. Jom pergi bersama. Saya rasa amat kekok bersama dia. Saya tunggu di sini. Tak boleh. Sini sejuk. Pergi dengan saya. Kapten Lu. Kereta saya di situ. Awak pula? Situ. Dekat saja. Jangan keluar. Lu Chen! Gui Xiao. Awak tak apa-apa? Saya hanya ditolak. Apa yang mereka mahu? Hati-hati, Lu. Ayah.

Saya dah buat laporan polis menggunakan telefon pak cik itu. Pandai. Takut? Tidak. Takut apa? Saya menutup kepala awak kerana takut awak terperanjat. Tak sangka awak langsung tak faham. Malah mengalihkannya dan tengok semuanya. Ambil ini. Ada salji lagi? Tiada. Kapten Lu. Kita berjumpa lagi. Awak uruskan pencuri-pencuri kereta ini. Baik. Terima kasih.

Saya dah dapat tahu. Mereka rakan pencuri-pencuri kereta yang kebetulan makan di sini dan cam kereta Gui Xiao. Mereka ingin membalas dendam demi rakan yang tertangkap, tapi terserempak dengan kita. Tuan Liu. Awak berjaya memberkas 13 orang sekaligus kerana kami. Awak kena belanja saya dan Kapten Lu makan besar, tahu? Sudah pasti.

Makan sepuas-puasnya di kantin balai polis. Kereta kamu patut diberi panji kerana menyenangkan kerja pihak polis wilayah kami dan menjimatkan sumber untuk negara. Susahkan tuan saja. Tidaklah. Saya gembira sekarang. Di mana kanak-kanak yang membuat laporan polis? Sini. Ini anak saya. Seperti biasa. Seperti biasa. Awak mahu mengambil keterangan. Hantar dua orang

Lelaki itu dengan kereta Cai Yaya. Saya hantar mereka berdua. Baik. Saya ikut Pak Cik Lu. Sekarang saya jadi Pak Cik Lu pula ya? [Membina imej polis] Kalau nak saya panggil “ayah”, boleh juga. Kenapa pula? Tak bolehkah saya ada dua ayah? Terima kasih, Kapten Qin. Mari. Jangan marah, mak cik.

Pak Cik Lu memang selalu bermasam muka dengan semua orang. Saya tak marah. Saya dah biasa dari dulu lagi.