The Eternal Love S3 | EP02 | Strim Percuma di WeTV | XingZhaoLin,Liang Jie | ENG SUB
♪Masa berlalu dengan pantas. Sekelip mata saja, saya dah rasa tergila-gila♪ ♪Ikatan percintaan yang melilit seakan-akan berjalinan tanpa diketahui♪ ♪Menenun hiasan broked yang indah dan hidup bersama selamanya♪ ♪Sukar untuk menaruh kerinduan ini♪ ♪Saya sudi bertukar jadi batu biru yang menanti-nanti kemunculan awak♪ ♪Nama awak terpahat pada hati saya♪
♪Kupu-kupu yang dijelma semula menjerat diri dalam kokun dan membentuk sutera♪ ♪Tidak dapat dirungkaikan, hidup sangkut-menyangkut selamanya♪ ♪Saya sudi bertukar jadi batu biru yang menanti-nanti kemunculan awak♪ ♪Nama awak terpahat pada hati saya♪ ♪Kupu-kupu yang dijelma semula menjerat diri dalam kokun dan membentuk sutera♪ ♪Tidak dapat dirungkaikan, hidup sangkut-menyangkut selamanya♪
♪Tidak dapat dirungkaikan, hidup sangkut-menyangkut selamanya♪ =The Eternal Love S3= =Episod 02= Daulat tuanku. Sila bangun. Alamak! Semua rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram sekarang. Mereka juga taat setia kepada raja dan negara. Namun beta masih mengambil berat tentang urusan kerajaan. Justeru, pemilihan calon suami akan diadakan setiap tiga tahun. Adakah calon yang sesuai untuk dipilih sebagai calon suami? Tuanku. Tuan Muda Kelapan dari Keluarga Mo sangat berbakat.
Dia calon yang paling sesuai. Tuanku. Tuan Muda Mo seorang yang berat mulut. Dia seorang yang sangat membosankan. Rasanya dia tak layak untuk dipilih sebagai calon suami. Tarian pedang Tuan Muda Mo sangat hebat. Mintalah dia untuk mempersembahkan tarian pedang sekarang supaya calon suami yang lain mengiktiraf bakatnya. Tuanku. Puteri kedua.
Tak sesuai untuk saya mengguna senjata di Dewan Istana. Rasanya saya… Tak mengapa. Baiklah. Inilah uncang wangi saya. Mengapakah ia ada pada awak? Tuanku, Mo Liancheng menyembunyikan barangan peribadi perempuan. Tingkah lakunya tak senonoh. Inilah bukti kesalahannya. Tuanku, hukumlah dia. Mo Liancheng, mengapakah ini berlaku? Tuanku, saya tak bersalah.
Tuanku sepatutnya bertanya, bilakah pemilik uncang wangi ini letakkan ini pada saya? Bilakah dia menyembunyikan ia di dalam pakaian yang disediakan untuk saya? Tuanku tidak patut tanya saya yang telah membuat pemeriksaan badan. Tuanku. Pakaian yang disediakan oleh istana tiada apa-apa masalah. Uncang wangi puteri kedua takkan ada dalam tangan patik.
Awak sengaja menumpahkan teh ke badan saya. Mungkin awak mencuri uncang wangi saya ketika membantu saya menyalin pakaian kerana awak sukakan pada saya. Mengapakah teh akan tertumpah? Siapakah yang kata mahu menyalin pakaian? Rasanya tuan puteri dah tahu jawapannya. Tuanku. Ada banyak keraguan dalam perkara ini. Jika ia tersebar luas, rasanya maruah harem akan dijejaskan.
Perkara ini sangat serius. Walaupun Tuan Muda Mo dianiayai, namun saya rasa dia tak layak menyertai pemilihan calon suami ini lagi. Tuanku, sila turunkan titah untuk membuang namanya. Kebenaran perkara ini masih belum disiasat dengan jelas. Mengapakah puteri kedua tak membenarkan saya untuk membela diri? Uncang wangi ini memang terjatuh dari lengan baju awak.
Semua orang dah nampak. Adakah awak mahu tuanku dikutuk oleh semua rakyat? Awak… Puan Su. Siasatlah perkara ini dengan baik-baik. Junjung titah. Tuanku memang bijaksana. Keluarga Mo disanjungi orang ramai sejak generasi dahulu. Namun awak dah menjejaskan maruah Keluarga Mo pada hari ini. Bukan sahaja semua orang di Keluarga Mo diejek oleh orang ramai, jiran yang merupakan penjawat awam kerajaan juga mengkritik awak. Apakah penjelasan awak? Ayah, biasanya adik kelapan akan berkelakuan baik dan sopan.
Dia bersikap memalukan di depan maharaja pada hari ini. Pastinya ia hanya satu salah faham. Tuanku dah menurunkan titah supaya perkara ini disiasat dengan jelas. Kebenaran pasti dapat disiasat tak lama lagi. Betul cakap abang. Setelah kebenaran dah disiasat, orang yang mengejek dan mengkritik kita pasti akan berasa malu. Empat Belas, awak takkan faham!
Tutuplah mulut awak! Saya bertanya kepada dia dan bukannya kamu. Orang ramai hanya akan percaya pada kebenaran yang mereka nampak. Mereka rasa bangga terhadap diri sendiri. Satu-satu caranya adalah menyiasat kebenaran yang sebenar. Keluarga Mo dah dikutuk oleh orang ramai. Adakah kebenaran lebih penting daripada maruah kita? Sama ada awak salah atau tidak,
Maharaja yang akan menentukannya. Sebelum maharaja menghukum awak, awak akan dihukum untuk menyalin buku etika lelaki setiap hari. Hukuman dimulakan sekarang. Baiklah. Abang kelapan. Dia mencuri uncang wangi awak? Adakah dia jatuh cinta pada awak disebabkan wajah awak seiras dengan maharaja? Tak mungkin. Jika dia tak melakukan perkara yang dungu ini,
Dia akan berjaya masuk ke istana. Dia tak perlu jatuh cinta pada orang lain. Tuan puteri. Dia dianiayai oleh orang lain. Saya berbuat demikian untuk membantu orang yang mahu menganiayai dia. Mengapa? Kamu dah salah faham terhadap saya. Pernahkah kamu fikir bahawa perkara ini akan berlaku kerana wajah maharaja seiras dengan saya? Tuan puteri, jangan bercakap begini. Inilah kata-kata yang tak sopan. Bukankah awak pengawal keselamatan yang sangat berani?
Rupa-rupanya awak seorang pengecut. Saya perlu melindungi tuan puteri supaya jangan mengeluarkan kata-kata biadab sehingga dihukum. Tak kira apa-apa yang pernah berlaku antara dia dengan maharaja, dia pun tak dapat lakukan apa-apa pada saya biarpun saya hanya menggunakan muslihat yang kecil. Dia pasti tak berani memandang rendah terhadap saya pada masa depan.
Tiada orang yang dapat mengesan perkara ini ialah rancangan tuan puteri. Setelah perkara ini berlaku, rasanya tuan muda kelapan tak berpeluang untuk berkahwin dengan kerabat diraja. Semua orang di Keluarga Mo juga akan terpengaruh. Adakah perkara ini begitu serius? Tuan puteri, cubalah awak fikir. Maruah golongan lelaki pada zaman sekarang
Berkait rapat dengan masa depan mereka. Jika maruahnya dah terjejas sekarang, rasanya masa depan dia juga dipengaruhi. Maruah Keluarga Mo juga akan terjejas. Adakah dia akan dihalau dari rumah? Rasanya dia akan menerima hukuman yang lebih berat kerana dia dah menyinggung perasaan maharaja. Jika dia disabitkan dengan kesalahan, hukuman yang ringan adalah menjadi sami.
Hukuman berat adalah dikurung di dalam sangkar buluh dan direndam ke sungai. Dikurung di dalam sangkar buluh dan direndam ke sungai? Alamak! Muslihat saya dah melampau. Rasanya adik-beradik dia juga akan terpengaruh. Jing Xin. Cepatlah menemani saya pergi ke Kediaman Mo. Adakah kita dah sampai? Tuan puteri, Kediaman Mo ada di depan situ.
Pokok bunga sakura? Arahkan dia berhenti di sini. Kita belum tiba di Kediaman Mo. Berhenti! Berhenti! Tuan puteri. Tuan puteri. Saya akan maklumkan mereka dahulu. Tunggulah saya di sini. Inilah takdir. Tak kira betapa banyak kali saya datang ke sini, orang kesayangan saya juga akan menunggu saya di sebelah dinding ini.
Mengapakah rancangan saya pada kali ini sangat lancar? Rupa-rupanya Jing Xin tak membuat kekecohan di sini. Di manakah Jing Xin? Jing Xin. Jing Xin! Sudahlah. Jangan pedulikan dia. Saya akan memanjat ke sebelah dinding ini. Kemahiran dan proses ini telah saya biasakan. Cheng Cheng. Cheng Cheng! Cheng Cheng, saya dah datang. Datanglah menyambut saya.
Akhirnya, dia sudi mendengar arahan saya. Saya asyik menjaga anak dalam beberapa tahun ini. Kelenturan otot saya dah berkurangan. Cheng Cheng, saya akan melompat ke bawah. Awak mesti menyambut saya. Saya akan lompat sekarang. Awak mesti menyambut saya. ♪Waktu hati tersentuh adalah paling indah♪ ♪Tergila-gila sama seperti terjun ke dalam lubuk pusar♪
♪Daripada hilangkan rasa kekok hingga jatuh cinta secara sukarela♪ ♪Bergelut untuk mati dan hidup apabila perjalanan diteruskan♪ ♪Hati yang terbuka, kesalahan yang dibuat♪ Mo Liancheng! Mengapakah awak tak menyambut saya? Awak berperangai begini setiap kali! Aduh, sakitnya! Elakkan kontak fizikal… Antara lelaki dengan perempuan. ♪Bercinta sehingga perubahan besar berlaku demi kebahagiaan di depan mata♪ Tan’er! Yanchen dah terlambat. Adakah awak tak mengapa? Adakah awak cedera? Tak mengapa. Jangan risau. Adik kelapan tahu tentang percintaan kita. Tan’er. Awak dah salah faham. Saya datang ke sini untuk… Saya tahu. Perkara yang berlaku di istana tadi ialah satu salah faham. Awak datang ke sini demi perkara ini. Ikutlah saya pergi ke dewan utama untuk berjumpa dengan ayah saya. Di manakah tuan puteri? Sila masuk. Sila tunggu sekejap. Tuan puteri. Jing Xin.
Awak pergi ke mana tadi? Saya akan beritahu awak nanti. Ayah. Salam sejahtera, puteri kedua. Tuan puteri datang ke kediaman kami. Saya tak sempat menyambut kedatangan tuan puteri. Harap tuan puteri akan maafkan saya. Ayahanda? Tuan Mo. Senior. Encik Mo. Saya datang ke sini untuk meminta maaf daripada awak atas perkara yang berlaku di istana tadi. Ia hanya satu salah faham. Saya dah menyusahkan Keluarga Mo. Maafkan saya. Salah faham ini memang dah menyusahkan Liancheng dan Keluarga Mo. Saya datang ke sini adalah untuk memberitahu kamu
Bahawa saya akan bertanggungjawab atas perkara ini. Saya akan bertanggungjawab demi tuan muda kelapan. Tuan puteri, maksud awak… Tuan puteri, jangan berbuat demikian demi saya. Awak dan abang sulung saya ialah kekasih pada zaman kanak-kanak. Lagipun, maruah saya dah terjejas. Walaupun awak sudi bertanggungjawab atas perkara ini, maruah awak juga akan terjejas.
Maruah Keluarga Mo juga takkan diharumkan semula. Jangan risau. Saya pasti akan mengharumkan semula maruah awak dan Keluarga Mo. Tuan puteri, saya akan menunggu berita baik daripada awak. Saya belum dapat menyiasat perkara Cheng Cheng. Saya tak dapat balik ke Dong Yue sekarang. Saya tak dapat berjumpa dengan Yu’er. Masalah yang baharu juga muncul pada masa ini. Bagaimanakah saya dapat mengharumkan semula maruah Cheng Cheng? Jing Xin. Apakah cara yang paling berkesan di Dong Yue supaya perbuatan mulia seseorang dapat tersebar secara meluas
Dalam kalangan orang ramai? Carilah seorang pencerita. Oh, ya. Tuliskan sebuah Biografi Liancheng untuk dia. Kemudian, carilah seorang pencerita yang mendapat sambutan paling hangat di bandar ini. Arahkan dia menceritakan Biografi Liancheng sepanjang hari. Selesaikan tugasan ini sekarang. Biografi Liancheng mesti mula diceritakan pada esok. Baiklah, patik akan menyelesaikan tugasan ini. Tunggu sekejap.
Rasanya cara ini tak mencukupi. Carilah seorang tukang batu yang mempunyai kemahiran pengukiran cantik. Kemudian, carilah beberapa orang kanak-kanak yang mempunyai penyebutan jelas, pandai dan peringatan bagus. Rekalah lagu kanak-kanak dengan menggunakan Biografi Liancheng supaya mereka menyanyi lagu ini di seluruh bandar. Inilah semua caranya. Cepatlah selesaikan tugasan ini. Baiklah. Maharaja ingin tahu
Tentang hasil siasatan perkara yang berlaku di Dewan Istana. Justeru, saya menjemput kamu datang ke istana supaya saya boleh menegakkan keadilan untuk puteri kedua. Mengapakah Puan Su masih belum melaporkan hasil siasatan perkara ini? Patik yang tak berkemampuan. Tolonglah berikan masa beberapa hari lagi kepada patik. Patik akan berusaha dengan sedaya upaya
Untuk menemui bukti yang menunjukkan Tuan Muda Mo dianiayai. Maharaja mengarahkan awak menyiasat kebenaran perkara ini. Saya tahu kebenarannya. Adakah puteri kedua dah menemui bukti bahawa tuan muda kelapan yang mencuri uncang wangi awak? Kebenarannya ialah Mo Liancheng dianiayai oleh seseorang. Ketika pemilihan calon suami dijalankan,
Tuan puteri yang menuduh Mo Liancheng ialah pencuri uncang wangi. Pada hari itu, saya berasa sangat marah ketika melihat uncang wangi saya terjatuh dari lengan bajunya. Namun saya berfikir dengan teliti setelah balik ke kediaman. Tuan Muda Mo berkelakuan baik dan sopan sejak kecil lagi. Semua orang di Dong Yue juga tahu tentang perkara ini.
Tuan puteri, mengapakah awak menuduh Tuan Muda Mo tanpa apa-apa bukti yang kukuh? Maharaja yang mengurniakan uncang wangi itu kepada saya. Bau serbuk wanginya takkan hilang dalam 7 hari jika ia terlekat pada pakaian. Rama-rama sangat sukakan bau ini. Orang yang paling mencurigakan pada hari itu ialah kesemua calon pemilihan suami itu.
Jika kamu mahu mengenal pasti sama ada Tuan Muda Mo dianiayai oleh siapa-siapa dan sesiapa yang menganiayai dia, mintalah semua calon yang menyertai pemilihan calon suami datang ke sini. Lepaskan rama-rama. Rama-rama akan hinggap di atas pakaian orang itu. Melainkan saya dan Mo Liancheng, orang yang paling mencurigakan ialah calon suami itu. Demi menyiasat kebenaran,
Cara ini memang boleh dicuba. Tak payah cubakan cara ini. Mengapakah kita perlu cubakan cara ini? Semua orang tahu tuan muda kelapan seorang yang berkelakuan baik dan sopan. Puteri kedua juga dah maafkan dia. Keputusan ini sangat menggembirakan. Nenek moyang Keluarga Mo pernah menyumbang dalam pengasasan kerajaan.
Jika maharaja tahu bahawa maruah tuan muda kelapan diharumkan semula, pastinya hati baginda akan berasa lega. Patik akan melaporkan perkara ini kepada maharaja dengan jujur. Patik yang tak berkemampuan. Puteri kedua memang bijaksana. Patik berasa sangat malu. Saya tahu bahawa Puan Su memang taat setia kepada maharaja. Jika pegawai yang berkhidmat demi maharaja
Dengki pada seseorang dan merancang untuk menganiayai orang itu, dia sepatutnya dihukum. Betul. Tuan puteri, betul cakap awak. Patik akan berundur dahulu. Tuanku, saya dah meminta mereka datang ke istana mengikut arahan tuanku. Berdasarkan hasil siasatan yang patik mendapat, Su Jingyuan, adik lelaki Su Yuela ialah orang yang paling mencurigakan. Jangan bunuh Su Yuela.
Dia masih berguna. Hukumlah adik lelakinya berdasarkan undang-undang yang ditetapkan. Adakah awak menganggap bahawa Qu Tan’er membela demi Mo Liancheng atas perkara yang berlaku di pemilihan calon suami adalah untuk mengampu beta? Rasanya puteri kedua menuduh Mo Liancheng sebagai pencuri ialah salah faham. Biasanya, beliau sangat hormat pada tuanku. Cheng… Kedua-dua kamu berada di sini.
Bagusnya. Tuan puteri. Adakah awak rasa puas hati? Saya dah menegakkan keadilan untuk awak di istana. Saya juga mengharumkan semula maruah awak dalam kalangan orang ramai. Adakah awak berasa terkejut? Bagaimanakah awak membalas budi saya? Terima kasih atas bantuan puteri kedua. Rasanya nama Mo Liancheng menjadi sangat terkenal di seluruh negara Dong Yue sekarang.
Apakah maksud awak? Mengapakah kata awak kedengaran begitu pelik? Tan’er. Pencerita di kedai teh, kanak-kanak yang menyanyi di bandar dan plak kayu itu, adakah kesemua ini rancangan awak? Ya. Saya ingin membantu dia untuk menegakkan keadilan dan memuji jasanya supaya dia diketahui ramai orang. Saya tahu awak berniat baik. Namun adik kelapan
Kelihatan tak puas hati setelah dia nampak kesemua benda ini di bandar. Memandangkan puteri kedua dah mengharumkan semula maruah saya, maharaja pasti akan melindungi dan menyayangi saya. Puteri kedua jangan risaukan saya lagi. Apakah maksud awak? Awak masih mahu berkahwin dengan maharaja? Liancheng takkan mengganggu abang dan puteri kedua. Jumpa lagi. Awak…
Tan’er, adik kelapan saya kelihatan bersikap dingin terhadap orang lain. Sebenarnya dia seorang yang ramah tapi dia tak menunjukkan keramahannya. Jangan marah pada dia lagi. Pastinya awak sangat dahaga. Minumlah teh. Oh, ya. Saya teringat ada urusan pemerintahan yang perlu saya uruskan sekarang. Kita akan bertemu lain kali. Memandangkan awak sibuk dengan urusan pemerintahan,
Saya takkan memaksa awak untuk tinggal di sini. Baiklah. Biarlah saya menghantar awak. Tak payah. Saya boleh balik berseorangan. Berani dia tak mempedulikan saya. Empat Belas, berhenti! Apakah yang awak menghadiahkan kepada Jing Xin tadi? Salam sejahtera, tuan puteri. Adakah awak masih anak yang keempat belas dalam keluarga ini? Saya memang anak yang keempat belas. Bukan. Lelaki di Dong Yue hanya boleh berkahwin dengan seorang perempuan. Susahnya untuk seorang perempuan melahirkan ramai anak. Adakah
Umur awak jauh lebih muda daripada Mo Liancheng dan Mo Yanchen? Beberapa abang saya ialah anak kembar. Puteri kedua, awak tak tahu perkara ini? Anak kembar? Inilah pengetahuan pelik yang saya tahu baru-baru ini. Nampaknya wanita perlu bergadai nyawanya demi melahirkan seorang anak perempuan. Di manakah ketiga-tiga belas abang awak? Saya tak pernah nampak mereka.
Saya tak mempunyai tiga belas abang tapi saya mempunyai seorang kakak. Kakak? Ada seorang lagi yang saya tak kenal. Adakah salah seorang abang awak yang bernama Mo Yihuai? Tiada. Saya dah teringat. Ayah pernah memberitahu kami bahawa ada seorang abang sebelum abang sulung dijadikan anak angkat keluarga lain setelah dia dilahirkan. Namanya ialah Mo Yihuai.
Puteri kedua, mengapakah awak tahu perkara ini? Rupa-rupanya. Saya perlu masuk ke dalam rumah sekarang. Puteri kedua, sila maafkan saya. Jing Xin. Bilakah kamu berdua saling bercinta? Siapakah yang saling bercinta? Jangan menipu saya. Pastinya awak dan tuan muda keempat belas. Sebab saya menemani tuan puteri datang ke Kediaman Mo sejak kecil lagi. Justeru, saya kenal dengan tuan muda keempat belas.
Tuan Mo mengajar dia dengan tegas. Tuan puteri, jangan salah faham terhadap tuan muda keempat belas. Jangan berasa malu. Dia akan menjadi milik awak lambat-laun. Apakah yang awak sedang fikirkan? Jom balik ke rumah. Liancheng menghadap tuanku. Duduk. Urutlah bahu beta. Jing Xin membantu saya menjalankan pengawasan di istana sepanjang hari. Mo Liancheng ini jangan harap dapat masuk ke istana untuk menggoda perempuan lain. Jika dia berani datang ke sini, saya akan memberikan pengajaran kepada dia.
Jangan awak harap dapat bersama-sama dengan maharaja. Tuan puteri. Apakah yang dah berlaku? Tuan puteri. Menurut laporan dari istana, tuan muda kelapan dah masuk ke istana. Apa? Tuan puteri, awak tak boleh pergi ke sana. Mungkin maharaja membincangkan urusan rasmi dengan tuan muda kelapan. Sudahlah. Jing Xin, pastinya awak sangat letih. Pergilah berehat.
Saya mahu tengok mereka mahu membincangkan apa-apa urusan rasmi pada lewat malam ini. Inilah ganjaran untuk awak. Mengapakah sikap tuan puteri berbeza dengan sikapnya yang sebelum ini? Mengapakah tuan puteri asyik mencari pasal tuan muda kelapan? Saya dapat merasakan bahawa awak lebih bijak sekarang. Ampun tuanku. Berhenti! Lepaskan tangan baginda! Mengapakah awak biadab terhadap baginda?
Tak mengapa. Dia hanya menumpahkan teh sahaja. Mengapakah awak berada di sini? Inilah salah faham. Cheng Cheng, mengapakah awak berada di sini? Inilah salah faham. Apakah yang dah berlaku pada dia? Perlukah saya menjemput tabib diraja? Tak perlu. Saya hanya terkejut sahaja. Maafkan saya kerana dah mengejutkan tuanku.
Tan’er, mengapakah awak datang ke kamar beta pada lewat malam ini? Saya menghadapi insomnia baru-baru ini. Saya ingin meminjam buku klasik di Bilik Buku Guan Wen untuk membaca. Namun saya menemui seseorang yang mencurigakan di lorong istana. Saya risaukan keselamatan tuanku. Justeru, saya bergegas ke sini tanpa memaklumkan tuanku. Ampun tuanku.
Tan’er memang mengambil berat terhadap beta. Tuanku, saya ialah orang yang mencurigakan itu. Saya dikutuk oleh orang ramai. Namun saya masuk ke istana pada lewat malam ini. Saya risau bahawa perkara ini akan menjejaskan maruah tuanku. Justeru, saya pergi ke Bilik Buku Guan Wen melalui lorong kecil. Tak sangkanya saya dah mengejutkan puteri kedua.
Jika tuanku tiada apa-apa pesanan lagi, saya akan beredar dahulu. Awak juga boleh beredar sekarang. Baiklah. Maafkan saya. Saya yang bersalah, boleh? Bolehkah puteri kedua cakapkan kesalahan awak? Saya tak patut mengganggu awak dan maharaja untuk bercumbu-cumbuan. Mengapakah awak gelak? Sejak bilakah Tan’er menjadi begini murah hati sehingga membiarkan suami sendiri dirampas oleh perempuan lain.
Cheng Cheng! Adakah awak Cheng Cheng? Mengapakah awak berpura-pura tak kenal dengan saya sebelum ini? Ketika saya melompat dari atas dinding, awak langsung tak berniat untuk menyambut saya. Bukan. Awak juga berpura-pura tak kenal dengan saya biarpun tiada orang lain yang berada di sisi kita. Adakah awak sengaja mempermainkan saya?
Adakah awak tahu betapa saya risau? Saya… ♪Masih ingat janji sebelum akhirat tapi tak dapat bercakap apa-apa♪ ♪Benci kerana tak saling mengenali♪ ♪Kupu-kupu yang dijelma semula menjerat diri dalam kokun dan membentuk sutera♪ ♪Tidak dapat dirungkaikan, hidup sangkut-menyangkut selamanya♪ Apakah yang dah berlaku? Adakah gigi awak sakit? Puteri kedua, tolonglah menjaga kelakuan awak.
Mo Liancheng, siapakah saya? Awak puteri kedua Negara Dong Yue. Awak dan abang sulung saya ialah kekasih pada zaman kanak-kanak. Sila jangan jatuh cinta pada lelaki lain. Apakah yang dah berlaku? Awak tak kenal dengan saya lagi? Saya masih ada banyak perkara yang mahu bertanya kepada awak. Apakah yang dah berlaku?
Eh! Awak yang mengambil inisiatif untuk mencium saya. Fikirlah dengan baik-baik. Dapatkah awak ingatnya? Puteri kedua, jangan mengarut. Sudahlah. Anggaplah saya yang mengarut. Anggaplah saya yang mengambil kesempatan awak secara paksaan. Apakah yang awak mahu lakukan? Saya tak tahu dengan sebab puteri kedua datang untuk berjumpa dengan saya. Jangan melakukan perkara ini lagi. Jika tidak, saya akan anggap puteri kedua mempunyai niat yang jahat.
Jika tiada apa-apa perkara lagi, saya akan beredar dahulu. Adakah Cheng Cheng dan Mo Liancheng menggunakan badan yang sama seperti yang saya dan Tan’er pernah mengalami pada masa lalu? Masalah ini sangat menyusahkan. ♪Jika rasa rindu menjulang ringgi♪ ♪Kota tunggal adalah janji kecil♪ ♪Menderap melintasi dunia adalah bergaya♪ ♪Berpaling ke belakang, ada orang sedang mengeluh♪
♪Hujan bunga mempesonakan empat musim♪ ♪Terfikir akannya ketika kerap bersuka-suka♪ ♪Masih ingat betapa banyaknya peristiwa lampau yang memenuhi hati♪ ♪Kedukaan siapa berbolak-balik dalam hati tanpa dikongkong♪ ♪Jika awak menemani saya berlakon dalam satu drama♪ ♪Dari malam ini hingga pemandangan yang tidak diketahui♪ ♪Harungi 3000 ujian bersama dan tidak berpisah♪
♪Tergila-gila akan seorang sehingga makin lupa akan diri♪ ♪Harap-harap awak tidak meninggalkan saya seorang saja dalam hayat ini♪ ♪Biarpun merentas ruang dan masa, saya juga akan menemui awak♪ ♪Ikut jejak awak sepanjang tahun dan hayat, ingatan terpahat di hati♪ ♪Tidak berpisah selamanya♪ ♪Jika awak menemani saya berlakon dalam satu drama♪
♪Dari malam ini hingga pemandangan yang tidak diketahui♪ ♪Harungi 3000 ujian bersama dan tidak berpisah♪ ♪Tergila-gila akan seorang sehingga makin lupa akan diri♪ ♪Harap-harap awak tidak meninggalkan saya seorang saja dalam hayat ini♪ ♪Biarpun merentas ruang dan masa, saya juga akan menemui awak♪ ♪Ikut jejak awak sepanjang tahun dan hayat, ingatan terpahat di hati♪
♪Tidak berpisah selamanya♪