Ancient Love Poetry | EP03 | Strim Percuma di WeTV | Zhou Dongyu,Xu Kai | ENG SUB

=Ancient Love Poetry= =Episod 3= Dewa Agung, angin awak agak baik hari ini. Daun teh ini bagus. Daun teh ini dipetik oleh Yang Maha Mulia di belakang gunung semalam. Patutlah angin awak begitu baik. Air ini bagus. Air ini diambil oleh Yang Maha Mulia dari stamen bunga-bunga pada awal pagi ini.

Memang ia harum dan manis. Apa yang awak nak cakap? Maksud saya, walaupun awak dan Yang Maha Mulia akan berpaling muka selepas berbual seketika, kamu tetap mengambil berat antara satu sama lain. Saya rasa, awak dan Yang Amat Mulia tak pernah mengadakan upacara terima anak murid,

Tapi hubungan kamu lebih rapat daripada guru dan anak murid sebenar. Adakah awak nak pergi panaskan arak? Ketulan Ais, lihatlah! Tak sangka awak juga tak dapat elakkan serangan ini. Nampaknya, saya betul-betul dah bertambah kuat. Jangankan satu Xuan Yi, sekumpulan Xuan Yi pun saya tak takut. Angkuh sehingga lupa daratan. Apa yang awak nak buat?

Saya gembira kerana awak berjaya menguasainya. Tak perlu berpura-pura! Saya dah biasa dengan perangai awak. Saya tahu niat sebenar awak. Apakah niat sebenar saya? Berdasarkan reaksi dan raut wajah awak, awak nak bawa saya berlatih di Alam Termulia, betul? Selepas saya dibelasah dengan teruk, awak akan keluar dan berkhutbah di depan saya,

Suruh saya jangan angkuh sehingga lupa daratan. Bijaknya. Terima kasih atas pujian awak. Awak takutkah? Teknik cemuhan tak berkesan lagi pada saya. Saya belum berlatih secukupnya. Lain kalilah. Awak jaga di sini. Saya nak pergi ke Alam Dewa. Ya. Bai Jue, kenapa awak balik seorang diri? Mana Shang Gu? Bai Jue, Shang Gu amat degil.

Namun, jangan pukul dia jika dia lakukan kesilapan. Saya perlukan empat bahan. Bulu burung Phoenix, perisai kura-kura, tanduk naga Qi dan besi gelap. Awak nak bina senjata sakti? Senjata kita bertiga dah cukup hebat dengan menggunakan satu bahan. Awak nak guna empat bahan sekali gus? Adakah awak nak pecahkan langit?

Senjata itu bukan untuk saya, tapi untuk Shang Gu. Lega hati saya kerana awak layan Shang Gu dengan prihatin. Lega hati? Nadi dewa Shang Gu belum dibuka. Biarpun senjata sakti dah siap, dia tak dapat menggunakannya. Saya dah buka nadi dewanya. Dah buka? Bagaimana awak lakukannya? Yang Maha Mulia, awak dah berlatih selama empat jam.

Rehatlah sekejap. Tak boleh. Tak mudah untuk saya menemui perasaan ini. Saya nak berlatih beberapa gerakan lagi. Beberapa hari yang lalu, awak masih enggan bangun. Kenapa tiba-tiba minda awak buka? Jangan cakap kosong lagi. Awak sedang bermain-main? Badan Camuk Shang Gu sangat kuat. Kamu berdua bertindak sesuka hati. Jika ada kesilapan, kamu akan lenyap.

Kenapa tak lakukannya di bawah perlindungan kami? Betul. Shang Gu, maafkan saya. Apa-apa pun, saya dah buka nadi dewanya. Kalau kamu nak saya ajar dia, jangan persoalkan kaedah saya. Ini… Biarlah. Hal Xuan Yi berlaku sebelum ini. Bagus juga jika awak bersikap tegas terhadap dia. Besi gelap berada di Laut Utara Alam Syurga.

Awak baru buka nadi dewanya, pasti kuasa awak dah banyak berkurangan. Saya akan ambil untuk awak nanti. Tak apa. Cuma sekeping besi gelap. Saya boleh ambilnya sendiri. Ketulan Ais. Kenapa awak ambil berat tentang hal Shang Gu secara tiba-tiba? Saya bagi amaran. Jangan jatuh cinta pada dia! Sungguh membosankan. Bai Jue.

Shang Gu hanya mempunyai kuasa betara atasan sebelum ini. Sekarang, nadi dewanya dah dibuka. Ujian yang pertama akan berlaku tak lama lagi. Awak mesti berhati-hati di sisinya. Jangan sesekali bersikap cuai. Jangan sesekali bersikap cuai. Kuasa iblis? Yang Maha Mulia, sini tiada sekatan. Mari kita balik ke rumah buluh.

Yang Maha Mulia, apa yang awak sedang buat? Saya akan pergi berlatih dengan Puak Iblis. Saya akan balik dengan cepat. Jangan! Balik ke sini! Bahaya, Yang Maha Mulia! Balik sini, Yang Maha Mulia! Dewa Agung. Mana Shang Gu? Dewa Agung, awak dah pulang. Yang Maha Mulia berlawan bersendirian dengan Puak Iblis. Tak sangka pertarungan mereka begitu hebat. Tak. Ini ialah ujian dia. Alamak! Petir ini lebih mengerikan daripada petir orang biasa. Kenapa saya perlu mengalami kesengsaraan petir secara tiba-tiba? Apa jenis takdir yang saya ada? Kesengsaraan petir pun tak dapat cederakan saya. Kenapa begitu garang? Cuba sambar saya jika awak berani! Bai Jue. Apa hal? Saya hampir selesai berlatih gerakan ini. Bilakah awak nak bawa saya pergi berlatih di Alam Termulia? Saya kagum dengan keangkuhan dan kealpaan awak. Apa maksud awak? Awak perlu faham, awak akan mati dalam tangan iblis jika awak lakukan kesilapan hari ini. Kebetulannya. Setakat ini, semua berjalan dengan lancar.

Saya bukan saja kalahkan Puak Iblis, malah terselamat daripada ujian. Dulu, awak marah kerana saya malas dan takut akan Puak Iblis. Sekarang, saya menjadi rajin dan ambil inisiatif untuk mencabar Puak Iblis. Namun, awak marah lagi. Sukarnya nak bergaul dengan awak. Untuk saya? Pulangkan kepada saya jika awak tak nak. Siapa kata saya tak nak?

Awak bagi saya ganjaran selepas denda saya. Adakah awak rasa bersalah kerana bersikap tegas terhadap saya tadi? Saya cuma rasa kuasa seseorang terlalu lemah dan tak dapat melindungi diri. Awak layan saya dengan baik secara tiba-tiba. Adakah awak menyukai saya? Cita rasa saya tak begitu teruk. Dalam tiga alam ini,

Bukan saja awak seorang yang sukai saya, ramai orang yang berkenan dengan saya. Mereka lebih kacak dan lemah lembut daripada awak. Jauh lebih baik daripada awak. Perlukah awak bersikap begitu disebabkan beberapa kritikan? Awak nak berlakon sekarang? Ini bukan kali pertama saya membaca buku cerita. Awak rasa saya akan kena tipu? Bai Jue.

Bai Jue, kenapa dengan awak? Hong Ri! Hong Ri! Tuan awak pengsan akibat terlalu marah. Hong Ri! Bantu dia melewati ujian dan menempa pedang kedewaan. Bai Jue melayan dewa utama ini dengan baik sekali. Menarik. Iblis Agung. Macam mana? Betul tekaan awak. Dewa di Istana Chao Sheng itu telah buka nadi dewanya. (Mo Yu) Iblis yang saya hantar bukan tandingan dia. Bai Jue memang tak mudah ditangani.

Dia masih tak mahir walaupun Zhi Yang telah ajar dia selama 10,000 tahun. Baru beberapa hari saja, dia dah buka nadi dewa. Saya ingin bertemu dengan dewa utama ini. Terus hantar orang untuk perhatikan Bukit Liao Wang. Laporkan kepada saya jika ada sebarang pergerakan. Ya. Dia ialah Dewa Sejati. Kenapa dia pengsan begitu saja?

Apa yang berlaku tadi? Tadi? Tiada apa-apa yang berlaku. Dia beri saya pedang. Kemudian… Pedang apa? Dewa Agung menempa senjata sakti untuk awak? Dah lama saya menjadi pengikutnya, saya tak pernah lihat dia melayan seseorang dengan begitu baik. Sukar untuk menempa sebilah pedang? Tenaga embrio awak dan Dewa Agung adalah tak sama.

Berdasarkan keadaan Dewa Agung sekarang, daya hidup dan jangka hayatnya akan berkurangan apabila dia membuat senjata sakti. Jangka hayat akan berkurangan? Tak mungkin. Dia ialah Dewa Sejati dan sepatutnya sama umur dengan syurga dan bumi. Awak rasa awak tak akan disambar petir kerana awak ialah pewaris dewa utama? Dewa Agung telah menahan

Kesemua 49 petir itu untuk awak. Kuasa dewa dan daya hidupnya telah merosot. Sekarang, dia buat senjata sakti untuk awak. Tentulah dia tinggal nyawa-nyawa ikan. Biasanya, saya rasa dia bersikap autokratik. Tak sangka dia banyak berkorban untuk saya. Kuasa dewa Dewa Agung merosot. Saya perlu kembali ke Alam Dewa dan minta Dewa Agung Zhi Yang datang membantu. Yang Maha Mulia, tolong jaga Dewa Agung. Bai Jue cedera parah.

Sekatan pasti akan menjadi lemah. Puak Iblis di Bukit Liao Wang pasti akan tahu. Pergi pasang semula sekatan. Jangan biar Puak Iblis menceroboh masuk ke sini. Namun, Dewa Agung… Saya terhutang budi kepada dia. Saya yang perlu balas budinya. Hebatnya awak, Bai Jue. Tak sangka awak menggunakan taktik belas kasihan. Awak cedera parah demi saya.

Bagaimana saya boleh mengejek dan menengking awak kelak? Sudahlah. Saya yang patut menahan semua petir itu. Saya akan pulangkan kuasa dewa kepada awak. Kenapa saya tak reti menghulurkan kuasa dewa? Saya memang tak berguna. Bai Jue pernah ajar saya bahawa kuasa dewa adalah… Betul. Embrio. ♪Di mana awak?♪ ♪Wajah yang nampak lurus♪ ♪Masa disimpan kekal♪

♪Mengikut kenangan♪ ♪Keberatan dalam mata kini tertumpu di antara kening♪ ♪Tak nampak kecederaan♪ ♪Saki-baki bayangan yang tertinggal♪ Kenapa tangan awak masih sejuk? ♪Sebagai kerinduan terhadap teman lama♪ Jangan risau. Saya akan menemani awak di sini. Awak mesti sembuh dengan cepat. Iblis Agung, sekatan di Bukit Liao Wang menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan sejak semalam.

Sekatan pada Bukit Liao Wang berpecah. Nampaknya, embrio Bai Jue merosot dengan teruk. Kita patut ambil kesempatan ini untuk bertemu dengan mereka. Akhirnya, badannya dah hangat semula. Rasanya, keadaannya dah bertambah baik. Jangan salah faham. Saya datang untuk lihat kalau-kalau awak dah sembuh. Dah hampir sembuh. Siapa yang selamatkan saya? Bukan saya.

Tian Qi atau Zhi Yang? Tian Qi. Dia… Kenapa muka awak kelihatan pucat? Saya… Awak dah jatuh sakit. Saya risau tentang awak. Jadi, saya tak dapat tidur dengan baik. Saya akan kembali bertenaga selepas tidur seketika. Hong Ri dah beritahu saya, awak menempa pedang dan menahan petir untuk saya. Itu naik basuh kaki saja.

Itu ialah perkara remeh bagi awak. Bagi saya, ia merupakan seperkara yang penting. Saya dah fikir masak-masak. Upacara amat dititikberatkan di Alam Dewa. Kita belum mengadakan upacara guru dan anak murid. Dewa Utama Shang Gu datang menimba ilmu daripada Bai Jue. Mulai hari ini, saya tak akan mengingkari kata-kata awak. Saya tak marah

Walaupun awak bersikap autokratik lagi. Pengajian adalah sesuatu yang berlangsung sepanjang hayat. Sudikah awak mengaji bersama saya? Memandangkan Dewa Utama dah tanya saya, saya tak akan tolak permintaan awak. Mulai sekarang, kita akan berusaha bersama-sama. Kenapa awak sedar secara tiba-tiba hari ini? Apa yang awak cakap? Saya terfikir tentang jelitawan di Alam Dewa akan cedera

Akibat pertempuran antara dewa dan syaitan. Begitu juga dengan Zhi Yang, Tian Qi dan awak. Maka hati saya amat gelisah. Jangan risau. Saya akan tumpukan perhatian pada pertapaan sepanjang proses latihan kuasa rohani. Baguslah kalau awak fikir sedemikian. Namun, ada seperkara yang saya ingin tanya. Tanyalah. Bilakah saya bersikap autokratik? Adakah awak bergurau dengan saya?

Saya tak suka bergurau. Dewa Agung, awak dah sedar? Ada apa hal? Sekatan pada Bukit Liao Wang dan Alam Termulia telah berpecah. Saya takut Puak Iblis akan menceroboh masuk ke sini. Puak Iblis memang tak sabar-sabar nak berlawan. Saya nak tukar pakaian. Tunggu saya di luar. Baik. Badan awak belum pulih sepenuhnya. Tak apa.

Bai Jue, tolong! Saya suka lihat awak melindungi seseorang. Alam Termulia tak sama dengan bayangan saya. Dewa Moyang mencipta dunia tanpa pilih kasih. Alam Termulia juga merupakan salah satu tempat yang diberkati di Alam Syurga. Ia telah ditutup untuk mengurung Puak Iblis. Apakah bunga itu? Cantik sungguh! Ini ialah Bunga Bunuh Dewa.

Bunga ini sangat beracun. Lama tak jumpa, Bai Jue. Shang Gu. Dialah Iblis Agung, Xuan Yi. Jangan sesekali merenung matanya. Mesti si comel yang cerdik itu dewa utama. Maafkan saya yang bertindak kasar tadi. Sebenarnya, saya nak menjemput dewa utama datang minum di Alam Termulia. Xuan Yi, dia tak pandai minum arak.

Dia tak reti menghayati arak. Tak perlu bazirkannya. Bagaimana jika saya bertegas? Kenapa awak begitu risau? Saya hanya mahu berbual dengannya. Shang Gu! Mana Bai Jue? Apa yang telah awak lakukan terhadap Bai Jue? Jangan risau. Dia tak ada apa-apa. Kita hanya boleh berbual dengan baik tanpa dia. Dewa utama, apakah pendapat awak?

Adakah awak puas hati dengan pengaturan saya? Dialah Iblis Agung, Xuan Yi. Jangan sesekali merenung matanya. Ya, saya sangat puas hati. Pengaturan awak amat seronok dan menarik. Semasa saya berada di Alam Dewa, Zhi Yang tak benarkan saya bermain. Fikiran dia yang kolot itu tak pernah berubah. Kalau Yang Maha Mulia suka,

Awak boleh tinggal di sini selama beberapa hari. Saya lebih jelas tentang kebosanan Alam Dewa. Betul kata awak. Alam Dewa memang membosankan. Yang Maha Mulia, berdasarkan sikap awak, awak dibesarkan oleh Yue Mi, betul? Awak kenal Yue Mi? Dia sering curi arak di balairung saya semasa dia kecil. Perkara akan berubah ketika masa berlalu.

Puak Iblis terkurung di Alam Termulia selama bertahun-tahun. Asalkan awak sudi membimbing Puak Iblis ke arah yang baik, para dewa di Alam Dewa akan benarkan awak pulang. Awak sungguh murah hati. Saya hampir menghancurkan Alam Dewa pada masa itu. Tak mungkin mereka akan benarkan saya pulang ke Alam Dewa.

Tadi, saya rasa Bai Jue dan awak bagai pinang dibelah dua. Iblis Agung, awak memang pandai bergurau! Itu… Saya dan Ketulan Ais itu langsung tak serasi. Kalau Bai Jue terdengar, pasti dia rasa kecewa. Kenapa dia rasa kecewa? Saya dan Bai Jue dah berkenalan selama puluhan ribu tahun. Kami pernah berbaik-baik dan bertengkar.

Ini kali pertama saya melihat dia mendekati dewi. Itu bukan mendekati pun. Dia hanya reti marah saya dan memaksa saya. Yang Maha Mulia, awak tak tahu. Bai Jue benci dewi secara semula jadi. Bahkan seekor nyamuk betina pun dia tak nak dekati. Saya pernah mengesyaki bahawa dia tiada emosi dan nafsu

Serta tak dapat cari cinta sejati. Selepas saya lihat cara dia melayan Yang Maha Mulia, fikiran saya dah berubah. Jangan merepek. Shang Gu. Bai Jue. Awak tak apa-apa? Saya tak apa-apa. Xuan Yi ada mengapa-apakan awak? Nampaknya, dia telah bertaubat. Yue Mi pernah curi arak di balairungnya. Jika dia tak memberontak,

Mungkin saya akan membesar di balairungnya. Apa kata kita duduk dan berbincang? Jangan berperang lagi. Dewa utama kita memang seorang yang berbelas kasihan. Kalau awak sentuh dia lagi, saya akan bakar Alam Termulia ini. Awak tak begitu marah semasa saya membunuh askar syurga awak. Di manakah Pahlawan Bai Jue yang berdarah dingin dan kejam?

Adakah hati awak dah jadi lembut kerana tiada peperangan akhir-akhir ini? Awak dah belajar untuk bercinta? Shang Gu, lelaki seperti Bai Jue tak akan luahkan perasaannya kalau awak tak menggunakan cara luar biasa. Shang Gu, saya agak menyukai awak. Apa kata awak tinggal di Alam Termulia? Tiada peraturan di Alam Termulia.

Awak boleh buat apa-apa saja yang awak suka. Namun, perbuatan awak menyamar Bai Jue amat menjijikkan. Jom pergi. Awak belum pulih daripada kecederaan yang awak alami di Bukit Liao Wang. Awak rasa awak boleh bawa dia pergi dengan begitu mudah? Xuan Yi dah tutup Alam Termulia. Apa yang harus kita buat?

Asalnya, saya ingin bawa awak ke sini untuk berlatih. Namun, saya dah tiada kuasa dewa sekarang. Saya akan cari jalan untuk leraikan sekatan. Cepat pergi dari sini. Kuasa dewa awak belum pulih. Saya tak boleh tinggalkan awak di sini. Kita mesti pergi bersama-sama. Tak boleh. Jika awak berada di sini, saya bimbang akan awak.

Xuan Yi nak bunuh saya. Saya tak boleh biar awak mempertaruhkan nyawa awak. Awak tahu awak akan mati, tapi masih berani untuk berada di sini. Saya kagum dengan keberanian awak, dewa utama. Xuan Yi, serang saya sajalah. Saya barulah dewa utama! Kalau begitu, jangan salahkan saya. Pergi cari Zhi Yang.

Xuan Yi, Dewa Moyang tak bunuh awak pada masa itu. Dia berikan tanah Alam Termulia kepada Puak Iblis kerana harap Puak Iblis akan bertaubat. Kenapa awak masih begitu degil? Pada 70,000 tahun yang lalu, semasa saya ialah dewa utama, awak hanyalah pengikut saya. Perlukah saya jelaskan apa-apa kepada awak? Marilah cuba.

Awak masih bukan tandingan saya selepas 70,000 tahun. Sombong! Saya akan bunuh awak hari ini. Kamu datang tepat pada masanya. Cepat pergi selamatkan Bai Jue. Jangan panik! Ketulan Ais tak mudah mati. Dia tak apa-apa. Tunggu. Kamu langsung tak terkejut. Jangan-jangan kamu dah tahu sejak awal lagi? Shang Gu.

Hal ini bukan seperti yang awak fikirkan. Ini semua rancangan Bai Jue. Langsung tiada kaitan dengan saya. Fikirlah. Saya sentiasa layan awak dengan baik. Saya tidak akan tipu awak, betul? Ini angkara Zhi Yang. Dia yang paksa saya. Shang Gu. Bai Jue. Nampaknya, awak semakin naif setelah sekian lama. Tak apa jika sekatan ini berpecah.

Saya juga dapat bunuh awak. Berani awak memerangkap saya! Apakah yang sedang berlaku? Apa yang telah kamu lakukan? Setelah awak memberontak, Dewa Moyang telah meramalkan kedatangan hari ini. Dia telah membentuk formasi di Alam Termulia. Jika awak tak memberontak, Alam Termulia ialah peluang terakhir bagi awak dan Puak Iblis.

Jika awak tak bertaubat dan terus buat kekecohan, baki hayat awak akan terperangkap pada altar ini. Awak tak dapat tinggalkan sini buat selama-lamanya. Qing Tian, awak hanya dapat kurungkan saya di sini. Kamu tak dapat bunuh saya. Suatu hari nanti, saya akan bangkitkan semula Puak Iblis. Kenapa? Awak kurungkan Xuan Yi pada altar.

Awak telah lakukan sesuatu yang memanfaatkan semua individu. Saya tak patut menyalahkan awak. Namun, saya sangat marah sekarang. Awak minta saya berlatih di Bukit Liao Wang. Kemudian, awak cedera demi saya. Apakah perkara yang telah awak rancangkan terlebih dahulu? Separuh. Awak memang jujur. Jadi, awak telah rancang kesemua ini setelah saya ditangkap ke Alam Termulia.

Xuan Yi sangka awak belum sembuh dan tak berjaga-jaga. Kemudian, awak menyerang dia. Kesemua ini ialah rancangan yang bagus. Namun, awak boleh beritahu saya agar saya boleh buat persediaan. Bukankah ini hasil yang kita nak? Saya sangka awak adalah ikhlas semasa awak buka nadi dewa saya, menempa pedang dan melewati ujian untuk saya.

Saya ingat awak ikhlas menolong saya untuk menjelma sebagai dewa. Saya risau akan kecederaan awak. Apabila difikirkan kembali, keikhlasan ini merupakan sebahagian daripada rancangan awak. Saya hanyalah buah catur awak. Awak telah menjelma sebagai dewa dan bertambah maju. Adakah proses itu penting? Adakah awak tahu sebab saya marah? Kalau dewa dan iblis berperang,

Semua penghuni di Alam Dewa merupakan buah catur. Tiada sesiapa yang akan terselamat. Saya faham kata-kata awak. Namun, awak boleh beritahu saya terlebih dulu. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengalahkan Xuan Yi. Kenapa nak rahsiakannya? Xuan Yi dapat membaca fikiran orang lain. Saya terpaksa buat begitu. Kita dah menang. Apa gunanya kamu bertengkar?

Lelaki tua, adakah awak dah bersedia untuk meraikannya? Shang Gu banyak menyumbang dalam pertempuran pertamanya. Kita perlu raikannya. Awak tak perlu ingatkan saya. Saya dah sediakannya. Saya dah kata, jangan rahsiakannya daripada Shang Gu. Awak tak dengar nasihat saya. Jom balik ke Alam Dewa! Apa yang awak nak cakap? Saya… Ke tepi! Kamu sentiasa berasas!

Sia-sia saja saya mengadakan upacara untuk hubungan guru dan anak murid. Saya juga kata sesuatu yang tak guna. Jangan utamakan perasaan dan berbelas kasihan dalam pemerintahan tentera. Kalau awak perlukan pengorbanan saya semasa awak memerintah tiga alam kelak, saya akan korbankan diri. Saya tak nak dengar leteran awak lagi. Budak.

Iblis Agung, mereka dah masuk perangkap. Qing Tian benar-benar kurungkan saya di sini. Akhirnya, dia dah tunjukkan langkah terakhirnya. Iblis Agung, prestasi Shang Gu kali ini menepati jangkaan awak. Dia baik hati dan korbankan diri untuk selamatkan orang lain. Dia ialah pengganti yang sesuai bagi dewa utama untuk tangani bencana masa depan. Sayangnya,

Dia tak cukup kuat. Saya tak tahu sama ada dia boleh mewarisi utusan dewa utama dalam masa seribu tahun. Jangan risau. Kini, saya terkurung dalam Altar Pengikat Dewa. Bai Jue tak berjaga-jaga terhadap saya. Demi membolehkan Shang Gu menguasai Kuasa Camuk secepat mungkin, mereka akan datang cari saya tak lama lagi. Bunga Bunuh Dewa

Akan mekar tak lama lagi. Berapa hari dah berlalu semenjak Pertempuran Alam Termulia? Tujuh hari. Dewa Agung, Yang Maha Mulia tak bertapa di balairung beberapa hari ini. Kenapa Shang Gu menggunakan Kuasa Camuk untuk selamatkan saya di Bukit Liao Wang? Saya dah beritahu awak berkali-kali sebelum ini. Cakaplah sekali lagi. Hari itu awak jatuh pengsan.

Saya beritahu Yang Maha Mulia tentang perkara yang awak lakukan untuk dia. Sudah tentu Yang Amat Mulia amat cemas. Asalnya, saya ingin pulang ke Alam Dewa untuk dapatkan bantuan. Namun, Yang Amat Mulia risau Puak Iblis akan mencederakan awak. Jadi, dia guna kuasa dewanya untuk selamatkan awak. Kenapa awak tak beritahu saya pada masa itu?

Sebab awak pergi ke Alam Termulia dengan Yang Maha Mulia selepas sedarkan diri. Saya tak berpeluang untuk cakap. Kasihan dia. Bukan mudah untuk dia berlatih kuasa dewa. Ya. Dia berikan semuanya kepada awak. Kalau saya tahu ini akan terjadi, saya tak akan biar dia ke Alam Termulia.

Dewa Agung, ia tak berguna biarpun awak beritahu saya. Embrio dunia Yang Maha Mulia masih berada dalam tangan awak. Alam Dewa mempunyai banyak larangan. Sekatan ada di mana-mana sahaja. Tanpa kuasa dewa, bagaimana Yang Maha Mulia lalui kehidupannya kelak? Kalau dia pergi bersiar-siar di Alam Bawah, saya takut… Jika awak cakap lagi,

Pergilah kerja di Istana Chao Sheng. Kita pergi minta sesuatu, bukannya bergaduh. Jangan bertindak terburu-buru. Saya takkan selamatkannya jika saya tahu dia memperalat saya. Saya marah apabila terfikir wajah Ketulan Ais itu. ♪Mentari dan bulan, reriang dan salji, semuanya datang bersilih ganti♪ ♪Usah takut takdir yang bolak-balik, ia tetap akan berulang akhirnya♪

♪Hujan membanjir jadi lautan, lumut tumbuh dalam kenangan♪ ♪Tiada debu dalam kerinduan, tak ubah dalam ribuan siang dan malam♪ ♪Tengok betapa banyak musim pergi dan balik sambil saksikan peredaran tahun♪ ♪Saya terus menjelma semula dalam kedukaan tanpa pernah meninggalkan sini♪ ♪Wujud di tempat jauh, cinta saya bagai purnama menerangi gunung dan lautan♪

♪Menunggu awak seumur hidup saya♪ ♪Lihat betapa banyak kali penghijrahan burung sambil saksikan peredaran tahun♪ ♪Nantikan awak tanpa rasa kesal, tiada orang yang pernah mengganti awak♪ ♪Semoga peristiwa masa lampau diatasi suatu hari selepas saya bangun♪ ♪Hati terdedah demi awak pada akhirnya♪ ♪Betapa banyak bunga yang dijumpai sepanjang jalan layu lalu mekar semula♪

♪Barangkali perpisahan yang ditakdirkan masa kelak tetap akan berulang♪ ♪Air mata bertukar jadi awan-gemawan, hujan menitis ke dalam lautan hati♪ ♪Sampailah awan menghilang, langit yang cerah mencorakkan masa depan♪ ♪Hidup santai di luar kehuru-haraan dunia, cinta dah melampaui satu alaf♪