Ancient Love Poetry | EP02 | Strim Percuma di WeTV | Zhou Dongyu,Xu Kai | ENG SUB

=Ancient Love Poetry= =Episod 2= Tak sangka saya masih perlu buat kerja Pu Hua biarpun dah masuk ke Istana Chang Yuan. Ini di luar jangkaan saya. Beritahu saya, mengapa kamu suka Ketulan Ais? Apa kelebihan dia? Saya tak faham. Sudahlah. Memandangkan kamu begini ikhlas, saya patut buat sesuatu yang baik untuk kamu.

Terima kasih, Yang Amat Mulia. Dewa Agung, sila minum teh. Hong Ri, ke tepi. Tak nak. Kalau begitu, jangan salahkan kami. Dewa Agung, saya dah buat tiga sekatan. Tak tahulah bagaimana mereka masuk. Di mana Shang Gu? Belum balikkah? Sejak awak beri Yang Amat Mulia soalan tentang Puak Syaitan, dia pernah datang beberapa kali,

Tapi tak pernah duduk lama. Mungkin sedang cari jawapan untuk soalan awak. Kemaskan barang, pergi ke Alam Bawah esok. Awak tak mahu hadiri jamuan hari jadi Yang Amat Mulia? Saya tak suka suasana meriah. Namun, awak patut pergi menyapanya. Pagi tadi, saya yang ambilkan Dewa Agung air cuci muka.

Dewa Agung juga tengok saya untuk beberapa kali. Jangan berlagak. Saya pernah tengok tulisan tangan Dewa Agung. Pernahkah kamu tengok? Semasa Dewa Agung menulis, dia nampak bersemangat, kacak dan menyedapkan hati. Itu hanya perkara kecil. Kak Dewi Salji pernah menari untuk Dewa Agung. Benarkah? Semalam, saya terdengar muzik ziter Dewa Agung. Sungguh menyedapkan telinga.

Kita dikurniakan rahmat kerana Yang Amat Mulia, barulah kita berpeluang untuk dekati Dewa Agung. Jamuan hampir bermula. Cepat masuk untuk meraikannya. Betul. Saya sediakan hadiah yang lebih baik. Mungkin kita yang dapat main ziter bersama Dewa Agung hari esok. Selamat hari jadi, Yang Amat Mulia. Bai Jue. Salam sejahtera, Dewa Agung Bai Jue.

Saya akan suruh Zhi Yang keluarkan utusan bulu. Mulai sekarang, kamu tak dibenarkan masuk ke Istana Chang Yuan. Selaku Dewa Utama Camuk, awak jual saya seperti hadiah demi barang duniawi seperti ini. Ini betul-betul bahan jenaka Alam Dewa. Kamu pun sama. Bawa pergi benda sekular dalam tangan kamu. – Ya. – Ya.

Ini hadiah saya. Berdasarkan apa awak buat keputusan? Betul juga, saya tak dapat terima orang yang tak bermoral seperti awak. Selepas saya pergi ke Alam Bawah, awak sendiri pergi jelaskan kepada Zhi Yang. Jangan berjumpa lagi. Yang Amat Mulia, tolong jaga tingkah laku sendiri. Kali ini, awak betul-betul hampakan Dewa Agung. Cukup itu.

Kita dah biasa dengan Dewa Agung bersikap dingin terhadap kita, takkan berubah biarpun selepas sepuluh ribu tahun. Kali ini, Yang Amat Mulia dimarahi dengan teruk. Mengapa pula awak begini sedih? Dewa… Dewa Agung… Dewa Agung tak benarkan saya masuk ke istananya lagi. Mengapa awak menangis? Awak tak tahu. Tadi, Dewa Agung Bai Jue naik marah

Di jamuan hari jadi Yang Amat Mulia. Dia melarang kami masuk ke Istana Chang Yuan. Ketulan Ais ini tak tahu bersikap lembut terhadap gadis. Kamu jangan simpan kata-katanya dalam hati. Keadaan tak sama kali ini. Dia juga tak sukai Yang Amat Mulia. Apa? Shang Gu juga kena marah?

Apa masa sekarang? Awak masih baca buku di sini? Saya tanya awak. Apa yang telah awak buat terhadap Shang Gu? Mengapa saya tak dapat merasai aura kuasa dewa Shang Gu? Semasa dia masuk ke Istana Chang Yuan, saya memeterai kuasa dewanya. Awak… Tahukah awak, Shang Gu dah hilang? Jangan cemas.

Hujan akan turun tak lama kemudian. Dia tak dapat menanggung kesusahan. Apabila kena hujan, dia mesti balik. Bai Jue, apa yang telah Shang Gu lakukan? Mengapa awak begini benci akannya? Buat apa? Dia tamak akan wang dan barang bernilai. Cuma beberapa hari bertapa di istana saya, tapi dia terima hadiah bernilai secara terang-terangan,

Dan bawa sekumpulan dewi masuk ke istana saya. Tak masuk akal. Hadiah bernilai? Bai Jue, awak salah faham terhadapnya. Perbuatan Shang Gu adalah demi jawab soalan awak, bukan demi barang bernilai. Dia dah datang. Itu Dewa Agung Bai Jue. Dia betul-betul Dewa Agung Bai Jue. Betul. Tempat Luo Cha, ribuan batu panjangnya dari barat.

Bukit yang senyap, hampir seribu buah sungai. Sudah jumpainya! Betul cakap Tian Qi. Orang dari Alam Syaitan baik pembawaan mereka. Hanya kegembiraan yang sebenar dapat mempengaruhi mereka. Maksud awak, saya salah faham terhadapnya? Dengar sini, awak bukan saja perlu cari Shang Gu, malah, perlu meminta maaf daripada dia dengan ikhlas.

Itu hari jadinya yang berusia sepuluh ribu tahun. Tiada orang dapat bertahan. Bagaimana meminta maaf? Saya dah makan buah pic hari jadi awak. Sungguh manis, bukan? Pahit dan keras seperti awak. Adakah awak kehilangan deria rasa? Pendek kata, saya dah fikir cara untuk awak. Bukankah awak suka batu berukir?

Ukirlah rantai tangan batu berukir untuk dia. Gadis suka barang kemas. Jangan berpura-pura tak dengar. Saya cakap dengan awak, awak perlu pujuk Shang Gu. Jika tak, saya… Saya… Dewa Agung Tian Qi. Dewa Agung konon. Mari sini. Dewa Agung Tian Qi. Saya akan heret raksasa api awak ke Istana Tai Chu

Dan memanaskan arak untuk saya setiap hari. Dewa Agung Tian Qi, awak… Awak apa? Dewa Agung, kita perlu cari Yang Amat Mulia. Kalau hujan lebat dan kuasa rohani dimeterai, dia akan… Mengapa tak berteduh di dalam? Kasihani sendiri atau meneliti kesalahan sendiri? Bukankah awak kata jangan berjumpa lagi? Mengapa datang jumpa saya lagi?

Pulangkan kuasa dewa kepada saya. Dewa unik seperti gunung dan sungai, hidup lama seperti masa. Namun, kalau kuasa rohani dimeterai, awak hanya orang biasa. Pakailah. Jangan kena selesema. Adakah awak meminta maaf daripada saya? Bolehkah awak maafkan saya? Berdasarkan mantel ini? Jangan harap. Hutan Darah Merah terletak di persimpangan Alam Dewa dan Alam Iblis.

Peperangan pada 70 ribu tahun lalu menyebabkan tempat ini amat kurang kuasa rohani. Cara awak hanya dapat buat Puak Syaitan Harimau gembira untuk seketika, tak dapat kekal aman sepanjang hayat. Saya dah tanya Tian Qi. Dia tak dapat lakukannya pun, awak pula suruh saya lakukan. Jelasnya, awak menyusahkan saya. Tian Qi memang tak dapat lakukannya,

Begitu juga dengan saya dan Zhi Yang. Namun, awak pula dapat lakukannya. Saya? Cuma awak yang dapat menjamin kedamaian tiga alam selama sepuluh ribu tahun. Cuma awak yang dapat buat Puak Syaitan Harimau hidup gembira dan aman. Ini ujian pertama yang saya beri kepada awak, juga tugas sepanjang hayat sebagai dewa utama tiga alam.

Saya ingat awak pandang rendah terhadap saya. Zhi Yang tak benarkan saya sentuh warkah pun. Jamuan hari jadi saya berkelas tinggi selama ini. Dewa yang hadiri jamuan tak dapat masuk kalau tak bawa barang bernilai. Selaku Dewa Sejati Bai Jue, murahnya hadiah awak. Cukup? Saya Dewa Utama Tiga Alam. Tak kira betapa tak gunanya saya, orang lain hanya berani bercakap di belakang saya. Awak pula berlainan, berkali-kali menghina saya di depan khalayak ramai. Apa yang boleh saya buat? Saya bukan orang yang berfikiran sempit. Beginilah. Awak memeterai kuasa dewa sendiri untuk setengah jam. Tak ada masalah.

Serangan ini dianggap tak terhutang pada satu sama lain. Awak memeterai kuasa dewa sendiri untuk setengah jam. Tak ada masalah. Mustahil ini. Awak dah memeterai kuasa dewa sendiri. Sudahkah kita tak berhutang kepada satu sama lain? Awak pasti menipu. Tanpa kuasa dewa, awak juga orang biasa. Saya tak percaya. Percaya sekarang?

Sepanjang hayat ini panjang, dunia ini besar dan luas. Apabila awak jadi Dewa Utama Camuk suatu hari nanti, segala-gala di tiga alam bagi awak mungkin akan mempunyai peraturan dan makna yang baharu. Sekarang dah lewat. Yang Amat Mulia, berehatlah awal. Nanti dulu. Bagaimana awak dapat lakukannya? Kalau ingin belajar,

Datang pada pukul tujuh pagi esok, jangan lewat. Wujudnya syurga dan bumi. Kemudian, adanya aura Camuk. Segala-gala akan wujud di syurga dan bumi, dapat selaraskan dengan aura Camuk. Oleh itu, keadaan ini takkan berhenti atau tamat. Pelbagai benda Mula wujud. Segala-galanya yang mula wujud perlu dipupuk kerana dalam peringkat kecil. Yang kecil perlu dibesarkan, oleh itu, perlu dipupuk. Bai Jue yang bijak. Perlukan makanan dan minuman untuk dapatkan badan yang sihat. Kenikmatan makanan dan minuman… Kali lepas, Shang Gu baca buku sebegini ialah lapan ribu tahun lalu. Bagus, kawan.

Dapat disiplinkan nenek moyang kecil itu. Kuasa rohani Shang Gu rendah dan dikritik. Berdasarkan sifatnya yang ingin menang, cara mencabarnya paling berkesan. Awak baru balik ke Alam Dewa, cepatnya dapat tahu desas-desus ini. Kalau saya ingin dapat tahu, saya akan tahu dalam sehari. Shang Gu tak dapat bertambah maju, ini salah dia. Shang Gu kata,

Awak tak benarkannya sentuh warkah. Dia tak buat dengan baik, buat kecoh saja. Semasa saya mengembara di Alam Bawah, saya nampak banyak perkara yang pelik dan menyeronokkan. Apa perkara yang menyeronokkan? Paya Han Yuan terletak di kawasan tengah Puak Ular, tapi ada banyak Puak Buaya berehat di sana. Tempat itu kepunyaan siapa ialah satu pertikaian.

Salah seorang dewa sejati salah luluskan warkah, masukkan Puak Buaya ke tempat Puak Ular. Oleh itu, dua puak berperang selama seribu tahun. Dewa sejati yang mana satu timbulkan masalah besar begini? Saya. Kamu juga tahu, pada masa itu, saya baru gantikan Dewa Moyang untuk uruskan hal tiga alam, kurang berpengalaman.

Lakukan kesilapan adalah hal yang dapat difahami. Betul, Zhi Yang. Pada masa awak baru pegang kuasa, awak juga timbulkan masalah. Mengapa pula awak begini berwaspada apabila tiba giliran Shang Gu? Tian Qi, cuba merasai teh ini. Awak tidak rasa ada bau api? Ketulan Ais, dari mana awak dapat teh ini?

Saya dapatnya dari Hutan Huo Hong. Ada apa-apa cerita di Hutan Huo Hong? Pada masa itu, Zhi Yang uruskan hal rasmi di Alam Bawah. Tak sangka dia diculik betara di Hutan Huo Hong dan jadi suami puak. Apa? Dewa sejati yang begini serius di Alam Dewa jadi suami puak yang bertaraf rendah? Ketawa apa?

Bukan saja begini, saya juga dengar tentang hal cinta awak di Gua You You, Cenuram Lupa Cinta dan Laut Putus Ziter. Aduhai, Zhi Yang. Biasanya, semua orang kata saya paling tak serius dan suka berfoya-foya di Alam Dewa. Nampaknya, semua orang ditipu tingkah laku awak yang serius ini. Awak tak tahu apa-apa pun.

Itu kemalangan. Jangan sebut tentangnya lagi. Itu perkara silam. Ketulan Ais, adakah saya menyinggung perasaan awak? Awak tak menyinggung perasaan saya, tapi awak cakap sesuatu dengan saya, iaitu menurut kata, rajin, kuat belajar dan tak pernah timbulkan masalah. Mengapa saya perlu belajar buku kesedaran budak-budak? Bai Jue, mari sini!

Saya dah kata, awak boleh menyinggung perasaan sesiapa pun, jangan menyinggung perasaan Ketulan Ais yang paling kuat menaruh dendam. Betul. Tengok, sekatan meretak lagi. Mengapa makhluk ini datang ke Alam Dewa? Dalam tempoh tiga bulan, di Alam Termulia, ajak berjumpa dengan Dewa Utama Camuk, bincang tentang pendamaian antara Puak Dewa dengan Puak Iblis. Xuan Yi akan tunggu. Berguraukah? Xuan Yi mahu jumpa saya? Apa maksud kamu? Itu Xuan Yi, Iblis Agung yang bunuh orang tanpa mengelipkan mata. Kamu mahu saya pergi?

Dah 70 ribu tahun Puak Iblis dikurung di Alam Termulia, tapi meterai asyik lenyap dalam beberapa bulan ini. Banyak Puak Iblis masuk ke Puak Betara dan Puak Syaitan untuk buat kecoh. Zhi Yang, memandangkan sekatan Alam Termulia hampir runtuh dan kemasukan Puak Iblis tak dapat dielak, apa kata kita janji dengan mereka?

Pergi ke Alam Termulia untuk siasat latar belakang Puak Iblis. Adakah kamu dengar apa yang saya cakap? Saya kata… Namun, Xuan Yi seorang yang penuh muslihat, mungkin ajakan dia berniat jahat. Betul. Dah 70 ribu tahun dia bersembunyi di Alam Termulia, pasti dia tak dapat bertahan. Sekarang, dia mahu jumpa Shang Gu,

Pasti ada sesuatu yang tak betul. Betul. Pasti ada sesuatu yang tak betul! Betul. Zhi Yang, apa kata kita… Xuan Yi ketua dewa sejati pada masa dulu. Kalau dia tak jadi iblis, dia dah jadi Dewa Utama Camuk. Sekarang, Dewa Moyang jatuh. Tiada Dewa Utama di Alam Dewa. Kalau Puak Iblis mulakan peperangan lagi,

Pasti semua makhluk hidup dalam kesengsaraan. Kalau Shang Gu dapat mencapai rundingan damai, mungkin dapat mengelak daripada malapetaka. Betul cakap awak. Kita tak boleh biar malapetaka pada 70 ribu tahun lalu berlaku semula. Namun, saya juga tak mahu biar Puak Iblis mulakan peperangan lagi. Kuncinya, berdasarkan keadaan saya, saya akan mati kalau saya pergi, betul?

Betul? Bai Jue, saya serahkan hal ini kepada awak. Pastikan Shang Gu diajar dengan baik dalam masa tiga bulan. Kemudian, kita pergi ke Alam Termulia bersama. Tak, saya dewa utama. Bolehkah kamu dengar pendapat saya? Dewa utama konon, tak dapat buat keputusan untuk sendiri pun. Sebelum jadi dewa utama, saya dah mati.

Itu Xuan Yi, Iblis Agung. Dewa Moyang pun hampir kalah kepadanya. Kalau saya pergi, saya mesti kalah dan mati. Apa yang akan awak buat? Larikan diri. Tunggu apa lagi? Tadi, saya dengar bahawa awak bersedia untuk larikan diri. Mustahil itu. Saya takkan larikan diri. Dewa atasan Kun Lun lahirkan anak, saya pergi ucapkan tahniah kepadanya.

Bagaimana pula dengan hal di Alam Termulia? Saya sibuk, tak dapat pergi bersama kamu. Maafkan saya. Benarkah? Sudah tentu. Bagus itu. Saya tak perlu begitu sibuk. Apa maksud itu? Tiada apa-apa. Oh ya, cepat cari senjata yang baik. Kalau terserempak dengan Puak Iblis, mungkin dapat selamatkan nyawa awak. Bukit Kun Lun tiada Puak Iblis.

Xuan Yi mahu cari awak. Tak kira ke mana awak pergi, Puak Iblis akan ikut. Mudah saja untuk cari awak dalam masa tiga bulan. Mahu pergi lagi? Hari esok. Hari esok, saya akan belajar daripada awak di istana awak. Tak perlu tunggu sampai hari esok. Saya tanya awak.

Awak biar dia bawa Shang Gu pergi begini saja? Berdasarkan perangainya, bagaimana dia dapat bertahan dengan ajaran Bai Jue? Kalau awak mahir, awak boleh ajarnya. Saya… Dah sepuluh ribu tahun kita ajarnya, dia langsung tak bertambah maju. Kali ini ialah Xuan Yi dan Puak Iblis. Selepas seribu tahun, dia perlu berdepan dengan malapetaka camuk.

Kita dapat lindunginya sekarang, tapi tak dapat lindunginya sepanjang hayat. Dia pewaris Dewa Utama Camuk, perlu jadi matang lambat-laun. Ini tempat yang saya bertapa di Alam Bawah, Bukit Liao Wang. Awak boleh bertapa di sini. Saya bertapa di Istana Chang Yuan dengan baik. Mengapa pula datang ke sini?

Puak Iblis licik, Xuan Yi juga bukan orang biasa. Berdasarkan kuasa rohani awak, kalau tak bertapa dengan rajin, awak takkan dapat masuk ke Alam Termulia. Tempat ini senyap, tiada orang mengganggu. Selepas tiga bulan, balik ke Alam Dewa semula. Alam Dewa tegas peraturannya. Saya bertapa dengan awak, tapi tak pernah mengadakan upacara terima anak murid.

Oleh itu, awak tak boleh buat keputusan untuk saya. Mahaguru hanya satu gelaran. Itu tak penting. Bila balik ke Alam Dewa atau bila pergi ke Alam Termulia, saya yang buat keputusan. Kalau awak rasa pengaturan saya tak baik, layanilah sendiri. Mengapa ada sekatan di sini?

Bukit Liao Wang terletak di persimpangan Alam Kayangan, Syaitan dan Iblis. Tanpa perlindungan sekatan saya, bagaimana tempat ini aman sebegini? Saya tak ingin berada di sini. Biar saya balik ke Istana Chang Yuan. Kita belum mengadakan upacara terima anak murid. Awak boleh pergi ke mana-mana saja yang awak suka. Mengapa pula tanya saya? Bai Jue.

Saya tak tahu bersikap lembut terhadap gadis. Sila layani sendiri. Saya bersikap toleran. Oleh itu, saya takkan berkira dengan awak. Khabarnya, bintang di Bukit Liao Wang paling indah. Ikut sajalah kata-kata awak. Apa pun, tiga bulan saja. Bai Jue? Ayuh. Mereka dah pergi? Kecut hati saya. Tadi, saya hampir dimakan. Apabila hadapi bahaya, awak bergantung pada handalan atau berundur. Keberanian awak betul-betul mengejutkan saya.

Saya bukan tak dapat lawan mereka. Saya hanya tiba-tiba terperanjat. Kuasa rohani awak rendah, tak apa. Apa yang telah awak lakukan dalam sepuluh ribu tahun ini? Awak tak tahu pun kung fu yang asas. Mereka hanya Puak Iblis yang bertaraf rendah. Jangan berikan pengajaran kepada saya.

Bukankah awak kata ada sekatan kuasa rohani awak di sini? Bagaimana Pauk Iblis ceroboh masuk? Kalau tak biar awak lawan dengan Puak Iblis, itu tak boleh dianggap sebagai pertapaan. Kalau saya ada senjata yang baik, saya juga dapat lawan dengan hebat seperti awak. Yakah? Awak… Saya… Saya tak dapat pegangnya.

Bukankah awak mahu senjata yang baik? Awak… Awak bukan beri saya senjata yang baik. Awak cuba menekan saya sampai mati. Mengenai peristiwa malam ini, saya ingin beritahu awak, Puak Iblis bukan dewa kecil yang mengagumi awak di Alam Dewa. Tian Qi dan Zhi Yang juga tak mungkin lindungi awak sepanjang hayat.

Suatu hari nanti, awak akan berlawan dengan mereka secara bersemuka. Kalau awak masih tak bertapa dengan serius, kuasa rohani awak yang paling suci dan tak dapat digunakan akan jadi punca yang awak dikagumi di Alam Dewa, juga akan jadi kesan yang bawa maut. Handalan ialah mahaguru. Betul semua kata-kata awak, okey?

Tahu tak, mengapa nadi dewa awak asyik tak buka? Awak ingat saya tak mahu ia bukakah? Saya juga ingin jadi kuat. Cuma… Disebabkan Tian Qi terlalu manjakan awak atau Zhi Yang terlalu sibuk? Awak… Saya akan bantu awak buka nadi dewa pada pukul tujuh pagi esok. Bagus itu. Yang Amat Mulia, sudah waktu siang, bangun! Yang Amat Mulia, sudah waktu siang, bangun! Baru pukul berapa sekarang? Ayam yang berkokok pun belum bangun. Saya tak nak bangun. Ketulan Ais. Kenakan saya lagi. Kuasa rohani di dunia ini dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap pertama, Kuasa Camuk yang diguna Dewa Moyang semasa cipta dunia.

Tahap kedua, kuasa hukum syurga dan bumi daripada dewa sejati. Ia termasuk kuasa dewa, kuasa betara dan kuasa syaitan. Tahap ketiga, aura rohani dari Alam Bawah. Puak Iblis dah datang. Saya berlawan sampai waktu tengah malam semalam. Cuma tidur selama empat jam, awak dah bangunkan saya untuk bertapa. Tak kira betapa kuatnya badan saya,

Saya masih tak dapat bertahan. Mengantuk? Saya bantu awak bangkitkan semangat. Nanti dulu. Saya penuh bersemangat sekarang. Saya boleh mula belajar. Tadi, saya cakap tentang kuasa rohani dibahagikan kepada tiga tahap. Nanti dulu. Awak kata, kuasa rohani dibahagikan kepada tiga tahap. Mengapa tak sebut tentang kuasa iblis? Sebab, kuasa iblis

Bukan kuasa rohani yang diwujudkan syurga dan bumi. Pada masa itu, seperti awak, Xuan Yi mempunyai Kuasa Camuk. Dia pewaris Dewa Utama Camuk yang seterusnya. Memandangkan tiada kuasa iblis di syurga dan bumi, bagaimana Xuan Yi jadi Iblis Agung? Dari mana Puak Iblis datang? Tujuh puluh ribu tahun lalu,

Xuan Yi tak berpuas hati terhadap cara pemerintahan dunia Dewa Moyang. Sebelum mewarisi Perintah Dewa Utama, dia telah merampas jawatan dewa utama. Namun, semasa dia hampir kalah, dia tiba-tiba ingkari hukum alam, menyerap kuasa jahat daripada askar dewa yang mati. Kuasa jahat itu bergabung dengan Kuasa Camuk di dalam badannya.

Akhirnya, jadi kuasa iblis yang dapat menelan sebarang benda. Orang yang berfikiran jahat di Alam Bawah juga bertapa mengikut cara ini dan jadi orang suruhannya. Oleh itu, Puak Iblis diwujudkan. Rupanya, Puak Iblis wujud secara begini. Selepas Dewa Moyang kalahkan Xuan Yi, dia juga hancur dan meninggal. Auranya yang terakhir hamilkan awak,

Jadi ketua Empat Dewa Sejati yang baharu. Awak mempunyai Kuasa Camuk, lagi patut sentiasa ingatkan sendiri agar jangan mengulang kesilapan Xuan Yi. Apabila awak mewarisi Perintah Dewa Utama, awak patut bertanggungjawab terhadap makhluk hidup di dunia ini dan buka Alam Manusia. Saya tahu, saya lahir untuk bertanggungjawab terhadap Alam Syurga, Alam Dewa

Dan Alam Manusia yang belum muncul. Awak dah kata, makin tinggi keupayaan, makin besar tanggungjawab. Saya tak berkeupayaan. Saya rasa, awak, Zhi Yang dan Tian Qi lebih sesuai untuk kendalikan dunia ini. Oleh itu, awak perlu belajar. Saya bukannya tak ingin belajar. Awak dah kata, nadi dewa saya belum buka.

Saya akan pukul nadi dewa awak dengan kekuatan luar. Sama ada buka atau tidak, bergantung pada awak sendiri. Apa yang cuba awak lakukan? Relaks. Adakah awak ingin cari alasan untuk beri saya pengajaran lagi? Ada perasaan? Tak ada. Tiada perasaankah? Cepat. Simpan kuasa rohani awak. Saya tak reti. Saya rasa derita, terlalu banyak kuasa rohani.

Kalau terus begini, awak akan kena rasuk. Cepat fikir cara penyelesaian. Saya masih muda, saya tak mahu mati. Tutup mata awak. Saya bantu awak lepaskan kuasa rohani. Shang Gu, maafkan saya kerana sentuh awak. ♪Masa ibarat awak♪ Shang Gu, jangan takut. Rasainya dengan hati awak. ♪Saya pegang tangan awak yang hangat♪

♪Kita mendongak dan nampak tahi bintang berlalu♪ ♪Bayang-bayang yang panjang♪ ♪Ia samar-samar, namun masih jelas♪ ♪Hanya tinggal sedikit masa♪ ♪Untuk menyeru awak kembali♪ ♪Setiap panggilan sangat halus♪ ♪Selepas terserempak dengan awak♪ ♪Guna pelbagai cara♪ ♪Tunggu waktu subuh pada hayat depan♪ ♪Bertemu semula♪ ♪Tanpa berasa ragu-ragu kembara bersama awak di galaksi♪ ♪Dengarlah♪ ♪Sama-sama ada telepati♪ ♪Dekati♪

♪Cakap secara ringkas♪ ♪Semoga awak♪ Yang Amat Mulia. Atas pesanan Dewa Agung, saya ajar awak bertapa hari ini. Di mana Bai Jue? Dewa Agung jatuh sakit. Jatuh sakit? Seriuskah? Biar saya masuk dan tengok. Tak payah. Selesema saja. Ada lagi batuk. Dewa Agung tak mahu jangkitkan penyakitnya kepada awak. Tian Qi kata, nadi dewa saya baru buka.

Kalau berlatih dengan rajin dari waktu siang hingga malam, tahap kuasa mesti banyak bertambah dan memperoleh hasil dua kali ganda dengan separuh usaha. Mengapa pula dia jatuh sakit pada masa sekarang? Saya ingat dia berpura-pura sakit. Yang Amat Mulia, lebih baik kita pergi bertapa sekarang. Awak juga tak harap Dewa Agung risau tentang

Pertapaan awak dalam keadaan sakit, bukan? Betul. Yang Amat Mulia, awak tak boleh masuk. Yang Amat Mulia. Yang Amat Mulia, Dewa Agung betul-betul sakit. Yang Amat Mulia. Sudah waktu siang. Bangun. Awak mahaguru. Saya hanya layani awak dengan cara yang awak buat pada saya. Nadi dewa awak begini lemah. Awak betul-betul sakit?

Sudahkah awak habis buat kecoh? Maafkan saya. Saya… Saya… Saya ingat… Awak ingat semua orang suka tidur seperti awak? Maafkan saya. Keluar. Berani awak memfitnah Dewa Agung saya. Yang Amat Mulia, awak diwujudkan melalui nafas terakhir Dewa Moyang. Nadi dewa awak dimeterai sejak lahir. Kalau begitu mudah untuk bukanya,

Mengapa Dewa Agung Tian Qi dan Dewa Agung Zhi Yang tak buka untuk awak? Tahap kuasa Dewa Agung saya handal. Jika tak, awak yang baring di atas katil sekarang. Perasaan saya pula tak sama. Saya tak tidur sepanjang malam, tapi saya penuh bertenaga. Macam badan saya masih tak berhenti masuk kuasa rohani. Berlatihlah sendiri.

Saya tak dapat bantu awak. Saya pergi dulu. Ke mana awak pergi? Dewa Agung kehilangan banyak kuasa rohani, perlu minum tonik untuk menguatkan badan. Saya pergi bersama awak. Awak tak begitu baik hati. Saya tak boleh terhutang budi pada Dewa Agung awak. Apa hobinya? Kenapa? Tanya saja. Ini teh herba yang saya baru petik.

Mahu merasainya? Saya tahu awak marah pada saya. Kalau awak betul-betul marah, hukum saya sajalah. Hukum awak kerana perkara ini, saya tak begini bersikap kebudak-budakan. Terima kasih kerana bantu saya buka nadi dewa. Kita juga… Sebenarnya, saya tak tahu kenapa dengan saya hari itu. Saya tak dapat hentikannya.

Saya juga tak pernah fikir untuk menyerap kuasa rohani awak dan ambil kesempatan daripada awak. Awak tak ambil kisahkah? Ambil kisah tentang apa? Tiada apa-apa. Awak baik terhadap saya, saya pula layani awak dengan teruk. Saya rasa malu. Bukankah awak kata mahu lepaskan kemarahan terhadap saya? Mengapa pula rasa malu? Saya bergurau saja.

Awak percaya pula. Saya takkan lupakan segala-galanya yang saya nampak. Saya ini tak pernah berhutang budi pada orang lain. Beritahu saya, bagaimana dapat saya balas budi awak? Bertapa dengan baik. Apabila awak dapat menentang Raja Iblis, saya boleh bebas. Saya mesti buat awak mengubah fikiran terhadap saya. Ayuh. Saya bawa awak pergi belajar main pedang.

Belajar main pedang? Bagusnya selepas nadi dewa buka, dapat belajar main pedang pula. Dah lama awak dan Yue Mi berkenalan. Teknik pedangnya juga mahir dalam Alam Dewa. Enam Teknik Tai Ying, berapa buah buku yang telah awak belajar? Tai Ying apa? Bagaimana dengan Pedang Fei Xing dan Pedang Fu Yun? Tak pernah dengar.

Awak ikut Yue Mi selama seribu tahun. Apa yang dia ajar awak? Minum arak, main dadu, main domino, tonton opera, baca cerpen. Saya ajar awak. Sudah retikah? Sudah. Mari cuba. ♪Di mana awak?♪ ♪Wajah yang nampak lurus♪ ♪Masa disimpan kekal♪ ♪Mengikut kenangan♪ Saya tak nampak dengan jelas tadi. Bolehkah awak tunjukkan saya sekali lagi?

Sekali saja. Jangan berulang. ♪Tak nampak kecederaan♪ ♪Saki-baki bayangan yang tertinggal♪ ♪Sebagai kerinduan terhadap teman lama♪ ♪Tali yang berkusut di tangan bagai belenggu yang tak dapat diceraikan♪ ♪Betapa banyak jodoh yang dimiliki♪ ♪Sehingga purnama dapat dijumpai sepanjang hari?♪ ♪Perjalanan hayat ini berlanjutan selama seribu tahun♪ ♪Nantikan hati yang tiada keberatan♪

♪Tak tercapai oleh sebab cinta yang tak sempurna♪ ♪Macam khayalan, macam kilat♪ ♪Tak berdaya, tak dapat selesai♪ ♪Hanya demi perhubungan minda yang pernah wujud sekilas♪ ♪Tak menyesal bertapa sendiri♪ ♪Biarpun terjebak dalam cinta yang tak sempurna berseorang♪ ♪Pertahankan cinta yang tak sempurna selamanya♪ Bagaimana dengan kali ini? Dapat ingatkah? Dapat ingat.

Nampaknya, berlatih pedang tak susah. Dewa Agung, hari ini angin awak agak baik. Daun teh ini bagus. Daun teh ini dipetik oleh Yang Maha Mulia di belakang gunung semalam. Patutlah angin awak begitu baik. Air ini bagus. Air ini diambil oleh Yang Maha Mulia dari stamen bunga-bunga pada awal pagi ini.

Memang ia harum dan manis. Apa yang awak nak cakap? Maksud saya, walaupun awak dan Yang Maha Mulia akan berpaling muka selepas berbual seketika, tapi kamu mengambil berat antara satu sama lain. Saya rasa, awak dan Yang Amat Mulia tak pernah mengadakan upacara terima anak murid,

Tapi hubungan kamu lebih rapat daripada guru dan anak murid sebenar. Adakah awak nak pergi ke panaskan arak? Ketulan Ais, lihatlah! ♪Mentari dan bulan, reriang dan salji, semuanya datang bersilih ganti♪ ♪Usah takut takdir yang bolak-balik, ia tetap akan berulang akhirnya♪ ♪Hujan membanjir jadi lautan, lumut tumbuh dalam kenangan♪

♪Tiada debu dalam kerinduan, tak ubah dalam ribuan siang dan malam♪ ♪Tengok betapa banyak musim pergi dan balik sambil saksikan peredaran tahun♪ ♪Saya terus menjelma semula dalam kedukaan tanpa pernah meninggalkan sini♪ ♪Wujud di tempat jauh, cinta saya bagai purnama menerangi gunung dan lautan♪ ♪Menunggu awak seumur hidup saya♪

♪Lihat betapa banyak kali penghijrahan burung sambil saksikan peredaran tahun♪ ♪Nantikan awak tanpa rasa kesal, tiada orang yang pernah mengganti awak♪ ♪Semoga peristiwa masa lampau diatasi suatu hari selepas saya bangun♪ ♪Hati terdedah demi awak pada akhirnya♪ ♪Betapa banyak bunga yang dijumpai sepanjang jalan layu lalu mekar semula♪

♪Barangkali perpisahan yang ditakdirkan masa kelak tetap akan berulang♪ ♪Air mata bertukar jadi awan-gemawan, hujan menitis ke dalam lautan hati♪ ♪Sampailah awan menghilang, langit yang cerah mencorakkan masa depan♪ ♪Hidup santai di luar kehuru-haraan dunia, cinta dah melampaui satu alaf♪