She got drunk… and kissed Lu right on the lips! 😳💋 | Better Halves 明媒善娶 | iQIYI Malaysia

Saya nak tanya Abang Lu. Jika abang juga suka gadis miskin macam Kak Luan’er yang tiada mas kahwin, abang akan buat apa? Saya suka orangnya, tiada kaitan dengan mas kahwin
dan keadaan keluarganya. Lagipun, jika awak suka seseorang tapi dia tak mampu berikan hantaran, awak akan kahwin dengannya atau tak? Betul, saya pernah berjanji kepada abang. Asalkan dia muncul, saya akan menepati janji tahun itu tak kira ada mas kahwin atau tak.
♪ Aku genggam erat benang takdir ♪ Saya cuma harapkan orang yang setia, sama ada dia ada hantaran atau tak,
♪ Andai kau hadir dalam mimpiku ♪
saya tetap takkan tinggalkan dia.
Betullah begitu. Ini cuma fikiran saya.
♪ Aku rela tertakluk olehmu seorang ♪
Namun, jika wanita
tiada sebarang mas kahwin,
gosip orang juga boleh
hancurkan Kak Luan’er. Mak Shaoheng dah bersetuju untuk
biar dia berkahwin dengan anaknya.
♪ Hati ini takkan berubah ♪
Puan hanya ada satu permintaan,
iaitu mesti memenuhi adat. ♪ Tak terungkai namun tetap rindu ♪
Sama seperti kuih ini. Saya beli ia untuk awak
♪ Tak pasti ini manis atau derita ♪
dan tengok awak makan,
saya pun gembira.
Takkan saya minta wang daripada awak? ♪ Seumur hidup ♪ Awak beri saya kuih,
♪ Simpulan hati kita bersama ♪
saya buat awak gembira. ♪ Ikatan bahagia di dunia yang sempurna ♪
Saya faham dah.
Kak Luan’er tak nak hantaran,
Qi Shaoheng juga tak nak mas kahwin. Kita boleh jadikan hadiah yang ditukar
♪ Puisi indah ditulis dakwat pekat ♪
kepada sesuatu yang setara.
Benda yang paling adil dan jujur di dunia ialah hati manusia.
♪ Keharmonian getarkan hati orang ♪
Hati ikhlas yang cintai seseorang
ditukar dengan hati tulus
yang cintai seseorang, ♪ Benang kasih saling menyatu ♪
itulah kesetaraan yang terbaik. ♪ Hati ini takkan berubah ♪
Ke memang cerdik dan memahami secara jelas. Ke! Ke! Di mana awak? Mak ayah saya dah balik. Abang Lu pergi dulu, saya akan cari abang nanti. ♪ Siapa yang malu untuk
meluahkan perasaan? ♪
Pengantin lelaki, Qi Shaoheng, menjemput
pengantin perempuan, Liu Luan’er.
♪ Pipi yang merah ♪
Cepat naik tandu! ♪ Supaya tiada penyesalan ♪
Luan’er, saya datang untuk menjemput awak.
♪ Baiklah ♪ ♪ Diikat dengan benang merah ♪
Sungguh bagus, pasangan
yang bercinta akhirnya bersatu.
♪ Kata-kata telangkai menjadikan
cinta seolah rumit ♪
Telangkai Shi, awak yang membantu mereka. Upacara selesai. Tunggu sebentar. Saya dan Luan’er masih ingin memberikan
penghormatan kepada seorang lagi. Upacara perkahwinan ini hanya memberikan
tiga penghormatan sejak dulu, siapa lagi yang kamu ingin
berikan penghormatan? Kami ingin memberikan
penghormatan kepada awak kerana tak takut akan kesukaran
dan pandangan orang lain. Telangkai Shi, kini awak benar-benar layak
menyandang kata-kata “Menjadi telangkai dengan ikhlas,
menyatukan jodoh dengan penuh kepercayaan” yang mulia ini. Saya benar-benar layak menerimanya? Awak melalui banyak cadangan
baru menjadi telangkai, bagaimana awak boleh
berjaya jika tanpa kejujuran?
♪ Setiap kali bertemu denganmu ♪
Jika tak nak menipu hati nurani, bagaimana ia boleh berjaya
jika awak tiada kepercayaan?
♪ Nasib buruk pun jadi baik ♪
Betul, walaupun Telangkai Shi masih muda,
♪ Aku menganalisis dalam kenangan ♪ dia mempunyai integriti dan gaya
seperti Ketua Telangkai Tao.
♪ Kesukaran yang kau selesaikan ♪ Walaupun awak belum layak menjadi
♪ Ingatkan ia luar biasa ♪
Telangkai Terhebat di Dunia hari ini, awak pasti akan layak suatu hari nanti.
♪ Jodoh sudah lama ditakdirkan ♪ – Betul!
– Betul!
♪ Aku cuma berpura-pura berhati-hati ♪ Bagusnya awak, Abang Lu. Tak sangka awak curi-curi
minum arak di sini. Di mana Abang Xian? Dia ajak saya ke sini, kenapa tak nampak orangnya? Ke, awak dah mabuk, kan? Abang Lu, awak tahu tak? Semua orang memuji saya. Mereka kata, saya layak menjadi
Telangkai Terhebat di Dunia kelak. Saya sangat gembira. Mana mungkin saya sanggup menolaknya? Ke. Awak nampak sangat cantik malam ini. Benarkah? Tak, awak tak perlu papah saya, saya boleh berdiri dengan stabil. Abang Lu, tengok. Pakaian saya ini cantik kan? Ini hadiah daripada mak saya. Mulai sekarang, saya ialah tiang keluarga Shi. Awak dah gembira sekarang? Sudah tentu saya gembira. Saya tak pernah gembira seperti ini. Saya lebih gembira daripada ketika saya
membeli lukisan Encik Lin Yuan. Rupanya menjadi telangkai yang baik ialah perkara yang begitu gembira. Kenapa saya tak rasa begitu dulu? Saya membuang begitu banyak masa dan kurang menjayakan
begitu banyak kes perjodohan. Abang Lu, minum! Mari. Ke, ini… Saya dah buat keputusan. Bermula hari ini, saya mahu menjadi telangkai yang baik dan menjadi tiang keluarga Shi. Saya nak biarkan semua pasangan
yang saling mencintai bersatu dan menemui kebahagiaan mereka! Abang Lu, nah, awak juga minum. Jika saya minum, awak
akan menurut kata saya?
♪ Aku genggam erat benang takdir ♪ ♪ Andai kau hadir dalam mimpiku ♪
Ke. ♪ Aku rela tertakluk olehmu seorang ♪ ♪ Hati ini takkan berubah ♪
Abang Lu. Saya ada satu soalan.
♪ Tak terungkai namun tetap rindu ♪
Kak Pan’er memenuhi semua permintaan awak,
♪ Tak pasti ini manis atau derita ♪
adakah dia suka awak? ♪ Seumur hidup ♪ ♪ Simpulan hati kita bersama ♪ ♪ Ikatan bahagia di dunia yang sempurna ♪
Dia takkan suka saya. Kenapa?
♪ Puisi indah ditulis dakwat pekat ♪
Sebab… ♪ Keharmonian getarkan hati orang ♪
Saya tauke dia. ♪ Benang kasih saling menyatu ♪
Awak… Awak ialah pemilik Rumah Kemewahan Harta?
♪ Jadi simpulan hati yang bersatu ♪ ♪ Pegang tangan ♪ ♪ Tidak akan berputus asa ♪ Aduhai!
♪ Sehingga selamanya ♪
Jiran saya ialah Dewa Kekayaan. ♪ Hanya ingin rinduku
dipangkas angin musim bunga ♪
Abang Lu, awak begitu kaya,
♪ Tahun demi tahun bertemu
tak perlu cemburu pada dewa ♪
bagaimana saya nak membalas budi awak?
♪ Pegang tanganmu sambil
menikmati bintang-bintang ♪
Ke, awak dah mabuk. ♪ Benang kasih saling menyatu ♪
Benda yang saya inginkan bukan wang. Awak tak nak, tapi saya sangat inginkan.
♪ Jadi simpulan hati yang bersatu ♪
♪ Jika tanah ladang ♪ Hari ini,
♪ Ubah jadi lautan ♪
tiada sesiapa yang boleh menghalang saya.
♪ Hati ini takkan berubah ♪
saya mahu mendapat tuah
daripada Dewa Kekayaan. Ke. Awak betul-betul setuju dengan
urusan perjodohan Shen Tongyun? Awak masih ingatkah tentang
kejadian mabuk semalam? Kita sedang berbincang tentang
urusan perjodohan, kenapa tiba-tiba sebut tentang
kejadian mabuk semalam pula? Sudah tentu saya ingat. Abang Lu ialah pemilik Rumah Kemewahan Harta, Dewa Kekayaan ibu kota, lelaki yang setiap helai rambutnya
bersinar keemasan. Selain daripada itu? Selain daripada itu, ada apa lagi? Kenapa saya tidak dapat
mengingati apa-apa pun? Sudahlah. Namun, Ke, ada banyak kes perjodohan, kenapa awak pilih kes Shen Tongyun ini? Telangkai Deng kata dia tidak akan berikan
kes perjodohan kepada saya lagi. Mak saya tidak dapat kembali ke
Agensi Telangkai Rasmi sekarang, gelaran Telangkai Terhebat di Dunia
hanya boleh diharapkan kepada saya. Saya juga mahu memilih, tetapi saya tiada pilihan. Shen Tongyun ialah satu lagi
masalah besar di ibu kota selain Qi Shaoheng. Kalau saya berjaya
menguruskan perkahwinannya, Telangkai Deng tiada alasan lagi
untuk menghalau saya. Sudah tentu, saya tahu, saya patut tanya pendapat awak dulu. Namun, saya sudah fikirkan masak-masak, dia adalah satu-satunya pelanggan penting bagi saya
buat masa ini. Saya tidak boleh menyinggung perasaannya. Saya pun sudah tiada cara lain. Walau apa pun, saya mahu jadi telangkai yang baik. Memandangkan sudah terima kes perjodohan, saya patut berusaha hingga ke akhirnya. Lagipun, Cik Shen mengejar apa yang disukainya, itu memang tidak salah. Saya pula rasa perwatakannya
jujur dan ikhlas, tidak berbelit-belit, sangat bagus. Mencari suami idaman, tindakan ini tidak salah. Saya pun tidak kata dia tidak baik, cuma saya tidak menyukainya. Tadi awak tergesa-gesa mahu lihat dia, sekarang kata tidak suka pula? Awak suka atau tidak sebenarnya? Awak tidak faham saya,
bercakap banyak pun tidak berguna. Apa yang berlaku ini? Kenapa saya rasa susah bernafas? Sudahlah, jangan bersedih lagi. Nampaknya Abang Lu tidak bersetuju. Saya perlu cepat-cepat cari pengganti, untuk tunjukkan kebolehan
dan keikhlasan saya, tidak boleh biarkan
kes perjodohan ini gagal. Pau. Pau panas. Tauke, bagi satu bakul pau. [Kediaman Shen] Semuanya penipu. Seorang kata mahu serahkan
urusan perkahwinannya kepada saya, tapi diam-diam berhubung dengan
Mak Cik Deng. Abang Lu lagi teruk, sengaja berpura-pura. Terang-terangan menolak saya, tetapi diam-diam pergi ke
depan pintu orang dan merenung belakangnya
dengan penuh perasaan. Kenapa Telangkai Shi ada di sini? Orang yang mungkir janji dan munafik! Lepaskan saya! Lepaskan saya! Ke, awak tidak apa-apa? Sakitnya. Awak jangan sentuh saya. Nasib baik hanya terseliuh. Telangkai Shi mempunyai ramai abang, saya patut panggil yang mana satu
untuk jemput awak? Awak jangan cuba mengalihkan topik. Saya tahu, awak menyukai Cik Shen itu. Awak jangan risau, saya akan berusaha sedaya upaya
untuk menjodohkan kamu berdua. Menjodohkan kami? Awak akan gembira
jika dapat menjodohkan kami? Awak tidak akan marah lagi
jika dapat menjodohkan kami? Saya… saya tidak! Awak jangan cakap sembarangan. Saya telangkai rasmi, saya mencari jodoh untuk pelanggan,
mana mungkin saya tidak gembira? Saya sangat gembira. Ya, saya sangat gembira. Baiklah, asalkan awak gembira. Tunggu saya hantar awak balik, selepas itu, awak boleh terus gembira. Berhenti! Abang long, abang ngah,
kenapa kamu datang? Kalau kami tidak datang, awak sudah dibawa lari olehnya. Dia orang yang tidak dikenali, bagaimana awak boleh
begitu rapat dengannya? Jom, abang bawa awak balik! – Abang Long, saya pun nak jaga air mukalah.
– Saya akan awasi awak betul-betul. Abang Long, saya pun nak jaga air mukalah. Malunya! Cepat turunkan saya!