He Suye can really cook! But wait… does he have a kid?!😳 | The Best Thing 爱你 | iQIYI Malaysia

Bagaimana keadaan awak baru-baru ini? Semuanya baik-baik saja. Baik. Dr. He. Bagaimana untuk merawat menopaus? Kenapa? Awak bergaduh dengan mak awak? Tak dikira bergaduh, cuma ada perselisihan pendapat. Perselisihan pendapat? Mengenai belajar di luar negara? Awak pun tahu pada umur kita ini, ahli keluarga suka berleter, terutamanya mak saya, dia terlalu kuat berleter. Dia selalu tegur saya di rumah, katanya saya dah berumur 27 tahun, tapi saya masih tak risau. Apa yang perlu saya risaukan? Kenapa saya perlu risau? Bukan hanya mak saya, ayah saya juga berleter bersama mak saya. Apabila mereka berleter bersama, ia seperti persembahan cakap silang, memang… Bukan mengenai belajar di luar negara, maka perkahwinan? Dr. He? Dr. He. Maaf. Adakah saya terlalu banyak bercakap? Tengoklah, saya dah dipengaruhi oleh mak ayah saya. Taklah, saya tengah periksa denyutan nadi. Mari, tukar tangan lain. Baik. Adakah sejenis akupunktur yang boleh buat saya tak dengar kata-kata mereka selepas dicucuk? Tiada, saya bukan doktor ajaib. Dah selesai. Kalau begitu, saya menjalani rawatan Moxa? Rawatan Moxa, kan? Baiklah. Saya pergi sediakan peralatan untuk awak. Ini preskripsi. Ubat yang siap direneh. Datanglah untuk ambil ubat selepas empat jam. Terima kasih. Saya pergi dulu. Mari. Makanlah kudapan. Datuk dah nampak Shen Xifan tadi. Bagaimana keadaan dia dengan teman lelakinya? Mereka sepatutnya sedang bincangkan perkahwinan, mungkin akan berkahwin tak lama lagi. Begitu cepat. Lupakan saja mengenai awak dengan dia. Saya tiada apa-apa niat pun pada asalnya, saya hanya doktornya. Nada suara awak tak kedengaran setenang yang awak katakan. Kalau tak? Apa lagi yang saya boleh buat? Tapi ada seperkara yang saya tak faham. Nampaknya, teman lelakinya tak begitu baik terhadap dia. Kenapa dia mahu berkahwin kalau begitu? Hal percintaan tak boleh dipaksa. Tak kira betapa bijaknya atau hebatnya seseorang, mereka juga mungkin akan keliru dalam percintaan. Betul juga. Ada satu tempoh itu, dia tak sebut tentang teman lelakinya dengan saya, saya dah hampir lupakan perkara ini, malah menimbulkan ilusi. Saya dah berumur ini, tapi masih perasan diri, saya memang patut lupakan saja. Awak agak setia cinta, kesian betul. Datuk, saya cucu datuk. Tak bolehkah datuk kasihankan saya? Datuk kasihankan awak. Begitu serius? Saya terpaksa pergi ke perjumpaan cari jodoh semalam, jadi saya tak sempat menyiapkan dokumen tender, Fang Kexin akan memarahi saya lagi. Bagaimana dengan perjumpaan cari jodoh semalam? Kenapa? Belajar pengalaman daripada awak. Saya akan mengecewakan awak, abang. Tiada pengalaman. Saya dan gadis itu sama-sama terpaksa pergi ke perjumpaan cari jodoh, jadi kami berterus terang saja, kemudian kami bersembang kosong. Gadis itu juga berjumpa dengan doktor TCM baru-baru ini, jadi kamu berdua bersembang sedikit tentang TCM, kemudian kami dah balik ke rumah masing-masing. Begini saja? Membosankan betul. Tapi gadis itu agak menarik. Seperti pesakit yang dah menjadi doktor. Dia kata ubat terlalu pahit, jadi dia sengaja mencari pelbagai jenis herba dalam Internet. Tak sangka dia minta doktornya tukar herba untuknya. Bukankah ini sangat kelakar? Saya tanya dia beberapa jenis herba secara rawak, tak sangka dia dapat menerangkan sifat herba dan kegunaannya dengan agak tepat. Dr. He. Bolehkah keluarkan Coptis chinensis ini? Tak boleh. Baiklah. Bolehkah keluarkan kaca piring perang gelap ini? Tak boleh. Orang yang berbakat, begitu berminat dengan TCM, rugi betul tak mengambilnya untuk belajar TCM. Apa pekerjaan gadis itu? Rasanya dia pengurus hotel. Hotel mana? Hotel percutian yang paling terkenal di bandar kita, yang di sebelah tapak herba kita itu. Apa nama hotel itu pula? Hotel Huating Gunan. ♫Cinta, buih merah jambu berada di depan mataku♫
Hotel Huating Gunan.
Saya tak nak bersembang dengan awak lagi,
saya kena merangka dengan cepat.
Tak dapat menyiapkannya.
Awak pun tahu pada umur kita ini,
♫Cinta, mata dan hatiku penuh dengan mukamu♫
ahli keluarga akan berleter,
terutamanya mak saya,
dia terlalu kuat berleter.
Dia kata begini setiap hari di rumah, saya dah berumur 27 tahun,
♫Cinta, aku dikelilingi dengan suaramu♫
tapi saya masih tak risau.
Apa yang perlu saya risaukan?
Kenapa saya perlu risau?
Bukan saja mak saya,
ayah saya juga berleter di rumah.
Apabila mereka berleter bersama, ia seperti persembahan cakap silang,
♫Cintaimu ialah sesuatu terbaik yang pernah aku lakukan♫
memang…
Rupa-rupanya, bukan mengenai perkahwinan,
mereka dah berpisah.
Kenapa awak tiba-tiba senyum? Ia agak menakutkan.
♫Angin sepoi-sepoi mula bertiup♫ Tiada apa-apa.
♫Kau akan bertemu pelangi♫
Saya akan mengajar awak merangka selepas habis kerja,
awak tak perlu merangka sekarang.
♫Tergantung di langit♫ ♫Mimpi yang manis ini♫
Saya baik hati, kan? Kenapa dia begitu menakutkan?
♫Setiap hari kita dipenuhi♫
Saya tak buat salah, kan?
♫Dengan buih merah jambu dan cahaya matahari yang hangat♫ Dr. He. Awak baru habis kerja? Hotel kami telah menerima satu rombongan pelancong, jadi kami melembur. Kenapa awak kelihatan begitu gembira? Ada berita baik? Boleh dikatakan begitu. Saya tiada apa-apa yang boleh sampaikan ucapan tahniah kepada awak. Saya hadiahi awak bunga ini. Semoga ia menambahkan kegembiraan awak. Saya keluar bermain papan luncur pun boleh dapat bunga. Terima kasih. Sama-sama, awak teruskan main. Saya balik ke rumah dulu. Baik. Tunggu. Saya ada masa lapang pada minggu depan. Kalau awak habis kerja awal pada mana-mana hari, datanglah ke klinik untuk buat rawatan Moxa. Saya masih perlu menjalani rawatan Moxa lagi? Saya seorang doktor yang bertanggungjawab, saya kena menyembuhkan awak. Baik, saya akan pergi jumpa awak pada masa itu. Saya betul-betul pergi sekarang. Baik. Selamat tinggal. Selamat tinggal. Kenapa dia begitu gembira? Shen Xifan.
♫Kau akan bertemu pelangi♫ ♫Tergantung di langit♫
Dr. He. ♫Mimpi yang manis ini♫ ♫Setiap hari kita dipenuhi♫ ♫Dengan buih merah jambu dan cahaya matahari yang hangat♫
Biasanya, awak berulang-alik dengan menaiki bas awam? ♫Pejam mata, cinta takkan hilang selama-lamanya♫
Kebetulannya, bas awam ini berhenti
di stesen bas ulang-alik hotel,
sangat memudahkan.
Mari kita pergi makan.
Awak nak makan apa? Biar saya pesan. Apa kata kita pergi ke rumah saya? Saya akan memasak masakan herba. Beberapa hari lalu, saya terfikir nak masak masakan herba, jadi saya dah beli herba yang diperlukan terlebih dahulu. Kita boleh makan bersama-sama. Kenapa? Awak rasa tak sesuai? Tidak, sesuai. Mari kita pergi. Ayuh. Awak tinggal di tingkat berapa? Saya tinggal di tingkat 5. Saya tinggal di tingkat 12. Rumah saya di tingkat yang lebih tinggi. Lebih tinggi, lebih bagus. Bagus. Ya, agak bagus. Agak bagus. ♫Jadi aku menunggu atau merayau-rayau, hasilnya tak terlalu buruk♫
Duduk sebentar dulu,
saya akan memasak.
Saya akan siap memasak dengan cepat.
Baik. ♫Burung pipit berkerumun di tingkap, cahaya matahari menembusi masuk♫
Saya pergi dulu. ♫Aku memutuskan untuk hanya mencintaimu♫
Terapi khas TCM.
♫Kebodohanku♫
♫Kesungguhanku♫
Kualiti kehidupan.
♫Hanya demi seorang♫ ♫Biarpun kau tak beri aku jawapan kelak♫
Kenapa awak datang ke sini?
Saya datang untuk lihat jika ada apa-apa yang boleh saya bantu. Awak reti memasak?
♫Jadi ceria keranamu♫
Tidak.
Mari lihat saya memasak.
♫Dunia ini tiba-tiba jadi sangat comel♫
Duduklah sebentar,
saya akan siap sebentar lagi.
Baik. Masakan herba ini ialah tonik yang sesuai dimakan pada musim luruh. Cubalah. Mari. Berhati-hati, ia panas. Terima kasih. Harumnya! Awak bubuh bahan apa? Rasanya, ia bau Angelica sinensis. Angelica sinensis boleh menguatkan Qi dan darah, sangat sesuai untuk awak. Jom, saya hantar awak pulang. Tak perlu, masih awal lagi. Cepat pulang dan berehat awal. Baiklah. Kalau begitu, selamat tinggal. Selamat malam. – Selamat tinggal.
– Selamat tinggal. Awak dah datang? Awak dah tunggu lama? Tak lama. Saya boleh ponteng kerja hari ini, saya sangat gembira. Ketika saya gembira, saya mudah mengantuk. Mengantuk? Awak buat apa? Cubalah rasa. Dr. He, kanak-kanak pun tahu kita perlu menyayangi tumbuhan awam. Awak terus petik buah ini. Ia hanya segugus, ini bukan masalah besar. Cubalah rasa. Buah ini boleh dimakan terus? Tentulah. Cubalah rasa. Makan juga biji buah itu. Rasanya terlalu tak sedap. Apa benda ini? Di dalamnya ada rasa lada Sichuan, sedikit rasa pahit dan masin. Masam, manis, pahit, masin dan pedas ialah lima rasa Schisandra chinensis. Bagaimana? Adakah ia sangat menyegarkan minda? Teruknya awak. Saya nampak awak mengantuk. Buah ini lebih berkesan daripada kopi. Terima kasih. Makan sedikit lagi. Saya tak mahu. Ia terlalu tak sedap. Makanlah sedikit lagi. Saya sangat suka tempat ini. Saya dah rasa sangat selesa ketika datang ke sini sebelum ini. Ya. Ada banyak tumbuhan di sekeliling. Sangat mudah untuk rasa mengantuk dan mahu tidur. Panggilan telefon saya. – Dr. He…
– Ayah. Ayah. Kenapa awak lari begitu pantas? Awak pergi ke mana untuk main? Pergi ke kedai alat mainan untuk main. Temanilah saya untuk buat perundingan pada petang ini. Mari, cuci tangan dulu. Ayah? Ayah?