He Suye was called trash by Shen Xifan?! 😱 | The Best Thing 爱你 | iQIYI Malaysia

Shen Xifan? Kenapa awak duduk seorang di sini? Awak buat apa? Rupanya awak tak datang untuk makan malam kerana pergi minum. Ayuh, biar saya hantar awak balik. Jangan pedulikan saya. Awak akan kesejukan jika bertiup angin di sini. Buat apa? Sampah. Saya… Orang yang tak balas mesej WeChat ialah sampah. Orang yang jemput orang makan juga sampah. Lihatlah, sampah ada di merata tempat. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh. Saya sampah. Biar saya hantar awak balik. Awak tak boleh hantar saya balik. Awak buat apa ini? Saya tak mabuk pun. Inilah yang awak panggil sebagai tak mabuk? Awak dah tak sedar diri. Saya tak mabuk. Kelakuan awak semasa mabuk ini… Jangan ikut saya. Saya sedang perhatikan awak. Cikgu Shen, Ketua Liu. Ada seorang lelaki mengekori saya di belakang. Lelaki itu dengan gaya rambut macam mangkuk. Cepat pergi lihat. – Awak tak apa-apa?
– Dari mana datangnya samseng ini? Kawasan perumahan ini ada begitu ramai orang, berani betul awak ini! Jika awak tak pergi, saya akan hubungi polis! Cepat pergi dari sini! Dia mengekori awak? Awak minum di mana? Dia minum arak. Apa yang berlaku? Awak tak apa-apa? Tak apa-apa. Dia dah pergi. Mari kita pulang juga. Jangan pulang terlalu lewat, berhati-hati dengan keselamatan. Garang betul dia selepas minum. Si kaki botol. Hidangan istimewa dah dihidangkan. Sup ayam kampung dengan rebung kering. Ayam ini disuap dengan bijirin oleh penduduk tempatan, ia sangat organik dan sangat baik untuk kesihatan. Udang rebus segar dan manis. Ah, piza keju dengan trufel hitam ini juga sangat popular dalam kalangan orang muda. Mari. Kexin, makanlah sekeping. Terima kasih. Mari, adik, cubalah. Baik, terima kasih. Sedap? Sedapnya ini. Ini resipi eksklusif, ia tiada di tempat lain. Mari makan, Dr. He. Dr. He. Khabarnya, awak doktor daripada Unit Onkologi Hospital Perubatan Cina bandar ini, betul? Betul. Kalau begitu, kenapa Xifan mencari doktor daripada Unit Onkologi untuk merawat insomnia? Saya akan merawat pesakit di klinik berhampiran rumah saya pada hujung minggu. Mungkin dia kebetulan mendaftar janji temu dengan saya. Saya mendaftar sembarangan saja. Adik, cuba ini. Baik. Kenapa kamu terfikir untuk memberi saya mainan kanak-kanak? Sebab awak orang tempatan. Kurang sesuai untuk kami hadiahkah produk tempatan. Kalau hantar produk kesihatan, takutlah kami berlagak di depan pakar pula. Jadi, kami sediakan mainan untuk anak awak demi tunjukkan keikhlasan kami. Senior He mana ada anak? Ya. Adakah kamu tersilap? Hari itu… Pada hari saya pergi cari awak di hospital, saya nampak seorang budak yang kira-kira berumur tujuh atau lapan tahun… Ayah. Kenapa awak berlari begitu laju? Awak pergi bermain di mana? Dia ikut di belakang awak dan memanggil awak ayah. Awak bercakap tentang Zhao Ze, kan? Dia pesakit di hospital kami. Dia suka panggil Senior He seperti itu. Tapi dia bukan anak Senior He. Senior He masih bujang. Saya dah suruh dia jangan panggil senior sebegitu sesuka hati. Masalah memang dah timbul. Saya tidak tahu. Yang penting, awak dah dapatkan ini. Saya kembali bekerja ya. Sampah. Saya… Orang yang tak balas mesej WeChat ialah sampah. Orang yang jemput orang makan juga sampah. Lihatlah, sampah ada di merata tempat. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh. Saya tak perlu memperkenalkan Pengurus Shen, kan? Makanlah. Cuba ini. Xifan, nah. Jangan awak cakap. Sini dekat saja, tapi kami langsung tak perasan ada tempat yang sebagus ini di sini. Taman herba ini ialah pangkalan pengajaran universiti kami, biasanya ia tak dibuka kepada pihak luar. Hanya selepas pelajar tahun pertama baharu mendaftar, barulah mereka dibawa ke sini untuk melawat dan belajar. Sebab itulah saya cakap peluang ini jarang ada, awak kena datang tengok. Biar saya bawa kamu semua masuk untuk melawat, kemudian kita kembali ke bilik penyelidikan untuk sambung kerja. Baik. Baik. Semua ini ialah Platycodon grandiflorus. Sini akan jadi sangat cantik apabila semua bunga ini mekar pada tahun depan. Platycodon grandiflorus dapat melancarkan udara di dalam paru-paru,
melegakan sakit tekak dan menghilangkan kahak. Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, keadaan kahak yang banyak dan simptom lain. Semua ini ialah Salvia miltiorrhiza yang baru ditanam. Jika menanam ia pada musim luruh, hasilnya akan jadi lebih baik. Perkataan “Salvia miltiorrhiza” yang ada dalam nama “Pil Titis Salvia miltiorrhiza” merujuk kepada ini? Ya. Semua ini tumbuh dengan baik. Bagaimana? – Boleh tahan, kan?
– Jarang sekali cuaca begitu cerah hari ini. Memang betul. Sangat cantik. Pencahayaan di sini bagus. Comelnya. Kamu tanam bunga-bunga ini sendiri? Semua ini bunga liar. Dr. He, mari kita ambil gambar bersama. Tak payahlah. Tak apa, jangan rasa malu. Mari. Berdiri di sini. Mari berdiri di sini. Berdiri di sini. Mari. Nak ambil gambar tak? Lihat kamera. Tiga, dua, satu. Senyum. Tengoklah, ia dah tumbuh begitu tinggi sekarang. Awak masih ingat ini apa? Daunnya dah kering. Daun. Daun di sebelahnya berbentuk gerigi. Schisandra chinensis. Ambillah daun ini dan keringkan ia kemudian, ia boleh dijadikan sebagai herba perubatan Cina. Banyaknya, kamu yang tanam semua ini? Bolehkah saya petik sebiji? Boleh. Sebenarnya, tak banyak pun. Xiangya, Senior Lin. Kamu berdua cubalah rasa ini. Ia sangat sedap. Masam dan manis. Apa ini? Schisandra chinensis. Boleh makan terus tanpa cuci ia? Tak apa. Biarlah mereka cuba rasa. Ini agak comel. Betul? Shen Xifan! Adakah awak sengaja? Xifan. Awak sengaja. Saya… Awak balik sini! Mari, kamu cubalah rasa. Cubalah. Kami tak mahu makan. Cubalah. Mari. Makanlah satu suap. Tak boleh. Makanlah sebiji! Mari, makan. Mari. Awak makanlah. [Pangkalan Penanaman Perubatan Herba Cina di Renqiao, Hangzhou] Mari kita pergi ke tempat lain. Pergi ke mana? Pergi ke tempat yang ada lebih banyak bahan untuk buat dupa. Jom. Jom. Sini. Ini ialah kayu gaharu. Bahagian-bahagian ini yang ada resin akan jadi gaharu setelah dipotong. Cubalah awak hidu. Ia memang wangi. Ia ada sejenis bau yang sangat biasa. Biasa? Minyak wangi yang awak gunakan? Bukan. Itulah bau awak. Bau saya? Saya tak gunakan minyak wangi pada biasanya. Memang dah tiada bau sekarang. Saya dah cakap. Saya tak pernah gunakan minyak wangi. Mungkin suatu hari sebelum ini badan awak terkena bau gaharu. Kebetulannya, saya terhidu bau itu. Atau bau ini sangat serupa dengan awak. Serupa dengan saya? Apa yang serupa dengan saya? Inilah bau yang sangat lembut dan kuat, ia sangat wangi tapi tak membosankan. Rupa-rupanya saya orang yang begini dalam hati awak. Nampaknya penilaian awak terhadap saya agak tinggi. Saya tak patut cakap ayat tadi. Tak apa. Saya dah terima pujian awak. Saya perasan bahawa anda memang serupa dengan bau ini, iaitu bau yang rumit. Contohnya, bau bahan beracun. Bau sampah? Awal minum sampai mabuk pada malam itu, dan tegur saya sebagai sampah. Awak tahu saya mabuk, kata-kata setelah mabuk tak benar. Meluahkan kata-kata benar setelah mabuk. Biarpun saya meluahkan kata-kata benar, saya juga tak semestinya tegur awak. Memang bukan saya, saya herba paling berkualiti yang biarkan Qi mengalir dengan lancar. Orang seperti awak yang ada emosi tak stabil dan hati penuh dengan kemurungan masih perlukan saya untuk sembuhkan awak kelak. Awak… awak mengarut. Dalam preskripsi yang awak beri saya, tiada gaharu. Kelak akan ada. Awak mahu uruskan alat mainan itu bagaimana? Awak uruskan ia sendiri, saya tak main alat mainan. Baiklah. Jika begitu, saya mewakili anak saya untuk berterima kasih kepada awak. Jom. Jom. Setelah balik nanti, saya akan hadiahkan sesuatu kepada awak. Apa itu? Nah. Saya dah buat satu uncang wangian untuk awak. Terima kasih. Cubalah hidu. Bau gaharu. Deria hidu awak agak bagus. Oh ya. Awak tak jalankan rawatan susulan semalam, bagaimana dengan ubat minggu depan? Eh, saya rasa badan saya dah semakin baik. Bolehkah saya berhenti minum ubat sekarang? Baiklah. Jika awak ada masa, datanglah untuk buat rawatan Moxa. Kenapa? Saya hanya boleh jumpa awak untuk rawat penyakit? Awak juga boleh datang untuk makan bersama-sama saya. Itu terpulang kepada awak. Jika begitu… Kita akan bincang nanti.