Wedding Day Murder: Xiao Beiming Kills His Father-in-Law.😱| The Wanted Detective 定风波 | iQIYIMalaysia

Sejak bila awak dapat mengecam saya? Saya dapat mengecam awak
sejak pandangan pertama. Kalau begitu,
kenapa awak masih berlawan dengan saya? Saya nampak awak begitu bersemangat tadi, jadi saya ingin menemani awak berlatih. Jadi tadi awak sengaja kalah kepada saya? Biasanya semasa kita berlatih, bilakah saya pernah kalahkan awak? [Zhong Xueman, Unit Mata-mata Elit]
Awak tak takut awak akan terjatuh
dan mati? Saya tahu awak pasti akan menangkap saya. Betul, awak tahu, awak tahu segala-galanya, tiada apa-apa
yang awak tak tahu di dunia ini. Adik seguru, awak keluar menyiasat kes tanpa beritahu tok guru? Kenapa awak boleh menyiasat, tapi saya tak boleh pula? Saya dititahkan untuk menyiasat kes. Saya juga mata-mata
daripada Unit Mata-mata Elit. Itu… Awak mahu berdalih di sini atau mahu pulang dan berdalih di depan tok guru? Awak tak dibenarkan untuk menyiasat kes kerana dia bimbang akan keselamatan awak. Biar saya hantar awak balik. Jangan guna ayah saya
sebagai alasan untuk menindas saya. Awak yang berjanji kepada saya. Selepas kita berkahwin, awak akan membenarkan saya
menyiasat kes bersama awak. Kenapa? Awak mahu mungkir janji? Saya… Adik. Jangan main-main lagi, cepat turun, mari, baliklah. Bahkan awak juga rasa saya main-main saja? Saya… Jelasnya awak tahu betapa banyak kesukaran yang saya alami demi menjadi mata-mata selama ini. Susah untuk saya akhirnya dapat lulus ujian, asalnya saya ingat saya
dah boleh tunjukkan kebolehan saya dengan menyelesaikan kes
dan menyelamatkan orang, tapi hanya disebabkan
saya seorang perempuan, semua orang pujuk saya dan tak benarkan saya pergi menyiasat kes, malah ada orang
yang mengkritik di belakang dengan cakap saya dapat menjadi mata-mata kerana ayah saya ialah Ketua Mata-mata. Adik seguru, abang-abang seguru
tak benarkan awak menyiasat kes kerana bimbang awak
akan menghadapi bahaya. Mengenai kritikan orang luar… Kritikan? Saya boleh abaikan kritikan, tapi saya mesti melaksanakan tugas. Jika abang seguru pun rasa saya main-main saja dan enggan membawa saya
pergi menyiasat kes… Saya… Maka saya akan mencari jalan sendiri. Saya mahu semua orang di dunia ini tahu bahkan wanita pun boleh menjadi mata-mata yang cemerlang. Awak pasti boleh menjadi mata-mata terbaik, saya tak pernah meragui hal ini. Cuma kes ini terlalu istimewa, Pengganas Malam terlalu berbahaya, awak nampak juga. Bukan. Adik. Baik, boleh. Saya bersalah, saya akan bawa awak pergi menyiasat kes. Cepat lap air mata awak, mana ada mata-mata yang menangis semasa menyiasat kes? Awak dah terpedaya. Awak dah berjanji kepada saya, kita dah berjanji, jangan mungkir janji. Zhong Xueman, [Bahagia] Kenapa pengantin perempuan ini
tak duduk di dalam tandu dan tak pakai tudung pengantin? Awak dengar tak? Ada orang tanya awak. Saya bukan pengantin perempuan biasa. Tukang kuda yang saya pilih
untuk awak hari ini juga bukan orang biasa. Zhuge Kongyun. Sudahlah kalau awak
berpakaian menarik perhatian pada hari biasa, tapi kenapa awak masih
pakai warna merah hari ini? Suka hatilah saya mahu pakai apa. Apa kena-mengena dengan awak? Tukang Kuda Zhuge, saya berkahwin hari ini, cakaplah sesuatu yang bertuah untuk saya. Pengganas Malam masih belum ditangkap, kamu jangan terlalu gembira. Dua kegembiraan berlaku serentak, awak bertuah dapat menyaksikannya. [Bahagia] Sembah pertama kepada langit dan bumi. Sembah kedua kepada ibu bapa. Bagaimana dengan Xueman? Pernahkah awak
mempertimbangkan perasaannya? Perkahwinan sangat penting bagi wanita. Selama bertahun-tahun ini, dia mencurahkan
begitu banyak perasaan untuk awak dan dah lama mengharapkan hari ini. Adakah awak masih mahu dia risau tentang keselamatan suaminya hari ini? ♪ Berapa lama saat ini dinanti-nantikan? ♪
Saya dah dengar perbualan kamu tadi. Saya bersetuju
dengan rancangan abang seguru.
♪ Berpegangan tangan dan meniti hari tua ♪
Adik. Bila awak sampai?
♪ Pelita di sebalik tirai sulaman indah
menyinari musim bunga dan luruh ♪
Ayah,
ini memang perkahwinan
yang saya nantikan sekian lama.
Tapi sebelum itu, saya ialah seorang mata-mata.
♪ Berapa lama saat ini dinanti-nantikan? ♪
Sebagai seorang mata-mata,
saya tak boleh biarkan pembunuh
bebas berkeliaran dan tak boleh biarkan orang
yang tak bersalah mati dengan sia-sia.
♪ Bersulang sambil menyanyi
masa berlalu di bawah bulan ♪
Saya dan abang seguru
menerima gaji daripada kerajaan
♪ Kecantikan pudar ditelan usia ♪
dan dibiayai oleh rakyat.
Biarpun kami terpaksa menghadapi bahaya,
kami juga tak boleh berundur, apatah lagi ini
hanya sebuah majlis perkahwinan.
♪ Hanya berhenti untukmu ♪
Tambahan pula, kalau dapat
memanfaatkan perkahwinan ini
♪ Angin sepoi-sepoi
mencetuskan riak ombak ♪
untuk tangkap Pengganas Malam,
ia akan menjadi hadiah perkahwinan terbaik
♪ Berselerakan menjadi Bima Sakti ♪
yang saya dan abang seguru berikan
kepada diri kami sendiri.
Ayah, ♪ Hanya kerana pernah mencintaimu ♪
abang seguru tak pernah kalah,
saya percayai dia lebih
daripada sesiapa pun.
♪ Air sungai musim luruh
seakan bersambung dengan langit senja ♪
Pasti takkan ada masalah esok.
♪ Walaupun ♪ Abang, saya akan menemani awak untuk bantu ayah tangkap Pengganas Malam. Maaf, adik. Saya dah berjanji kepada tok guru agar takkan biarkan awak cedera. Jangan gunakan tenaga dalaman
untuk paksa titik akupunktur, awak akan cedera, tunggu saya balik. Pengganas Malam! Awak masih tak mengaku bersalah? Awak masih mahu saya teruskan? Ayah. Ayah! Tangkap dia!