Happily Ever After—Sealed with Love!💖 | Better Halves 明媒善娶 | iQIYI Malaysia

Jangan salahkan kanda
kerana bertindak kejam. [Dewan Zichen] Sesiapa yang letakkan senjata
takkan dibunuh, – orang yang melawan akan dibunuh!
– Melutut! Melutut! Lu Chi, awak masih hidup rupanya. Kamu semua sampah memanglah tak guna! Pengawal! Bawa Ningrat Pengaman keluar dari sini. Berambus! Dengar sini, saya tak kalah, ini cuma nasib saya tak baik. Kanda! Ayahanda, anakanda telah mengecewakan ayahanda. Mengebumikan Ningrat Pengaman dengan
upacara yang sepatutnya, tinggalkan jasad yang utuh. Junjung titah tuanku. Beta benar-benar tak sangka Ningrat Pengaman akan begitu gigih. Dia sepatutnya menyedari lebih awal, tak patut mengabaikan rakyat jelata kerana kepentingan peribadinya. Tuanku pun jangan risau, jika tuanku yang kalah hari ini, Ningrat Pengaman pasti
takkan berbelas kasihan. Kata-kata abang seguru memang benar. Sebelum ini,
Xu Ao melaporkan bahawa Telangkai Shi telah ditangkap olehnya. Abang seguru berada
di Gunung Qianya ketika itu, jadi tak dapat menyelamatkannya. Kali ini memang beta yang
menyebabkan kamu semua menderita. Tuanku terlalu merendah diri. Patik telah serahkan hal Ke
kepada orang yang boleh dipercayai. Rasanya dia baik-baik saja. [Kebijaksanaan sedalam laut]
Namun, awak
dan Telangkai Shi
memang mengalami kesusahan kerana beta. Lagipun, awak berjasa
kerana melindungi beta dan menenangkan pemberontakan, beta pasti akan
kurniakan ganjaran setimpal. Selain itu, beta akan mengurniakan bakal kak ipar. Termasuk saudara-saudara di Gunung Qianya, beta juga akan
mengurniakan ganjaran satu per satu. [Kebijaksanaan sedalam laut]
Junjung kasih, tuanku. Abang seguru, kita berdua ialah saudara, tak perlulah terlalu beradab kelak. Namun, tentang kurniaan ganjaran, mohon tuanku bincangkan kemudian. Keadaan di istana dah stabil sekarang, mohon tuanku izinkan patik
segera keluar istana untuk mencarinya. Jika tidak,
patik memang rasa tak senang hati. Betul itu. Beta yang cuai.
[Kebijaksanaan sedalam laut]
Abang seguru cepat pergi, jangan berlengah lagi. Baiklah. Ke! Ke! Ke! Ke. Akhirnya saya terlambat juga. Abang Lu. Ke! Ke! Ke. Jangan takut,
♪ Walaupun tak ingat ♪ saya ada di sini. ♪ Hari-hari yang letih ♪ ♪ Tetapi tidak pernah lupa ♪ ♪ Kali pertama berjumpa dengan kau ♪
Abang Lu, saya baik-baik saja.
♪ Biarpun cinta ini ♪ ♪ Tiada bentuk dan bunyi
siang dan malam ♪
Ke, awak baik-baik saja.
♪ Tak ada kaitan dengan cinta
dan pesona dunia ♪ ♪ Selagi kau mulai sekarang ♪ ♪ Tiada beban
tiada kebimbangan dan kerisauan ♪ ♪ Nikmati rasa prihatin ini ♪ ♪ Tak peduli hiruk-pikuk dunia fana ini ♪ ♪ Adakah perubahan akan berlaku ♪ ♪ Aku rela menggunakan seluruh hidupku ♪ Abang Lu.
♪ Untuk melindungi kau ♪ ♪ Walaupun aku akan ♪
Awak pernah berjanji kepada saya bahawa
♪ Memanjakan kau
sehingga tidak terkawal ♪ akan balik dengan
selamat bersama cap mohor.
♪ Di depan mata atau di hujung langit ♪ ♪ Walau bagaimanapun
aku juga ♪ ♪ Dengan sepenuh hati
selama-lamanya ♪
Saya sentiasa menunggu kepulangan awak. ♪ Sentiasa merindui kau ♪ ♪ Walaupun lautan berubah
menjadi daratan ♪ ♪ Tidak lagi sama seperti dahulu ♪ ♪ Sila ingat pada masa lalu ♪ Saya dah balik.
♪ Pemuda yang berseorangan itu ♪ ♪ Sejak itu dia tak mahu
berpisah dengan kau ♪
Saya takkan meninggalkan awak lagi. Saya memang terpaksa untuk merahsiakan semua hal ini sebelum ini. Namun, keadaan negara
kembali aman sekarang, pengkhianat pun telah dihukum. Saya harus menjelaskan semuanya untuk menghilangkan keraguan
pak cik dan mak cik. Dari awal hingga akhir, perasaan saya terhadap
Ke tak pernah berubah, mohon pak cik dan
mak cik mempertimbangkannya. Tuan Muda Lu, tak perlu terlalu beradab. Awak berbakti kepada negara dan rakyat, memang seorang yang mulia dan berbudi. Lagipun, awak menyembunyikan pengenalan bukan untuk menipu kami. Saya bukan saja seorang telangkai, tapi juga mak kepada Ke. Hal anak-anak harus
mendapat pendapat mereka. Ke, hari ini Tuan Muda Lu
datang untuk peminangan, apa pendapat awak? Awak sudi atau tak? Ke dah lama mencintai Lu Chi, Ke takkan berkahwin dengan sesiapa
kecuali Lu Chi. ♪ Di dunia yang penuh gelora ini
kerana dirimu ♪ ♪ Segalanya dipenuhi dengan keajaiban ♪
Terima kasih, mak. ♪ Hanya kau yang buatku rela berkorban ♪ ♪ Hingga nyawa pun sanggup aku serahkan ♪ ♪ Aku janjikan dunia seindah
puisi dan lukisan ♪ Namun…
♪ Asalkan kau jadi milikku ♪
Sayang, ada apa lagi? Budak ini memang bagus!
♪ Tidak berebut siapa harapan dunia ♪
Namun, kamu masih perlu menunggu selepas abang-abang awak berkahwin.
♪ Tenggelam dalam lautan manusia ♪ Apa pun, harus mengikut urutan umur.
♪ Bersembunyi di dunia kecil sendiri ♪ ♪ Hanya aku yang buat kau rela ♪
Terima kasih, mak!
Terima kasih, mak! Awak dah hampir berkahwin, gembira tak?
♪ Melepaskan kesunyian ♪
Gembiralah! ♪ Asap dapur berkepul perlahan ♪ ♪ Pasangan ini ♪ ♪ Tak peduli siapa legenda
di dunia pendekar ♪ Abang Lu! Kenapa awak
tidak beritahu saya lebih awal? Mari, duduk dulu. Duduk dulu dan cakap. Beritahu awak tentang apa? Baginda ialah Tuan Muda Huang, Tuan Muda Huang yang ditemui
oleh Qiyue ialah baginda. Sekarang baginda mahu kahwin dengan Qiyue, meminta saya menjadi telangkai pula. Namun, Qiyue masih berdegil
dengan Encik Lin Yuan. Lebih-lebih lagi, Qiyue ialah… Dialah… Sekarang semuanya berserabut, apa yang boleh buat? Tak kira siapa Cik Yan, baginda pun boleh mengahwininya. Tambahan pula, bukankah bagus jika baginda
mengahwini Cik Yan? Dengan begini,
Cik Yan tak perlu runsing lagi siapa yang akan dikahwini. Sebenarnya memang bagus, tapi saya tak tahu apa-apa, bercakap sesuka hati di hadapan baginda. Sekarang pula, baginda minta saya
mengenal pasti perasaan Qiyue. Abang Lu, ini semua salah awak. Kenapa tak beritahu lebih awal? Ini… Macam mana saya nak beritahu? Habislah sekarang, tiada apa yang boleh saya lakukan lagi. Ke, awak paling bijak, pasti ada penyelesaian. Saya benar-benar tak dapat fikirkan
penyelesaian untuk masalah ini. Jika seseorang membantu saya
menyelesaikan masalah ini, saya akan bersetuju apa saja kepadanya. Abang Lu, awak sudi membantu saya tak? Awak perlu selesaikan masalah ini sendiri. Tapi saya boleh beritahu awak sesuatu, mungkin boleh membantu awak. Baginda ialah Encik Lin Yuan. Saya pergi jumpa Qiyue sekarang. Abang Lu. Ke. Mari, saya bawa awak ke suatu tempat. Sekejap. Saya ada sesuatu yang ingin beritahu awak. Tapi hanya awak seorang saja
yang tahu perkara ini, tak boleh beritahu sesiapa pun, terutamanya baginda. Saya bersumpah,
takkan beritahu orang lain. Qiyue ialah puteri negara Gaoyou. Cik Yan ialah seorang puteri? Ke, bukankah ini perkara baik? Kenapa tak boleh beritahu? Tuan Muda Huang ialah maharaja, Qiyue ialah puteri negara Gaoyou. Asalnya mereka saling mencintai, perkahwinan yang sangat sempurna. Namun, mereka mempunyai kerunsingan
yang belum diselesaikan sekarang. Kerunsingan? Walaupun Qiyue suka akan Tuan Muda Huang, namun dia tak sanggup melupakan Encik Lin Yuan, berbelah bahagi antara cinta
dengan tanggungjawab. Baginda pula berbelah bahagi sama ada Qiyue
benar-benar ikhlas atau tidak. Baginda tak tahu sama ada Qiyue suka kepada Encik Lin Yuan atau Tuan Muda Huang. Dia ingin tahu perasaan sebenar Qiyue. Jadi, saya mesti membantu mereka
menyelesaikan kerunsingan mereka supaya mereka dapat melihat
keikhlasan hati masing-masing. Biar fikir perkara mereka kemudian, selesaikan masalah kita dulu. Mereka berdua akhirnya hanya ada satu sama lain
dalam hati mereka. Jangan terburu-buru, pasti dapat menyelesaikan kerunsingan
dan akhirnya bersama. Namun, saya tak dapat menunggu lagi. ♪ Aku genggam erat benang takdir ♪
Abang Lu, awak nak bawa saya ke mana? ♪ Andai kau hadir dalam mimpiku ♪ ♪ Aku rela kau yang memimpinku ♪ ♪ Hati ini takkan berubah ♪
Sini rumah saya. ♪ Tak terungkai namun tetap rindu ♪
Rumah awak? ♪ Tak pasti ini manis atau derita ♪
Sini rumah saya?
Rumah awak? ♪ Seumur hidup ♪
[11 tahun] [12 tahun] [13 tahun]
♪ Simpulan hati kita bersama ♪ ♪ Ikatan bahagia di dunia yang sempurna ♪
[14 tahun]
[15 tahun] ♪ Puisi indah ditulis dakwat pekat ♪
Apa semua ini? Ke, saya tak pernah menemani awak sejak kecil
sampai dewasa.
♪ Keharmonian getarkan hati orang ♪
Kini kita bertemu, saya harap dapat menebus hadiah
hari jadi awak satu demi satu.
♪ Benang kasih saling menyatu ♪ ♪ Jadi simpulan hati yang bersatu ♪ ♪ Pegang tangan ♪ [Genap sebulan]
♪ Tidak melepaskan ♪
♪ Sehingga selamanya ♪
Awak akan pakai ini semasa genap sebulan. ♪ Hanya ingin rinduku
dipangkas angin musim bunga ♪ [Genap sebulan]
♪ Tahun demi tahun bertemu
tak perlu cemburu pada dewa ♪ ♪ Pegang tanganmu sambil
menikmati bintang-bintang ♪
Ini hadiah hari jadi awak
semasa berumur setahun, ♪ Benang kasih saling menyatu ♪
gendang kecil yang saya buat sendiri
untuk awak. ♪ Jadi simpulan hati yang bersatu ♪ ♪ Jika tanah ladang ♪ ♪ Ubah jadi lautan ♪ ♪ Hati ini takkan berubah ♪
[Setahun] Semua hadiah yang berbeza ini
[Tiga tahun]
ialah hadiah hari jadi awak.
[Empat tahun] [Lima tahun] [16 tahun] Yang ini… [Tidak berpisah, inilah janji kita,
pegang tanganmu, bersama sehingga tua] [Tidak berpisah, inilah janji kita,
pegang tanganmu, bersama sehingga tua]
♪ Aku gadis yang tiada tandingan ♪ ♪ Tuan muda bagai permata tanpa cela ♪
[Tidak berpisah, inilah janji kita,
pegang tanganmu, bersama sehingga tua]
♪ Siapa yang malu untuk
meluahkan perasaan? ♪ ♪ Pipi yang merah ♪ ♪ Hati yang tidak tenang ♪ ♪ Hati siapa yang resah? ♪ ♪ Biarkan dunia luas
pemandangan indah seperti lukisan ♪ Ke. ♪ Hati yang diikat ♪ ♪ Seperti terperangkap di tebing ♪ ♪ Lebih baik aku hadapi dengan tenang ♪ ♪ Supaya tiada penyesalan ♪ ♪ Tak apalah ♪ Tidak berpisah, inilah janji kita,
♪ Lihat bunga pic mekar di dahan ♪
pegang tanganmu, bersama sehingga tua.
♪ Usia menginjak dewasa ♪ ♪ Tanpa sedar sudah ada yang dirisaukan ♪
Inilah isi hati saya. Sekarang, saya ingin bertanya
tentang isi hati awak.
♪ Ada sesetengah jodoh memang
tak perlu pun wujud ♪ Adakah awak sudi berkahwin dengan saya?
♪ Diikat dengan benang merah ♪ ♪ Kata-kata telangkai menjadikan
cinta seolah rumit ♪
Hidup bersama saya,
sehingga tua bersama. ♪ Dengar kata-kata cinta yang
tak tahu di mana harus disimpan ♪ ♪ Tidak dikira elegan ♪
Saya sudi. ♪ Padankannya dengan keikhlasan
juga dikira harmoni ♪ ♪ Ada budi yang ingin dibalas ♪ ♪ Namun tiada jasa untuk ditawarkan ♪ ♪ Menyerahkan diri ialah cara terbaik ♪ ♪ Menyerahkan diri ialah cara terbaik ♪ ♪ Biarkan dunia luas
pemandangan indah seperti lukisan ♪ ♪ Hati yang diikat ♪ ♪ Seperti terperangkap di tebing ♪ ♪ Lebih baik aku hadapi dengan tenang ♪ ♪ Supaya tiada penyesalan ♪ ♪ Supaya tiada penyesalan ♪ ♪ Tak apalah ♪ ♪ Lihat bunga pic mekar di dahan ♪ ♪ Usia menginjak dewasa ♪ ♪ Tanpa sedar sudah ada yang dirisaukan ♪ ♪ Ada budi yang ingin dibalas ♪ ♪ Namun tiada jasa untuk ditawarkan ♪ ♪ Menyerahkan diri ialah cara terbaik ♪
[Tidak berpisah, inilah janji kita,
pegang tanganmu, bersama sehingga tua]