Turns Out the Mole Was… Shocking! 😱💥| The Wanted Detective 定风波 | iQIYI Malaysia
Dia dah meninggal dunia. Jangan datang dekat. Jangan datang dekat! Kalau kamu datang, saya akan bunuh kamu. Jangan datang dekat! Jangan datang dekat! Dia sedang buat apa? Jangan datang dekat! Kamu jangan datang dekat! Jangan datang dekat! Jangan datang dekat! Pemilik! Saya dah menjadi dewa, saya takkan mati! Tujuh lubang di kepalanya berdarah. Apa yang kamu boleh buat terhadap saya? Pemilik! Habislah. Habislah. – Unit Mata-mata Elit bertugas, berundur!
– Berundur. Unit Mata-mata Elit bertugas, berundur! Dia dah meninggal dunia. Dia… Ada apa, Cik Huo? Cara dia mati sangat serupa
dengan ayah saya. Pemilik Chu! [Hari jadi]
Pemilik Chu! Pihak Unit Mata-mata Elit ada di sini, harap semua bekerjasama. Semua orang berehat di vila ini. Sebelum kes ini diselesaikan, kamu dilarang keluar dari vila ini. Feng Qingzhuo, awak dan Tong Shuang cepat bawa mayat itu ke rumah mayat
untuk menjalankan bedah siasat. Adik seguru, kita bertiga menggeledah di dalam vila, lihat ada petunjuk atau tidak. [Amal] [Rumah mayat] [Tanggal 1 bulan ke-7]
[Bayar 1950 tahil kepada pihak Weizhou] [Tanggal 21 bulan ke-8]
[Bayar 2420 tahil kepada pihak Weizhou] [Tanggal 7 bulan ke-5] [Terima 98 tahil
daripada Liu di selatan kota] [Tempahan bahan: 57 pesanan] Bagaimana dengan bedah siasat? Si gila memang hebat, dia terus dapat mengesan
apa yang tak kena. Saya menemui banyak kristal merah di dalam eliksir yang masih tertinggal di dalam perut Chu Guangsha, saya mengesyaki bahawa eliksir itu ialah sumber racun. Tapi keadaan keracunan Chu Guangsha dan Huo Zongyao masih mempunyai perbezaan. Apa perbezaannya? Kristal merah Huo Zongyao telah dibubuh ke dalam teh kesihatannya, jumlahnya sedikit dan sukar dikesan, dia mengambilnya selama setengah tahun barulah menyebabkan keracunan kronik. Chu Guangsha pula berbeza. Otaknya tak berlubang-lubang seperti otak Huo Zongyao. Selain itu, di dalam mata,
telinga dan hidungnya, ada banyak darah hitam. Ini juga boleh membuktikan bahawa dia telah mengambil sejumlah besar kristal merah dalam masa yang singkat, akhirnya dia meninggal dunia
akibat otaknya pecah. Maksudnya, ada orang yang mahu membunuhnya hari ini? Betul. Kami baru saja dapat siasat
tentang Chu Guangsha, Chu Guangsha terus mati pula, ini mesti bukan kebetulan. Tapi Gundik Feng dah mati, siapa lagi yang boleh tahu bahawa kristal merah boleh menyebabkan
ilusi dan membunuh orang? Siapa lagi yang
boleh memiliki racun begini? Tabib yang tempang itu dan… Huo Dairong. Cik Huo? Mana mungkin? Biarpun Cik Huo mahu meracuni dia, Cik… Cik Huo sepatutnya mengelak diri daripada kamu, kenapa dia nak mengumpan kita ke sana? Bu… Bukankah ini sama seperti cari mati? Lagipun, kamu juga cakap bahawa dia
seorang gadis yang bijak, mungkinkah dia melakukan
perkara sebodoh ini? Ini pasti bukan angkara Cik Huo. Nafsu boleh membawa maut. Jika tergoda oleh kecantikan wanita,
seseorang mungkin akan mati. Awak fikirlah baik-baik. [Jiu, anak murid Aliran Qingshan]
Awak yang sentiasa hantar eliksir? Pernahkah eliksir diserahkan
kepada orang lain dalam perjalanan? Tak. Selepas eliksir siap dihasilkan, untuk mengekalkan aura dewanya, tok guru akan meletakkannya ke dalam kotak jed lalu menyerahkannya kepada saya, kemudian saya akan menghantarnya
ke Vila Guangsha. Dalam perjalanan menghantar eliksir,
saya berseorangan, pasti tiada orang lain yang pernah menyentuh eliksir itu. Kalau begitu,
orang yang menerima eliksir itu ialah Chu Guangsha atau orang lain
daripada Vila Guangsha? Mestilah Pemilik Chu. Eliksir ini tak boleh dicemari
oleh kekotoran duniawi, jika ia pernah disentuh oleh orang biasa, eliksir ini akan tercemar. Jadi selama ini, Pemilik Chu yang menerima eliksir itu. Maksud awak, orang yang pernah menyentuh eliksir itu hanyalah tuan pendeta, awak dan Chu Guangsha? Tak, Cik Huo, saya hanya menghantar eliksir, tak pernah menyentuh eliksir itu. Pertapa Jiu juga seorang yang bertapa. Semasa menghantar eliksir, tidakkah awak berasa ingin tahu tentang rupa eliksir yang membolehkan seseorang menjadi dewa? Saya tak berani. Selepas eliksir dihasilkan, tok guru akan meletakkannya ke dalam kotak jed, terus memeterainya dengan tanah liat api dan mengecapnya dengan cap peribadi. Jika saya membukanya dalam perjalanan, hal ini pasti akan diketahui. Tak kira betapa saya ingin tahu, saya tak berani buat apa-apa. Jarak dari Gunung Qingtai ke Vila Guangsha tidaklah dekat, bagaimana Pertapa Jiu
menghantar eliksir itu? Saya hantar ubat dengan berjalan kaki. Berjalan kaki? Betul. Kamu tak tahu, amalan zahid ialah asas pertapaan bagi aliran dewa. Oleh itu, tak kira ke mana anak-anak murid Aliran Qingtai mahu pergi, mereka hanya boleh bergantung
pada kaki mereka, ini juga dilakukan agar para dewa dapat melihat keikhlasan hati kami. Dengan berjalan kaki? Berapa lama masa yang diperlukan? Waktu tengah hari ialah masa puncak bagi peningkatan tenaga Yang dan juga masa terbaik untuk mengeluarkan eliksir dari relau. Jiu perlu sampai sebelum matahari terbenam pada jam Xu (Jam 19-21), iaitu ketika tenaga Yin dan Yang bertukar, kemudian menghantar eliksir kepada orang yang akan makannya. Jadi perjalanan pergi dan balik ini telah menjadi jalan untuk anak-anak murid bertapa. Perjalanan ini memenatkan, sepanjang perjalanan ini, tiada tempat untuk berehatkah? Masa untuk menghantar eliksir terhad, manalah saya berani berhenti
sepanjang perjalanan ini? Kami tiada soalan lagi, terima kasih kepada tuan pendeta
dan Pertapa Jiu. Selepas kami selesai memeriksa
eliksir rosak, kami akan berikan penjelasan
kepada pihak Aliran Qingtai. Apa yang awak nak buat? [Unit Mata-mata Elit]
Orang daripada Unit Mata-mata Elit? Apa yang awak nak buat di pasar gelap? Tiada apa-apa yang saya nak buat, saya cuma nak tanya awak sesuatu, jawab dengan jujur, jangan awak seperti mendukung biawak hidup. Dah ada keputusan. Bagaimana? Apa jangka hayat dan tahap pertapaan? Ini cuma ubat tonik biasa yang dicampur dengan raksa
dan batu kuning. Yang ada di dalam perut Chu Guangsha, sekurang-kurangnya
ia mengandungi kristal merah, tapi ini langsung tak ada unsur kristal merah. Maksud awak, eliksir yang dihasilkan oleh tuan pertapa dan eliksir yang dimakan
oleh Chu Guangsha adalah berbeza? Betul, sekarang jadi pelik pula. Kata pertapa muda, ubat ini dibawa bersamanya
sepanjang perjalanan, dia tak pernah bertemu dengan orang lain sepanjang perjalanan dan tak pernah berhubungan
dengan orang lain. Jika ada orang yang
mahu menukar eliksir ini, bagaimana dia melakukannya? Pertapa Jiu itu berbohong. Berbohong? Ketika itu, saya nampak ekspresinya agak cemas, tapi apabila orang biasa disoal siasat
oleh pihak Unit Mata-mata Elit, itu tindak balas biasa. Dia juga ada pergerakan kecil lain
ketika itu. Punggung? Bukan hanya punggung, bahagian pinggul juga. Dia cedera dan kecederaan itu baharu. Kalau begitu, apa yang dia buat sampai boleh mencederakan pinggul
dan punggungnya? Menunggang kuda. Selain itu, saya nampak pangkal ibu jarinya bengkak dan memerah. Dia mungkin tak mahir menunggang kuda, ini disebabkan oleh tindakan
menarik tali kekang untuk masa yang lama. Pertapa muda itu memang menipu kita, dia langsung tak mengamalkan amalan zahid dengan berjalan kaki seperti
yang dikatakan oleh tok gurunya, dia menghantar ubat
dengan menunggang kuda. Jangka masa menunggang kuda ke Vila Guangsha jauh lebih cepat daripada berjalan kaki. Dalam tempoh ini, dia boleh melakukan banyak perkara. Kala begitu, mari kita lekas pergi
ke Gunung Qingtai. Susahlah kalau dia larikan diri nanti. Mana Mata-mata Zhong? Silakan beritahu. Mengenai kematian Chu Guangsha, sebenarnya kita mempunyai salah faham selama ini bahawa eliksir itu ditukar semasa dalam perjalanan penghantaran. Kalau memang begitu, maka Cik Huo takkan ada sebarang syak wasangka, tapi sehingga saya menemukan kotak ini di dalam bilik Chu Guangsha, barulah saya tahu cara sebenar pembunuh. Apa masalahnya dengan kotak ini? Cuba buka. Kenapa boleh jadi begini? Cuba tutup dan buka sekali lagi. Ini kotak bermekanisme? Betul, pembunuh hanya perlu letakkan racun di dalam kotak
terlebih dahulu dan menghantar ke Gunung Qingtai. Selepas pendeta tua buka ia, dia sangka ia kotak kosong, lalu masukkan eliksir ke dalam kotak, tapi sebaik saja kotak ini ditutup, mekanisme akan menarik lapisan atas ke bahagian bawah secara automatik. Apabila kotak dihantar
kepada Chu Guangsha, Chu Guangsha hanya dapat nampak racun di dalam kotak itu. Maksudnya, eliksir itu dah ditukar semasa ia dihasilkan. Kalau begitu, cepatlah menyiasat kedai mana yang buat kotak ini. Kotak jed ini dibuat khas oleh kedai barangan jed
untuk Chu Guangsha. Inilah kotak yang kami ambil dari kedai itu. Saya dah periksa, ia kotak yang biasa saja. Memandangkan kotak tak bermasalah, bagaimana kotak bermekanisme ini dapat dihantar kepada pendeta tua? Senang saja, sama seperti prinsip
kotak bermekanisme ini, tipu muslihat. Pada awal pagi tanggal 15 setiap bulan, sebelum eliksir dihasilkan, saya akan hantar kotak ke Gunung Qingtai
tepat pada masanya. Kawasan mana di Gunung Qingtai? Di kaki gunung, ada pendeta dari gunung
akan datang mengambil. Kotak itu memang dihantar pada awal pagi tanggal 15 setiap bulan. Ia dihantar sendiri
oleh tauke kedai barangan jed ke kaki gunung, tapi semalam, orang yang menghantar kotak
ialah seorang pekerja, dia yang naik ke gunung. Dia naik ke gunung? Betul. Sebaik saja saya keluar dari tokong,
[Tokong Awan Putih]
saya terserempak dengan dia di sini.
Saya masih fikir pada masa itu, dia mungkin pekerja baharu, bagus juga
kerana dapat menjimatkan tenaga saya. Saya dah faham. Jelasnya penghantar itu menghantar kotak ke kaki gunung, tapi penerima itu menerima kotak
di pintu masuk Gunung Qingtai. Pembunuh itu menyamar sebagai pendeta daripada Aliran Qingtai dulu untuk tipu tauke kedai barangan jed di kaki gunung, kemudian menyamar sebagai pekerja untuk menghantar kotak bermekanisme kepada pendeta di Gunung Qingtai. Tipu muslihat yang hebat. Cik Huo memang pandai. Tapi biarpun kita tahu
cara jenayah dilakukan, kita masih tak dapat
mengenal pasti pembunuhnya. Tak semestinya. Awak dah tahu siapa pembunuhnya? Cik Huo. Sampai bila awak nak bersembunyi lagi? [Tokong Awan Putih] Kamu masih mengesyaki saya? Pada hari Chu Guangsha meninggal dunia, saya sentiasa bersama dengan kamu. Adakah kamu tersilap? Tak silap. Cik Huo, awak masih ingat apa yang berlaku semasa kita pertama kali pergi ke Gunung Qingtai? Jadi, orang yang pernah menyentuh eliksir hanya pendeta tua, awak dan Chu Guangsha. Tak, Cik Huo, saya hanya menghantar eliksir, tak pernah menyentuh eliksir itu. Tiada seorang pun daripada kita yang pernah memperkenalkan nama kita kepada Pertapa Jiu, tapi Pertapa Jiu terus memanggil awak sebagai Cik Huo. Ini menunjukkan
bahawa orang di Gunung Qingtai dah lama mengenali awak, jadi saya suruh Tong Shuang menyiasat tentang orang suruhan yang awak telah pecat dari Kediaman Huo, Orang di Kediaman Huo kata sejak Gundik Feng jatuh sakit, Cik Huo akan pergi ke Gunung Qingtai pada tanggal 15 setiap bulan untuk mendoakan Gundik Feng. Adakah ini benar? Kalau eliksir itu memang ditukar semasa dalam perjalanan penghantaran, Cik Huo memang tiada peluang, tapi kalau Cik Huo bergegas ke Gunung Qingtai pada awal pagi, kemudian bergegas balik ke Kediaman Huo dan akhirnya pergi ke Vila Guangsha bersama kita dengan berkuda laju, awak masih sempat. Ini… Pendeta tua juga pernah kata Chu Guangsha dah lama makan eliksir ini. Bagi Cik Huo yang pergi ke Gunung Qingtai setiap bulan, ini bukan perkara
yang sukar bagi awak untuk mengetahui
proses penghantaran eliksir. Tambahan pula, kemahiran penyamaran Cik Huo tiada tandingan. Sama ada menyamar sebagai pendeta tua atau Pertapa Jiu, semua itu bukan masalah bagi awak. Awak menggunakan alasan
menyiasat asal usul untuk pergi ke Vila Guangsha bersama kami adalah untuk biarkan kami menjadi saksi masa
yang terbaik untuk awak. Semua ini hanya tekaan awak, langsung tiada bukti yang kukuh. Tak, kami ada bukti. Salji Xishi ini dah banyak membantu kami. Tauke masih ingat pendeta yang menerima kotak itu? Saya tak ingat wajahnya dengan jelas, tapi pendeta yang datang
untuk mengambil kotak berbeza setiap kali. Saya ingat pendeta itu mempunyai sejenis bau bedak wangi yang sangat kuat dan istimewa. Betul, orang yang menghantar kotak itu mempunyai bau bedak wangi yang istimewa. Ia bau yang sangat unik, jadi saya ingat dengan jelas. Bau ini? Saya masih fikir pada masa itu, pendeta di gunung itu sepatutnya berbau colok. Bagaimana boleh berbau bedak wangi? Peliknya. Tauke masih ingat bau ini? Betul, memang bau inilah. Tauke kedai barangan jed dan pendeta daripada Gunung Qingtai mengesahkan bau wangi ini. Cik Huo, apa lagi yang awak boleh katakan? Ini juga boleh dikira sebagai bukti? Kenapa saya nak bunuh Chu Guangsha? Cerita ini panjang. Mungkin ada kaitan dengan Pengganas Malam. Xiao Beiming, awak dah gila? Demi menyelesaikan kes, awak menuduh saya ialah Pengganas Malam? Tiada gunanya cakap banyak. Ikut saya balik ke Unit Mata-mata Elit. Jangan harap! Awak tak boleh menolak. Tak sangka Qing Ying reti kung fu. Dia bukan gadis suruhan yang awak kenali. Qing Ying. Apa sebenarnya yang berlaku? Perkara dah sampai tahap ini, jangan menentang lagi. Bila kamu mula mengesyaki saya? Awak menyamar dengan baik, tapi masih ada beberapa kelemahan. Pertama ialah Gundik Feng, semasa seorang ibu
yang sangat menyayangi anaknya hampir meninggal dunia, orang yang paling tak rela ditinggalkan
dan paling ingin jumpa sepatutnya ialah anaknya sendiri, tapi semasa dia hanya tinggal nafas terakhir, dia memandang awak dan dia menyerahkan anaknya kepada awak. Qing Ying. Mak. Saya serahkan anak saya kepada awak. Jaga cik awak dengan baik. Baik. Berdasarkan naluri saya, ini bukan sekadar permintaan biasa, tapi minta jaminan daripada awak kerana nyawa anaknya berada dalam tangan awak. Ada ramai orang di sana pada masa itu, tiada seorang pun yang mengesyaki saya. Tak sangka awak dapat perasan kelemahan kecil sebegini. Bukan ini saja. Perkara yang kami beritahu Cik Huo tadi semuanya benar, cuma selain Cik Huo, ada seorang lagi yang pergi ke Gunung Qingtai setiap bulan dan menggunakan bedak wangi yang sama dengan Cik Huo. Orang ini ialah gadis suruhan
yang sentiasa berada di sisinya dan takkan menimbulkan kecurigaan sesiapa pun. Cik Huo. Adakah Qing Ying juga menggunakan Salji Xishi? Kami berdua berkongsi barangan solekan
sejak kecil hingga dewasa. Orang akan terbiasa dengan bau dirinya dan tak menyedari perubahan. Cik Huo sedang berkabung baru-baru ini, langsung tak memakai bedak wangi. Jadi, orang ini hanya mungkin awak. Qing Ying!