A Deadly Blaze Nearly Tore Them Apart. 🔥💔| Bright Eyes in the Dark 他从火光中走来 | iQIYI Malaysia

♫ Apabila aku berjalan ke arahmu ♫ ♫ Dengan berani ♫ ♫ Ternyata pandangan matamu juga tegas ♫ ♫ Seperti matahari terbenam mengejar ombak ♫ ♫ Sangat bertuah ♫ ♫ Ternyata kau ♫ ♫ Di sini ♫ Pusat arahan. Saya Yang Zhengang daripada Balai Bomba Khas Jalan Heping. Kami dah menemui tangki yang terbakar. Sekarang kami bersedia untuk mengendalikannya. Pusat arahan dah terima. Kamu semua berhati-hati. Balik dengan selamat. Baik. Keadaan sekarang tak dapat diselesaikan dengan air dari bawah tanah saja. Kita perlu panjat ke atas tangki untuk padamkan api. Yang. Biar saya pergi. Saya pergi. Tak boleh! Yang, biar saya pergi! Yang, saya pergi! Biar saya pergi! Sudahlah, jangan berebut lagi! Saya pergi. Ini arahan. Muncung Api No. 1, turunkan suhu badan tangki. Muncung Api No. 2, lindungi saya! Ya! Tolong saya tukar sut penebat haba! Baik! Pancutkan sedikit air ke bawah. Yang! Cepat. Angkat Yang ke bawah. Jom! Jangan datang dekat! Saya tak apa-apa! Kurangkan suhu di sekeliling. Baik. Pancutkan air lebih tinggi! Pancut ke atas! Pancut ke atas! Pancut ke atas! Tekanan air! Buih terlalu kecil! Tak cukup! Yijiu. Di mana Ketua Balai Lin? Di mana dia? Di mana dia? Hospital. [Bomba dan Penyelamat China] [Hospital Rakyat Pertama Beixun] Ada tak seorang ahli bomba cedera yang bernama Lin Luxiao? Baik, biar saya siasat di sini. Ada tak? Nan Chu. [Wad Pesakit Dalam] ♫ Apabila aku berjalan ke arahmu ♫ ♫ Dengan berani ♫ ♫ Ternyata pandangan matamu juga tegas ♫ ♫ Ternyata hati kita telah mendekati secara perlahan-lahan ♫ ♫ Aku berlari kepadamu ♫ ♫ Gunakan angin untuk memeluk riak ♫ ♫ Aku berlari kepadamu ♫ ♫ Seperti matahari terbenam mengejar ombak ♫ ♫ Sangat bertuah ♫ ♫ Ternyata kau ♫ ♫ Di sini ♫ ♫ Ternyata pandangan matamu juga tegas ♫ ♫ Ternyata hati kita telah mendekati secara perlahan-lahan ♫ ♫ Aku berlari kepadamu ♫ ♫ Gunakan angin untuk memeluk riak ♫ ♫ Aku berlari kepadamu ♫ ♫ Seperti matahari terbenam mengejar ombak ♫ ♫ Sangat bertuah ♫ [Sayangi nyawa, dedikasikan keikhlasan]
♫ Ternyata kau ♫ Awak risau, kan? Saya tunggu awak selama ini. Saya tunggu awak di balai bomba. Semua orang dah balik. Saya tak nampak awak balik. Saya tanya Yijiu, dia kata awak berada di hospital. Saya takut saya tak dapat jumpa awak lagi. Bukankah saya dah balik? Awak balik dengan selamat, ini lebih baik daripada apa-apa pun. Saya dah balik. Kali ini, Zhengang yang tercedera. Apa yang berlaku? Kami terima arahan bahawa api dah merebak ke kawasan tangki minyak. Tapi semalam… sebab saya sedang digantung kerja, Zhengang sebagai komander di tempat kejadian, arahkan saya dan Liu Ruyi jadi penembak air untuk melindunginya dari bawah. Kemudian, dia bergegas ke atas. Yang! Yang! Yang! Yang! Cepat selamatkan orang! Selamatkan orang! Ini… Ini… Patutlah saya tak rasa apa-apa. Dah tiada. Tak apa pun kalau dah tiada. Jangan bermuka masam. Saya belum mati. Cuma kurang satu kaki. Tak apa. Tak ada apa-apa masalah pun. Dulu, saya selalu berfikir bila boleh berehat baik-baik, boleh keluar berjalan-jalan dan melancong ke tempat lain. Baiklah. Akhirnya, hasrat saya tercapai. Agak bagus. Zhengang. Semuanya salah saya. Apa kaitannya dengan awak? Jika bukan kerana saya digantung kerja, awak tak perlulah pergi. Awak pergi? Awak pergi lebih baik daripada saya pergi? Awak jangan menanggung semua tanggungjawab sendiri. Saya beritahu awak, perkara ini ialah satu kemalangan. Satu kemalangan. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Tak apa. Ketua Detasemen Meng. Kamu semua sudah datang. Semua dah datang. Zhengang. Berehat baik-baik di sini. Sembuh secepat mungkin. Rakan-rakan seperjuangan harapkan awak kembali ke pasukan secepat mungkin. Terima kasih, Ketua Detasemen Meng. Terima kasih, semua. Saya baik-baik saja. Tak apa. Kalau nak makan apa-apa, biar mereka hantar. Jika ada apa-apa permintaan, beritahu saya. Tiada apa-apa permintaan. Tiada permintaan pun kami perlu menjaga awak. Saya pemimpin awak dan rakan seperjuangan awak. Awak masih ingat tak? Hari pertama kamu baru masuk pasukan, saya pernah cakap, rakan seperjuangan untuk sehari, rakan seperjuangan untuk selama-lamanya. Hari ini, kita di sini untuk meratapi [Keagungan wira wujud selama-lamanya, semangat setia para perwira kekal selama-lamanya]
pengorbanan para jurulatih
dan anggota bomba
yang terkorban dengan gagah berani
dalam letupan besar di Pelabuhan Nanwan. Demi kepentingan rakyat, mereka mengorbankan nyawa sendiri yang muda dan cemerlang. Roh dan jiwa mereka takkan hapus, [Takziah]
semangat mereka akan kekal selama-lamanya. Kita akan mengingati setiap wajah senyuman yang telah hilang, meneruskan semangat yang memikul tanggungjawab dan beban. [Keagungan wira wujud selama-lamanya, semangat setia para perwira kekal selama-lamanya]
Inilah kepercayaan meraka
yang terukir dalam jiwa, ini juga monumen yang tak dapat dilupakan oleh para junior. Mereka menyerahkan nyawa kepada kami. Mereka akan hidup dalam hati kita semua selama-lamanya. Tabik! [Keagungan wira wujud selama-lamanya, semangat setia para perwira kekal selama-lamanya] Nan Chu. Pada zaman damai, pekerjaan bomba ialah salah satu pekerjaan yang paling berbahaya. Pada hari letupan di Pelabuhan Nanwan, kami juga melewati Malaikat Maut. Kami boleh hidup bukan kerana kemahiran peribadi kami lebih hebat daripada mereka, tapi kerana kami pergi lewat. Walaupun begitu, Zhengang juga kehilangan satu kaki. Di belakang setiap perwira, ada sebuah keluarga yang hancur. Semasa Ketua Detasemen Meng jadi ketua pasukan, dia selalu berkata, “Banyak berpeluh semasa berlatih, kurang berdarah semasa berperang.” Tapi sebenarnya kami tahu dengan jelas, tak kira betapa sukarnya dan tekunnya kami berlatih pada hari biasa, apabila menghadapi bencana, kami cuma badan biasa yang akan berdarah. Tiada orang yang boleh mengelakkan kematian. Nan Chu. Saya dah cakap banyak dengan awak kerana saya mahu biar awak fikir baik-baik. Saya dah fikir masak-masak. Hari yang bersama dengan saya mestilah banyak masa perpisahan dan sedikit masa pertemuan. Kalau begitu, saya perlu lebih menghargai setiap hari yang bersama dengan awak. Awak juga perlu selalu bersedia menjadi ahli keluarga perwira. Bagi hal ini, awak tak perlu risau. Jika awak benar-benar berkorban, saya juga boleh menjaga diri saya dengan baik. Saya hidup bersendirian sejak kecil. Saya sudah biasa. Kadang-kadang, kematian bukan perkara yang paling menakutkan. Saya faham. Saya tahu. Saya tak perlukan awak jadi wira bagi semua orang. Awak pergi melindungi keamanan semua tempat, saya akan melindungi awak. Nan Chu. Kali terakhir saya bersumpah di bawah bendera negara, itu masa saya baru menyertai pasukan bomba. Saya secara sukarela menyertai pasukan bomba dan penyelamat negara. Setia kepada parti, berdisiplin tegas, berusaha sedaya upaya, membantu rakyat dengan sepenuh hati. Berteguh untuk mematuhi perintah, dengar arahan, melaksanakan tugas bersungguh-sungguh, berlatih kemahiran dengan tekun, tidak takut bahaya, tidak takut pengorbanan, demi melindungi keselamatan dan harta benda rakyat serta mengekalkan kestabilan sosial, saya sanggup menyumbang segala-galanya. Inilah janji saya kepada negara. Sekarang, ini janji saya kepada awak.