Wife in Peril, Xiao Beiming swoops in just in time! 🔥 | The Wanted Detective 定风波 | iQIYI Malaysia
Kamu salah menangkap orang! Di situ. Awak pasti sini tempatnya? Ya. Ambil ini, pergi beli buah bersalut gula. Terima kasih, kakak. Cepat pergi. [Tanah suci di alam manusia] Abang seguru! Abang seguru. Awak keji! Sebelum ini,
awak pukul saya hingga pengsan. Kali ini, saya pukul awak hingga pengsan. Hutang pukulan dibalas dengan pukulan. Sangat adil, bukan? Awak mahu buat apa? Saya sedang tawarkan racun untuk kekasih awak, awak tak berterima kasih kepada saya? Abang seguru. Adik seguru. Kalau awak nak buat sesuatu,
buat terhadap saya saja. Lepaskan dia. Si Pepijat Tua! Si Pepi… Senior, lepaskan dia. Si Pepijat Tua, saya beri awak amaran. Jika awak berani buat apa-apa terhadap abang seguru saya, saya pasti akan bunuh awak! Sasarkan saya saja. Dia tak bersalah. Asalkan awak lepaskan dia, – saya takkan pergi.
– Si Pepijat Tua, saya dah cakap… Cukup, kamu berdua. Kamu tak sedar akan keadaan sendiri? Dia suruh saya lepaskan awak, awak pula suruh saya lepaskan dia. Saya yang culik kamu berdua. Saya masih perlu dengar cakap kamu? Jangan banyak cakap. Antara kamu berdua, tiada sesiapa pun boleh lari! Apa sebenarnya awak nak buat? Bukankah awak ingin tahu cara yang saya gunakan untuk menawarkan racun awak? Adik seguru awak ialah ubat penawar awak. Apa maksud awak? Teknik penukaran darah. Awak pernah dengar? Maksudnya, darah bersih
adik seguru awak digunakan untuk menggantikan
darah beracun dalam badan awak. Sama ada saya boleh
mengalahkan orang tua itu atau tidak bergantung kepada adik seguru awak. Nasib baik ada gadis ini, barulah saya terfikir satu cara yang tak pernah dicuba. Cuma, cara ini agak berisiko. Bagi awak, nyawa awak bagai telur di hujung tanduk. Namun, saya dah faham. Meskipun racun gagal ditawarkan, awak mati pun tak apa. Saya akan pindahkan racun dalam badan awak kepada adik seguru awak dan terus cari cara untuk menawarkannya. Pendek kata, saya takkan mengalah. Memandangkan senior fikir saya pasti mati, lebih baik saya mati dengan jelas. Boleh. Lagipun, awak yang beri saya peluang untuk kalahkan si tua itu. Untuk balas budi awak, saya boleh jawab tiga soalan awak. Siapakah Pengganas Malam? Jangan tanya identiti dia. Dia tak pernah tunjukkan wajah sebenarnya. Apakah tujuan
Pengganas Malam mencari awak? Untuk menghasilkan ubat. Penghasilan Kristal Merah
memerlukan batu obsidian, minyak mayat dan darah manusia. Itulah sebabnya saya suruh Huang Wuchang dan yang lain
cari benda-benda itu. Tentang apa orang-orang gila itu
mahu lakukan, itu tiada kena-mengena dengan saya. Saya juga tak kisah. Apakah tujuan kamu menghasilkan ubat ini? Senior. Awak berjanji untuk
jawab tiga soalan saya, awak tak boleh mungkir janji. Baiklah, saya akan beritahu awak. Saya mahu hasilkan
sejenis ubat ajaib yang hebat. Sebelum ini, Huo Zongyao dan Chu Guangsha cuma makan hasil separa siap bagi ubat ajaib ini. Itu sudah cukup untuk meragut nyawa mereka. Jika ubat ajaib ini berjaya dihasilkan, dunia akan berubah
dan negara Qi akan musnah. Saya pula akan jadi orang yang dihormati oleh semua pakar racun dan tabib di seluruh dunia. Cukup, saya dah jawab tiga soalan awak. Kita boleh mulakan sekarang. Sebaik saja saya berjaya
mengubah meridian awak, awak bukan saja boleh
pulihkan tenaga dalam, racun itu juga takkan berkesan lagi terhadap badan awak. Benda yang tidak lagi berkesan masih boleh digelar sebagai racun? Dengan itu, boleh dikatakan bahawa saya dah tewaskan si tua itu. Hebatnya teknik ini. Sudah tentu. Cara ini ialah hasil kajian saya dengan tok guru dia, si tua itu. Cuma, Untuk memisahkan meridian dalam badan, proses ini amat menyakitkan, tidak jauh berbeza dengan hukuman kerat. Saya pernah cuba teknik ini
dengan ramai orang, tapi tiada seorang pun yang dapat bertahan. “Bagai telur di hujung tanduk” tak tepat, sepatutnya awak langsung tiada peluang untuk hidup. Kalau langsung tiada peluang untuk hidup,
kenapa awak masih nak cuba? Bagaimana kalau nyawa budak ini sangat liat? Saya masih nak cuba. Baik awak tukarkan darah saya
dengan darah dia saja. Saya cuma mengarut tadi, tukarkan darah saya dengan darah dia. Gunakan darah saya! Gunakan darah saya! Gunakan darah saya! Bising betul. Si Pepijat Tua sungguh licik. Dia peralatkan budak kecil
untuk main tipu helah, memang tak berperikemanusiaan. Kita pergi selamatkan mereka. Tong Shuang, jangan terburu-buru. Begini, awak balik dulu. Tunggu berita daripada saya. Kamu mesti berhati-hati. Tenaga dalaman awak boleh tahan. Nampaknya kamu berdua
benar-benar saling mencintai. Kalau begitu,
saya akan penuhi hasrat kamu. Bunuh dia dulu, kemudian beri awak satu tikaman. Zhong Xueman. Segala asal-usul dan
hujung pangkal perkara ini telah saya selidiki dengan tuntas. Semua bukti
[Jujur dan terus terang]
menunjukkan bahawa awak
yang membunuh Si Pepijat Tua.
Apa lagi yang awak ingin katakan?
Saya tetap dengan kata-kata saya, saya tak membunuh orang. Perlu ada bukti untuk
membuktikan awak tak membunuh. Awak ada bukti yang boleh membuktikan awak tak bersalah? Saya tiada. Memandangkan tiada bukti yang boleh membuktikan awak tak bersalah, kita pun laksanakan tugas
mengikut keadilan. Zhong Xueman sebagai mata-mata, tahu undang-undang tapi melanggarnya, gunakan hukuman peribadi untuk membunuh pesalah dengan kejam. Tindakan ini sangat teruk, patut dihukum mati. Kesalahan Zhong Xueman
tak sampai tahap dihukum mati. Betul. Kes ini tak begitu serius. Betul. Motif Zhong Xueman
untuk membunuh tak cukup kuat, mensabitkan kesalahan seperti ini terlalu terburu-buru, kan? Kita semua tahu perangai dan sikap Zhong Xuemang. Si Pepijat Tua berkaitan
dengan Pengganas Malam, Pengganas Malam ialah musuh yang membunuh ayah Zhong Xueman, memang munasabah untuknya menjalankan
hukuman peribadi. Inilah motif pembunuhannya. Bukan itu saja, setahu saya, Kes Pengganas Malam belum dapat
diselesaikan hingga sekarang, ia juga ada kaitan dengan Zhong Xueman. Zhuge Tong, awak tak rasa awak sedang mengarut? Kes Pengganas Malam
disiasat sehingga hari ini, kes mayat dijahit, Kes Huo Zongyao, Kes Chu Guangsha, Kes Senja, semuanya berkaitan dengan Pengganas Malam atau boleh dikatakan semuanya dilakukan oleh
anak buah Pengganas Malam. Tapi di mana pembunuh? Keberadaan Xiao Beiming tidak diketahui. Huang Wuchang telah diculik, pesalah lain yang boleh ditangkap telah bunuh diri kerana takut dihukum. Jadi, siapa yang menyiasat kes-kes ini? Awak sengaja tanya begitu, sudah tentulah Mata-mata Zhong. Ketua Fang, jangan memfitnah saya. Zhong Xueman ialah anggota Unit Mata-mata Elit kamu. Awak mengabaikan undang-undang dan melindunginya dengan
begitu terang-terangan di mahkamah. Siapa sebenarnya
yang mempunyai niat tersembunyi? Biarpun Zhong Xueman bersalah, kes ini istimewa, identiti Zhong Xueman istimewa. Adakah kita harus menahan dia, melaporkan secara berperingkat, menunggu perkenan baginda barulah mensabitkan kesalahannya
mengikut undang-undang? Tak perlu begitu. Apa maksud awak? Memandangkan kes ini
telah disabitkan dan ditutup, maka tak perlu menahan dia lagi. Sekarang tinggal dua jam sebelum waktu tengah hari, apabila tiba waktu tengah hari, terus memancung penjenayah
di depan orang awam saja. Zhuge Tong, awak gilakah? Awak ada apa-apa masalah? Ikut undang-undang negara Qi, walaupun kes ini telah disabitkan, penjenayah dijatuhkan hukuman mati,
[Jujur dan terus terang]
kita juga buat laporan tiga kali
dan menunggu perkenan daripada baginda,
barulah boleh menentukan
tarikh pelaksanaan hukuman. Awak tak rasa awak sangat tak masuk akal? [Perintah Diraja untuk Membasmi Penjahat] Tak masuk akalkah? Perkenan khas daripada baginda bahawa Kes Pengganas Malam akan
dikendalikan khas oleh Unit Pengintip. Sesiapa yang berkaitan dengan
Kes Pengganas Malam tak perlu dibawa ke pengadilan diraja. Setelah disabitkan bersalah
dalam sesi soal siasat bersama, boleh dihukum mati dahulu
dan laporkan kemudian. Ketua Fang, awak ada sebarang bantahan? Ketua Zhuge pun menyelesaikan kes sebegini. Unit Mata-mata Elit kami setaraf dengan Unit Pengintip
yang seperti sampah ini, sememangnya kehinaan! Pukul 12.45 tengah hari, penjenayah, Zhong Xuemang akan
dihukum pancung di depan awam demi membersihkan kezaliman
dan memulihkan keadilan! Berhenti! Ketua Fang, awak membawa orang-orang
Unit Mata-mata Elit ke sini untuk apa? Kamu nak menghalang pelaksanaan hukuman? Zhuge Tong, saya nasihatkan awak jangan terlalu hina, tinggalkanlah jalan undur untuk diri awak! Kes Zhong Xueman penuh dengan keraguan, tapi awak bersikap tak adil
dan tak mengikut undang-undang, derhaka dan melanggar aturan! Tingkah laku awak lebih hina
daripada binatang! Saya dah melaporkan kepada baginda, awak pasti akan dihukum
atas kesalahan ini! Adakah baginda sudah membalas? Awak mahu baginda menghukum saya? Tak apa. Selepas hukuman dilaksanakan, saya ikat kaki tangan sendiri
dan menemani awak pergi menghadap baginda untuk diadili. Namun, kepala Zhong Xueman ini akan saya bawa sekali. Laksanakan hukuman! Awak cubalah! Fang Tianzheng, awak mahu memberontak? Saya mahu mempertahankan keadilan undang-undang negara Qi! Laksanakan hukuman! Kamu salah menangkap orang! Akhirnya awak muncul. ♪ Cahaya bulan terang bagaikan bunga ♪ ♪ Yang mekar hingga ke bawah bumbung ♪ ♪ Bersama hingga beruban ♪ ♪ Api-api mengelilingi ranting ♪ ♪ Perasaan bercampur-campur ♪ ♪ Tak tahu bila takdir akan berubah ♪ ♪ Seperti antara daun-daun ♪ ♪ Pilih kasih pada tunas muda ♪ ♪ Percikan air berlapis-lapis ♪ ♪ Tiba-tiba membuak ♪ ♪ Bolehkah kau ♪ ♪ Jawab soalan untukku? ♪ ♪ Jika aku keterlaluan ♪ ♪ Jika aku tak masuk akal
seperti syaitan ♪ ♪ Bolehkah kau tetap
melayani aku seperti dulu? ♪ ♪ Jika aku diam saja ♪ ♪ Berbeza dengan pertemuan pertama kita ♪ ♪ Adakah kau masih sudi
kembali bersamaku? ♪ ♪ Jika kita bersama-sama
menyambut masa muda ♪ ♪ Harap kita berpegang tangan
mulai sekarang ♪ ♪ Takkan melepaskan lagi ♪ Xiao Beiming, sekiranya awak menyerah diri, saya boleh menghentikan hukuman ke atas Zhong Xueman. Kesnya boleh dibicarakan
dan diputuskan semula. Begitu ramai orang menyaksikan, saya takkan memungkiri janji! ♪ Menempuh ribuan sungai dan gunung
tidak jauh ♪
Pengawal! ♪ Angin meniup remaja yang
memegang pedang ♪
Tangkap Xiao Beiming,
menahannya di penjara Unit Pengintip! ♪ Jangan hirau bunyi angin menembus daun
biarkan sepanjang hidup ♪ ♪ Dibanjiri darah ♪ ♪ Dunia yang dingin dapat dilihat ♪ ♪ Kasihan, pernahkah ♪ ♪ Percaya pada selama-lamanya ♪ ♪ Nyalakan lampu melihat
bintang dan laut luas pada malam ♪ ♪ Keliru ♪ ♪ Yang dicintai diam seribu bahasa ♪ ♪ Menangis pilu seorang diri ♪