The Boss Is Sick and Full of Demands! 😏😂| Love is Sweet 半是蜜糖半是伤 | iQIYI Malaysia

Awak tak nampak seperti orang yang sakit. Memandangkan awak ada selera yang baik, apa kata… Saya rasa tak selesa. Cikgu Du, apa kata kita tukar tempat lain? Saya rasa tempat ini tak sesuai dengan identiti awak. Tak kira makan bifstik atau ayam goreng, kita dapat menikmati makanan yang sedap dan rasa kenyang. Memandangkan semua makanan pun
boleh buat kita rasa kenyang, kenapa awak tetapkan tarafnya? Sedapnya. Baiklah. Tak kira dapat belajar kemahiran daripada cikgu atau tidak, saya tetap ingin ucapkan terima kasih kerana tolong saya pada masa kritikal ini. Biar saya minum dulu sebagai tanda penghormatan. Alkohol akan mempengaruhi pentafsiran seseorang. Lagipun, saya bukan ajar kung fu mabuk. Apa khabar kebelakangan ini? Adakah nasib semut kecil yang
dijadikan kambing hitam dapat berubah? Ada kaitan dengan Syarikat Farmasi Kelang? Awak tahu ke? Pergerakan mereka memang menonjol
kebelakangan ini. Mereka adakan penggabungan dan pengambilalihan serta mesyuarat lembaga pengarah. Saya pernah dengar tentang hal ini. Saya yakin bahawa saya pasti menang. Tak sangka dapat seorang
rakan sepasukan yang bodoh. Rakan sepasukan yang bodoh? Kesimpulannya, kami mengesyaki seseorang pegawai atasan Syarikat Kelang yang melakukan penyelewengan. Tak sangka saksi yang kami cari itu jadi lidah tiada bertulang pada masa kritikal. Hal ini telah menyebabkan kami
kena serangan sebaliknya. Adakah orang yang jadi lidah tiada bertulang itu memegang bukti yang penting? Maksud awak, orang itu sengaja buat begitu? Deng Ke seorang yang pandai menghitung dan pandai guna teknik psikologi. Bos macam dia tak mungkin ada pekerja yang bodoh. Apa maksudnya? Awak mesti ingat. Tak kira apa syarikatnya, mereka akan menyembunyikan kelemahan mereka dengan segera semasa menghadapi faedah yang besar dan jadikan keadaan huru-hara nampak tenang. Jika awak nak cari kebenaran, awak tak boleh hanya tengok pada bahan yang diberi olehnya. Dia boleh memalsukannya untuk menipu orang, tapi mesti ada sumber dalam proses latar belakang dan data. Betul cakap awak. Hal ini takkan begitu mudah. Helo, cik. Ini aktiviti ulang tahun kedai kami. Setiap wanita akan terima hadiah ini. Sila terima. Terima kasih. Tolong ucapkan terima kasih kepada bos kamu. Baiklah. Tak sangka saya dapat hadiah. Awak tengok. Nasib baik awak dah datang. Dia akan dipecat oleh syarikat, dapat pula dia berdating dengan lelaki. Jangan tercicir nasib baik awak. Terima kasih. Dapat bunga lagi. Berhati-hati semasa memandu. Baiklah, Jiang Jun. Awak cakap nak biar saya kenali awak semula. Inikah caranya? Baiklah. Tengoklah nanti. Awak tengok bagaimana saya kenali awak semula. Memang tak guna kita buat perbandingan
dengan orang lain, mahupun orang atau barang. Sama-sama bekerja di perbankan pelaburan, kenapa jarak kita begitu jauh? Kenapa suruh dia hantar kontrak? Tuan Yuan dah suruh, biar dia berdiri di mana dia jatuh. Tuan Fan. Syarikat kamu memang murah hati. Tak sangka kamu benarkan pekerja yang
telah melakukan kesalahan yang serius campur tangan dalam kes ini. Saya yakin bahawa awak juga seorang yang murah hati. Jika tidak, awak takkan duduk di sini. Betul. Kami suruh dia hantar perjanjian supaya dia dapat lebih memahami kesalahannya. Su Chang. Saya pergi ambil yang baru. Tak payah. Saya dah biasa buat persediaan
semasa lakukan sesuatu. [Deng Ke] Lin He, iaitu bekas pekerja Syarikat Farmasi Kelang ialah orang dalam yang tahu kejadian itu. Dia memegang bukti bahawa Tuan Deng senyap-senyap buka akaun
untuk pindahkan aset syarikat. Nampaknya, awak masih tak tahu kesalahan diri sendiri. Sebelum ini, awak gunakan
perakaunan yang tak berguna. Kali ini, lagi mudah dan melampau. Awak terus guna resume seorang pekerja yang sudah meletakkan jawatan untuk buat tuduhan. Tuan Fan. Saya boleh lupakan kejadian hari itu, tapi sudah berkali-kali pekerja syarikat awak menuduh saya. Adakah awak perlu berikan penjelasannya? Tuan Deng. Minta maaf. Saya tak pandai dalam pengurusan. Su Chang. Suruh dia keluar dulu. Biar badan eksekutif menjalankan proses pemecatan. Pada masa yang sama,
pihak syarikat berhak untuk buat dakwaan. Jika awak tak keluar lagi, saya akan panggil pengawal keselamatan. Awak tak perlu pergi dari sini. Tuan Deng. Kerjasama antara Syarikat MH dan Syarikat Farmasi Kelang harus dijalankan berdasarkan integriti kedua-dua pihak, kan? Tapi, Syarikat Farmasi Kelang sengaja lakukan muslihat dengan campuradukkan senarai nama pekerja
yang dah letak jawatan dengan senarai nama pekerja. Menyembunyikan bukti perpindahan aset. Apa? Awak ingat saya tak dapat cari bukti? Minta maaf, Tuan Deng. Saya dah hantar semua bukti dan maklumat kepada lembaga pengarah Syarikat Kelang. Apa yang awak lakukan akan diketahui oleh orang lain. Memang sayang. Sesi sain perjanjian petang hari ini
terpaksa dibatalkan. Adakah Syarikat MH akan terus bekerjasama dengan Syarikat Kelang adalah bergantung pada adakah awak masih ialah pengerusi Syarikat Farmasi Kelang. Terima kasih. Saya pergi dulu. Kenapa lagi? Saya lapar. Nak makan apa? Ada dalam peti sejuk. Di mana peti sejuk rumah awak? Biasanya, awak sibuk dengan kerja. Agaknya tiada apa-apa dalam peti sejuk, kan? Di situ. Apa lauk yang awak nak makan? Saya nak makan makanan yang ringkas, khinzir tumis reneh, filet khinzir masam manis dan tumis kentang dengan daging lembu. Lebih kurang dah cukup. Masak tiga hidangan daging. Kemudian, untuk sayur-sayuran, awak masak tumis kentang, terung dan lada hijau. Kan saya dapat satu periuk semalam? Masak lagi satu hidangan… Sup perut khinzir dan ayam. Lebih kurang dah cukup. Awak tak nampak seperti orang yang sakit. Memandangkan awak ada selera yang baik, apa kata… Saya rasa tak selesa. Sejuk dan lapar pada musim sejuk. Tiada orang jaga saya. Mengapa saya begitu kesian? Dah 39 darjah Celsius. Dah siap? Hampir siap. Saya lapar. Minumlah. Tengok apa? Tiada pesakit yang makan makanan berminyak. Ini kali pertama saya masak bubur
dalam hidup saya. Nak minum atau tidak, ikut suka hati awak. Atau pesan penghantaran makanan. Balik ke sini. Anggota pesakit tak berdaya dan lemah, jadi awak perlu suap saya. Saya… Saya berhutang pada awak. Panas tak? Agak tawar. Bersyukurlah kerana dapat makan,
jangan cerewet lagi. Sofa rumah awak ini agak selesa. Ada fungsi pemanasan? Import dari Jerman. Saya belinya pada minggu lepas. Selesa tak? Selesa. Bagusnya kerana kaya. [Du Lei]
Awak ada tak masa lapang hari ini?
Saya nak ajar awak tentang kaedah eksklusif
yang boleh tenangkan fikiran. Saya sibuk hari ini. Bolehkah tukar ke esok? Okey, jumpa esok. Boleh tak awak fokus sikit semasa jaga pesakit? Jaga dengan sepenuh hati dan tumpukan perhatian. Tahu tak? Bolehkah awak makan dengan cepat sikit? Saya ada urusan lain sekejap lagi. Saya dah simpan baki bubur
ke dalam periuk terma. Jangan lupa makannya malam nanti. Awak makan sendiri. Saya pergi bancuh ubat untuk awak. Saya nak baca buku. Tolong ambilkan saya buku. Lecehnya awak. Buku yang mana satu? Buku kedua dari kiri di barisan kedua. Ini? Bukan. Buku ketiga dari kiri di barisan ketiga. Ini? Bukan. Agaknya di kiri barisan kedua. Tak betul. Buku paling kanan barisan kedua. Tak boleh ke awak terus cakap nama buku tu? Ini? Norwegian Wood. Inilah buku yang saya nak baca. Tak sangka awak ada hobi lain pada masa lapang selain daripada hal pasaran saham. Buku ini jadi terkenal kerana ia sangat menarik. Sayangnya, awak tak dapat merasai tarikannya. Sebab, pemandangan seseorang itu
bergantung pada minda dalam hatinya. Dapat pula awak marah orang tanpa guna kata kasar. Ya. Cuma orang yang berilmu
dapat merasai keindahannya. Hayatilah buku awak tu. Saya pergi dulu. Tak sangka karya terkenal di dunia ini boleh buat awak rasa segan untuk buka mulut. Nampaknya, awak masih ada sifat buruk yang malu-malu nak bertanya. Berhati-hati dengan sifat awak
yang enggan majukan diri itu. Terima kasih kerana ingatkan saya. Saya akan berusaha untuk cipta idea baru. Saya nak tanya, kenapa awak tak boleh mula mulai hari ini? Inilah sebab awak takkan jadi wanita dalam 20 peratus itu selamanya. Tahu tak? Awak benar-benar ingat
saya tak pernah baca buku ini ke? Baik, saya tanya awak, pada hari jadi umur 20 tahun, adakah Naoko menangis supaya Watanabe tinggal di sisinya? Tujuannya bukan mahu Watanabe tinggal di sisinya, tapi, dia ingin mencintai Watanabe. Namun, dia tak dapat lupakan hal zaman silam, jadi dia terperangkap dalam kesengsaraan. Mereka buat begitu kerana ingin menenangkan hati satu sama lain. Pada malam itu, dia menangis berseorangan semalaman. Adakah ini saling menenangkan hati? Watanabe menenangkan hatinya sepanjang masa itu. Adakah awak meragui daya ingatan saya? Tangan kiri saya sokong badan Naoko, tangan kanan saya pula sentuh rambut dia
yang lurus dan lembut . Saya menanti sehingga Naoko berhenti menangis. Tapi, dia tak berhenti menangis. Pada malam ini, saya tidur bersama Naoko. Saya tak tahu sama ada
perbuatan saya ini betul atau tidak. Walaupun sudah 20 tahun berlalu,
saya masih tak tahu, agaknya saya takkan tahu selamanya. Tapi, saya cuma boleh buat begini pada masa itu. Dia teruja dan hilang akal. Dia harap saya menenangkan hatinya. Saya padamkan… Kemudian? Dah sampai waktu subuh. – Saya sentuh…
– Bukan ayat itu. Sepatutnya, bahagian yang awak selak tadi ada kandungan lagi. Awak pasti awak nak terus dengar? Sudah tentu. Tiada orang yang baca cerita sampai separuh saja. Kenapa? Awak tak tahu baca perkataan selepas itu? Baik, saya baca, awak dengar baik-baik. Saya padamkan lampu bilik dan tanggalkan bajunya dengan perlahan dan lembut. Saya juga tanggalkan baju saya selepas ini. Kemudian, kami berpelukan. Itu satu malam hujan yang penuh hangat. Walaupun kami bertelanjang bulat, kami tak rasa sejuk. Saya dan Naoko meraba badan sesama lain dengan senyap dalam kegelapan. Saya cium bibirnya dan bantu dia dalam kegelapan untuk… Jangan baca lagi. Apa cerita yang teruk ini? Saya sakit. Awak balik dulu. Saya nak berehat. Okey. Jadi, berehatlah dengan baik. Mesti jaga badan, jangan terlalu penat. Jangan lupa makan ubat tepat pada waktunya. Saya pergi dulu. Jumpa lagi, Si comel. Wang Cai. Wang Cai, mari. Adakah perempuan itu bodoh?