Xiao Beiming Risks His Life for the Truth! 🥀☠️ | The Wanted Detective 定风波 | iQIYI Malaysia

Lari! Ingat, kamu mesti balik dengan hidup-hidup! Jom. Kabus tebal di sini, semua orang berhati-hati, dekat dengan saya. Baik. Tong Shuang sepatutnya berada di depan. Kita terus naik ke atas. Hati-hati melangkah. Hati-hati. Sudah diselesaikan? Dah. Orang bodoh ini, dah cedera pun, berani lari ke sini, tiba-tiba menarik mata-mata ke sini. Tikus membaiki labu. Semua, saya rasa kita baru saja melalui tempat ini? Cepat lihat! Kita benar-benar kena gangguan hantu
yang membuat kita berpusing-pusing? Jangan takut. Kita sudah tiba di tempat itu. Tempat apa? Di dalam formasi. Kita tersesat kerana di Gunung Kilat ini telah dipasang formasi sihir. Formasi sihir? Benar-benar wujudnya
formasi sihir di dunia ini? Memang ada. Menurut legenda, ada seorang panglima
pada dinasti terdahulu menggunakan bentuk muka bumi
sebagai formasi untuk memerangkap
beribu-ribu tentera musuh di satu tempat selama
sepuluh hari sepuluh malam. Kononnya “formasi” itu hanya helah memanfaatkan kabus tebal di gunung dan alam sekeliling untuk memperdayakan pandangan orang. Maksudnya, awak sudah… Semua orang ikut saya rapat-rapat! Jalan. – Jalan.
– Jalan. Telan ini. Apa ini? Awak tak perlu tahu. Kamu lagi. Serang mereka! Serang! Cepat lari! Saya dah lupa kung fu awak dah pulih. Sekarang sampai giliran saya
untuk melindungi awak. Bunuh mereka semua! Jangan tinggalkan seorang pun! ♪ Menempuh ribuan sungai dan gunung
tidak jauh ♪ ♪ Angin meniup remaja yang
memegang pedang ♪ ♪ Jangan hirau bunyi angin menembus daun
biarkan sepanjang hidup ♪ ♪ Dibanjiri darah ♪ ♪ Menempuh ribuan sungai dan gunung
tidak jauh ♪ ♪ Angin meniup remaja yang
memegang pedang ♪ ♪ Jangan hirau bunyi angin menembus daun
biarkan sepanjang hidup ♪ ♪ Dibanjiri darah ♪ ♪ Lelaki terhormat memahami segalanya ♪
Jalan! Cepat! Cepat! Bawa semua orang pergi! Awak tiada apa-apa? Saya tiada apa-apa. Ini bukan kali pertama pun. Kamu tahu, kamu tak boleh mengapa-apakan saya. Setelah masuk ke penjara
Unit Mata-mata Elit, awak akan tahu. Awak pernah masuk juga. Saya tahu awak bukan Pengganas Malam. Siapa Pengganas Malam yang sebenarnya? Di mana dia? Awak beritahu saya, saya menjamin awak takkan mati. Bukankah kamu
sudah menyiasat Haiya? Tuan saya ada di Haiya. Jika mampu, kamu pergilah carinya di Haiya! Siapa nama awak? Saya… Nama saya Huang Liang. Awak ikutlah saya mulai sekarang. Tiada orang akan membuli awak lagi. Tuan. Apa yang perlu saya lakukan? Membalas dendam. Lari! Lari! – Abang.
– Abang seguru Abang Xiao. Sudah tak apa-apa. Bukankah mereka tangkap awak
ke Unit Mata-mata Elit dan tak benarkan awak keluar? Kenapa awak datang? Saya larikan diri. Larikan diri? Apa? Abang Xiao, awak hilang akal? Apa sebenarnya yang berlaku? Ada orang yang bantu saya. Pengganas Malam berada di Haiya. Huang Wuchang yang beritahu awak sebelum dia mati? Saya benar-benar tak sangka Huang Wuchang akan bunuh diri dengan cara ini. Hal ini jadi lebih rumit berikutan kematian dia. Sekarang, Zhuge Tong asyik mendesak Kementerian Kehakiman
untuk mengadakan perbicaraan bersama. Biarpun saya cuba sedaya upaya
untuk menangguhkannya, tiada sesiapa yang boleh bersihkan nama awak sekarang. Jika awak disabitkan kesalahan, habislah awak selama-lamanya. Saya faham. Apa maksud tuan? Saya akan lepaskan awak. Saya sudah suruh orang lain keluar. Tuan lepaskan saya? Jika masih ada sesiapa di dunia ini yang mampu halang Pengganas Malam, mungkin awaklah orangnya. – Tapi seluruh ibu kota…
– Awak masih ingat bagaimana awak tipu Pengganas Malam dengan kematian palsu Shen Bi? Saya juga akan gunakan cara yang sama dan cari banduan hukuman mati
untuk gantikan awak. Tapi cara ini terlalu berisiko. Jika perbicaraan diadakan,
tipu helah ini akan terbongkar. Saya akan laporkan
kepada Kementerian Kehakiman dan beritahu mereka
bahawa awak dijangkiti wabak, tiada sesiapa boleh dekati awak. Mereka pengecut yang takut mati, takkan ambil risiko ini. Namun, saya tak dapat lengahkan masa
untuk awak selama-lamanya, paling lama pun hanya dapat beri awak masa setengah bulan. Menangkap Pengganas Malam dalam tempoh setengah bulan, segalanya takkan jadi masalah. Cara ini terlalu berisiko. Jika awak didapati lepaskan
tahanan dikehendaki tanpa kebenaran, awak takkan dipecat dan disiasat, tapi dihukum mati. Pasti ada orang yang perlu lakukan sesuatu. Xiao Beiming, saya dapati awak serupa dengan tok guru awak semasa dia muda. Kamu berdua bijak, tapi juga mengikut perasaan dan bertindak tanpa berfikir. Kamu selalu buat keputusan yang dungu. Dulu, dia pernah beritahu saya, kebenaran lebih penting
daripada hidup mati. Saya tak setuju. Inilah sebab saya sering bertengkar dengan dia. Usia saya semakin lanjut sekarang, saya mula semakin memahami dia, malah agak iri hati terhadap dia. Saya hidup seperti pengecut
sepanjang hayat. Mempercayai awak ialah keputusan paling berani yang pernah saya buat. Saya semakin ketagih dengan perasaan ini. Biarpun akhirnya saya kalah, apabila saya berjumpa dengan
tok guru awak di alam baka, saya masih boleh berdiri tegak dan beritahu dia bahawa saya, Fang Tianzheng layak menyandang jawatan ini selaku ketua Unit Mata-mata Elit. Tak sangka Ketua Fang akan buat perkara sebegini. Saya dah agak, penilaian saya
terhadap Ketua Fang tak silap. Jika dia begitu setia kawan, jika dia hadapi masalah, saya sanggup mempertaruhkan nyawa
sekali untuk dia. Sekali saja? Sekali saja. Sekarang, selain Ketua Fang, masih ada ramai orang yang menyokong kita. Kita pasti boleh kalahkan Pengganas Malam. Selepas saya mati, saya mohon Tuan Wu pergi maklumkan Zhong Xueman dari Unit Mata-mata Elit
untuk kutip mayat saya dan serahkan mayat saya kepada dia dalam keadaan sempurna. Baik. Ketiga, perkara saya keluar
untuk menyiasat kes ini adalah sangat penting dan tak boleh diketahui orang luar. Saya boleh mati, tapi tak boleh membebankan rakan-rakan saya di Unit Mata-mata Elit. Saya harap Tuan Wu boleh tolong saya
rahsiakan hal ini. Awak seorang yang setia dan berbudi. Saya berjanji kepada awak. Janji tetap janji. Adakah masih ada
anggota Tentera Tembus Angin dan anak-anak yatim dari Haiya yang dibawa pulang ke pasukan tentera? Di atas rak buku ke-12 di Bilik Tian, Pusat Arkib Istana, ada sebuah senarai nama
anak-anak yatim dari Haiya. Senarai nama itu mencatat nama anggota Tentera Tembus Angin
yang masih hidup dan anak-anak yatim
yang diambil oleh keluarga lain. Saya beritahu awak semua ini, tapi awak tak mungkin dapat carinya. Saya nak ingatkan awak, walaupun awak sudah mencatat kandungan perbualan kita hari ini, selepas awak mati, saya tetap akan bakar semua kain ini. Saya nasihatkan awak supaya
luangkan sedikit masa untuk tinggalkan wasiat secepat mungkin supaya saya boleh sampaikannya
kepada Zhong Xueman. Apa awak buat? Semasa mata-mata daripada
Unit Mata-mata Elit menjalankan tugas, kami selalu membawa bebola lilin untuk sembunyikan maklumat penting di dalam badan pada waktu kecemasan. Ada juga orang yang gunakannya sebagai wasiat. Saya masih amalkan tabiat ini. Tuan Wu sentiasa tepati janji sepanjang hidup ini. Tuan takkan mungkir janji, kan? Tak sangka dalam masa
sepuluh hembusan nafas, awak sudah fikirkan strategi. Saya pernah melawat banyak negara dan bertemu dengan banyak pahlawan, tapi hari ini, saya terpaksa mengaku
kepada awak, Xiao Beiming bahawa saya amat kagum. Rahsia boleh disimpan di dalam perut sampai mati, tapi kebenaran tak boleh. Pengawal. – Tuan.
– Tuan. Pergi ke Unit Mata-mata Elit dan cari Zhong Xueman. – Ya.
– Ya. Rahsia boleh disimpan
di dalam perut sampai mati, tapi kebenaran tidak boleh. Abang Yunchi, awak memupuk seorang anak murid yang baik. Abang seguru, awak dah sedar. Kenapa jadi begini? Apa sebenarnya yang berlaku? Adik seguru, bagaimana saya balik ke sini? Ada dua orang petani datang ke Unit Mata-mata Elit
untuk jumpa saya, mereka kata ada hal penting. Saya tak jumpa mereka berdua, hanya nampak sebuah pedati. Saya dapati awak pengsan di dalam pedati, tapi tak alami kecederaan, jadi saya bawa awak pulang.