Xiao Beiming & Zhong Xueman dive into danger together. ⚠️| The Wanted Detective 定风波 | iQIYI Malaysia
Ini petunjuk yang diberikan
oleh Wu Zhui kepada awak? Apa maksud ayat-ayat ini? Ia merujuk kepada keberadaan Wu Lie. Berdasarkan perbualan antara awak dengan Ketua Fang tadi, awak dah tahu keberadaan Wu Lie, betul? Xiao Beiming, dia berada di mana? Penjara Neraka di dalam penjara diraja. Penjara Neraka di dalam penjara diraja? Tempat apa itu? Itu tempat di negara Qi untuk mengurung penjenayah yang paling kejam. Tentulah saya tahu itu penjara diraja, saya tanya tentang Penjara Neraka. Mengapa saya tak pernah dengar
tentang tempat ini? Penjara diraja ada 18 tingkat. Semakin bawah tingkat itu, semakin beratlah kesalahan penjenayah
yang dikurung di sana dan semakin beratlah hukumannya. Jika saya benar-benar dikurung di sana atas tuduhan sebagai Pengganas Malam, paling maksimum, saya akan dikurung di tingkat ke-16 saja. Penjara Neraka ialah nama lain bagi tingkat ke-18, iaitu tempat paling dalam
di dalam penjara diraja. Itu penjara diraja
di dalam penjara diraja. Orang macam mana yang akan dikurung di tempat seperti ini? Kebanyakannya ialah kerabat diraja, bahkan putera, kesalahan paling ringan ialah pengkhianatan. Ayat yang tertulis di sini, “Berada di tempat paling gelap
di negara Qi” merujuk kepada Penjara Neraka? Bagaimana awak nak pergi ke sana? Jangan beritahu saya bahawa Ketua Fang ada cara. Biarpun semasa ayah saya masih hidup, untuk masuk ke penjara diraja,
perlu melalui banyak lapisan kelulusan, akhirnya setelah mendapat titah bertulis
daripada baginda, baru boleh masuk ke sana, apatah lagi tingkat ke-18 ini! Saya mahu pergi seorang diri kerana ini terlalu berisiko. Sekiranya saya ditemui, tiada cara untuk kembali lagi. Bagaimana awak nak masuk ke sana? Ayah. Ayah. [Perintah Diraja untuk Membasmi Penjahat]
Tak sangka awak pergi
bersama Zhuge Kongyun… Awak tahu tak? Kalau kamu buat begini, jika kamu tertangkap, kamu akan terus dipancung? Disebabkan saya tahu, barulah saya nak pergi seorang diri. Biarpun saya tertangkap, awak takkan terbabit. Awak guna alasan ini lagi. Ketika menyiasat kes Wu Zhui, awak juga bertindak begini. Jika air pada hari itu benar-benar racun, awak dah menjadi mayat sekarang! Peristiwa itu dalam kes Tuan Wu
ialah kemalangan. Bagaimana dengan perkara
di Tasik Huru-hara pada tiga tahun lalu? Jika awak tak tinggalkan saya
pada hari itu,
♪ Berapa lama saat ini dinanti-nantikan? ♪
sekiranya saya juga berada
di atas kapal itu, ♪ Berpegangan tangan dan meniti hari tua ♪
adakah semua ini akan… ♪ Pelita di sebalik tirai sulaman indah
menyinari musim bunga dan luruh ♪
Xiao Beiming. ♪ Berapa lama saat ini dinanti-nantikan? ♪ ♪ Bersulang sambil menyanyi
masa berlalu di bawah bulan ♪ ♪ Kecantikan pudar ditelan usia ♪ ♪ Hanya berhenti untukmu ♪ ♪ Angin sepoi-sepoi
mencetuskan riak ombak ♪ ♪ Berselerakan menjadi Bima Sakti ♪ ♪ Hanya kerana pernah mencintaimu ♪ ♪ Air sungai musim luruh
seakan bersambung dengan langit senja ♪ ♪ Walaupun ♪ ♪ Apabila bunga gugur
dan malam terasa sepi ♪ ♪ Walaupun ♪ ♪ Apabila burung layang-layang
bergegas pulang ke selatan ♪ ♪ Aku mendaki gunung yang tinggi
mencurahkan cintaku kepadamu ♪ ♪ Masa berlalu cepat
seperti bintang yang berkelip ♪ ♪ Babak itu ♪ ♪ Penuh seribu gaya ♪ ♪ Mampu menahan pertempuran sengit ♪ Berhenti. Ini penjara diraja yang penting, cepat beredar jika tiada urusan. [Perintah Diraja untuk Membasmi Penjahat] Saya tak tahu utusan diraja telah tiba, maafkan saya. Kami menjalankan tugas
atas titah maharaja, bawa kami ke Penjara Neraka. Baik. Penjara Neraka? Tuan-tuan pergi ke Penjara Neraka untuk…
[Perintah Diraja untuk Membasmi Penjahat]
Awak layak tanya tentang hal inikah? Silakan. Tuan-tuan, Penjara Neraka berada
di tingkat bawah ini. Awak tak nak turunkah? Mengikut undang-undang,
saya hanya boleh sampai ke sini. Jika saya turun lagi, saya akan dipenggal. Terima kasih, tuan. Kami akan turun sendiri. Pengawal di penjara diraja pernah berjumpa dengan banyak orang dan perkara yang kejam, tak sangka mereka begitu takut. Apa yang ada di tingkat ke-18? Mungkinkah ia sangat berbahaya? Kita memalsukan titah diraja, ini dah merupakan kesalahan hukum bunuh, apa lagi yang perlu ditakuti? Betul juga. Kita bertindak berdasarkan situasi
yang dihadapi saja. Mari kita pergi. [Penjara Neraka] Rasanya sinilah tempatnya.
[Penjara Neraka] [Penjara Neraka] [Wu Lie, Raja Penstabil Setalan]
Tak sangka dia mengukir batu nisan
dengan tangan saja, kuasa dalamannya tak dapat diramalkan, adakah dia orang yang kita cari? Hadapi bencana yang paling sukar
di negara Qi. Mengikut peraturan penjara negara Qi, semakin besar kesalahan seseorang,
semakin beratlah rantai besinya. Rekod terberat di negara Qi ialah 370 kati, rantai besi orang ini tak jauh berbeza, dialah orang yang kita nak cari. masalah takkan berlaku di dunia luar lagi Kamu baliklah. Raja Penstabil Setalan, kami takkan pergi. Cepat pergi dari sini. Kenapa awak gelak? Saya ketawakan awak. Apa yang boleh diketawakan tentang saya? Semuanya boleh diketawakan. Awak pernah menjadi orang yang berkuasa, tapi sekarang awak bersembunyi
di dalam Penjara Neraka, banyak penjahat hebat hidup di atas kepala awak. Menyedihkan betul, bukankah ini kelakar? Awak memakai rantai besi
seberat ratusan kati, awak ingat penderitaan fizikal
yang remeh ini boleh menebus dosa bagi semua orang yang mati kerana awak! Naif betul, bukankah ini kelakar? Awak cakap tentang sebab, akibat dan dosa, tapi awak bahkan tak tahu
dari mana datangnya sebab dan awak terima akibat bagi pihak siapa, awak tak tahu semua itu! Bodoh betul, bukankah ini kelakar? Awak tak perlu bersifat petah lidah lagi, apabila sebab dan akibat berkumpul, balasan akan diterima, awak langsung tak faham pertapaan penebusan dosa! Penebusan dosa? Awak… Tak masuk akal! Beritahu saya, apa itu penebusan dosa? Timbalan panglima di bawah awak, tok guru saya, Zhong Yunchi memerintah dengan tegas dan adil, dia menjadi mata-mata selama 20 tahun, selesaikan lebih daripada 760 kes
ketidakadilan dan sukar diselesaikan, penjahat yang ditangkap olehnya lebih daripada 1700 orang! Rakyat memujinya
sebagai Mata-mata Terunggul! Tetapi di Tasik Huru-hara, tubuhnya ditusuk dengan ribuan jarum dan mati dengan tragis! Beritahu saya, apa itu penebusan dosa? Kamu masih berani datang?
Apa yang kamu nak buat? Kamu tak takut mati? Cik, jangan cemas dulu. Tengoklah betul-betul. Kami tak bawa senjata. Kami datang untuk hantar barang. Apa sebenarnya yang kamu nak buat? Kami tengok kamu macam dah lama kelaparan, jadi kami bawakan makanan. Betul, kita boleh berbincang elok-elok. Bawa balik barang itu, kami tak perlukan orang negara Qi berpura-pura baik hati. Undur! Berambus balik! Baiklah. Kami akan undur. Saya letakkan barang di atas lantai. Abang. Tak apa. Kamu keluar untuk ambil sendiri. Letakkan di sini dulu. Kami pergi dulu. Jom. Macam mana dengan barang ini? Mana mungkin orang negara Qi
begitu baik hati? Barang yang dihantar oleh mereka pasti ada yang tak kena. Tapi, semua ini makanan. Tak bolehkah awak ada harga diri? Saya masih ada anak di rumah, mereka dah kelaparan beberapa hari, saya tak boleh biarkan mereka mati kelaparan. Sudahlah, jangan bertengkar lagi. Bawa masuk barang itu, uji kalau-kalau ada racun, bahagikan kepada semua
kalau tiada masalah. Kita beri mereka begitu banyak makanan, mereka masih lepaskan anak panah ke arah kamu? Kita tak mampu menghilangkan kebencian mereka. Haraplah mereka dapat memahami niat baik kita. Selain itu, sekurang-kurangnya anak panah itu dilepaskan ke arah tanah hari ini, bukan ke arah badan kami. Tapi abang, sekarang masalahnya, kita dah berikan
semua makanan kepada mereka, bekalan makanan kita sendiri tak banyak lagi. Hanya orang-orang Haiya ini yang dapat membantu kita mencari kebenaran pada tahun itu. Mari kita pergi cari buah liar. Baiklah. Dah dibahagikan kepada semua? Awak juga makanlah sikit. Saya tak biasa makan ini, awak simpanlah. Awak mahu keluar? Biarpun ada kuih daripada orang Qi, kita takkan dapat bertahan lama, saya mesti pergi ke sana sekali. Tapi tempat itu terlalu bahaya. Kalau sesuatu terjadi kepada awak, bagaimana dengan sini? Saya akan pergi sendiri kali ini. Kalau saya tak balik dalam setengah bulan, kamu mesti cari jalan untuk pergi, tinggal di sini hanya sama
dengan menunggu maut. Luo Shu. Lindungi diri baik-baik. Xing? Kenapa awak keluar lagi? Cepat balik. Saya takkan benarkan awak ikut saya. Sini sangat bahaya, balik. Kenapa? Xing! Xing! Mari kita pergi tengok. Xing! Ke tepi! Dia terkena bisa. Kalau awak berani sentuh dia, saya akan bertarung dengan kamu! Dia seorang tabib, dia boleh selamatkan orang. Dia terkena bisa ular. Kotak ubat saya. Kotak ubat saya ada ubat kecemasan! Kotak ubat saya… Mereka dah curi. Di kem Haiya. Beri laluan. Jom pergi ke kem. Tunggu, kamu tak boleh pergi ke kem. Sekarang tiada masa untuk dengar awak cakap tentang dendam
antara orang negara Qi dengan orang Haiya. Kalau awak mahu selamatkan budak ini, dengar cakap kami. Jom. Cepat pergi. Buka pintu. Tapi mereka orang dari negara Qi. Saya kata buka pintu! Xing terkena bisa! Cepat buka pintu! Cepat! Cepat beri saya kota ubat! Bukan saya yang ambil, saya tak tahu di mana. Kotak ubat saya berwarna hitam dan ada corak Si Naga Putih di atasnya. Cepatlah pergi cari! Pergi! Cepatlah! Semua orang pergi cari, mesti jumpa kotak ubat itu! Bisa ular dah sampai ke jantung, takut dah terlambat. Mana kotak ubat? Dah jumpa! Cepat! Beri saya. Kotak ubat. Mari. Beri saya beg jarum emas saya. – Xing!
– Xing! Xing! Bagus sekali. Walaupun kamu orang Qi, kami orang Haiya bukannya tak tahu
membezakan baik dan jahat. Terima kasih kerana selamatkan Xing. Terima kasih juga
kerana selamatkan Luo Shu dan juga barang yang kamu hantar, ia dah selamatkan ramai orang di sini. Jangan cakap begitu, semua hanya usaha kecil kami. Terima kasih juga kerana sudi percayai kami. Saya akan pujuk orang lain malam ini untuk membenarkan kamu tinggal di sini
buat sementara waktu, pagi esok baru kamu pergi. Baik, terima kasih. Saya ada satu pertanyaan. Kenapa orang Haiya mempunyai dendam yang begitu mendalam terhadap negara Qi? Mana orangnya? Dia masih datang tak? Ayam ini dah tak sedap kalau dibakar lagi. Jangan cemas dulu, laplah air liur awak. Laplah air liur awak itu. Dia dah datang. Tak mungkin, ubat yang saya baru letakkan itu boleh buat dua ekor lembu pengsan. Macam mana dia masih dapat berdiri? Berhati-hati. Jangan risau. Baik. Makhluk aneh. Mari sini, cepat tolong!