Poor Exec Keeps Getting Roasted. 😢 | Love is Sweet 半是蜜糖半是伤 | iQIYI Malaysia

Minta maaf, jelitawan, saya minum arak saja pada hari ini,
saya tak mahu berkawan. Sila beri laluan. Masuk. Saya tak pergi jumpa awak, awak pula datang jumpa saya. Semalam, saya sengaja hantar
awak pergi layan Tuan Qin. Awak pula bawa Yuan Shuai datang rosakkan rancangan saya. Awak perlu pergi minta maaf
daripada Tuan Qin untuk urusan ini. Tuan Ma. Berdasarkan keadaan semalam, saya mohon daripada awak supaya hentikan segala aturan kerja yang tak adil
dan tak munasabah terhadap saya. Kalau tidak, saya akan
mengadukan hal ini kepada Tuan Fan. Awak mengugut saya? Saya sedang berbincang dengan awak. Mengikut peraturan syarikat, kerja saya tak termasuk menemani klien minum arak. Saya beritahu awak, jangan sangka awak ada sokongan orang lain dan boleh mencabar saya. Kerja yang diatur pengurus untuk awak ialah kerja yang patut awak buat. Dengar tak? Keluar. Untuk melawan Ma Xiuran, awak tak boleh bertolak ansur. Sebagai pengurus, awak berhak untuk beri saya kerja. Namun, sebagai pekerja
Jabatan Perbankan Pelaburan, saya juga berhak untuk
menolak aturan kerja yang tak munasabah. Jika awak ada apa-apa yang tak berpuas hati terhadap perbuatan saya, awak boleh buat aduan kepada syarikat. Berani dia mencabar saya! Melampau! Tuan Ma kelihatan sangat marah, ke mana awak nak pergi? Apa kaitan dengan awak? Awak yang suruh pekerja wanita pergi minum arak bersama Qin, kan? Awak maksudkan Jiang Jun, kan? Nampaknya, awak melindungi
anak buah dengan baik. Jangan-jangan kamu berdua… Awak beli minyak wangi
dari kilang air rebusan, kan? Bau hamis. Kalau tak tahu, diam saja. Ini ciptaan baru pakar fesyen Milan, Ammar. Ammar? Ammar benar-benar ialah seorang pakar, jadi minyak wangi dia mesti tiada masalah. Jadi, apa sebabnya? Yuan Shuai, jangan keterlaluan. Hari Jumaat lepas, saham Syarikat Perubatan Gan Zheng
di Hong Kong dinyahsenaraikan dalam pasaran. Prosesnya sangat lama. Dalam tempoh pengawasan selama dua tahun, biar dah jalani beberapa kali penyenaraian semula
dan verifikasi administrasi semula pun tak dapat selamatkan saham licik ini. Faham maksud saya, kan? Yuan Shuai, awak nak ugut saya? Saya beritahu awak, semua ini ialah arahan
Pengerusi Syarikat Gan Zheng, saya langsung tiada kaitan dengan ini. Tak kira bagaimanapun, awak juga pembantunya. Lepas tu? Awak tak boleh apa-apakan saya juga. Ini benar-benar cantik. Mengapa awak ada gambar ini? Mengapa saya ada gambar ini? Saya berdendam dengan ramai orang, kalau apa-apa helah pun tak tahu, bagaimana saya pegang jawatan
sekarang ini dalam Syarikat MH? Saya cuma menentang awak dengan cara yang awak gunakan. Ma Xiuran, ini amaran saya. Kalau awak guna helah yang hina ini lagi untuk mencemarkan imej Syarikat MH, entahlah bila gambar ini akan terdedah. Pandai-pandailah bawa diri, jelitawan. Awak rasa, kalau saya luahkan isi hati
di tempat selain pejabat, adakah ini akan tunjukkan saya lebih ikhlas? Bagaimana saya tahu? Awak cakap dulu, baru saya beri komen. Sebenarnya, tiada apa-apa, cuma nak cakap tentang hal rumah. Saya rasa apa yang awak cakap betul. Saya telah menipu awak, ini salah saya. Jadi, pandai-pandailah kelak. Yang paling penting, jangan percayai orang macam saya lagi. Ini saja. Terima kasih. Walaupun awak tipu saya, memandangkan awak selamatkan saya, saya maafkan awak. Tapi, jangan tipu saya lagi selepas ini. Saya juga dah habis cakap. Baiklah. Tengok lingkaran gelap bawah
mata awak, awak tak tidur semalam? Tak tidur lena. Tak payah berusaha sangat. Tinggalkan sikit peluang untuk kami. Pelik, sejak bila saya pilih katil? Selepas pindah ke rumah Li, saya tak pernah tidur lena. Tiadakah sesuatu tempat yang boleh biar saya tidur dengan tenang di Shanghai yang besar ini? Kalau terus begini, sebelum mati dibanjiri kerja, saya akan tiba-tiba mati kerana terlalu penat. Satu jiran seperti malaikat maut, satu lagi seperti iblis. Tapi, jelas bahawa kawasan iblis ini ada suasana yang bagus, senyap, selesa dan harganya berpatutan. Kita perlu sesuaikan diri dalam apa-apa situasi. Jiang Jun, jangan terburu-buru lepaskan rumah yang begitu baik kerana kemarahan. Tuan Yuan. Apa hal? Itu… Saya nak tanya adakah rumah No.702… Kenapa dengan rumah No.702? Rumah No.702 itu… Ini laporan terkini tentang
penilaian projek Syarikat Teknologi Chen Xin. Profesor Zhu menegaskan bahawa awak tengoknya. Okey. Adakah awak datang bekerja atau melakonkan “The Way Home”? Muka awak sangat pucat. Lingkaran gelap awak
lebih besar daripada mata awak. Tak apa-apa kalau awak kejutkan kami, bagaimana kalau awak kejutkan klien? Selain itu, baju awak ini dibeli dari platform Taobao, kan? Berkedut dan langsung tiada tekstur. Jiang Jun. Kan awak ada satu prospektus yang belum hantar? Kenapa tercegat di sini
sedangkan belum siapkannya? Cepat balik dan siapkannya. Saya ambilnya balik ke pejabat untuk tengok. Saya ada urusan lain yang nak beritahu awak. Mari cakapnya di dalam pejabat saya. Semua pekerja baru ini sangat teliti dan serius semasa baru datang. Sekarang, selepas mereka dah
dilantik sebagai pekerja tetap, mereka jadi cincai-cincai. Tuan Qiao ada masa lapang
untuk perhatikan pekerja baru, lebih baik awak belanjakan
lebih banyak masa untuk tengok diri. Saya? Kenapa dengan saya? Solekan awak dah comot. Tak bagus kalau kejutkan klien. Tak comot pun. Mengarut. Mari cakap urusan penting. Berdasarkan berita yang boleh dipercayai, paten sistem Syarikat Teknologi Chen Xin disasarkan oleh beberapa buah syarikat besar. Syarikat penciptaan teknologi benar-benar cuba sedaya mungkin untuk hidup. Apa rancangan awak yang seterusnya? Syarikat MH kita tak payah menyinggung perasaan ramai orang untuk klien kecil ini. Semua masalah ada cara penyelesaiannya. Memandangkan saya pandang tinggi padanya, saya mesti buat dia berkembang dengan maju. Jadi, apa rancangan malam nanti? Apa yang kita makan? Maaf. Saya ada urusan peribadi pada malam nanti. Urusan peribadi? Perlu bantuan tak? Okey. Saya pergi dulu. Abang, sini ialah sebuah bar, mereka bukan pengguna utama Dunia Barat. Orang yang datang ke sini tak inginkan teman yang tetap. Pengguna perisian awak
nak berkawan melalui laman web. Orang yang datang ke bar mungkin juga nak cari cinta sejati. Bukan? Xiaochuan, saya faham keinginan awak untuk
menubuhkan kerjaya sendiri. Tapi kalau awak nak cipta perisian cari jodoh sebagai arah permulaan kerjaya awak, ini tak sesuai untuk awak, adakah awak faham? Saya cakap begitu untuk kebaikan awak. Li Xiaochuan! Awak tak memahami saya. Awak juga tak memahami laman web saya. Xiaochuan. Xiaochuan, awak jangan marah. Teruk, mulut awak ni diperbuat daripada apa? – Jangan kejar!
– Xiaochuan. Sebagai seorang pengasas, inilah rintangan yang perlu dihadapi olehnya. Tapi kata-kata awak memang keterlaluan. Okey, bolehkah kita jangan bincangkan perkara ini? Okey. Jadi, bolehkah awak beritahu saya berapa nilai jangkaan sosial awak di bar ini? Okey. Awak perhatikan arah jam 12, ada seorang perempuan yang berpakaian hitam. Bentuk badan dia adalah paling baik di bar ini. Muka dia juga paling cantik. Jadi, orang yang diperhatikan oleh dia ialah orang yang mempunyai nilai jangkaan sosial yang
paling tinggi di bar ini. Awak memang suka berlagak. Baik. Tak percaya? Saya akan menunjukkan cara saya menolak perasaan dia dengan bijak, tapi, dia masih terpikat oleh daya tarikan saya. Minta maaf, jelitawan, saya minum arak saja pada hari ini,
saya tak mahu berkawan. Sila beri laluan. Adakah awak bercakap dengan saya? Tentulah. Bolehkah saya belanja awak minum? Tentulah. Saya paling suka berbual-bual dengan
jelitawan seperti awak. Saya rasa pendapat awak terhadap Xiaochuan mempengaruhi pandangan awak terhadap projek. Sebab, saya sangat memahami dia, jadi saya tahu bahawa dia tak sesuai untuk projek ini. Jadi, apa pendapat awak terhadap dia? Asalkan dia tak sentuh benda
tentang cinta manusia, tak kisahlah dia buat apa-apa saja, saya akan menyokong dia. Budak jahat ini telah memilih satu bidang yang tak sesuai untuk dia. Saya mesti menghalang dia. Awak rasa awak memahami dia, jadi awak menolak projek ini. Tapi adakah awak pernah fikir? Setiap orang ada kelemahannya. Bukan saja Xiaochuan, awak juga ada kelemahan. Awak anggap awak buat begitu untuk kebaikannya, tapi awak telah gunakan
cara yang susah diterima olehnya tanpa menghiraukan perasaannya. Tambahan pula, saya rasa Dunia Barat ada visi yang baik. Pandai pula awak mengkritik saya. Bagaimana dengan awak sendiri? Apa masalah saya? Adakah awak memahami perisian ini? Adakah awak pernah guna? Tahukah apa kebaikan dan kelemahannya, jenis pengguna dan kompetensi terasnya? Awak kata nak menyokong Xiaochuan untuk membangunkan sebuah perisian tentang cinta, tapi adakah awak memahami cinta? Macamlah awak sangat memahami cinta. Kebetulannya saya agak memahami cinta. Nampaknya, awak pernah bercinta banyak kali. Tak. Saya tak pernah bercinta. Langsung tak pernah bercinta? Macamlah awak pernah bercinta. Sudah tentu saya tak pernah bercinta. Awak tahu alahan saya. Saya akan masuk hospital kalau putus cinta. Jadi, saya dah cakap pada awalnya. Awak sepatutnya pergi belajar perubatan untuk mengkaji struktur badan awak
dengan baik-baik. Tapi, kenapa awak tak pernah bercinta? Rasanya, agak mudah untuk awak cari teman wanita kalau awak mahu bercinta. Bukankah ada seorang jelitawan yang selalu berada di sisi awak di syarikat? Siapa jelitawan tu? Tak ada apa-apa, awak salah dengar. Sebenarnya, saya ada buah hati. Cuma saya pernah lihat seseorang gagal semasa melafazkan perasaan
melalui surat cinta dan hal itu menimbulkan momokan yang
besar terhadapnya pada zaman kanak-kanaknya. Jadi, saya tak berani cakap. Sejak bila awak ada buah hati? Kalau awak tak berani cakap, awak boleh beritahu saya. Saya cari jalan untuk awak. Saya hanya pendamkan perasaan padanya. Faham? Dengan kata yang sedap, awak pendamkan perasaan. Kalau cakap secara jujur, awak sebenarnya takut. Saya takut kita tak dapat jadi kawan lagi selepas saya melafazkan perasaan. Hujan dah turun, mari kita balik rumah. Jun, Xiaochuan nak belanja awak makan esok hari. Awak mesti sampai tepat pada masa. Saya hantar lokasi kepada awak nanti. Makan? Kenapa dia nak belanja makan? Awak akan tahu selepas awak datang. Begitu misteri, adakah awak dah bercinta dengan Xiaochuan? Kalau begitu, saya bukan saja belanja awak makan, saya akan belanja awak menaiki roket. Baik, saya tak nak berborak dengan awak lagi. Saya nak bekerja lebih masa. Rehatlah lebih awal. Selamat malam. Awak tak bekerja dengan baik-baik, tapi, mencuri tulang di sini lagi. Yuan Shuai, adakah awak rasa Shanghai besar? Tak besar. Mengapa? Dapat pula kita berdua berjumpa lagi, adakah awak rasa Shanghai besar? Kenapa? Kenapa tiba-tiba jadi begitu sentimental? Ya, apabila manusia menghadapi perkara dan benda yang besar, kita akan berasa sendiri sangat kecil. Saya tak nak ganggu awak,
saya balik untuk bekerja lebih masa. Tunggu sekejap. Saya mungkin akan bekerja lebih masa
pada malam ini. Awak bawa Wang Cai
pergi berjalan-jalan selepas balik rumah. Wang Cai memang bernasib malang kerana ada tuan seperti awak. Apa nombor pin pintu rumah awak? Kosong sembilan kosong lima. Kosong sembilan kosong lima. Bukankah ini tarikh yang awak
menyingkirkan saya dalam temu duga? Fikirlah dengan baik-baik. Bukan hari jadi awak. Tarikh hari jadi Wang Cai? Fikir lagi. Kosong sembilan kosong lima. Kosong sembilan kosong lima. Hari yang kita bertembung semula.