Special: Love in the Workspace😘❤️‍🔥 | Love is Sweet 半是蜜糖半是伤 | iQIYI Malaysia

Awak dah ketawa, Yuan Shuai. Jangan marah. Saya tahu awak buat begini untuk kebaikan saya, tapi bolehkah awak cakap
baik-baik untuk ambil berat terhadap saya? Mesti nak begini serius ke? Teruk betul. Jadi, awak merancang untuk terus panggil nama pengurus awak di dalam syarikat? Maafkan saya, Tuan Yuan. Keluar. Okey. Suruh Shen Xin datang. Keluar. Bibirnya ialah bibir lelaki, mengapa ia lebih lembut daripada bibir saya? Jangan fikir bukan-bukan. Jiang Jun. Jiang Jun. Kenapa dengan awak? Kenapa dengan mulut awak? Kenapa dengan mulut awak? Mulut. Ini trend yang sangat popular baru-baru ini. Tarian mulut sotong gurita. Tarian mulut sotong gurita? Iaitu… Kamu tak tahu ke? Iaitu… Iaitu… Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh. Baru-baru ini, trend sukan mulut sangat popular di pejabat. Kalau tiada apa-apa, saya pergi dulu. Ya, Tuhan. Kenapa dengan saya? Adakah saya dapat fobia bibir? Tuan Yuan. Selamat pagi. Selamat pagi, Tuan Yuan. Chen Yicheng. Hari ini, baju kot awak kelihatan cantik. Terutama tali leher ini. Sangat sepadan. Bagus. Terus berpakaian macam ini. Terima kasih, Tuan Yuan. Tuan Yuan. Shen Xin. Gincu awak sangat cantik, baru beli? Warna ini dapat menarik perhatian lelaki,
saya suruh orang tolong saya beli. Cita rasa saya baik, kan? Sangat sesuai dengan awak. Betul ke? Teruslah menarik perhatian lelaki. Okey. Jiang Jun. Selamat pagi, Tuan Yuan. Awak nampak baik. Tidur lena semalam, kan? Terima kasih kerana ambil berat. Saya tidur dengan lena. Malam ini, awak juga mesti tidur lena. Cepat masuk ke bilik. Udara hari ini sangat segar, ini satu hari yang sempurna. Tuan Yuan. Tuan Yuan. Baik. Tuan Yuan. Jiang Jun, mana satu adalah untuk saya? Ini. Terima kasih. Kopi yang dibancuh oleh Jiang Jun paling sedap. Minum. Minumlah. Kalau sedap, minumlah lagi. Jiang Jun. Dalam mesyuarat nanti, awak bancuh teh untuk setiap rakan sekerja. Cuaca baru-baru ini buat orang mudah panas baran. Awak tahu. Okey, Tuan Yuan. Bancuh teh. Okey. Teh. Awak bancuh teh dulu. Cik Qiao. Tuan Yuan. Baiklah. Memandangkan semua orang dah sampai,
mulakan laporan. Okey, Tuan Yuan. Sekarang, saya akan bentangkan satu kajian pasaran yang kuat terhadap IPO Syarikat Hiburan Wan Xing. Ia sudah mencapai nilai pasaran sebanyak 30 bilion pada tahun 2003. IPOnya pada suku pertama sudah berkembang mencecah 10%. Suku kedua dan ketiga sudah berkembang sampai 215.2 bilion Yuan. Kemudian, Syarikat Wan Xing sebagai platform muzik dalam talian terbesar dalam kumpulan hiburan. Penggunanya sudah capai 0.579 bilion, ini hanya sebahagian daripadanya. Tuan Yuan, dokumen ini perlukan tandatangan awak. Kenapa awak tengok saya? Turunkan tandatangan. Kenapa cemas? [Yuan Shuai] Dah siap. Jangan tengok. Mereka nampak dari luar. Mereka akan nampak. Mereka tak nampak. Tuan Yuan. Laporan dah siap, sila lihat. Awak tunggu sebentar. Sudah ingat apa yang saya cakap? Baik, keluarlah. Okey, Tuan Yuan. Balik bersama-sama malam nanti. Tak tengok jalan ke? Mengapa begitu cuai? Maaf, Cik Qiao. Awak nampak baik hari ini. Solekan awak cantik dan dah tukar baju baru, agaknya, awak juga tukar minyak wangi yang baru. Kenapa? Dah bercinta? Memandangkan teman lelaki awak sudah pilih perempuan yang bekerja di bank pelaburan, dia sepatutnya tahu status pekerjaan kita dalam bidang ini. Maklumat baru yang awak hantar itu boleh tahan. Tapi ada beberapa buah syarikat yang perlu
diselidiki secara mendalam. Begini, awak perlu bekerja lebih masa malam ini. Kemaskan semua maklumat untuk saya, kita membincangkannya dalam mesyuarat esok. Boleh tak? Kenapa? Ada rancangan lain malam ini? Tak ada. Okey, Cik Qiao. Saya akan buat secepat mungkin. Hai, Encik 100% Cocok. Malam ini, awak balik dulu. Saya perlu kerja lebih masa. Perlukah saya teman awak? Tak payah. Saya dapat selesaikannya. Baik. Pulang lebih awal, Cik 100% Cocok. Saya akan berusaha, Encik 100% Cocok. Belum siap? Kecut hati saya. Kalau ikut kelajuan awak ini, apabila awak selesaikan kerja itu nanti, syarikat-syarikat ini dah boleh
disenaraikan dalam pasaran saham. Bukankah saya suruh awak balik dulu? Saya bimbang ada orang tak dapat selesaikan kerja dan tinggalkan saya seorang di rumah. Tak ada orang. Ada orang tak? Tak ada orang. Baik. Awak tunggu sebentar lagi, saya dah hampir siap. Balik rumah dulu. Saya akan membimbing awak, pasti awak akan selesai dengan cepat. Tak boleh, saya mesti buat sendiri. Ini pengalaman praktikal yang jarang ada. Bangun, awak dah ganggu saya bekerja. Tak mahu. Bangun. Tak mahu. Baik, saya mengalah. Mari kita balik rumah. Cik Qiao. Kenapa awak balik ke pejabat? Saya pergi ambil maklumat di bilik mesyuarat. Awak seorang saja? Ya. Saya buat senaman regangan. Tangan saya dah kaku. Kenapa dengan mulut awak? Gincu awak comot. Itu… Saya makan makanan bungkus tadi, sangat pedas. Terlalu pedas. Patutlah ada bau di pejabat. Jangan makan makanan yang berbau kuat di pejabat lagi. Saya tahu, Cik Qiao. Pergi bersolek sebelum balik. Jangan jejaskan imej syarikat. Okey. Cik Qiao, selamat jalan. Keluarlah, dia dah pergi. Awak memang hebat. Saya selalunya terus terang. Berani awak menolak saya ke bawah meja, malah, awak menendang saya. Maaf. Anggaplah awak berkorban demi saya, okey? Adakah awak cuba mengusik saya? Apa salahnya? Yuan Shuai. Saya ada urusan kerja di luar negara. Mungkin… Tak boleh bersama awak pada malam tahun baru. Tak apa-apa. Kita boleh membuat panggilan video. Jaga keselamatan awak. Saya berat hati nak berpisah dengan awak. Begitu juga dengan saya. Kenapa begitu banyak habuk baru-baru ini? Kenapa? Bergotong-royong sebelum tahun baru? Itu… Awak sudah boleh keluar. Saya telah siap bersih, saya pergi dulu. Ada beberapa perkara yang
awak perlu perhatikan dalam perjalanan kali ini yang Suruhanjaya Peraturan Sekuriti akan tanya. Baik. Itu… Saya akan baca dalam perjalanan nanti. Terima kasih. Pasang langsir siang hari… Awak takut orang tak tahu apa yang kamu berdua buat di dalam ke? Tak boleh buat-buat tak tahu saja ke? Saya mengingatkan kamu dengan ikhlas… Buka langsir pada siang hari, pintu juga mesti dibuka. Gosip pejabat… Sangat dahsyat. Bukalah. Selamat sejahtera, Tuan Yuan. Baik. Tuan Yuan, laporan ini… Dia… Ini… Sedang mengabaikan saya? Tunggu sebentar. Tunggu sebentar. Jiang Jun. Sini. Terima kasih, saya tunggu pusingan seterusnya. Yuan Shuai. Kamu berdua bergaduh lagi? Jangan syok semasa buli isteri, menyesal semasa nak pujuknya. Lucu. Sangat sayang akan saya. Tuan Yuan. Saya beritahu awak. – Saya terfikir sekarang.
– Awak dengar dulu. Saya punya… Kamu berbual-bual dengan seronok. Adakah kamu terlalu lapang? Periksa lagi data-data yang ada dan hantar ke pejabat saya dalam lima minit. [Enter] Sedap. Betul, kan? Saya tempah sangat lama untuk belinya. Perlu merasai dengan perlahan. Yuan Shuai. Makaron yang dibeli oleh Jiang Jun. Cubalah. Biar awak gemuk. Yuan Shuai, awak tak kisah, kan? Biar awak tercekik. Jiang Jun! Saya sudah balik, Jiang Jun. Jun. Buka pintu, Jun. Sayang. Saya telah beli buah berangan kegemaran awak! Tarikh hari jadi dia. Tarikh hari jadi saya. Tarikh hari jadi ibunya? Habislah. Tak dibenarkan masuk sekarang. Buka pintu, sayang! Buka pintu, sayang. Saya tahu awak tak begitu kejam. Saya telah beli buah berangan kegemaran awak! Apa maksudnya? Tak tahu ke? Tahniah, awak telah dihalau keluar dari rumah. Awak ni melampau. Tak melampau sangat jika berbanding dengan seseorang yang berlakon bersama semua orang, kan? Saya ada kesulitan dalam perkara ini. Saya boleh jelaskannya. Saya tahu. Jadi, tergamak awak buat begitu
terhadap saya! Awak… Saya juga ada kesulitan sendiri. Apa kesulitan awak? Awak tak payah tahu apa kesulitan saya. Apa yang awak patut tahu, iaitu saya buat semua ini untuk kebaikan awak.