Entangled by Fate: Gong Shangjue & Shangguan Qian 💞 | My Journey to You 云之羽 | iQIYI Malaysia
Sasaran saya lebih sukar untuk ditangani daripada pemimpin. Tuan Muda Jue. Abang. Apa yang berlaku? Beg senjata tersembunyi Tuan Muda Zhi hilang, dia nak geledah bilik saya. Selepas Cik Shangguan kembali ke bilik, pernahkah cik keluar? Tak ada. Makanan pun dihantar ke sini. Orang suruhan boleh menjadi saksi. Terus menggeledah. Ya. Tuan Muda Jue. Tuan Muda Zhi. Tak jumpa beg senjata tersembunyi. Jadi, ada pada badannya. Tuan Muda Jue pilih saya sebagai pengantin perempuan… benar-benar mahu berkahwin dengan saya? Apa-apa pun, saya anak perempuan daripada keluarga yang elok. Abang, percayalah saya. Pasti ada. Cik Shangguan. Harap maaf. Geledah. Dah jumpa. Bukan ini. Lagipun, bukan loket jed ini yang ada di dalam uncang itu, – ia benda sebelum ini…
– Sudahlah. Semua keluar! Ya. Tuan Muda Jue tak perlu pulangkan kepada saya. Ini hadiah yang saya beri Tuan Muda Jue. Saya ingin tanya, loket jed ini dapat dari mana? Rupa-rupanya Tuan Muda Zhi tak ingat. Loket jed ini memang milik awak. Loket jed saya, tentulah saya ingat. Saya tanya awak dapatkan loket jed ini dari mana? Kenapa masakan hari ini begitu mewah? Makanan masih panas. Kedua-dua tuan muda datang tepat pada masanya. Apa ini? Macam… ayam liar? Saya minta tukang masak untuk tangkap ayam liar di atas gunung. Ayam dah dikupas kulit, dikeluarkan tulang, digoreng dan masak sekali. Keluarga Shangguan ialah keluarga ternama di bandar Dafu. Awak ialah anak perempuan keluarga Shangguan, awak tahu masak? Mak saya pernah berkata, perempuan tahu memasak baru boleh memikat hati orang. Duduklah. Adik Yuanzhi tak tunggu Tuan Muda Jue baru makan bersama? Abang manjakan saya. Sejak kecil, abang selalunya biar saya makan makanan sedap dulu. Walaupun manjakan awak, kena jaga adab, kan? Kami adik-beradik, tak perlu beradab. Saya rasa tuan pemimpin agak beradab. Jadi, dia bukan adik-beradik kami. Apa maksud? Lagipun, dia bukan pemimpin. Makan. Tuan Muda Jue makanlah sendiri. Mangkuk Adik Yuanzhi ada lagi. Jangan panggil saya Adik Yuanzhi. Hanya abang saya boleh panggil saya adik. Bukankah awak sangat beradab? Kelak, panggil saya Tuan Muda Zhi. Selepas berkahwin, awak boleh panggil dia adik. Awak tak nak bagi saya? Awak ambil sup itu bukan untuk saya? Saya mahu juga. Minta dia ambil. Awak cuba meneka fikiran saya lagi! Kenapa awak tak melutut? Abang tak suruh awak melutut. Dia hanya tanya kenapa awak tidak melutut. Adik Yuanzhi pandai membaca fikiran Tuan Muda Jue. Tuan Muda Jue pula pandai menyeksa hati orang. Melutut juga salah. Tidak berlutut juga salah. Saya membesar bersama abang, saya pun tak berani meneka fikiran dia. Bersihkan muka awak. Perkara yang paling penting bagi perempuan adalah bersih. Asal usul keluarga bersih, muka bersih serta bersikap jujur. Betul ajaran Tuan Muda Jue. Ada hal? Tak. Tapi saya ada. Saya hanya mahu menemani tuan muda. Sekiranya awak memerlukan apa-apa, suruh saya buat. Bunga laurel? Ya. Saya nampak tuan muda suka nyalakan kemenyan laurel di dalam bilik. Jadi, saya pergi ke pusat perubatan untuk mengambil daun laurel dan mengekstrak minyak pati. Ayah saya seorang pegawai pentadbiran. Dia sentiasa suka menambah wangian khas keluarga Gong di dalam dakwat untuk mengenal pasti kebenaran dokumen itu, Jadi, saya juga ingin menambah sedikit untuk tuan muda. Mungkin tak berguna. Tapi jika tuan muda menghidu lalu rasa gembira dan tenang juga baik. Pergi berehat. Ya. Awak tanam banyak azalea di halaman, tapi awak tak tanam tumbuh-tumbuhan lain. Adakah awak tahu maksud bunga azalea? Ya. Mengapa Cik Shangguan hanya memilih azalea? Sebab maksud bunga azalea ialah “saya milik awak selama-lamanya”. Aiya. Cik sangat teliti. Romantiknya. Harap Tuan Muda Jue memahami niat cik. Tuan Muda Jue sangat berpengetahuan, mestilah dia boleh faham. Nanti baru pergi. Bantu saya mengisar batu dakwat lagi. Lepaskannya! Kenapa awak datang ke sini? Orang suruhan terdengar ada bunyi mencampak barang. Mereka tak berani masuk secara terburu-buru, takut buat Tuan Muda Jue marah. Jadi awak berani datang? Saya juga takut. Tapi saya tahu tak kira betapa marah pun tuan muda, kena ada orang yang melayan awak di dalam bilik. Lagipun, saya tahu Tuan Muda Jue nampak menakutkan, tapi sebenarnya sangat lemah lembut. Mari sini. Hulurkan tangan awak. Bagaimana Tuan Muda Jue tahu tangan saya tercedera? Bau. Dah bertahun-tahun saya hidup di dunia pendekar, saya paling sensitif terhadap bau darah. Awak masih rasa saya lemah lembut? Di dunia pendekar, kebahagiaan dan prestij boleh dikongsikan dan ditunjukkan. Tapi kesakitan dan rahsia… tak boleh diberitahu kepada orang lain. Jadi orang ramai sentiasa bergembira bersama orang lain, tapi jarang ada orang yang boleh teman kita menangis bersama. Jarang, tapi bukan tiada. Jika luka disembunyikan di dalam hati, melakarnya dan sentuhnya berkali-kali, hati akan jadi lagi sakit saja. Pernahkah awak melihat binatang liar yang cedera? Mereka takkan tunjukkan luka kepada haiwan lain. Sebab kumpulan mereka tak boleh terima orang yang lemah. Mereka hanya akan cari sebuah gua yang gelap bersendirian, menjilat luka secara senyap-senyap dan tunggu ia pulih atau mati. Tapi manusia bukan binatang liar. Binatang liar tiada hati, tapi manusia ada. Hati mesti ada tempat tinggal. Jika ada orang menemani, didihkan air salji untuk panaskan arak, walaupun ini tak cukup terang dan hangat, ia dah cukup untuk seseorang mengharungi musim sejuk dalam hatinya. ia dah cukup untuk seseorang mengharungi musim sejuk dalam hatinya. Tuan Muda Jue selalunya bersendirian, kenapa hari ini tiba-tiba jemput saya makan bersama? Hari ini ialah Chap Goh Mei, ia sepatutnya meriah. Sebenarnya tuan muda tak suka suasana meriah, kan? Tak suka. Kalau begitu, saya pun tak suka. Kesukaan diri masih boleh diubah? Tentulah. Segala kesukaan dipupuk selepas dilahirkan. Tiada siapa yang suka sesiapa sejak dilahirkan. Tapi kebencian boleh dipupuk sebelum dilahirkan. Sesetengah orang dilahirkan bersama kebencian. Ya. Di dunia ini, tiada cinta tanpa sebab, tapi ada kebencian tanpa sebab. Dua orang yang mungkin tak pernah berjumpa ialah musuh yang sangat berdendam. Keluarga Gong ada banyak musuh. Musuh Tuan Muda Jue ialah musuh saya. Awak memang pandai bercakap. Bukankah? Tadi awak kata musuh Tuan Muda Jue ialah musuh saya, bukannya musuh keluarga Gong ialah musuh saya. Ada perbezaan? Beritahu saya. Ini darah siapa? Tuan Muda Jue, ini barang yang dijumpai. Ada darah di tapak kasut dan ada serpihan porselin juga. Seluruh Aliran Gushan dah dihapuskan. Saya tak pernah dengar ada keturunan yang tertinggal. Ayah saya sembunyikan saya di dalam laluan rahsia, barulah saya terselamat. Kemudian saya merayau di merata-rata tempat dan tiada tempat tinggal. Nasib baik saya diselamatkan oleh keluarga Shangguan dan mereka membesarkan saya. Keluarga Shangguan tak nak anak perempuannya berkahwin masuk ke keluarga Gong. Demi membalas budi penjagaan mereka dan juga demi diri saya sendiri, barulah saya menyamar sebagai Shangguan Qian dan berkahwin bagi pihak dia. Saya bersumpah, saya mesti membalas dendam demi ayah dan puak saya. Pada Chap Goh Mei tahun itu, saya bertemu dengan penjahat. Awak yang selamatkan saya. Sebab itu saya terfikir rancangan masuk ke Kediaman Gong demi mencari pergantungan. Hanya dengan kuasa keluarga Gong, barulah saya dapat membalas dendam. Apa kaitannya dengan tindakan awak menyerang Gong Ziyu? Gong Ziyu? Sasaran saya ialah Wuji. Kenapa? Sebab pada hari itu, saya terdengar awak mengatakan bahawa Wuji ialah Si Awanama dan semua anggota Wufeng ialah musuh saya. Awak begitu nak saya menyeksa awak? Semua kata-kata saya adalah benar. Saya tak takut dihukum oleh tuan muda.